Khamis, Ogos 21, 2008

Cerpen : Selamat Tinggal Airmata duka

rosnani hamzah


Pannggg!...satu tamparan kuat hinggap ke pipi montel Boq. Tersembur keluar nasi yang baru nak ditelan, satu lagi pinggan Mok pecah dan ikan juga budu bertaburan di lantai rumah. Terkebil-kebil mata Boq melihat ikan kering laju dilarikan si Tompok, kucing Kak Kiah sebelah rumah. Zzzaappp…tali pinggang ayah pula datang menyinggah ke badan Boq yang tak berbaju. Seperti biasa, Boq tidak menangis tidak juga melawan setiap kali tangan lebar ayah menghayun ganas ke pipi. Tendangan, cubitan dan pukulan ayah sudah lali dan tidak lagi memberi apa-apa rasa pada Boq. Tidak tahan dengan pukulan ayah yang bertubi, Boq menyelinap lari ke bawah rumah menyembunyikan diri dengan deraian airmata yang entah keberapa ratus kali tumpah. Dari jauh, suara tangis mok mula kedengaran sayup-sayup dan seperti merayu-rayu ayah supaya berhenti memukul. Diselang seli dengan herdikkan dan tengkingan ayah, kali ini bunyi tamparan yang disertai raungan mok pula memecah hening malam. "Nasib aku baghi make pun mujur, gemuk supe ike butal tapi tok sedar diri jugak, gi jual basikal buruk adik tu bakpo? Kalu ikutkae ati aku bunuh budak nie!. Basikal adik kena jual? Sapa jual? Apakah ayah tuduh aku yang jual basikal adik? Soalan demi soalan bermain-main di fikiran Boq. Setahu Boq basikal adik sudah dua minggu hilang dilarikan budak-budak kampung yang memang tergolong dalam lingkungan mereka-mereka yang rebah kerana najis dadah. Bila malam mula berlabuh Boq naik perlahan-lahan ke anjung rumah. Malam ini sekali lagi Boq terpaksa akur kena tidur di serambi dekat tangga rumah setiap kali dipukul ayah. Beralaskan lengan, dengan perut lapar dan dingin malam yang menyengat tidak dapat membuat mata Boq lelap. Boq bangun menyandar ke dinding. Direnungnya perut yang buncit, lengan yang besar. Boq jadi hiba dan menangis.."nape aku gemuk? Kenape orang panggil aku Boq? (gelaran untuk orang gemuk). Kenape aku tak kurus macam orang Somalia? Sedang aku selalu berebut makan dengan adik-adik yang lain? Ayah cuma buruh kasar yang berpendapatan tak tetap. Mok pula cuma tau buat anak dan setiap tahun Boq asyik dapat adik baru. Boq menampar-nampar perut dan mencubit-cubit pipinya yang montel. Boq benci, boq tak suka dan Boq sedih kenapa ayah selalu marah dan pukul Boq walaupun Boq tak buat salah. Seingat Boq, ketika umur Boq lima tahun Boq lihat dan terima lelaki lain dalam hidup Boq dan mok yang sebelum tu sungguh bahagia dan cuma berdua. Selepas adik baru muncul dalam keluarga Boq, selepas itu jugalah bermulanya episod duka dalam hidup Boq hingga sekarang. Bukan Boq tidak pernah bertanya pada mok, kenapa ayah benci Boq dan marah Boq tapi setiap kali ditanya jawapan mok tetap sama dan boring.."Nok wat guano! Mok pun orang jamu jugak.."

Sedar tak sedar umur Boq dah menginjak ke angka 12 tahun dan Boq bakal menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Tapi, Boq peduli apa dengan UPSR yang bakal menjengah. Pada Boq semuanya tak memberi apa-apa makna dan nilai pada Boq. Boq selalu ponteng sekolah dan selalu diejek kawan-kawan kerana tidak pernah hadir kelas tambahan, Boq juga selalu dimarahi cikgu kerana tidak siapkan kerja rumah. Bukan Boq tidak pandai, malah Boq tergolong dalam murid-murid cemerlang dalam peperiksaan di sekolah. Boq juga teringin merasa belajar di kelas tambahan dan Boq sudah muak diperli dan dimarahi Cikgu. Tapi…apakan daya ayah marah Boq perhabis duit untuk kelas tambahan dan ayah selalu berang setiap kali Boq minta duit untuk beli alat-alat tulis dan buku-buku sekolah, Ayah selalu ungkit wang ringgit yang masuk ke perut Boq dan untuk perbelanjaan sekolah Boq. Ayah suruh Boq duduk rumah, jaga adik-adik dan bagi makan kambing yang ayah bela seramai tiga ekor. Walaupun ayah selalu marah Boq dan cakap Boq dungun, bodoh tapi Cikgu Besar tetap puji Boq. Cikgu Besar cakap Boq bagus, pandai dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran. Boq bangga kerana ada juga orang yang sayang dan menilai kebolehan Boq. Boq sayang Cikgu Besar dan Boq meneruskan persekolahan pun kerana Cikgu Besar yang banyak memberi bimbingan dan kasih sayang pada Boq.

Disaat ummat Islam menyambut Ramadhan dan kemeriahan Syawal baru-baru ini, Boq makin kerap menjadi mangsa penampar ayah. Puncanya ayah kehilangan kerja kerana terlibat dengan najis dadah. Kezaliman ayah menjadi-jadi dan nyawa Boq hampir melayang hanya kerana Boq memprotes selipar raya yang dibeli oleh ayah. Boq sedih, marah dan rasa tak adil kerana ayah cuma beli selipar Jepun untuk Boq sedangkan adik-adik dapat kasut dan baju raya baru yang cantik dan mahal. Teruk Boq dikerjakan ayah sehingga Boq pengsan dan terpaksa beraya juga dirawat di hospital selama dua minggu. Sejak itu hati Boq makin jauh terhadap ayah dan terkadang Boq rasa tak guna hidup. Kalau boleh boq ingin lari jauh dari ayah, dari semua tapi…bilakah semua itu akan jadi kenyataan?

"Abe!..cepat balik, Cikgu Besar ada kat ghumoh…hooreeyy abe buleh 5A, abe pandai!". Terkulat-kulat Boq pandang Suraya adik Boq, antara dengar dan tidak, antara realiti atau mimpi. Suraya melompat-lompat gembira sambil ditangannya memegang sehelai kertas putih. Dicapainya kertas itu,..mata meneliti satu persatu bait nombor dan huruf yang tertera. Dengan linangan airmata syukur Boq ikut melompat-lompat seperti Suraya tanda gembira tidak terhingga. Kambing di padang ikut mengembek seolah-olah mengerti perasaan Boq. Mereka beriringan balik…tidak putus-putus Boq mengucap syukur kehadrat Illahi. Masih tergiang-giang ditelinga Boq pujukan dan rayuan cikgu besar, meminta Boq tinggal bersamanya selama sebulan bagi memudahkan Boq mengikuti kelas tambahan dan mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Selama sebulan Boq dilayan bagai Putera Raja, perut sentiasa kenyang dengan makanan yang sedap-sedap. Kelengkapan sekolah juga sentiasa cukup. Pergi sekolah dihantar dan dijemput dengan kereta besar tak ubah seperti OKB masuk kampung. Indah sungguh hidup ketika itu dan dapatkah Boq merasainya lagi? Begitu juga dengan pengorbanan mok, tidak sia-sia air mata mok banyak tumpah, merayu dan memberi perangsang agar Boq tinggal dengan Guru Besar dan belajar bersungguh-sungguh. Kata mok, inilah masa, inilah peluang untuk Boq ubah hidup dan lari dari cengkaman ayah tiri yang sentiasa menyakiti Boq. Sekarang, apa yang diharap sudah menjadi kenyataan. Boq sudah mampu tersenyum, Boq sudah boleh mengukir angan-angan.

"Selamat datang lambaian asrama dan selamat tinggal dunia sedih. Tunggulah, aku datang!…"

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama23/8/08 6:20 PG

    salam warahmatullah,tahniah..crta yg bagus.kalau ada smbungan lg best,crta tntng kejayaan boq dn kekeslan ayah tirinya atau sbgnya..
    tahniah sekali lg

    BalasPadam
  2. Bagus ... pandai demo buat cito...tapi kwe raso tok berapo lekap laaa.... heppy ending demo comel doh.. tapi terlalu awal.. kalu buleh demo sambung sapai dio besar. . dan mampu menolong org tua dio.. terutama sekali membalas jaso mok dio.. dan mberi pngajaran buat ayoh dio.. kwe harap demo buleh habiskan cito ni dgn lebih comel dan lebih bergaya.... good try... drp 5star i give u 2 star.....

    BalasPadam
  3. best tapi tak pam juga bahasa nyer

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/9/08 2:36 PTG

    suke bace citer nih...

    BalasPadam
  5. sedih la pulok..
    ader budaya....

    BalasPadam
  6. baru baca intro dah sedih....tak leh nak baca abis takut terus nangis kat depan computer.....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan