Selasa, Ogos 19, 2008

Novel : aku sayangkan kau!!! kau sayangkan aku tak? 3

nuriz
hotchocolatez_heartbroken@yahoo.com

bab 2..pergaduhan Fiera ngan Ainani + sakit hati tahap dewa yang ke 44 = hidup tak tenang!

awal bulan tiga semua peljar sekolah sibuk dengan latihan sukan..termasuklah Fiera yang sibuk berlatih. acara yang larian sume Fiera yang kongker..kecuali 800 ngan 1500 meter..huh mahu mapus klau masuk semua acara!

Fiera duduk di bawah pohon yang rendang mencari sedikit oksigen akibat penat berlari..tahun nih dia mewakili rumah sukan warna Hijau..kalo mengikut perkiraan, umah hijau memang tak ade potensi langsun nak menang..sebut jer la kat sekolah memana pun..rumah sukan wane hijau mesti kalah punya..tapi tak tau la kan..

"Hai Fiera.." Fiera menoleh mahu melihat siapa yang menegurnya..manalah tahu kot2 hantu..

"asal ko cari aku?" Fiera segera menoleh ke arah lain setelah mengetahui siapa si empunya suara.

"aku just nak mintak maaf...."

"Antara kita tak ada apa Zat..." Fiera pantas memotong sebelum perbicaraan mereka melalut ke tempat lain.

"Fiera..." Izat memanggil lemah..mengharapkan sedikit pengertian dari gadis itu.

"sudah lah Zat..lupakan..aku blah dulu" Fiera segera bangun dari situ..ingatkan nak dapatkan oksigen..tapi..makin meyempitkan ruang oksigen adalah!

"aku cuma nak tahu..kenapa kau buat aku macam ni..bukan sekejap Fiera..dah lama..lama sangat hubungan
kita." suara Izat yang teresak-esak mematikan langkah Fiera..Fiera terkedu..
sedikit sebanyak kini dia mula terasa bersalah.

"Zat..bukan niat aku nak putuskan hubungan kita..tapi aku tepaksa demi janji yang telah aku buat secara tak snegaja..waktu tu aku tak terfikirkan keburukannya. yang aku tahu aku hanya mahu orang itu bahagia saat akhir nya" luah Fiera sayu..air mata mula bergenang.

"Fiera....."

"Diam Zat..hari ni aku akan jelaskan semuanya pada kau..biar kau mengerti bagaimana perasaan aku tatkala tersepit antara dua persimpangan. bukan mudah aku lakukan semua ini. bukan aku tidak terfikirkan diri kau, perasaan kau, hati kita..tapi janji sudah dibuat..aku harus menepatinya!" fiera bersuara lagi sambil memandang padang yang luas terbentang di hadapan mata, langsung tidak menoleh pada Izat.. hatinya tidak cukup kuat untuk menentang pandangan lelaki itu.

"waktu tu..kita masih di fom 3..nak dekat akhir tahun..aku pun tak sangka semuanya jadi macam ni.hari terakhir kita amik Pmr, aku dapat berita mengejut yang menyatakan mak Ieriel sakit kuat. kau ingat tak lepas amik exam tu kan aku janji dengan kau untuk keluar dengan kau kan?...." Fiera terdiam sejenak sebelum menyambung kembali. Izat mengangguk sayu.

"Tapi..aku tak datang..aku tahu kau menantikan aku waktu tu..Nana ada cakap dengan aku." Fiera menarik nafas panjang..

"waktu tu aku di hospital..dan waktu itulah aku terpaksa membuat janji itu..sungguh aku sendiri terkejut bila kata janji itu terlafaz. yang lain semua tercengang kenapa aku sanggup buat janji macam tu..termasuk mak dengan ayah aku..tapi mana mungkin aku lupakan jasa mak Ieriel yang dah lama jaga aku waktu aku kecik.. yang menjaga makan dan minum aku..yang aku dah anggap dia seperti mak aku sendiri..mana mungkin aku sanggup kecewakan mak Ieriel yang telah menjaga makan pakai aku waktu aku tak tahu apa2 tentang dunia ni?" diam lagi..air mata menitik perlahan!

Izat yang mendengar terkejut yang amat sangat. tak sangka selama ini Ieriel dan Fiera sudah kenal sejak kecil lagi.. 'pandaisungguh diorang rahsiakan' bisik hati Izat.

"Mungkin kau tertanya-tanya kenapa mak aku tak jaga aku waktu kecik kan?" hah itulah yang Izat mahu tanya namun bibirnya seakan digam dengan gam gajah yang paling kuat...

"Mak aku...ayah aku...terlalu mengejar kebendaan pada waktu itu..hingga aku sendiri terabai..terlalu taksub dengan harta dunia hingga mereka tak sedra yang aku ni adalah anak mereka. hinggalah satu hari mak aku pun dah macam malas nak layan aku, aku dihantar ke rumah jiran aku..tiap2 hari aku duduk kecuali pada waktu malam baru mak ngan ayah aku amik aku..hati anak mana yang tak rasa kecewa dengan tindakan mak dengan ayahnya? " Fiera sudah menangis teresak-esak..

Izat pantas bangkit. menghampiri gadis pujaannya itu. bahu Fiera diusap perlahan. kini barulah dia tahu, pengorbanan Fiera..

"Dan..jiran kau tu adalah Mak Ieriel bukan?" tanya Izat perlahan.

" ye Izat! saban hari aku duduk dengan arwah ibu Zura.. selama 8 tahun aku menumpang kasihnya. dan selam itu aku dengan Ieriel bagaikan belangkas..kemana sahaja pasti berdua..tak pernah sekali pun kami berenggang..jujur dari hati aku..aku betul2 sayangkan Ieriel waktu tu.." tangisan tiba-tiba bertuakar menjadi ketawa kecil..
"bodohkan aku?"
"Tak Fiera kau tak bodoh.." tak mampu dinafikan..sedikit perasaan cemburu ada juga terselit dihati Izat pabila mandengar pengakuan ikhlas Fiera.

'tapi waktu perpisahan pun tiba...kan semua orang yang berjumpa akan terpisah kan? begitulah yang terjadi pada aku..aku terpisah dengan diorang waktu umur aku 8 1/2 tahun. aku tak tahu sebabnya..yang mak aku bagi tau kat aku..yang ayah aku kena pindah tempat kerja..dan semenjak berpindah ke tempat baru..mak ngan ayah aku mula rapat dengan aku dan aku mula lupa tentang Ieriel..sikit sebanyak aku dapat lupakan semuanya. dan mula menerima mak dengan ayah aku perlahan-lahan."

"sudah la tu...." pintas Izat..Fiera menggeleng.. "aku perlu terangkan semuanya..."

"Fiera...."

"Lepas beberapa tahun tu...kalau tak silap aku waktu umur aku 13 tahun, mak kata ayah perlu pindah lagi..sebab bos ayah aku pindahkan ayah aku ke tempat lain untuk kenaikan pangkat..itu yang aku tahu waktu tu..tapi..sekarang kau nak tahu apa kebenarannya? mak ngan ayah aku sengaja nak pisahkan aku dengan mak Ieriel..alasan bertukar tempat kerja tu sama sekali tak betul...semuanya dirancang dengan sempurna..kau bayangkan..klo bapak aku ada syrikat sendiri takkanlah 'bos' dia nak pindahkan dia kan?" Fiera tergelak kecil..

"dan tempat yang aku pindah tu..tempat nilah...hinggalah satu hari..aku terlanggar sorang budak bila aku nak mendaftar masuk kat sekolah ni...dan sejak itu aku dan dia sering bergaduh..klo kau nak tau..'dia' tu Ieriel lah..tapi aku langsung tak tau dia tu Ieriel..sebab ingatan aku pun dah samar2."

"Sampailah satu hari.. Ainani serang aku..dia tanya..'kenapa kau suka gaduh dengan Ieriel hah?' kau nak tau..bila dengar nama tu aku terus ingat kat sorang budak laki yang suka geletek aku, yang suka sekeh kepala aku, yang suka main kejar2 ngan aku. dan yang selelu kongsi barang permainan dangan aku.. aku terlalu rindukan saat itu Zat!" suara Fiera sudah mulai mendung.. sama mendung dengan cuaca pada petang itu.. Fiera memandang kosong kearah rakannya yang giat berlatih..

"Dan waktu aku terkenangkan Ieriel kau pulak yang hadir dalam hati aku! dan kau pun ada perasaan yang sama denagn aku waktu tu..dan dengan rasmi kita pun couple waktu kita masih form 1..kelakarkan?" Fiera ketawa pulak!

"dan waktu tu aku langsung lupa soal Ieriel hinggalah aku dengar tentang mak Ieriel waktu kita dah abis exam pmr..yang waktu mak dia sakit teruk tu...sejak tu.hidup aku tak tenang..sebab tulah bila mak Ieriel suruh aku janji supaya kahwin dengan Ieriel aku terus setuju..sebab aku betul2 sayangkan mak Ieriel, dan aku terkenangkan apa yang dia dah buat terhadap aku...aku bukan jenis kacang yang lupakan kulit Zat!" kali ni..tiada lagi ketawa dari Fiera..yang ada hanyalah kesepian hati yang terasing.. IZat hanya mampu mengusap lembut bahu Fiera untuk menenangkan gadis itu..selebihnya dia terasa menyesal dalam hati keran membuat tidakan melulu hingga menyebabkan hati gadis pujaannya itu terluka..

12 ulasan:

  1. post larh episode baru lark..
    best gak cite nie..
    pedulikan ape org nk kata..
    teruskan jerk!

    chaiyok!

    BalasPadam
  2. yer.....betul cpt2 smbung
    best.....cite ni

    BalasPadam
  3. cpat la smbung...
    best ar cite nie....

    BalasPadam
  4. mana episod baru ni...lmbtnye..

    BalasPadam
  5. wak mane smbgan ye lambt ar............ cepat smbg ek!!

    BalasPadam
  6. maaf sebab tak sambung wat novel...
    anda semua boleh masuk kat blog saya...nuriz-sixdayslove-nuriz
    tq...

    ~~~penulis~~~

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama1/9/08 6:20 PTG

    waaaa....
    best2..smbg cecepat tau~

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama4/9/08 1:23 PG

    smbg la cpt2...xsbr da nie..hehehe...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4/9/08 1:26 PG

    cam ner nk msuk awk nurin??xdpt la...plsss...nk sgt smbngn novel niee...~

    BalasPadam
  10. sori tak bagi link penuh...
    sixdayslove.blogspot.com.
    tq sebab baca novel nih ek..tapi kat blog saya tuh..dia episod yang ker 5...sebab yang ke 4 saya dah pos ke blog ni..tapi tak tersiar-siar pun....

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama4/9/08 9:58 PTG

    sori tak bagi link penuh...
    sixdayslove.blogspot.com.
    tq sebab baca novel nih ek..tapi kat blog saya tuh..dia episod yang ker 5...sebab yang ke 4 saya dah pos ke blog ni..tapi tak tersiar-siar pun....

    ~~nuriz~~

    BalasPadam
  12. saya dah tgk kat blog awk..tp xade pn..yg ade 2 cme seindah memori je..ke ade tmpt khas nye?

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan