Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi seterusnya satu berita besar melanda. Ketiadaan kelibat Luqman untuk larian rutin, sarapan di dewan makan dan juga kehadirannya di kelas meresahkan Yui. Apabila diajukan soalan pada Daniel, lelaki itu sekadar angkat bahu. Nalurinya yang mengagak bagai ada perkara buruk akan berlaku akhirnya benar-benar terjadi.
Berlari tanpa brek masuk ke dalam kelas, Zhao Wei daripada kelab renang menggemparkan kelas Matematik Pn. Jamilah pagi itu. Tersemput-semput mengambil nafas, jelas wajahnya cemas.
"Kenapa awak ni Zhao Wei? Awak daripada mana? Berlari macam kena kejar hantu je!" Tegur Jamilah apabila melihat kelakuan pelajar tersebut.
"Maaf cikgu, saya dari pejabat Pengetua. Semua ahli kelab renang ada dekat sana. Kapten kelab renang, Luqman Hakim, dia nak berhenti sekolah cikgu!" Zhao Wei membuat pengumuman.
Terkejut mendengar perkhabaran itu, wajah Yui pucat lesi. Dalam kelam kabut, kakinya dihayun menuju ke bilik pengetua. Tingkahnya itu menimbulkan musykil semua rakan kelas yang lain.
"Yui! Awak nak pergi mana?" Tanya Jamilah. Namun pelajar itu sudah jauh menghilang entah ke mana.
"Apa sebenarnya yang berlaku Zhao Wei? Kenapa Luqman nak berhenti sekolah tiba-tiba. Dia dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti ke?" Jamilah menggaru kepalanya. Agak tidak faham dengan apa yang telah terjadi.
"Saya pun tak tahu Cikgu!" Jawab Zhao Wei, jujur. Berita terkejut itu disampaikan sendiri oleh Penolong Kapten, Yik Poon kepada semua ahli kelab renang sewaktu sarapan pagi tadi. Berhimpun beramai-ramai di bilik Pengetua, mereka mahu menghalang niat ketua mereka itu. Dari persetujuan semua ahli kelab renang, petisyen akan ditulis dan tanda tangan semua warga Mahkota akan dikutip. Menjadi tugas Zhao Wei untuk mengumpulkan tanda tangan- tanda tangan tersebut.
-----------------------------------
Berada berdua dalam bilik itu, Saripah sudah mati akal hendak menasihatkan pelajarnya yang seorang ini. Dari riak wajahnya ternyata Luqman benar-benar serius dengan keputusan itu. Membelek-belek surat berhenti sekolah yang diberi pelajar tersebut, dia ragu-ragu hendak membuat keputusan. Bintang hebat seperti Luqman, sayang benar sekiranya jatuh ke tangan orang lain. Ghani telah dipanggilnya untuk mengendalikan situasi tersebut.
"Macam mana saya nak berhentikan awak kalau awak tak bagi sebab yang munasabah pada saya?" Saripah ingin menduga pemuda itu.
"Saya nak bersara! Saya dah tak minat nak berenang dan belajar lagi!" Jawab Luqman tegas.
"Luqman! Cuba awak fikir secara rasional. Kalau Mak awak masih ada, awak ingat dia akan setujukah dengan keputusan awak ni? Jangan musnahkan masa depan awak!" Manakan tidak Saripah berkata begitu. Baru diuarkan-uarkan Majlis Sukan Negara, Luqman adalah antara calon yang akan dipertimbangkan untuk menjadi wakil Negara ke sukan ASIA. Pelajar di depannya itu punya masa depan yang sangat cerah jika kena dengan gayanya.
Lantas itu, bunyi ketukan pintu kedengaran. Wajah Ghani muncul, berkerut seribu dek berita yang di dengarnya sebentar tadi.
"Thank God you are here Ghani! Please handle this. Saya dah pening kepala!" Saripah sedikit lega. Luqman berdiri statik sahaja di depan Pengetuanya, sedikitpun tidak menoleh.
Ghani berjalan serius mendapatkan pelajar itu. Berdiri disisi Luqman, tiada ekspresi langsung daripada anak didiknya itu. Keras hati macam bapak dia juga!
"Apa masalah kamu sebenarnya?" Ghani bertanya, perlahan pada mulanya. Namun tiada jawapan daripada Luqman membuat dia bengang. Menolak bahu pemuda itu, momentumnya membuat Luqman beralih pandang mengadap Ghani. Dia mengaduh, sakit lengannya dek perbuatan Ghani itu.
"Saya tanya apa masalah kamu sebenarnya?" Kali ini Ghani lebih keras. Dibalas renungan tajam Luqman, dia tidak sangka ini yang akan terjadi.
"Saya nak bersara! Saya nak berhenti sekolah!" Jawab Luqman, tekad. Jika difikir logik, kini dia mula mendapat gambaran siapa sebenarnya yang menaja persekolahannya selama ini. Sikap Ghani pada Yui, tidak ubah seperti sikapnya pada Luqman dua tahun yang lalu. Sekarang semuanya masuk akal! Mengapa lelaki di depannya itu beria-ia benar hendak mencari penaja bagi membolehkan dia ke Mahkota. Pasti kaitannya ada kena mengena dengan Omar Zulkifli. Aku tak perlukan duit lelaki itu untuk sambung pelajaran aku!
"Nonsense! Saya tak benarkan!" Marah Ghani. Surat berhenti sekolah yang ada pada tangan Saripah diambilnya. Kertas itu dikoyakkan. Serentak itu pintu bilik Pengetua melayang terbuka tiba-tiba, dibuka seseorang yang nyata tergesa-gesa. Cemas Yui melihat situasi yang berada di depannya. Dua lelaki yang penting dalam hidupnya sedang bertegang leher. Ahli-ahli kelab renang lain yang sibuk menyelit-nyelit antara Yui dan rangka pintu menjadi latar belakang.
"Sama ada Coach benarkan atau tidak, hari ini hari terakhir saya disini. I QUIT!" Jawab Luqman tepat memandang gadis yang terkesima dimuka pintu itu. Bertentang mata dengan Ghani, bahu lelaki itu ditepisnya memberi ruang buat dia berjalan menuju ke pintu keluar.
"NO! You can not quit!" Yui kelam kabut, menghalang jalan Luqman daripada bilik itu. Di belakangnya muncul Daniel yang juga bergegas ke situ apabila perkara ini mula dihebohkan dari kelas ke kelas.
"Apa yang kau buat ni Luqman? Jangan buat kerja bodohlah!" Jerit Daniel, sudah berada disisi Yui, sama-sama cemas dengan gadis itu.
"Hal ni tak ada kena mengena dengan kau berdua! Jangan nak masuk campur!" Bicara Luqman berbisa. Direnungnya tajam dua individu di depannya. Bagai hendak menafikan hubungan yang ada antara mereka. Tahap kesabaran Yui berada dikemuncak. Dia mara…
"Kau hidup seorang diri je ke dekat dunia ni?! Semua orang tak ada kena mengena dengan kau?! Semua benda tak penting?! Jantan pengecut! BAKA’!" Yui melepaskan amarahnya. Ditolaknya dada lelaki itu beberapa kali sehingga Luqman kembali terundur ke belakang.
"Enough Yui! I said enough!" Ghani menyabarkan Yui, memeluk gadis itu. Nyata sekali anak buahnya itu emosi. Air mata Yui gugur lagi.
"Pengetua, saya mohon tinggalkan saya dan Luqman sebentar." Ghani meminta. Saripah sekadar mengangguk dan bingkas. Menghala ke sebuah lagi pintu dibilik itu yang membawanya ke bilik mesyuarat, Saripah menghilang. Dia yakin Ghani boleh menyelesaikan masalah ini.
"Daniel, Yui, please leave! Yang lain masuk kelas masing-masing." Ghani mengarah pelajar-pelajar itu. Memimpin gadis itu ke muka pintu, Yui melemparkan kerisauannya pada Ghani.
"Saya tahu apa nak buat!" Lantas pintu bilik itu ditutup.
LAPAN BELAS
Tiga Bulan
Berdua dalam suasana dingin itu, akal Ghani ligat memikirkan apa yang harus dilakukannya. Luqman pula masih tercegat kaku ditempatnya. Terkesan dek kata-kata yang dilemparkan Yui tadi. Mengenangkan air muka gadis itu yang tidak keruan, wajah Daniel yang tidak puas hati dan riaksi rakan-rakan lain yang kerisauan; Luqman mati akal. Benarkah semua ini tak penting bagi aku. Terlalu besarkah makna Mahkota sebenar bagi diri aku?
Melihatkan wajah sugul pemuda itu, Ghani dapat memahami apa yang Luqman rasakan. Tatkala usia sementah ini, darah muda bergelodak dengan pelbagai tekanan dan perasaan yang bermacam-macam. Sesak dihimpit persoalan dan permasalahan di kanan kiri, seringkali keputusan untuk lari yang akan diambil. Itulah yang telah dibuat oleh Abang Omar 17 tahun dulu. Lari daripada masalah! Dan sampai kini masalah itu masih lagi menghantui. Aku tak akan benarkan kau buat kesalahan yang sama Luqman!
Ghani mendapatkan kerusi empuk pengetua. Duduk disebalik meja besar itu, dia berlagak bak pemimpin hebat. Bila lagi nak ambil kesempatan!
"Luqman, duduk. Banyak yang perlu kita perkatakan." Arah Ghani. Dalam suasana begitu, Luqman tidak punya pilihan lain, dia akur. Jujurnya, dirinya punya banyak soalan yang tidak terjawab.
"Coach memang sudah tahu hubungan saya dan Yui bukan?" Luqman bertanya serius, memandang tepat kepada jurulatihnya itu.
"Ya! Sebelum kamu kenal saya lagi, saya sudah tahu siapa kamu. Saya dan ayah kamu berkawan…" Ghani ingin bercerita tetapi dipintas Luqman.
"Cukup! Tak perlu nak beritahu saya. Saya tak berminat nak ambil tahu. Cuma satu yang perlu saya pastikan… Maknanya selama ini lelaki itu yang jadi penaja saya?" Tanya Luqman lagi, walaupun dia sudah agak pasti dengan jawapannya.
"Ya, Omar yang menaja kamu ke Mahkota. Dia cuma menjalankan tugas sebagai seorang ayah." Jawab Ghani selamba, rasional. Luqman tergelak kecil, memandang sinis pada Ghani.
"Ayah! Huh! Kalau dia Ayah saya, dia tak akan tinggalkan saya dan Mak terkontang-kanting dulu! Sekarang baru nak mengaku Ayah! Dan Yui? Dia jadi agen untuk pujuk hati saya balik, begitu? Hah?..." Menggeleng kepala, Luqman menafikan semuanya. Jeda sebentar, Ghani mencari ilham untuk membalas kata pemuda di depannya. Dalam keadaan tegang sebegini, ianya perlu diselesaikan dengan cara berhemah.
"Kamu pasti dengan apa yang kamu cakap? Benarkah Omar yang tinggalkan kamu dan Latifah 17 tahun dulu?,,, Atau sebaliknya?" Giliran Ghani pula menyoal.
Pertanyaan Ghani membuat Luqman agak terkejut. Memandang lelaki lewat 30-an itu, dia berfikir panjang. Aku tak pernah terfikirpun tentang itu! Apa maksud Coach? Luqman bermain teka-teki.
"Kenapa tak jawab?" Ghani menyucuk. Mungkin sudah tiba masanya anak itu mengetahui hal sebenar.
"Apa yang berlaku dulu tak penting bagi saya. Hakikatnya saya tak punya Ayah dari kecil lagi!" Luqman mempertahankan pendiriannya.
"Hakikatnya! Walau apapun yang dah terjadi Omar tetap ayah kamu, Yui tetap adik kamu Luqman!" Nada Ghani sedikit menekan, membentangkan realiti itu.
"Oleh sebab itu hakikatnya… saya nak berhenti!" Luqman masih tidak berganjak dari niatnya.
"Semudah itu? Kamu nak lari daripada kebenaran? Sampai bila?..." Sunyi tiada jawapan. Sampai bila-bila…
"Emm… Kamu rasa kenapa Mak kamu setuju masa saya tawarkan tajaan ke Mahkota dulu? Kamu fikir dia tak tahu Omar yang taja kamu?" Kata Ghani lagi. Wajah Luqman berkerut serta merta. Arwah Mak tahu tentang hal ini? Tapi kenapa Mak tak bagi tahu aku? Kenapa?
"Hah?" Itu sahaja yang mampu Luqman lafazkan. Rasa kekeliruannya bertambah-tambah.
"Kerana renang! Renang adalah nyawa kedua kamu Luqman! Saya pasti tentang itu. Kerana harapan seorang ibu mahu melihat anaknya berjaya, dia mengetepikan soal dendam bertahun dulu. Sekarang kamu nak hancurkan harapan itu?" Kata-kata Ghani menerbitkan rasa serba salah dalam diri anak itu. Tekadnya mula goyah. Apa yang perlu Luqman buat Mak?
"Here is the deal! Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Swasta akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Pada kejohanan itu wakil MSN akan turut serta untuk menyenarai pendekkan calon-colon yang bakal ke ASIA Game. Jika nama kamu ada dalam senarai itu kamu harus kekal di Mahkota. Jika sebaliknya, you are free to go. Keputusan ditangan kamu sama ada nak perform ataupun tidak dalam kejohanan itu nanti." Ghani berkompromi. Sekarang semuanya terpulang pada tuan punya diri.
"Do we have a deal?" Ghani menghulur tangannya pada Luqman.
"Saya ada pilihan ke?" Luqman menjawab sinis namun huluran tangan Ghani itu masih disambut. Semuanya bergantung dalam tiga bulan ini. Luqman bingkas hendak beredar dari situ. Dia perlukan ketenangan kala ini.
"Luqman!" Ghani memanggil. Dia juga turut bingkas apabila melihat pemuda itu hendak beredar, ada sesuatu yang perlu diberikannya kepada lelaki itu. Melewati Luqman, sesuatu dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Meletakkan kepingan tersebut didada Luqman, Ghani bersuara…
"This is her 4 months ago! Dia lari daripada Jepun dan tiba-tiba muncul di depan rumah saya dengan satu harapan. Dia melakukan semua rejim semata-mata kerana hendakkan biasiswa Mahkota, lebih tepat lagi semata-mata kerana kamu. Dia mahu mengenali kamu, Luqman! Kalau kamu tak mahu menghargainya sebagai adik kamu, sekurang-kurangnya hargai dia sebagai seorang kawan. She is a big fan of you, you know!" Ghani berlalu pergi meninggalkan Luqman.
Memegang kepingan gambar yang diletakkan Ghani di dadanya, Luqman menatap wajah comel gadis yang asing itu. Berambut panjang separas bahu yang diikat dua ke sisi, wajahnya dihiasi tona merah jambu, dengan baju blous ropol tengah yang dipadankan dengan skirt hitam berplit yang labuhnya tiga suku di bawah lutut, penampilan gadis itu dilengkapkan dengan kasut tutup penuh hitam berkilat dan stoking belang hitam-putih longgar. Fesyen tipikal gadis Jepun. Yui?! Tak mungkin si tomboy Jepun dan gadis di dalam gambar itu adalah orang yang sama! Berbeza benar! Buat apa kau nak bersusah payah untuk aku? Aku tak pernah kenal kau selama ni? Kuat sangatkah ikatan darah antara kita Yui? Jiwa Luqman bergolak. Dilema hidup ini terlalu berat baginya.
cepatlah sambunt.. sehari 2 chapter pun x per.. jangan biar tertanya-tanya..huuhuu..
p/s good job.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yes, ikatan kekeluargaan tu lebih kuat dari segalanya, bangkitla luqman..