Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Selepas menghantar skuternya ke workshop, Zarina terus ke satu tempat untuk menenangkan masalahnya. Tiap-tiap hari ada sahaja masalah yang menimpanya. Masalah di rumah dan juga di kolej. Kadang-kadang itu, dia dapat merasakan bahawa dia sememangnya sentiasa bernasib malang. Zarina memejamkan matanya. Dia perlukan ketenangan. Tanpa ditahan-tahan air matanya mengalir ke pipi. Kenapa aku dilahirkan begini? Apa dosaku?
*********************
"Manalah aku tahu! Aku betul-betul tidak buat! Kau ingat aku ni jahat sangat ke sampaikan hendak rosakkan harta benda orang?" Mamat memandang Amilia tajam. Dia tidak suka dituduh-tuduh pada perkara yang tidak pernah dia lakukan. Yang dia tahu salah dia selama ni suka menjaga tepi kain Zarina. Itu sahaja. Tidak lebih dari tu.
"Kalau bukan kau, siapa lagi yang pancitkan tayar skuter Arin?"
"Sumpah aku tidak tahu!" Mamat menegas. Amilia mengeluh. Dia cuba untuk menelefon Zarina tapi tidak dapat. Masuk voice mail. Gadis itu sengaja mematikan telefon bimbintya. Mamat duduk di sebelah Amilia sambil tersenyum.
"Sudahlah! Nanti dia oklah, tu!"
"Senang sahaja kau cakap! Arin tu bukan seperti yang kau sangkakan. Dia dah cukup terseksa selama ni. Janganlah kau tambahkan lagi penderitaannya. Sekarang ni aku tidak tahu dia kat mana. Aku cuma takut – "
"Janganlah kau cakap yang bukan-bukan. Aku tahu aku salah! Aku janji lepas ni aku takkan buat lagi." Mamat mengangkat tangannya tanda berjanji. Amilia mendengus. Dia risaukan Zarina. Kemana dia pergi? Pulang ke rumah ke? Kalau dia pulang ke rumah, baguslah tetapi kalau tak… Amilia mengeluh. Amilia memandang tajam ke arah Mamat di sebelahnya. Pasal mamat ni la terencat plan aku nak jumpa ehem..ehem.. Hampagas betul! Kalau ikut hati nak sahaja aku luku kepala dia biar benjol seribu. Baru puas hati aku.
Mamat yang tadinya melayan perasaan memandang Amilia. Dia terkejut dengan pandangan Amilia seolah-olah hendak menelan dirinya hidup-hidup. "Eh!? Kenapa kau pandang aku macam tu? Macam nak telan aku je!" getus Mamat pucat.
"Ye! Tapi sebelum aku telan kau, kalau boleh aku nak lenyek-lenyek kau ni jadi lempeng dulu. Pastu aku letak atas kuali biar kau meraung-raung mintak tolong! Baru padan muka! Apasal kau selalu kacau Arin!? Kau suka dekat dia, ke?" Mamat terkejut dengan kata-kata Amilia. Dia terdiam lama. Marah betul minah ni dengan aku. Amilia mengeluh setelah menunggu jawapan yang tidak berbalas. "Kalau kau suka kat dia sekalipun, bukan dengan cara ini untuk mengambil perhatian dia. Sepatutnya sebagai kawan, kau patut ambil berat tentang dia." Mamat diam.
"Kau tak faham, Lia. Dia bukan calang-calang gadis yang senang didekati. Kau sendiri tahu perangai dia, kan? Pernah tak sekali dia menceritakan masalahnya pada kau? Tak pernah, kan? Kalau ada pun atas paksaan kau. Selama ni aku cuba untuk amik perhatian dia tapi.." Mamat terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Amilia hanya tersenyum. Macam-macam hal mamat ni. Nak mengorat dengan cara itu, ke? Amilia menggelengkan kepalanya. Sekilas dia melihat bibir Mamat yang agak kebiruan.
"Sakit lagi ke bibir kau tu?" tanya Amilia. Lebam dibibirnya ketara. Mamat menyentuh bibirnya. Masih lagi pedih. "Ada la sakit sikit. Kuat juga si Arin, tu. Naik kejang bibir aku ni! Nasib baik tidak tercabut gigi!" seloroh Mamat. Amilia ketawa. Disusuli oleh Mamat. "Tapi, hairan ye? Siapa yang pancitkan tayar Arin? Lepas tu aku pula yang kena!" soalan itu terkeluar apabila ianya menerpa di benak fikiran Mamat. Amilia terdiam. Dia pun bingung memikirkan hal itu. Kalau benda ni berlaku, tentunya Arin ada musuh lain. Tapi siapa?
*****************
Di atas bukit…Zarina menjerit sepuas hati… "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Zarina. Kakinya lemah. Dia jatuh melutut. Air mata mengalir membasahi pipi. Cukuplah penderitaan ini. Ya Allah! Kau tabahkanlah hati hambaMu ini!
"Mak Mah..tolong Arin Mak Mah!!" Zarina menangis sekuat hatinya. Tak tahu pada siapa lagi a harus diceritakan masalahnya.
Malam itu dia pulang agak lewat. Bajunya lencun ditimpa hujan. Sebaik sahaja dia memakirkan skuternya, dia terus ke pintu. Kepalanya terasa berat. Ya Allah, peningnya kepala aku ni. Belum sempat dia membuka pintu, Zarina merasakan keadaan sekeliling semakin gelap. Dan ketika itu juga dia pengsan di hadapan pintu rumahnya.
Zarina membuka mata. Pening kepalanya masih lagi terasa. Ya Allah, apa yang terjadi pada aku? Zarina melihat sekeliling. Dia berada di atas katil dalam biliknya. Aduh, peningnya. Zarina memaksa dirinya untuk bangun sambil memegang kepalanya. Sedang Zarina membetulkan duduknya tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Mak Mah masuk sambil menatang dulang. Dia tersenyum memandang Zarina.
"Ina dah bangun?" Mak Mah meletakkan dulang itu di sisi Zarina. Zarina memandang Mak Mah. Kepalanya masih berdenyut-denyut. "Semalam Ina pengsan dekat depan rumah. Ina demam. Ni Mak Mah buatkan bubur untuk Ina. Lepas makan Ina makan ubat ni, ye?" Mak Mah menunjukkan 3 biji pil berwarna pink dan putih beserta sebotol ubat minuman kepada Zarina. Zarina hanya mendiamkan diri. Mak Mah duduk di birai katil. Dia memandang Zarina sambil tersenyum. Kesian budak ini. Ada-ada sahaja masalah yang menimpa dia. Terkejut juga dia setelah melihat Zarina pengsan di hadapan rumah tengah malam semalam. Mukanya pucat. Badannya panas. Mak Mah menghulurkan semangkuk bubur kepada Zarina.
"Terima kasih, Mak Mah." Zarina mengambilnya. Bubur bertukar tangan. Zarina menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya perlahan. Tekaknya terasa perit. "Ina ke mana semalam? Lewat Ina pulang?" tanya Mak Mah lembut. Zarina tersenyum tawar. Mukanya masih lagi pucat.
"Arin.. Arin.." belum sempat Zarina bercerita pintu biliknya terkuak lagi. Datin Sahara masuk sambil mencekak pinggang. Mak Mah bangun apabila dia melihat Datin Sahara memandang Zarina bagai hendak telan. Alahai, singa betina dah naik taring.
"Anak tidak kenang budi!!! Dari kecil sampai sekarang asyik menyusahkan orang sahaja!?" bentak Datin Sahara. Mak Mah mendekati Datin Sahara untuk menenangkannya. Zarina hanya buat endah tidak endah sahaja.
"Sabar, datin. Ina belum sihat lagi, tu" jelas Mak Mah sambil menghalang majikannya mendekati Zarina.
"Awak nak saya sabar, Mah!? Dah la pulang lewat! Lepas itu, bila sakit menyusahkan orang! Arin ingat mama tidak tahu kamu bergaduh dengan Mamat semalam? Kenapa Arin tumbuk dia, ha? Dah nak jadi jantan sangat, ke!!????" Datin Sahara melepaskan kemarahannya. Dia sungguh terkejut apabila Pn. Shima menelefon pejabatnya memberitahu perkara yang terjadi di kolej mereka semalam. Zarina terdiam. Sakit hatinya bila mendengar ibunya membebel. Aku tengah sakit dia nak membebel pula!
"Sabar, datin. Biarlah Ina rehat dulu. Dia kan sakit" Mak Mah cuba meredakan keadaan. Tapi tangannya di tolak keras oleh Datin Sahara.
"Sampai bila saya nak sabar kalau anak saya sendiri menjatuhkan air muka saya???!!" bentak Datin Sahara. Mak Mah terdiam.
"Arin bukan anak mama!!!!!" jerit Zarina. Mak Mah dan Datin Sahara terkedu memandang Zarina. Air mata Zarina bergenang. Dia tunduk. Setitis demi setitis air matanya mengalir. "Mama sendiri yang kata kehadiran Arin tidak diperlukan! Selama ni mama tidak pernah anggap Arin macam anak mama sendiri. Mama sering mengambil berat tentang Kak Long dan Kak Ngah. Arin mama buat macam tidak pernah wujud. Kalau Arin ni anak mama dan papa, mama dan papa takkan abaikan Arin!!"
Mak Mah terdiam. Datin Sahara mengetap bibir. Mak Mah mendekati Zarina. Datin Sahara mendengus lantas keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kuat. Dia bengang yang teramat sangat. Mak Mah memeluk Zarina yang menangis bagaikan anak kecil. Dia simpati dengan gadis ini. Memang betul apa yang dikatakan Zarina. Dia diabaikan. Mak Mah menenangkannya. *************
cter ney besh.. tp sdey arh.. t'sntuh bt0l.. x pt0t s0wg ibu wt cm2 kn3?? -mieya ed0ya-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnye..cpatlah sambung cter ni...