Selasa, Ogos 19, 2008

Cerpen : Tak apa papa, mama tak kisah

Hanni Ramsul


Aku bungkam. Jambangan bunga yang dikirim aku bawa ke hidung. Wangi. Sudah seminggu berturut-turut jambangan bunga ini sampai ke meja receptionist dan sudah seminggu berturut-turut juga aku mengutip jambangan ini di meja Ayu budak receptionist. Apa mimpi lelaki ini?
"Romantiknya suami akak ya? Dah seminggu bagi bunga,"
Romantik? Itu yang aku musykil tu. Tapi,itu kisah seminggu yang lalu. Kisah yang membuat satu pejabat cukup bingit dengan suara puji dan mengusik. Malu aku dengan bos dan staff bawahanku. Yelah, mana pernah dapat bunga? Tiba-tiba seminggu berturut dapat bunga. Hari ini? Pun sama. Satu kejadian aneh juga yang berlaku. Hari ini aku dapat kad. Dari rumah lagi aku disuakan dengan berkeping-keping kad kecil.
[Selamat pagi sayang. I love you]
Itu kad pertama yang aku jumpa di atas meja solek saat aku hendak bersiap ke pejabat. Tergamam seketika. Rasa bahagia membuak tiba-tiba. Ingin aku ucapkan terima kasih pada suamiku yang juga sedang bersiap ingin ke pejabat. Tapi, wajahnya nampak cukup selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hmm. Malas pula aku nak bersuara. Sudahnya kad aku simpan di dalam laci. Bagi kad, tapi, tiada perasaan. Menyampah.
[Terima kasih untuk sarapan yang enak saban pagi. Terima kasih, sayang]
Kad kedua. Di atas meja makan selepas kami menikmati sarapan pagi. Aku ingin senyum dan ingin memeluk suamiku, tapi, bila aku melihat wajah tanpa perasaannya, aku jadi tawar hati lagi.
[Papa sayang mama. Sejak dulu, kini, dan selamanya]
Kad ketiga. Aku jumpa di dalam beg tanganku ketika aku hendak mengeluarkan telefon bimbit. Peliknya. Kenapa suamiku berubah sampai begini sekali? Sungguh drastik. Memang aku mengharapkan layanan seromantik ini daripadanya. Tapi, bila dia betul-betul menjadi romantik, hatiku menjadi gusar pula. Tujuh tahun berkahwin, usahkan sejambak bunga, sekuntum bunga pun dia tidak pernah hadiahkan padaku. Tujuh tahun berkahwin, mana pernah dia beri aku kad. Kalau ada sambutan hari istimewa pun, dia sekadar mengucapkannya padaku bersama satu ciuman di pipi. Kemudian dia akan tanya apa yang aku mahu? Kalau hari ulang tahun kehiran, apa hadiah hari jadi yang aku nak? Kalau ulangtahun perkahwinan, apa hadiah ulangtahun yang aku nak? Cukup dengan itu sahaja. Tapi, kini?Apa agenda suamiku ini? Dan, yang aku perasan, sejak dua minggu kebelakangan ini, kami sudah jarang bergaduh. Walhal, dulu, itu adalah agenda harian kami. Ada saja perkara yang menjadi pokok pertelingkahan. Rindu pula rasanya. Rindu nak bergaduh. Aku tersenyum. Dalam senyum, hati masih tertanya-tanya. Kenapa suamiku berubah? Entah-entah ini umpan tak? Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Buat baik sebab nak minta izin kahwin lagi satu. Tidak!!!!

****
"Papa.. tolong tidurkan adik ni. Mama nak siapkan report ni,"aku memanggil suamiku apabila rasa geram sudah menjentik hati melihat anak bongsuku membuat perangai. Dan, suamiku tanpa banyak bicara, terus mendukukung anak bongsu kami, masuk ke bilik tidur.
Itu kejadian tiga hari lepas. Kalau sebelum ini, cukup payah mahu menghulur tangan melayan kerenah anak. Tiba-tiba dia jadi bapa penyanyang pula.
"Mama. Berapa kali papa cakap, bunga ni, nak kena siram selalu. Takkan kerja mudah macam ni, tak boleh nak buat,"
"Lupalah papa. Mama banyak kerja,"
"Kan dah layu. Tak cantik,"
"Alah. Biarkanlah. Tak pun, nanti mama beli pokok bunga baru. Ganti bunga papa tu,"
Suamiku diam. Terus berlalu. Peliknya. Padahal, sebelum ini, kalau bunga-bunga kesayangannya itu layu sedikit, pasti satu petang aku harus tadah telinga mendengar bebelannya. Itu pula peristiwa dua hari lepas.
"Mama. Macam mana mama nak buat kerja ni? Bersepah. Kemaslah dulu,"
Aku pandang barang-barang permainan anak-anak yang memenuhi lantai.
"Nantilah. Mama malas nak stop kerja mama ni. Nanti kerja mama siap, mama kemaslah,"
Suamiku terus mencapai barang mainan anak-anak. Dia yang tolong kemaskan. Peliknya. Kalau tidak, memang aku kena tadah telinga lagi. Kerja suka bertangguhlah. Asyik nanti..nanti.. nanti..
Tapi, kenapa suamiku tidak marah? Sudah lama kami tidak bertengkar ni. kenapa dengan suami aku ni? Pelik sungguh perangainya sejak akhir-akhir ini. Aku ingin bertanya. Tetapi, mulut terasa berat pula.

****
"Hah?! Apa papa?,"
"Candle light dinner,"
Aku letak jariku di dahi suamiku. Normal.
"Are you okay, papa?,"
"Of courselah mama. Malam ni, pukul lapan. Anak papa sudah hantar rumah mak,"
Itu bicaranya siang tadi, sewaktu dia singgah di pejabatku.. Dan, sekarang, kami sama-sama menikmati hidangan makan malam yang romantik. Bisu. Kelu. Kaku. Cuma sudu dan garfu yang sesekali menjeit bila berlaga. Romantik apa kalau senyap sunyi macam ni? Pelik betul suamiku ini.
"Papa. Mama tanya sikit, boleh?,"
"Tanyalah,"suamiku menjawab sambil menyuap mee sizzling ke mulut. Dia ni,memang. Kalau dah makan, tak ingat apa. Candle light dinner terasa seperti tiada makna apa pun. Sama saja dengan makan nasi di rumah. Tak romantik pun.
"Papa ni kenapa? Mama tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni,"
"Lain macam apanya? Tak ada apa yang lainnya?,"
"Yelah.. tak pernah-pernah bagi bunga, tiba-tiba bagi mama bunga. Tak pernah-pernah bagi kad, tiba-tiba bagi mama kad. Selalunya suka marah-marah mama. Arah-arah mama. Tiba-tiba dah tak ada marah mama. Kenapa papa?,"
"Kenapa? Mama tak suka ke?,"
"Tak adalah sampai tak suka. Tapi, pelik. Apa yang papa dah buat ni? Papa ada buat salah dengan mama ya?,"tuduhku sambil merenung wajah suamiku. Suamiku membalas renungan itu.
"Mana ada? Mama ni, cuba jangan suka menuduh,"
"Dah tu? Kenapa tiba-tiba berubah ni? Entah-entah papa ada perempuan lain tak?,"
"MasyaALLah. Mama?! Mulut tu, jangan main tuduh saja tau,"
"Betullah tu. Saja buat baik dengan mama, sebab papa nak kahwin lain kan?,"
Suamiku sudah jegilkan mata. Marah. Aku pula sudah mula nak tarik muncung. Makan malam yang memang tidak romantik itu, bertambah tidak romantik jadinya. Eh, kami dah nak gaduhlah.
"Bukan ke ini yang mama nak papa buat?,"
Aku ternganga.
"Mama nak? Maksud papa?,"
"Papa baca luahan hati mama tu,"
Aku terlopong. Patutlah.
"Kertas yang mama dah buang dalam tong sampah tu?,"
"Yalah. Banyak sangat kekurangan papa di mata mama ya? Sekarang bila papa buat apa yang mama nak, mama bising juga. Nak papa bagi bunga, papa bagi. Nak papa bagi surprise wish, papa bagi. Impikan makan malam romantic, papa bagi. Tapi, mulut tu, tetap juga bising. Serba tak kena. Semuanya salahlah kat mana mama. Papa pun tak tahu apa sebenarnya yang mama nak,"
Aku diam. Begitu ke? Salahlah tuduhan aku tadi. Aku senyum sedikit.
"Yelah. Papa bagi bunga, tapi, tak ada ucapan apa-apa pun. Dari, papa. Tu saja. Dah tu, macam tak ada perasaan saja bagi bunga tu. Bagi ucapan pun sama. Dah bagi kat sana sini, buat muka seposen. Mama nak ucap terima kasih, terus tak jadi. Ni, makan malam ni, pulak.. sama je dengan makan malam kat rumah. Hambar. Papa duk mengadap makanan papa. Mama pula mengadap makanan mama. Cuba tengok orang sekeliling. Sama ke dengan kita. Tak kan?,"aku bersuara sambil memerhati beberapa pasangan yang sedang menikmati makan malam sambil bergurau senda.
"Nak bergurau senda macam mana? Kalau belum apa-apa mama dah ajak papa gaduh?,"
Aku diam lagi.
"Papa dah cuba buat apa yang mama tak puas hati dengan papa selama ni. tapi, mama tetap juga tak puas hati,"
"Kalau buat semata-mata sebab mama nak, tak payahlah papa. Tak ikhlas,"
Suamiku mengeluh perlahan. Perlahan tangannya mencapai jemariku.
"Mama tahu kenapa papa buat semua ni?,"
Aku menggeleng.

****
Sesungguhnya aku khilaf selama ini. Sesungguhnya aku silap selama ini. Kata-kata suamiku membuat aku bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Betapa, selama ini aku tidak tahu mensyukuri apa yang aku ada.
"Sebab papa sayang mama. Sebab papa tak mahu mama berasa papa tidak sayang pada mama lagi. Padahal mama tahu kan, macam mana dalamnya sayang papa pada mama. Papa yakin lebih dalam dari rasa sayang mama pada papa. Papa tahu mama terima papa dulu, sebab mama kasihankan papa kan? Semasa papa menitiskan air mata merayu untuk kahwin dengan mama, papa tahu, mama terima sebab kasihan. Papa tak kisah. Sebab papa sayang sangat kat mama,"
Aku tersentuh. Tidak dapat aku nafikan kebenaran kata-kata itu. Memang aku tidak sampai hati melukakan perasaan suamiku. Sebab itulah kami bersatu juga. Tapi, aku bahagia dengan suamiku.
"Mama selalu cakap papa tak caring. Tapi, mama tak tahu papa ingat segalanya tentang kita. Mama ingat baju apa papa pakai semasa pertemuan pertama kita?,"
Aku geleng.
"Papa ingat. Papa ingat mama pakai baju kurung warna merah jambu. Dengan tudung warna kuning cair. Sama dengan warna bunga-bunga kecik kat baju mama,"
Aku terdiam. Terharu.
"Mama ingat tarikh kita jumpa? Tarikh papa ajak mama bertunang? Tarikh papa ajak mama kahwin?,"
Aku diam. Buntu mencari tarikh itu.
"Mama lupa kan? Papa tak lupa. Kita jumpa 4 Jun 1999. Papa ajak mama bertunang genap setahun kita kenal. Pada tarikh yang sama. Empat bulan lepas tu, papa ajak mama kahwin. Bulan Oktober,"
Aku tiba-tiba jadi malu pada diri sendiri.
"Mama ingat kat mana kita jumpa untuk date pertama kita?,"
Aku cuma pandang wajahnya.
"Kat sini kan?,"aku bertanya sambil memandang sekeliling kawasan restoran tempat kami menikmati makan malam itu.
"Betul. Tapi, mama ingat tak meja mana?,"
"Manalah nak ingat. Kan dah lama,"
"Papa ingat. Tu.. kat sana. Dulu dia letak meja kat situ. Sekarang dah tak ada. Dia buat stall,"
Aku terus termangu. Betapa aku silap menilai suamiku selama ini. Itu perbualan kami, saat malam malam tadi. Selepas itu, kami pulang dengan kebisuan. Aku betul-betul kelu selepas itu.
"Mama.. kenapa ni?,"
Aku tersentak . suamiku bergerak ke peti sejuk. Mencari air.
"AKu menggeleng.
"Sudahlah. Dah lewat ni. Jom tidur,"
"Papa…,"
Suamiku menoleh.
"Teruk sangat ke perangai mama ni, papa?,"
"Perangai mama memang teruk. Degil. Keras kepala. Keras hati. Pemalas pun ada sikit,"
Aku tarik muncung. Janganlah berterus terang sangat. Suamiku tersenyum sambil melangkah rapat padaku. Memegang tanganku.
"Tapi, papa suka. Papa geram bila mulut ni,suka menjawab bila papa marah. Bila papa tegur. Tapi, papa suka. Papa geram bila papa suruh buat itu ini, mama banyak alasan. Tapi, papa suka. Papa geram bila mama nak menang sendiri saja. Tak reti nak mengalah. Tapi, papa tetap suka. Sebab, bila papa terima cinta mama, bermakna papa terima segala kekurangan dah kelemahan mama,"
"Tapi, mama tak. Kan? Mama mengharapkan Sesuatu yang papa tak boleh bagi, padahal banyak lagi benda lain yang lebih bermkana yang papa bagi pada mama,"aku bersuara perlahan.
"Mama nak papa jadi romantic. Papa dah cuba. Papa dah cuba jadi orang lain, demi mama,"
"Tak apalah papa. Lepas ni, papa tak payah romantik lagi. Mama suka papa macam ni. Mama tak boleh paksa papa jadi sesuatu yang bukan diri papa. Mama salah. Mama sepatutnya terima papa seperti papa terima mama. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan mencari kekurangannya, kan?,"
Suamiku senyum.
"Mungkin sebab, kebelakangan ni, mama suka baca novel cinta kot. Sebab tu, suka fikir yang pelik-pelik macam tu,"aku bersuara sambil tersenyum kecil.
"Mama memang suka fikir benda pelik-pelik,"
Aku tertawa.
"Mama minta maaf ya, papa,"
Suamiku senyum sambil menarikku ke pelukannya.
"Walaupun papa tak pandai nak berkata-kata. Nak buat perkara-perkara yang romantik, tapi, mama percayalah, cinta papa pada mama tak kurang sedikit pun,"
"Hmmm.. tapi, rasanya macam ni, dah romantik sikit kot,"ujarku berseloroh. Suamiku tergelak. Memandang lama wajahku. Membuat aku sedar, sebenarnya tanpa itu semua pun, aku sudah cukup bahagia dengan hidupku ini. Aku terlalu mencari kekurangan suamiku sehingga aku lupa pada kekuranganku sendiri.
"Jom, tidur,"
Aku senyum.

***
"Mama ,"
"Apa papa?,"
"Stoking papa mana?,"
"Papa carilah. Mama nak bersiap ni. dah lewat ni,"
"Ini yang papa tak suka ni. Suka sangat alih-alihkan tempat simpan barang. Hari ni, simpan kat sini. Esok simpan kat lain. Mana mama simpan?,"
"Papa. Carilah dulu. Cari dengan mata dahlah. Tak payahlah cari pakai mulut,"
"Tengok. Tak ada. Mama cari sekarang,"
Aku berpaling. Memandang wajah suamiku yang sudah masam. Aku tarik drawer almari. Mengambil bungkusan stoking yang baru dibeli. Memang suamiku suka beli sroking.
"Papa ambil yang baru jelah. Bising. Mama nak bersiap pun tak boleh,"rungutku geram.
"Inilah dia. asal tak jumpa keluar yang baru. Asal tak jumpa keluar yang baru,"
"Papa tolong diam boleh tak?,"
"Mama! Mama! Stoking Along mana? Along dah lambat nak pergi sekolah ni. mama ni memanglah. Suka hilangkan stoking Along,"anak sulongku pula menjerit dari biliknya.
"Tengok. Tu anak papalah tu. Papa pergilah tengok kejap. Mama tak boleh bersiaplah macam ni,"
"Mama yang buat masalah kan? Mama sendiri yang settlekan. Berapa kali nak cakap, benda-benda kecil macam tu, simpan satu tempat. Ini, tak ada lain ni,. mesti bercampur dengan pakaian lain,"
Alah! Dah mula membebel pagi-pagi buta macam ni. Geram betul. Tapi, inilah yang aku lalui selama ini. Dan inilah juga rencah-rencah kehidupan yang memberi rasa bahagia padaku. Aku pandang wajah suamiku yang masih terus membebel.
"Mama bahagia sekarang papa,"
Kata-kata itu membuat suamiku terdiam.
"Apa?,"
"Mama bahagia hidup dengan papa,"
Suamiku tersenyum. Melangkah rapat padaku. Memelukku dari belakang sambil mencium pipiku. Bebelannya hilang serta-merta.
"Papa juga,"bisiknya di telingaku.
"Kalau macam tu, pergilah tolong Along cari stoking kejap. Mama nak bersiap cepat ni. nak hantar adik ke nursery lagi,"aku bersuara sambil tersengih. Suamiku memandang geram.
"Psikologi papa ya?,"
"Please….,"
"Oklah sayang,"
Dan aku tersenyum bahagia apabila sebuah lagi ciuman hinggap ke pipiku sebelum suamiku bergerak keluar.
"Mama!,"
Aku terkedu. Kenapa suara anak dan ayah bersatu memanggilku? Aku berlari keluar dari bilik. Suamiku dan anak sulungku bercekak pinggang memandang ke arahku.
"Kenapa?,"
"Stoking Along dengan papa. Semuanya kat dalam washing machine ni. Mama tak jemur ya?,"marah anak sulungku.
Aku menepuk dahi.
"Mama lupa sayang. Sorry,"
"Itulah. Buat kerja selalu bertangguh. Sekarang, apa dah jadi,"suamiku pula menambah. Sama saja perangai anak dengan ayah. Aku cuma mampu tersengih.

****

42 ulasan:

  1. pehh...soooo sweet cite nih...best gk...hehe...mama lebey kuang aku daa...pelupa...wakakakkaa...

    BalasPadam
  2. muahhcakkkkk..pipi hanni...syg hanni...semua cite best..hehe...^_^

    BalasPadam
  3. best citer ni...husband aku pun lebih kurang mcm suami dalam citer ni...x romantic lansung tapi dia seorang yang rajin...semua kerja umah dia yang settlekan...sbb dia faham dengan kerja aku yang kekadang 7 hari seminggu...so,setiap manusia ada kelemahan n ada kekurangan...good job...len kali wat lagi best erk

    BalasPadam
  4. Hahaha...sebijik macam aku!! psl bertangguh keja mmg MASTER. penat seh... nasib hubby fhm sgt, dia yg tlg. tp ingat tlg saja? teruk la telinga ni kena dgr dia 'rapping'!! Arghhh!!!

    BalasPadam
  5. I like d story....sama mcm saya...selalu merungut kalau ada kekuarangan suami...asyik nk merajuk, sampai lupa kelebihan suami...

    dan saya pun suka bacer komen2 di atas ni...kita org pompuan ni mmg best kalau ada suami yg memahami..walaupun kena rapping.....hehe

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama20/8/08 1:07 PG

    walaupon aku x kawen lg tp cite ni mmg best la bila aku bace..kire nmpk x romantik tp sebenarnya romantik sgt2...huhu...bahagia idop cm nih...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama20/8/08 1:08 PG

    walaupon aku x kawen lg tp cite ni mmg best la bila aku bace..kire nmpk x romantik tp sebenarnya romantik sgt2...huhu...bahagia idop cm nih... bucuk.bucuk@yahoo.com

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama20/8/08 3:21 PG

    perghhh..bestlaa citer nih..!!!
    tersengih2 sendiri aku dibuatnye..hihihi

    BalasPadam
  9. besh besh besh....
    teserlah realiti hidup...
    lelaki ni sebenarnya romantik, tapi kadang2 sifat romantis tu tertutup dgn ego yg tinggi...
    he he he...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama20/8/08 9:58 PG

    suka la...
    nti wat lg k....:p

    BalasPadam
  11. best sgt2 cite ne...bahagianye hidup lau aku dpt suami cm 2..

    BalasPadam
  12. wow...amazing story...looks like real...good job...congrate for excellant job and story....

    BalasPadam
  13. sye ske sgt klu hanni yg wat cite....
    best......giler......

    BalasPadam
  14. "Perangai mama memang teruk. Degil. Keras kepala. Keras hati. Pemalas pun ada sikit,"

    hahahaha...mcm pernah aku dgr jer ayat nih..lalalala...tertusuk ker idung ku..adusss

    BalasPadam
  15. indahnyee hidup berumahtangga..hihhi :)

    BalasPadam
  16. best....sama lah...if bab tangguh ni saya la juara. hubby mulut dah mcm bertih jagung tp dia tetap rajin layan bini dia ni.

    BalasPadam
  17. -HaNy-

    Nice la cite niE...Thankz cite ni telah menyedarkan sy cOz sy pOn serupe cam watak mama tue yg xbersyukur dgn ape yg ada..Wlpn Husband ckup sush nk ucp kte Sayang n sLu Bebelkan sy but die tetap rajin,caring n loving husband

    I LOVE U ..PAPA..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama21/8/08 9:07 PG

    selagi suami kita bagi wang gajinya utk kita settlekan..dan tak curang...kita harus bersyukur..buat apala bunga dan kad tu..atau ucapan i love u tapi hatinya bercabang dua.

    BalasPadam
  19. best la cite ni....;)

    BalasPadam
  20. hehheheheh...watak mama sama mcm mie.watak papa lak sama mcm ad..heheheheh..walau mulut papa mcm bertih jagung mama ttp syg papa...papa jgn la marah mama slalu..-rosbiru a`mie

    BalasPadam
  21. best sgt2....best gler la wa cakap sama lu.....huhuhu

    BalasPadam
  22. best.......

    BalasPadam
  23. memang best sgt citer ni......same like my hubby cuma xsuka bebel skit jer.kita org perempuan ni mmg xpenah nak tgk kekurangan sendiri, nanti dpt husband yg teruk baru tau.overall this story very nice n sweet... : )

    BalasPadam
  24. hehehe
    best laa cite niee
    mmg ok
    bleh tgk cmne gelagat umah tgga
    tros kn g wt cter best cmnie k
    aslam

    nabil

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama2/9/08 4:10 PTG

    cayalah.. best arr cita nie, leh kasi tau x cita apa lagi yang ditulis hanni.. sya blm kwin lg, tp rasa xsbar plak nak tempuh alam baru nie..

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama3/9/08 5:22 PTG

    yg tak romantik tp romantik....nice jln citer...

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama6/9/08 7:17 PTG

    bestnye....sweet and happily ever after....hmm...

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama9/9/08 7:55 PTG

    best cite ni
    suka ngan cara hubby dia tegur bile wife dia tak suke ngan kekurangan hubbynya....

    BalasPadam
  29. bagus sgt cter ni..byk yg bleh mengajar wat diriku..

    BalasPadam
  30. sweet story...suka sangat2 watak papa dalam citer ni..hehehe..tapi zaman sekarang ni susah mo cari husband cam ni..ye x?

    BalasPadam
  31. best sgt2 cter nie..best tak terkata yg mmpu bt kita tersenyum bila membaca...kua kn lg idea yg mcm nie..

    BalasPadam
  32. GOOD JOB
    best cte ni mcm aku je perangai mama tu n laki aku mcm si papa mmg sama...tp 2le kdg2 kt xthu die sygkn kte..die xckp tp sebenarnye die syg kn kte...
    n kdg2 aku pon xsdar y aku de kelemahan..asyk nmpk klemahan die je..
    hauahuhauhauhaua

    BalasPadam
  33. I love this story so much even though I just married for 10 month but this story show me just like us.so far this the best story I read fr here,Tq for sharing writer...

    BalasPadam
  34. bes la cite nie..
    gud job..

    BalasPadam
  35. hehehhehe..best...romantik yg natural...rs cm nk kawen jer...

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama7/6/09 9:19 PTG

    Comeel gile, LIKE FATHER LIKE SON :-D

    -NABILAH-

    BalasPadam
  37. Terima kasih Hanni.....
    Best sangat karya ini...
    Ini lumrah sebuah kehidupan.....

    BalasPadam
  38. kak hani...
    best sgt citer nih..so sweet..
    smile sesorang saat papa jd romantik..(mula nk terberangan)
    gelak bila mama back to normal...
    gelak besar bl dpt gmbran along n papa menjerit serentak...

    ape2 pun truskan bekarya.
    kami sentiasa menyokong.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan