Anis Amira
anis_amira@ymail.com
"Handsome siot!.Budak mana ha?" " Gila!Mana aku tau.Budak degree kot!" Dua orang anak dara sedang mengintai aksi si teruna dari tingkat 3 bangunan Pusat Matrikulasi. " Kalau bukan budak degree, mesti kerani pejabat..." Sha membuat andaian liar."Kerani mampu pakai motor besar ke?Cagiva Mito tu... Pakai akal la sikit kawan.." Moon membalas." tapi kan, pendek la..not my taste!""Peh!macam la mamat tu nak kat hang. Perasan kuasa 5 aa ko ni Sha". Tiba-tiba.."sreeeet", sebuah Honda CBR hitam memasuki parkir bersebelahan Cagiva Mito merah. " Yang satu ni nampak macam tinggi sikit. Ko tengok tapak kaki dia. Cecah jalan...tak macam Mr Cagiva tu, jengket! Ko tunggu dia bukak helmet, gerenti muka lagi handsome!" Sha tak sabar menanti detik-detik Mr CBR buka topi keledarnya. Serentak."Kah!Kah!Kah! Mamak....!""Hoi! Korang taknak masuk kelas ke? Dah pukul 8.00 ni..." Jeritan Mek Ha, ketua kelas 2.03 mematikan ketawa Sha dan Moon...."Kaca betul mek klate nih!" Sha merungut sendiri...
***************************
"Assalamualaikum...My name is Mr Ridhwan bin Ismail. 26 years old. Still single but not available. Ha,ha..Whether you like or not, I’ll be your English teacher for this semester."
" Astaghfirullahalazim…. Macamana Mr Cagiva ni boleh masuk kelas kita sha? Best giles!" " Hai..Mr katik...nampak gayanya, tinggi la markah English kawan aku ni! Sure tak ponteng kelas lepas nih!Tapi, apsal Mr Cagiva ni ...ops.Mr Ridhwan ni, cam belagak..je? memang not my taste!" "Ko apsal? Mana ada belagak. Cikgu, memang cam tu. Lagipun, sapa suruh ko suka kat dia? Aku ni ha yang dah terjatuh hati kat dia!""Ok! Next!" Mr Ridhwan memandang tepat ke muka Moon. "Ko punya turn la makcik…" " Oh! Sorry..Well,my name is Munirah bt Sulung. 18 years old.Still single and available. He.. I’m very happy to be your student and I really hope that you’ll be my teacher forever." Mr Ridhwan tersenyum cuma." Ko ni angau ke Moon? Merapu..sekali! E…malu la duduk sebelah ko!" " Aku pun malu gak! Apsal aku cakap macam tu ha? Adoi..malunye..! "
Mr Ridhwan, guru sementara di Pusat matrikulasi itu baru sebulan pulang dari UK. Walaupun tidak berminat dengan kerjaya sebagai pendidik, diturut juga kehendak ayahnya yang memang tak boleh tengok dia duduk senang lenang di rumah. Mujur saja Taufik, senior semasa di UK dulu pun dapat mengajar di situ . Ada juga teman sekepala yang boleh diajak merambu. Hari pertama sebagai guru memang merisaukannya. Maklum sajalah, perlu mengajar budak-budak cerdik. Teringat dia sewaktu sesi suaikenal dengan pelajar kelas 2.03 tadi. Pelajar bernama Munirah asyik memerhati. Naik rimas dibuatnya. Rupa tu, boleh tahan comel, Cuma ,berani lain macam...Matilah dia kalau budak tu ada hati padanya.
"Sha! Ko perasan tak Mr Ridhwan tu asyik tanya aku aje dalam kelas. Ish! Susah nak percaya ni! Takkan dia dah mula jatuh hati kat aku?" "Woi!Dah la tu! Serabut a..mana ada cikgu handsome macam dia nak student tak berapa comel macam ko! Tolonglah jangan mimpi petang-petang hari..boleh jadi gila tau tak?""Takpe Sha..kalau esok-esok ko tengok aku bonceng motor dia ko jangan jealous tau!" " Sikit pun tak jealous, Cuma aku tak tau mana dia nak letak ko pasal motor dia tu mana ada tempat untuk pembonceng." " Ye ke? Ada la..." " Mana ada..." "Takpelah! Aku boleh bawak dia naik motor EX5 aku tu!"
"Perhatian semua! Sape yang dah siap kerja yang Mr Ridhwan bagi semalam?"Senyap."Tolongla wey...aku tak siap ni..." Azhar mula merayu. " Aku siap! Ambik la kalau nak. Tapi pandai-pandai la ko tukar ayat. Silap-silap aku pulak yang kena nanti."" Fuyo...mantap la Moon...sejak bila ko jadi budak on time ni? Selalunya ko yang sibuk tiru orang."" Ye ke? Aku rasa, aku selalu siap kerja. Jangan suka-suka nak fitnah orang ye..Aku tak bagi buku ni baru ko tau.."" Ok!Ok!mintak maaf ye Cik Bulan..Aku gurau aje.""Tau tak pe..." Memang ketara perubahan Moon sejak dapat cikgu Bahasa Inggeris yang baru ni. Datang kelas awal sekali. Kerja yang diberi tak pernah tak siap, dan yang paling dasyat, dalam kelas punyalah "control" ayu..Memang kontra dengan sikapnya yang serba selamba sebelum ni.
"Moon! Nak order tak?"Mila mengganggu Moon yang sedang rancak menyembang dengan Sha " Apa dia?" "Ni ha…"request" Persatuan Bahasa Melayu buat…Ada bunga , bunga dan coklat, coklat aje pun boleh….Order la…tolong persatuan." "Ok gak!Aku nak order bunga ros dua kuntum. Meh aku tulis! Tapi ko janji tak bocor rahsia tau! Kalau tak, aku taknak bagi ko pinjam CD lagi…"
Penerima :Mr Ridhwan Ismail,
Kata-kata : Nice knowing you.
Pengirim : MS302
Mila cuma tersenyum membaca catatan Moon." Manyak gila ini budak!" Mila sempat memberi komen selamba sewaktu mengambil borang pesanan dari tangan Moon. " Sha! Jom gi kafe! Aku lapar ni..""Orait! Aku siapkan lagi satu soalan ni. Lepas ni kelas Miss Chiu kan?" Siapa tak kenal Miss Chiu. Cikgu Matematik yang boleh tahan garangnya. Lewat 5 minit, denda 50 sen. Macam ceti haram je bila menuntut duit denda. " Sha! Cepatlah! Nanti lambat pulak kita masuk kelas Anita Mui tu! Ko banyak duit ke nak cover aku!" Bergegas menuruni tangga ke cafe tambah pula hari itu dia memakai kasut tumit tinggi hampir-hampir buat Moon tersembam. Mujur saja ada yang sempat menyambut. " Kalau iya pun nak kat aku, takkan la main terkam macam ni...malu la sikit kat kawan-kawan aku tu.." " Sorry! Aku tak sengaja .terima kasih la sudi selamatkan aku. Cuma, lain kali ko takyah la susah payah. Aku lebih rela jatuh tersembam daripada disambut budak hantu macam ko." " Woi! Kurang asam punya pompuan..ingat aku nak sangat ke budak pendek macam ko tu? Aku doakan ko jatuh terguling-guling . Orang dah tolong, buat sombong pulak." Merah padam muka Muiz menahan marah. " Cari pasal betul la ko ni Moon. Aku takut budak Muiz tu cerita kat budak-budak lain. Teruk ko kena kutuk nanti...."" Eleh!Tak luaknya kena kutuk dek Muiz and the gang tu!"
Memang telah dijangka, Sha dengan Moon kena denda lagi. Kali ni seringgit keranalewat 8 minit." Ala Miss Chiu, takkan seringgit." " Bundarkan ke nilai yang paling hampir! Lagipun, selalu lambat!" " Terima kasih..." Miss Chiu hanya tersengih menyambut 2 keping duit seringgit yang dihulur Moon."Aku cover ko hari ni.." Moon rasa bersalah kerana dia terlalu lama di tandas kerana membetulkan tudungnya yang senget- benget akibat terjatuh tadi. " Kerek betul la Miss Chiu ni. Patutla tak kawin-kawin." Moon merungut sendiri.Rakan-rakan sekelas tersengih-sengih melihat mulut Moon yang asyik mengomel sepanjang perjalanan ke tempat duduknya. " Muka aje comel, gaya tu feminin abis...tapi perangai teruk pada aku lagi!" Ammar sempat mengumpat. " Diamla beruk!" Moon melenting." Munirah! Ada masalah apa lagi?" " Takde apa Miss Chiu. Semut api gigit telinga saya." Miss Chiu menggeleng kepala.
Ridhwan termenung sendiri.Hampir 8 kiriman diterimanya setakat ini. Semuanya dari pengirim sama .MS302. Pakai kot rahsia la pulak...sapa la agaknya. Yang pasti dari pelajarnya kerana "request" begini hanya berjalan dikalangan pelajar . "Tak sayang duit betul budak ni. Nak ngorat aku ke? Terus terang ajela. Senang aku tolak. Aku dah ada buah hati la..."
Tersenyum-senyum Moon membaca kata-kata puitis berbahasa Inggeris yang tertera pada kad ucapan yang datang beserta 3 kuntum mawar merah. Sudah 3 kali dia menerima kiriman dari orang yang sama. Mr Cagiva. Bagai ingin melompat setinggi syiling bila tahu cintanya berbalas." Sempoinye Mr Ridhwan ni. Alamak...segannya. Dia tau ke aku ni MS302? Tahu la tu..Mesti classmate bagitau ! Takpe la..Yang penting dia pun suka kat aku."
Moon terdiam seketika mengingatkan e-mail yang baru dibacanya sewaktu kelas komputer tadi.Mr Cagiva ingin bertemu dengannya di Alor Setar hujung minggu ini."Aku patut pergi ke tak?" " Tak payah...bahaya woi! Kantoi dengan member-member nanti. Teruk ko kena kutuk."" Ko teman la aku. Kurang sikit risiko."" Kalau ada 10 member macam ko ni boleh gila aku! Aku boleh ikut ko tapi ko jangan biar aku sorang-sorang bila dah asyik bercakap dengan Mr Cagiva ko tu. Janji?" " Takkan aku nak buang ko pulak...sahabat aku dunia akhirat.."
" Dia janji nak jumpa kat mana?" " KFC ."Gile..ramai orang la!" "Bukan nak buat apa pun..Ko ikut aje la."" Dah pukul 3 ni..mana Mr Cagiva ni?Ko salah hari tak.?"" Sabo la..aku nervous ni." " Assalamualaikum Moon." " Waalaikumussalam.."" Tunggu orang ke?" Muiz dan kawan-kawannya yang tiba-tiba muncul membengangkan Moon. " Tak de kena mengena dengan korang."" Sapa kata? Aku la Mr Cagiva yang Cik Moon sedang tunggu tu..." Kah!Kah! Kah! Muiz ketawa disambut kawan-kawannya." Celaka punya Muiz!Jom blah Sha." Moon menarik tangan Sha menuju entah kemana. "Jom la minum air dulu." Terus Moon menarik tangan Sha masuk ke sebuah restoran."Restoran Cina la Moon. Kembang tekak aku ni!""Argh!!!Apsal serba tak kena ni?" " Relax la Moon. Muiz cuma nak gurau je" " Gurau ape ke jadah? Malu giles..."" Kantoi...aku tak tau...ko yang cari pasal hari tu. Sabo la yek!" Sha cuba menahan ketawa.
Sakit hati Moon belum hilang lagi. Macamana dia harus mengadap muka budak-budak matrik yang tahu cerita malu semalam. Rasa nak pitam bila terbayang macamana budak-budak lelaki "boo" padanya esok. "Ya Allah! Tolongla aku! Aku serik..." lambat sekali Moon bersiap kelas pagi itu. Hatinya terasa berat untuk menghadapi bencana besar yang bakal menimpanya." Aku mesti berani! Ini Moon la...Budak pompuan paling selebet kat matrik. Go, go chaiyok!"
Terpaksa berdiri dalam bas memang biasa. Tapi berdiri hari ini memang betul-betul menguji kesabaran Moon. Dalam situasi getir begini, motornya pula buat hal. Berkejar naik bas, kena berdiri pulak tu. " Motor habis minyak ke?" Suara nakal dari belakang mula berbunyi. " Stesyen minyak kat Alor Setar semua tutup kot!" Ada pula yang menambah " Abang motor merah tak mai ambik ke?" Kah!Kah! Kah! Suara ketawa budak-budak yang mengusik Moon memenuhi ruang bas biru belang putih itu. " Sakit, sakit....memang celaka budak Muiz ni."Moon terasa panas. Perjalanan 15 minit terasa berjam-jam lamanya.
Moon rasa nak lari jauh pada orang bila teringatkan kutukan kawan-kawan Muiz padanya. Lebih teruk lagi ialah bila dia diperli oleh Mr Taufik, kawan baik Mr Ridhwan sewaktu dia tiba-tiba muncul di cafe kolej matrikulasi. Ketika itu Moon dan teman-teman sekelas sedang berbincang tentang projek jualan Hari Terbuka Kolej. Kata-kata sinis Mr Taufik betul-betul menikam jantungnya. Malam itu jugalah dia meleraikan semua perasaan kasihnya pada Mr Ridhwan.
*************************
Cerita lucu 8 tahun dulu membuatkan Moon tersenyum sendiri. Terasa dirinya bodoh kerana tidak tahu menilai letak duduk dirinya di mata Mr Ridhwan. Kalau boleh dia kembali ke zaman itu, akan dipadamnya semua kenangan yang cukup lucu tapi amat memalukan itu. Kenangan itu kembali mengetuk memorinya apabila tanpa disangka dia dipertemukan dengan Mr Ridhwan petang tadi.
"Munirah, you kena pergi ke cawangan Puchong untuk hantar barang-barang promosi." Puan Maslia, Pengurus Pemasaran syarikat telekomunikasi tempat Moon bekerja memberi arahan. " baik Puan. Saya pergi pukul 3.30.Bolehlah saya terus balik rumah." Pekerjaan barunya itu menuntut dia selalu keluar menyelaras program promosi produk syarikat. Letih, tapi dia suka kerana dia memang kaki merayap. Selagi bujang!
"Saya Munirah, dari HQ. Boleh saya jumpa pengurus?"" Silakan cik."" Kerani di meja pertanyaan membawa Moon ke bilik Pengurus Operasi." Nama di pintu bilik yang dimaksudkan seperti pernah didengar. Sebaik pintu dibuka, matanya terus megarahkan pandangan pada seorang lelaki handsome berkacamata . " Mr Ridhwan! Keciknya dunia ni.." Hati kecilnya berkata-kata. Perutnya terasa memulas. Jantungnya berdegup kencang. " Assalamualakum, En Ridhwan."" "Waalaikumussalam cik..."
" Munirah." Moon terpaksa menjawab walaupun niatnya untuk merahsiakan saja nama sebenarnya. Belumpun sempat dia mencari nama yang sesuai Mr Ridhwan cepat pula bertanya." Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" " Tak pasti pulak. Rasanya macam tak pernah. Lagipun, saya baru aje kerja di syarikat ni." Lega rasa walaupun terpaksa jadi penipu. Tak sanggup dia memalukan dirinya untuk kali kedua.
"Betul Sha...Mr Cagiva tu jadi branch manager kat puchong. Nasib baik dia ingat-ingat lupa kat aku. Kalau tak, mau aku cabut lari jam tu jugak." " handsome lagi ke?" " Muka sama je, cuma boroi sikit dan rambut jarang-jarang menuju botak le tu!" " Anak berapa?" " Alloo...takkan aku tiba-tiba tanya bab anak plak...Aku kan konon-konon tak kenal dia.."" Fuh! Dasat giles...nasib baik selamat.." Dikongsinya cerita bertemu Mr Ridhwan semalam dengan Sha sewaktu pergi window shopping di IOI Mall. Itu saja pun tempat yang dia selalu pergi sejak tinggal menyewa di Puchong Perdana. Dia masih setia dengan Sha. Sha yang menyewa di situ terus memujuknya tinggal sekali walaupun tempat kerjanya jauh di Kuala Lumpur. Kawan punya pasal..." Assalamualaikum..."
" Waalaikumussalam...Er..Encik Ridhwan." Terkejut Moon dengan sapaan Mr Ridhwan yang tiba-tiba terpacul di sebelahnya ketika dia sedang membelek-belek t-shirt di kedai pakaian wanita. "Sapa ni papa?" Anak perempuannya bertanya." Kawan papa.."
" Comelnya..berapa orang anak En Ridhwan?"Moon cuba mengawal keadaan" Lima..2 lagi ada latihan taekwondo. " Mm..kenalkan, ini kawan saya...Hasnah." Menipu lagi..Mr Ridhwan tersenyum penuh makna." Kami nak makan ni. Jom join sekali." "Tak pe lah, kami pun dah nak balik ni. Jumpa lagi.Assalamualaikum."Segera Moon menarik tangan Sha. Tak sanggup dia lama-lama dengan Mr Ridhwan. " Apasal tolak pelawaan dia? Aku lapar ni!"" Nak mampus? Kalau tiba-tiba bini dia datang, ko nak cakap ape? Anak dah 5 bukan main galak lagi..Hi..mintak dijauhkan jumpa dengan dia lagi."
" Ada kiriman untuk awak.Peminat la tu!" Azmir, teman sepejabat menghulurkan sekotak coklat berbentuk hati.
"Remember me always.."
Mr Cagiva
Tak terkata Moon bila membaca kata-kata yang tercatat pada kad yang yang ditampal pada kotak coklat itu. Malunya rasa bila teringatkan semua kata-kata dustanya." Harap-harap takde la aku jumpa lagi orang tua tu..Bengong,bengong, bengong!!" Moon menyalahkan dirinya sendiri yang tersilap langkah. " Ah! Lantaklah!Malas nak fikir."
Moon membayangkan hidupnya akan kembali normal malangnya kiriman demi kiriman mengunjungi meja kerjanya saban hari.Nampaknya Mr Ridhwan cuba bermnain api.
" Takutla Sha...laki orang tu..macamana kalau bini dia serang aku?": Ko serang dia balik!"’Aku serius ni...Ingat aku kebuloq sangat ke kat dia tu. Ramai lagi orang bujang kat dunia ni. Apa kes kawin ngan laki orang?" " Kalau ramai sangat, apasal tak kawin-kawin cik Moon oi!" " Belum ada jodoh la tu namanya...ko pun tak kawin lagi apasal?" "He, he...aku bukan takde jodoh..terlalu banyak, tak tau nak pilih mana satu! Payah-payah sangat, ko jumpa aje Mr Ridhwan tu berterus terang." " Taknak aku! Nak cakap macamana? Nak cakap jangan kacau aku lagi? Macam tak kena aje. Aku ingat aku nak buat bodo aje sampaila keadaan jadi tersangat genting. Aci tak? Malas la fikir benda-benda tak masuk akal macam ni.."" Suka hati ko la Moon..."
Setelah dua minggu tanpa sebarang berita dari Mr Cagiva, moon menerima sekeping kad dihiasi kata-kata cinta. Siap dengan ayat nak bina mahligai bersama. Yang paling menariknya ialah diakhir bicara, Mr Cagiva ingin bertemu dengannya di Putrajaya. "Wow! Ini kira dasyat ni. Aku bakal menyebabkan seorang lelaki berlaku curang pada isterinya. Nak pergi ke tak? Kena tanya Sha ni!" Seperti dijangka Sha menyarankan agar dia pergi menemui Mr Ridhwan. " Samada ko nak tolak atau ko nak terima dia, baik ko bersua muka aje. Cepat sikit settle. Kali ni, aku taknak teman. Aku taknak kacau detik-detik bersejarah tu. Tak romantik la kalau aku ada sama. Kalau ko kena serang dek bini dia lagi la aku tak patut ada kat situ.." " Romantik pale hotak ko! Kan aku dah bagitau ko prinsip hidup aku! Biar jadi andartu daripada jadi madu. Ini Moon la..Takkan rosakkan rumahtangga orang!"
Moon memandu sendirian menuju ke Putrajaya. Jam di dashboard menunjukkan pukul 6.00 petang. Lagi 30 minit sebelum waktu yang dijanjikan. Berdebar-debar bila dibayangkan pertemuannya nanti. Dia cuba mencari ayat yang terbaik bagi menolak huluran cinta Mr Ridhwan. Kalau 8 tahun dulu cintanya ditolak mentah-mentah oleh Mr Ridhwan, hari ini dia pula akan cuba menyakitkan hati orang tua itu. Yes! Satu sama! Dia sudahpun memasuki perkarangan masjid Putrajaya. 5 minit sebelum pukul 6.30. Diparkir keretanya dan berjalan ke bangku berhampiran. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau Mr Ridhwan tiba lebih awal. Tiada. Lantas dia melabuhkan pungungnya di bangku. Telefon bimbitnya berbunyi.Ada mesej."How? Dah sampai ke?" Sha menyibuk. " Blm. Jgn kacau la..." " All d best!". "tq". "Dah pukul 6.40 ni. Mana pulak Mr Ridhwan tak muncul-muncul. Bini dia dah tau ke?" Macam-macam andaian mengganggunya. Bunyi ngauman motosikal mencuri tumpuannya. Sebuah Cagiva merah berhenti betul-betul didepannya.
" Tersentak jantungnya tatkala topi keledar dibuka. " Assalamualaikum...?" Tergamam Moon apabila pemuda yang menyapanya bukanlah Mr Ridhwan. Siapa ya? Seperti pernah dikenalinya. "Waalaikumussalam.."" Tak kenal saya ke?" Senyuman nakal itu tidak pernah berubah. Astaghfirullahalazim... " Muiz?" " Ya...Dah lama tunggu saya?" " Er..ada la 25 minit." " Ye ke? Takpe kan? Saya tunggu awak lagi lama. 8 tahun." Tiada kata-kata yang dapat diucapkan. Dia betul-betul terkejut. " Maafkan saya kalau buat awak marah dengan tindakan saya ni." Muiz memulakan bicara selepas Moon mempelawanya duduk. " Sebenarnya saya memang minat kat awak sejak dulu lagi. Tapi takde masa yang sesuai. Lagipun, saya tiada di Malaysia. Sambung Master di US. Baru 6 bulan balik sini. Selama ni saya sentiasa ikuti perkembangan awak melalui ex-classmate awak. Kebetulan tempat kerja saya tak jauh dengan tempat kerja awak sekarang. Dapatlah saya usha awak hari-hari. "Adoi...patut ke aku tumbuk Muiz yang handsome ni?"
Moon meninggalkan Putrajaya selepas solat Maghrib membawa bersama persoalan yang harus dijawabnya dalam masa seminggu." Kalau awak sudi terima saya, saya akan jumpa mak ayah awak minggu depan. Tolonglah pertimbangkan. Saya betul-betul mengharap ni." Moon tersenyum teringatkan pertemuan singkatnya dengan Muiz tadi. Pertemuan yang bakal merubah warna hidupnya. Muiz bukan lagi budak nakal yang dia kenal dulu......"Tak perlu tunggu seminggu, sekarang pun aku boleh beri jawapannya. Makan nasi minyak la aku tahun ni! Yuhoo!!" .
best gak la..tp nape ending cm t'gantung je..xtau ape kesudahan nye..lau leh pjg kn skit la citenye..
BalasPadamgood try...
hurm.. best gak..
BalasPadamtp asal ending cm xdew sumthing..
huhu
_et_
best sgt..ending pn menarik..x semestinye stiap citer nak kene ada ending yg predictable...sometimes kene r unpredictable...love this story...bashaaa!
BalasPadameee best ke??ntah ape2 ntah..
BalasPadamlaju betul jalan cerita nyer...
BalasPadammcm nak kene sambung bagi panjang sket.. =)
aper pun...good try
selalu jugak jadi macam nie, yg di puja tak datang...yg lain pulak kunjung tiba. nasib la yg lain tu hensem. kalo tidak...kompom dah cabut lari....he he he
starting agak confuse pasal banyak watak terlibat..towards d end ok..congrat
BalasPadambest jugak...huhuhu salute r korg...
BalasPadami love this story..sangat unique!! congratz!!
BalasPadambest!!! congrats ya...buat citer yg lebih best lg d masa hadapan.
BalasPadamhu..hu..best r citer ni!! ending die pun best.. tp satu je agak curious ckit x kan baru 8 thn mr.ridhwan dh brmbut jrg2 menuju ke botak?
BalasPadamterdapat sedikit kekelirua fakta di sini..
BalasPadamada dinyatakan dalam cerita mengenai student degree..
then, tetibe2 boleh plak masuk sal dak matriks (ketika moon kantol dengan mmber2 pasal dye tnggu mr cagiva)..
tiada istiah degree atau diploma di peringkat matriks..
penulis dinasihatkan membuat sedikit kajian mengenai latar tempat dan masa sekiranya mahu menulis sesuatu yg bukan dari pengalaman sendiri..
anyway, all the best..=)