Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
MAKA berangkatlah kedua-dua puteri Maharaja Dewa Alim ke bumi. Sebelum keberangkatan mereka berdua Maharani Dewi Sina telah memberi kedua-dua puterinya tongkat serta selendang berwarna putih. Kedua-dua puteri yang cantik jelita itu kehairanan melihat bundanya memberi alatan yang aneh. Lantas salah seorang puteri tersebut bersuara. "Mengapakah bunda memberikan tongkat ini kepada anakanda?"Dewi Sari memulakan bicara. "Anakanada akan tahu sendiri keajaibannya sesudah tiba di bumi kelak,"Maharani Dewa Sina tersenyum sendirian sambil mengucup dahi kedua-dua orang puteri kesayangannya. "Lalu, selendang ini untuk apa?"giliran Dewi Puri berbicara. "Keberangkatan anakanda ke bumi haruslah di mulakan dengan bacaan Bismillah, sesudah itu anakanda harus memakai selendang ini pada kedua dua belah tangan anakanda,"terang Maharani Dewi Sina lagi. "Itu berarti selendang ini sebagai kain terbang?"Dewa Sari tetap tidak berpuas hati dengan keterangan yang di berikan. "Bukan anakanda! Selendang ini sebagai pertahanan anakanda berdua apabila anakanda bertempur dengan Nyi Blorong kelak,"bidas Maharani Dewi Sina. "Baiklah bunda, anakanda terpaksa berangkat sekarang juga, insya-allah anakanda akan pulang dalam dua hari lagi,"Dewi Puri mematikan perbualan antara bundanya dengan adindanya. "Mudah-mudahan anakanda pulang dalam keadaan yang selamat dan tiada sebarang cacat-cela,"doa Maharani Dewi Sina. "Insya-allah jika tiada apa-apa halangan nanti,"balas Dewi Sari.
Sepanjang perjalanan ke bumi, Dewi Puri merasakan ada sesuatu yang amat buruk akan menimpa dirinya tetapi sebaliknya Dewi Sari merasakan ada sesuatu yang amat bertuah menantinya. Setelah lama menyepi Dewi Puri memulakan bicara "Adinda, kakanda merasakan ada sesuatu yang buruk akan menimpa kakanda," "Mungkin itu cuma khayalan kakanda sahaja,"Dewi Sari menegaskannya. "Tetapi…"Dewi Puri Cuma membalas " Usah khuatir kakananda, adinda akan melindungi kakanda jika puteri penyembah syaitan itu cuba mengapa-apakan kakanda,"Dewi Sari cuba menenangkan kakandanya. "Terima kasih adinda, jika ada sesuatu yang buruk menimpa kakanda. Kakanda berharap adinda dapat memberitahu tentang kecelakaan yang menimpa kakanda kepada ayahanda dan bunda,"pinta Dewi Puri dengan wajah yang sayu. "Mengapa kakanda berkata demikian?" "Kerana kakanda rasa, hayat kakanda tidak lama, tetapi adinda harus berjanji, baik?" "Baiklah kakanda..adinda berjanji!"
Akhirnya kedua-dua puteri tersebut selamat tiba di bumi. Kedatangan kedua-dua puteri dari kayangan itu mengemparkan seluruh penduduk Kampung Bakar Batu yang diperintah oleh Raja Jaya. Lantas Raja Jaya pergi menemui kedua-dua puteri tersebut. Raja Jaya merupakan seorang lelaki yang mengakui dirinya ialah tuhan. Dia meminta supaya seluruh penduduk kampung menyembahnya. Di sebabkan perkara itulah Dewi Puri dan Dewi Sari turun ke bumi. "Siapakah kau berdua,"Raja Jaya memulakan bicara dengan suara yang ganas "Beta berdua adalah utusan dari kayangan supaya menyadarkan kamu dan kembali ke jalan yang benar iaitu menyembah tuhan yang satu, Allah s.w.t"Dewi Puri membuka langkah. "Ahh…persetan dengan tuhanmu…"kebencian menyaluti naluri Raja Jaya. "Peluklah Islam sebagai agama rasmimu..berhentilah kamu daripada mengaku menjadi tuhan!"Dewi Sari bersuara dengan lantang dan mengeluarkan kerisnya. "Tidak!! Aku tidak akan sesekali mengkhianati Nyi Blorong,"jerit Raja Jaya "Jadi…kamu pengikut puteri penyembah syaitan itu,"tempelak Dewi Puri "Jangan kau sesekali menghina Nyi di hadapanku!"tanpa membuang masa Raja Jaya terus menghunus keris ke perut Dewi Sari. Malangnya tiada apa-apa kesan yang berlaku kerana selendang yang diberikan oleh Maharani Dewi Sina jauh lebih berkuasa . Raja Jaya terkejut dengan situasi itu kerana selama ini dia hanya mengalahkan musuhnya dengan sekali tikaman. Dewi Sari tertawa kecil. "Kamu fikir dengan menikam ku cukup untuk menghabisin riwayatku?" balas Dewi Sari sambil tertawa. Dewi Sari membalas serangan dengan mematikan langkah Raja Jaya, peluang itu di manfaatkan oleh Dewi Puri lantas Dewi Puri mengambil kerisnya dan terus menikam tepat pada perut Raja Jaya. Keadaan semakin tegang, Raja Jaya berjaya mengelak serangan daripada Dewi Puri lalu Raja Jaya mengeluarkan satu tongkat dari bajunya dan terus mengetuk tongkat itu pada tanah. Tidak semena-mena satu gempa bumi berlaku dengan kuat. Dewi Sari teringat tongkat pemberian bundanya, lalu dia mengeluarkan tongkat itu dan terus mengangkatnya ke langit. Suatu pancaran cahaya kilat terus menyambar Raja Jaya dan dengan itu menentukan pemenangnya di dalam pertempuran ini. "Alhamdullilah…kita berjaya menumpaskan Raja Jaya,"Dewi Sari berkata sambil tercungap-cungap. "Ya…baru kakanda tahu rahsia tongkat yang bunda berikan,"giliran Dewi Puri pula berkata. "Sekarang kita mesti meminta penduduk kampung supaya menyembah Allah s.w.t"Dewi Puri menyambung lagi. "Baiklah kakanda,"
Berita kematian Raja Jaya dengan cepat tiba di telinga Nyi Blorong. Nyi Blorong bertekad membalas dendam di atas kematian pengikut kesayangannya. Dengan kematian Raja Jaya maka bermulalah pertempuran di antara Nyi Blorong dengan Dewi Sari dan Dewi Puri. Seluruh penduduk Kampung Bakar Batu terkejut dengan kematian Raja Jaya yang di katakan manusia yang kebal. Semua mata tertumpu pada kedua-dua orang wanita yang berdiri sambil tersenyum. "Adakah tuan yang membunuh Raja Jaya?"soal salah seorang penduduk Dewi Sari sekadar mengangguk kecil. "Siapakah tuan berdua?"terdengar suara yang lainnya pula. "Beta berdua dari kayangan, beta bernama Dewi Sari dan ini kakanda beta bernama Dewi Puri."terang Dewi Sari sambil menuding jari ke arah kakandanya "Mengapakah tuan puteri membunuh Raja Jaya," "Kerana dia menyekutukan Allah s.w.t,"Dewi Puri terus bersuara "Siapakah Allah s.w.t.,"satu suara menyoal Dewi Puri "Dialah tuhan yang satu, tuhan yang adil serta maha penyayang, wahai penduduk kampong semua. Kembalilah kamu kejalan yang benar dan berhentilah kamu dari melakukan kemungkaran yang hanya merugikan kalian semua, sembahlah tuhan yang satu Allah s.w.t.,"Dewi Puri menjawab pertanyaan penduduk kampung. "Baiklah tuan puteri..tetapi…"jawab satu suara. "Tetapi apa?"Dewi Sari mencelah. "Kami semua takut kepada Nyi Blorong kerana dia akan menghukum sesiapa sahaja yang mengingkari perintahnya,"jawab suara dari arah lain pula. "Kalian tidak perlu takut kepada Nyi Blorong..kerana kuasa Allah s.w.t lebih besar daripada kuasa iblis Nyi,"bidas Dewi Puri. "Jika begitu, kami semua bersetuju untuk memeluk Islam sebagai agama rasmi kami sekarang,"celah seorang lelaki tua. "Syukur alhamdullilah,"balas Dewi Sari sambil menyalam penduduk kampung.
Maka penduduk kampung semua telah bertekad untuk memeluk Islam sebagai agama yang baru. Mereka juga telah bersumpah tidak akan melakukan kemungkaran dan tidak perlu takut kepada Nyi Blorong lagi kerana mereka telah yakin kuasa Allah s.w.t. melebihi segala-galanya. Setelah berada selama dua hari di bumi maka Dewi Puri dan Dewi Sari berkemas-kemas untuk pulang ke kayangan. Sebelum Dewi Sari berkemas-kemas, salah seorang penduduk datang menemui Dewi Sari. "Wahai tuan puteri Dewi Sari, izinkan patik berbicara sebentar sahaja sendirian bersama puteri?"pinta seorang lelaki muda yang bertubuh sasa sambil menjunjung tangannya di atas kepala. "Baik..silakan,"jawab Dewi Sari sambil mengangguk kecil. "Patik berasa sedih dengan kepulangan tuan puteri,"lelaki tadi yang di kenali sebagai Hendra kembali berbicara. "Mengapakah tuan hamba berkata demikian,"balas Dewi Sari ragu-ragu dengan kedatangan Hendra. "Patik ingin mengkhabarkan berita kurang baik," "Apakah berita yang tuan hamba maksudkan?" "Adik patik, Seroja telah di bunuh dengan kejamnya oleh orang minyak di kampung patik," jawab Hendra sambil mendengus. "Jadi..tuan hamba bukan berasal dari kampung ini?" Hendra sekadar mengangguk. "Baiklah jika begitu, beta akan ke sana sekarang juga," "Tidakkah patik menganggu perjalanan puteri pulang ke kayangan? "Tidak..beta sedia membantu manusia yang dalam kesusahan,"Dewi Sari menggeleng perlahan. "Terima kasih tuan puteri..jasa tuan puteri tidak akan patik lupakan," "Sama-sama,"balas Dewi Sari sambil tersenyum.
Dewi Sari telah memaklumkan kepada kakandanya supaya menjaga Kampung Bakar Batu, kerana dia akan ke kampung halaman Hendra, untuk memberi pelajaran kepada orang minyak yang mengganas. Dewi Puri cuba menegah pemergian adindanya tetapi dia sendiri tidak berdaya. "Tidak mengapa kakanda, adinda Cuma ke sana sebentar sahaja," "Tetapi adinda.." "Kakanda risaukan Nyi?"Dewi Sari cuba menduga. "Bukan itu masalahnya," "Lantas..apa?" "Tongkat kakanda telah hilang,"jawab Dewi sari sambil menangis "Usah menangis kakanda, adinda berikan tongkat ini sebagai ganti," "Tetapi..bagaimana adinda hendak mengalahkan orang minyak kelak?" "Adinda akan cuba berhubung dengan ayahanda dan meminta ayahanda menurunkan Mayang Sari untuk menolong adinda ," "Baiklah..jika adinda sudah berkata begitu," "Kakanda di sini harus sentiasa berwaspada dengan kedatangan Nyi," "Usah adinda risau, bukankah kakanda telah menyuruh adinda Dewa Arizal supaya menolong kakanda jika kakanda dalam kesusahan," "Lega adinda mendengarnya, tetapi..kapan kakanda meminta adinda Dewa Arizal datang? "Semalam..sewaktu kakanda menunaikan solat," Perbualan mereka terhenti di situ apabila terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. Penduduk kampung menjerit ketakutan dan keadaan menjadi hingar-bingar.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan