Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Inilah studionya," Adi membandingkan nama yang tertera di hadapan bangunan itu dengan alamat yang tertulis di kertas di tangannya.
"So kita nak jumpa siapa sekarang?" tanya Rizal.
"Encik Ezriee Haniff Yussoff. Kejap, aku telefon dia," Adi mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor yang dikatakan. "Assalamualaikum, Encik Ezriee. Saya Adi, pelajar Mass Comm UiTM yang telefon hari tu. Ok."
"Dia cakap apa?" tanya Rizal.
"Dia suruh kita masuk," balas Adi.
"Kaulah masuk dulu," ujar Rizal kepada Julia.
"Kaulah!" Julia menyuruh Rizal masuk dahulu.
"Kaulah!"
Mereka bertolak-tolak di depan pintu pejabat itu.
"Apalah kau orang ni. Buat malu aja," tegur Adi.
"Di, kau masuk dulu," ujar Julia.
Adi mendahului teman-temannya. Ah, nikmatnya. Mereka menarik nafas lega apabila udara dingin di dalam pejabat itu menampar tubuh mereka.
"Di, pergilah tanya kakak tu," Julia menunjuk ke arah seorang wanita yang duduk di kaunter di depan pintu. Mungkin wanita itu penyambut tetamu.
"Aku lagi?"
"Yalah. Kau kan ketua."
Adi mencebik namun dia melangkah juga ke arah wanita itu.
"Assalamualaikum, kak. Kami pelajar Mass Comm dari UiTM, Shah Alam. Kami ada buat appointment dengan Encik Ezriee Haniff Yussoff," ujar Adi kepada penyambut tetamu di situ.
"Ok, sekejap ya, Duduk dulu," ujar penyambut tetamu itu mesra.
"Ok," Adi, Afia, Rizal dan Julia melabuhkan punggung di sofa yang disediakan di situ. Seketika kemudian, muncul seorang lelaki bertubuh sederhana dan berkemeja.
"Hai. Adi? Saya Ezrie," lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Adi," Adi menyambut huluran tangan lelaki itu kemudian memperkenalkan kawan-kawannya. "Ini kawan-kawan saya. Afia, Julia, Rizal."
Afia, Julia dan Rizal tersenyum tanda perkenalan.
"Berempat aja ke?"
"Kita orang berlima sebenarnya. Tapi sorang lagi tak dapat datang hari ni. Dia ada hal," ujar Adi.
"Ok, tak apa. Jom ikut saya ke atas. Dia orang tengah recording," ujar Ezrie. Afia, Adi, Julia dan Rizal mengikut Ezrie ke tingkat atas.
Lagu ‘Puteri Santubong’ kedengaran di tingkat atas itu tatkala Afia, Adi, Julia dan Rizal menapak di situ.
"Ni Noh," Ezrie memperkenalkan seorang pemuda yang sedang melakukan kerja-kerja pemeriksaan bunyi ketika proses rakaman. "Noh ni salah seorang anggota M.I.X. juga."
"Hai," Noh berkenalan dengan Afia, Adi, Julia dan Rizal.
"Dia orang ni budak-budak UiTM yang aku cerita hari tu," ujar Ezrie kepada Noh.
"O… yang nak buat entertainment program tu?" Noh mula teringat Ezrie pernah memberitahu mereka tentang sekumpulan pelajar dari UiTM yang ingin bekerjasama dengan M.I.X. dalam menyiapkan projek kuliah mereka.
"Kamilah," sahut Adi malu-malulah. Maklumlah mereka kan pelajar aja.
"Lama lagi ke ni?" Ezrie bertanya kepada Noh tentang rakaman lagu pada hari itu.
"Part aku, Asyraf dan Ogie dah siap. Part Wayne aja belum," ujar Noh.
"Mana dia orang?" Ezrie melihat ke dalam tempat rakaman. Kosong.
"Dia orang pergi tandas sekejap."
"You all duduklah dulu. Bila dia orang datang nanti, kita bincang sambil minum minum kat bawah. Kalau ada apa-apa nak tanya Noh ni, tanya aja," ujar Ezrie kepada Afia, Adi, Julia dan Rizal.
Sementara menunggu kedatangan anggota M.I.X. yang lain, Afia, Adi, Julia dan Rizal mengambil kesempatan itu untuk bertanya serba sedikit tentang M.I.X. memandangkan mereka sendiri belum begitu mengenali M.I.X. Melalui Noh, mereka mengetahui bahawa M.I.X. adalah singkatan daripada Mc’s In X-tion.
M.I.X. dianggotai oleh Mohd Noh Salleh ataupun Noh Phrofile berusia 21 tahun, Asyraf Ghauthal Hardy ataupun Asyraf Hardy, 21, Mohd Khairuzee Bolhassan ataupun Ogie, 23, dan Mohd Redzuan ataupun Wayne, 27. Keempat-empat mereka berasal dari Sarawak. Justeru, mereka banyak menggunakan loghat Sarawak dalam lagu-lagu mereka. Salah satunya lagu kebanggaan rakyat Sarawak, ‘Puteri Santubong’ yang diubah melodi dan liriknya.
"Saya suka lagu tu," ujar Julia.
"Terima kasih," ucap Noh.
"Nak ambil hatilah tu," Rizal berbisik kepada Adi namun dapat didengari oleh Julia. Julia menyiku lengan Adi yang berdiri di sebelahnya.
"Eh, ramainya orang," Ogie dan Asyraf tercengang melihat tetamu asing itu.
"Kau orang pergi mana? Lama tahu dia orang tunggu," ujar Noh padahal belum sampai setengah jam mereka menghilang.
"Noh, siapa ni?" Ogie melirik matanya ke arah Afia dan Julia.
"Dia orang nilah pelajar yang nak buat entertainment program dengan kita tu," terang Noh.
"Hai. Saya Ogie," Ogie memperkenalkan dirinya dan diikuti oleh Asyraf.
"Tadi kata empat orang. Mana lagi sorang?" tanya Rizal.
"O…Wayne kat Kuching. Ada hal keluarga. Biasalah, orang dah kahwin," ujar Ogie. "Kita orang bertiga belum kahwin lagi tahu."
"Promote untuk Ogie!" celah Noh.
"So, semua dah ada kat sini. Jom kita minum kat bawah," Ezrie mengajak mereka minum di warung bawah.
Di warung bawah, mereka duduk berbincang sambil menjamu selera. Warung yang tadinya sepi menjadi riuh dengan kehadiran mereka terutamanya Noh dan Ogie.
"Duduk, duduk. Buat macam rumah sendiri."
"Tambah nasi, tambah nasi."
"Nak makan apa?" seorang wanita yang bekerja di situ menghampiri meja mereka bertanyakan makanan dan minuman yang dkekehendaki oleh mereka.
"Ogie nanti dulu. Kita tanya tetamu kita dulu," Noh menghalang Ogie daripada memesan makanan. Memandangkan Ogie bertubuh gempal, dia selalu diusik apabila tiba bab makan. Betul ke orang yang bertubuh gempal kuat makan?
"Kau orang nak makan apa?" tanya Ezrie kepada Afia, Adi, Julia dan Rizal. Mereka saling berpandangan. Tak tahu nak makan apa. Begitulah keadaannya setiap kali mereka makan di gerai. Nak fikir pun lama.
"Aku kenyang lagilah," Afia dan Julia bercakap sesama sendiri.
"Aku pun kenyang lagi."
"Saya nak milo ais," Adi berkata kepada wanita yang mengambil pesanan mereka itu.
"Saya pun," ujar Rizal.
"Saya pun," celah Afia.
"Samalah," Julia pun mengikut.
"Milo ais empat?" Wanita itu menulis pesanan mereka di buku kecilnya.
Mereka berbual-bual sementara menunggu makanan mereka sampai.
"So sementara tunggu makanan sampai, boleh tak kau orang ceritakan sedikit tentang projek kau orang ni? Macam projek ni untuk apa, konsep dia macam mana, siapa sasaran penonton, apa yang kau orang dah plan?" Ezrie meminta penjelasan tentang projek yang dikatakan oleh mereka dalam telefon beberapa hari yang lalu.
"Well, macam ni. Kita orang kena buat satu program hiburan untuk subjek Broadcast Production. Kita orang plan nak buat satu program hiburan yang memperkenalkan artis-artis baru kat Malaysia ni. Dalam program tu nanti kita orang akan buat interview and mini concert. Untuk yang ni, kita orang sepakat pilih M.I.X.," ujar Adi mewakili teman-temannya.
"Kenapa kau orang pilih M.I.X.? Kenapa tak artis lain? Yalah, M.I.X. ni kan masih baru lagi. Album pun tak keluar lagi," tanya Noh pula.
"Macam kita orang cakap tadi. Program ni kita buat untuk memperkenalkan artis-artis baru kat Malaysia. Kita orang pilih M.I.X. sebab kita orang tertarik dengan konsep muzik M.I.X. sendiri. Kau orang kan mengetengahkan loghat Sarawak dalam lagu-lagu kau orang. Tak banyak artis yang berani buat macam kau orang," ujar Julia pula.
"Sebab utama kita orang ada contact kau orang," Adi menyampuk.
"Oh ya?"
"Kawan saya kenal Ezrie," balas Adi.
"O…" Noh, Asyraf dan Ogie mula mengerti jenis contact yang dimaksudkan.
"Jadi, rancangan ni macam mana sebenarnya? Interview dan konsert ajalah? Tempat macam mana?" tanya Ezrie lagi.
‘Tempat mungkin kita orang datang tempat kau orang ke. Macam kat studio tadi ke ataupun kat UiTM."
"Bila kau orang kena hantar projek ni?"
"Bulan depan. Tapi kena start awallah sebab nak edit lagi, touch up semua tu
ambil masa. Tapi kita orang cakap awal-awal, kita orang memang tak mampu nak bayar kau orang. Maklumlah kita orang ni pun student lagi. Tapi kalau setakat belanja makan tu bolehlah."
"Kita orang faham. Kita orang pun pernah jadi student. So, bila kau orang nak start?" Tanya Ezrie.
"Kalau boleh Sabtu depan?"
"Sabtu depan? Macam mana kau orang?" Ezrie meminta pendapat Noh, Asyraf dan Ogie. Noh, Asyraf dan Ogie berbincang sesama mereka.
"Kau dulu pun student UiTM kan?" Noh sengaja mengubah topik.
"Oh ya ke? Course apa?" Adi, Afia, Julia dan Rizal tertumpu kepada Ezrie.
"Kau ambil course apa, Ezrie?"
"Kosmetik," celah Ogie.
"Kosmetiklah sangat. Kau orang jangan dengar sangat cakap dia orang ni. Dia orang semua ni tak betul," Ezrie memberi peringatan.
"Kau orang tahun berapa sekarang?" tanya Ogie.
"Kita orang dah tahun akhir tapi semester lima," ujar Adi.
"Semua satu kelaslah ni?" Noh mencelah.
"Yup! Apa-apa assignment group pun, empat orang nilah team kita orang," tambah Adi. Dulu, mereka berempat tidaklah serapat ini. Masing-masing mempunyai geng ataupun ahli kumpulan sendiri. Afia kumpulan lain, Adi kumpulan lain, Julia kumpulan lain dan Rizal kumpulan lain. Hubungan Afia dan Julia mula rapat apabila mereka tinggal serumah pada semester tiga.
Ketika di semester empat, Adi dan Rizal belum mempunyai kumpulan bagi kerja kumpulan subjek Perhubungan Awam. Pada waktu yang sama, Julia baru saja membubarkan kumpulannya lantaran kumpulan itu sudah tidak ada sefahaman. Secara kebetulan, Afia juga belum mempunyai kumpulan. Memandangkan Afia tinggal serumah dengannya, maka Julia mengajak Afia menyertai kumpulannya bersama Adi dan Rizal.
Selepas beberapa kali bekerja dalam satu kumpulan, akhirnya timbul keserasian antara mereka. Justeru, mereka sepakat untuk terus bekerjasama bagi tugasan kumpulan yang seterusnya sehingga tamat semester enam nanti.
"Jadi kau orang memang tak nak bekerja dengan orang lainlah?" tanya Ezrie pula.
"Bukan tak nak tapi kalau kerja dengan orang lain mesti ada macam-macam masalah. Kita orang pun sebelum ni pernah kerja dengan orang lain. Saya kumpulan lain, Afia kumpulan lain, Julia kumpulan lain, Rizal kumpulan lain. Tapi mungkin dah jodoh kami berempat. We think this is our team," ujar Adi.
"I’m agree with Adi. Yalah, kerja kumpulan ni kan memerlukan komitmen daripada semua ahli. Siapa nak ambil ahli yang malas kan? Tak buat kerja tapi nama nak letak juga. Kita orang tak naklah nanti mengumpat kat belakang. Macam kita orang dah biasa bekerja bersama jadi apa-apa yang tak puas hati kita orang akan berbincang bersama," Rizal menambah.
"Betul cakap you all tu," Ezrie menyetujui pendapat mereka tetapi sebagai abang dan orang yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, dia juga mempunyai pendapat tersendiri.
"Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kita harus memilih ahli yang terbaik. Masa belajar ni mungkin you all diberi kelonggaran untuk memilih sendiri ahli kumpulan you all. Tapi ada sesetengah pensyarah yang tak galakkan benda-benda macam ni sebab di alam pekerjaan nanti, you all tak boleh pilih dengan siapa you all nak bekerja. You all kena kerja dengan semua orang. Tak kisahlah you all suka ke, tak suka ke, you tetap kena kerja dengan orang tu. Working is totally different than study. May be your friend can cover you while study but not in the working area because they are judge you based on your own performance. At that time, nobody can help you either your friend."
Afia, Adi, Julia dan Rizal tekun ataupun sebenarnya tercengang mendengar nasihat Ezrie apabila tiba-tiba bunyi tepukan dan sorakan kedengaran.
"Ya, itu tadi sedikit ceramah daripada saudara Ezrie kita," Noh menepuk bahu Ezrie seolah-olah kagum dengan penerangannya sebentar tadi. "Jadi Encik Ezrie, sebelum kita meneruskan ceramah kita, apa kata kita minum dulu?" Noh mengajuk salah satu dialog dalam sebuah iklan di televisyen.
"Ya, jemput makan. Jangan malu-malu. Buat macam kedai orang," Ogie pula menyampuk.
Afia, Adi, Julia dan Rizal cuma tersenyum mendengar gurauan Noh dan Ogie. Mereka kembali menikmati hidangan di hadapan mereka. Dalam pada itu, Afia sempat mencuri pandang kepada Asyraf yang duduk di hujung. Berbanding Noh dan Ogie, Asyraf lebih banyak mendiamkan diri. Sejak tadi, dia tidak mendengar sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Ah, biarlah! Bukan urusan aku," keluh hati kecil Afia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan