Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Di kolej, Mamat diam. Hari ni Zarina tidak hadirkan diri. Dia semakin serba-salah. Maafkan aku, Arin. Aku… Tiba-tiba bahunya disentuh. Mamat menoleh. Fahrin dan Azhar, dua orang kawan baiknya memandangnya dengan pandangan simpati.
"Sudahlah, Mamat. Lupakan sahaja hal yang lepas. Benda dah jadi." Fahrin duduk di sebelah kirinya manakala Azhar di sebelah kanan. Mamat tunduk.
"Aku rasa bersalah sangat. Aku ingat dengan cara ni aku boleh tarik perhatian dia. Tak sangka boleh jadi macam ni."
"Tu la. Lain kali kalau buat sesuatu fikir dahulu. Jadi aku harap kau jadikanlah hal yang dah berlaku ni sebagai pengajaran. Pasal Arin tu, mungkin dia marah sangat sebab macam-macam dah jadi pada dia sejak dua menjak ni kot. Ditambah dengan masalah kau ngan dia, lagi la dia angin. Kau sabar ajelah. Nanti dia datang kolej, kau minta maaf la kat dia. Mana tau dia bleh maafkan kau dan lupakan hal yang lepas?" nasihat Azhar.
"Hope so!" balas Mamat. Ya! Aku mesti minta maaf. "Tapi aku segan la. Mahu ke dia maafkan aku?" tanya Mamat sambil memandang kedua sahabatnya.
"Aku ada idea macam mana nak buatkan Arin maafkan kau!" tiba-tiba Zain muncul. Mereka bertiga memandang ke arah Zain.
"Apa dia?" lantas ketiga-tiganya serentak bertanya. Mereka mendengar idea dari Zain dan akhirnya idea itu mendapat persetujuan.
"Hope dengan cara ni dapat melembutkan hati Arin yang keras tu!" kata Fahrin penuh mengharap. Mereka bersetuju.
"Aku nak bagi something yang special untuk dia. Tapi apa dia ye?" Mamat memikirkan sesuatu. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Sedang mereka sibuk berfikir, ada mata yang memandang mereka sambil tersenyum sinis. Dendam aku terbalas. Padan muka kau Mamat. Dan sekarang pastinya Zarina semakin membenci kau! Hahaha… Jarinya semakin menggenggam. Tapi penderitaan ini takkan selesai begitu sahaja. Aku akan pastikan kau sakit selama-lamanya sepertimana kau sakitkan hati aku ni.
********* Hari itu selepas kelas Amilia datang menjenguk Zarina di rumahnya.
"Kau dah sihat, Arin?" tanya Amilia sambil memegang tangan sahabatnya. Zarina tersenyum.
"Aku dah sihat. Cuma Mak Mah je yang tak bagi aku pergi kelas hari ni."
"Mestilah! Kau kan tak sihat! Masih lagi nak pergi ke kelas?" marah Amilia. Dia sayangkan sahabatnya. Kalau boleh dia tak nak sesuatu terjadi kepada sahabatnya ini. Zarina gadis yang cekal. Dia lain dari yang lain.
Zarina ketawa. Walaupun mukanya pucat tetapi masih lagi terserlah kecantikannya. Amilia cemburu dengan kecantikan semulajadi yang ada pada Zarina. Kalaulah Zarina mengubah penampilan dirinya ke arah yang lebih feminin, tidak mustahil dia akan menerima banyak surat dari ’secret admirer’. Kau sungguh cantik Zarina. Tapi kenapa kau tidak pandai menghargai kecantikan kau?
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Lain macam, je?" tanya Zarina apabila dia merasa tidak selesa dengan pandangan sahabat baiknya. Ada benda pelik ke kat muka aku ni? Ke dia tengah mengira jerawat aku ni? Hehehe..
"Dah naik perit tekak aku ni makan ubat kau tahu tak? Sampai nak termuntah aku. Pasni aku tak tahu ubat apa yang Mak Mah nak suruh aku telan!" Amilia hanya ketawa mendengar kata-kata Zarina. Dia ni nampak sahaja serius tetapi kelakar orangnya.
"Kau ni. Tak baik mengumpat Mak Mah macam tu. Dia concern dengan kau tu"
Zarina tersenyum. "Memang aku tidak nafikan. Dalam keluarga ni Mak Mah sahaja yang ambil berat tentang aku" jelas Zarina perlahan. Dia hanya tunduk membisu. Amilia sayu mendengarnya.
"Ibu dan ayah kau mana? Sunyi je rumah kau ni" Amilia cuba ubah topik. Dia tidak mahu kesedihan menyelubungi benak fikiran sahabatnya itu.
"Entah? Kat pejabat kot? Mereka ada ke, takde ke…sama je. Rumah ni sentiasa sunyi." Sesunyi hati aku ni. Kalau mereka takde pun takpe.
*******************
Esoknya Zarina bangun awal untuk ke kolej. Dia segera mengambil jaket dan turun ke bawah. Mak Mah memanggilnya di ruang makan apabila melihat Zarina turun. Zarina segera ke ruang makan. Dia melihat sarapan yang disediakan dan menghidunya.
"Erm…sedapnya bau. Ni yang buat Arin lapar ni!" puji Zarina sambil menyapu perutnya. Dia duduk menghadap makanan. Wah! Mee goreng kegemaran aku. Cantik! Mak Mah hanya tersenyum. Dia meletakkan pinggan di hadapan Zarina.
"Kan elok kalau tiap-tiap pagi Ina makan. Penat je Mak Mah masak kalau Ina tak nak makan. Hari ni Mak Mah masak mee goreng kesukaan Ina. Makan sampai kenyang, tau." ujar Mak Mah sambil menuangkan air teh ke dalam cawan. Zarina mencedok mee kesukaannya dan diletakkan ke dalam pinggan. Dia lantas menyuapkan mee tersebut ke mulut dengan lahap. Mak Mah menggeleng kepala melihat gelagat Zarina. "Makan tu perlahan-lahan, Ina. Karang tercekik susah plak".
Zarina ketawa. "Alah, Mak Mah. Ghairah sangat nak makan mee Mak Mah yang sedap sangat ni. Bukannya selalu." Mak Mah ketawa kecil. Seronok dia melihat Zarina hari ini yang ceria. Memang jarang untuk melihat sinar keceriaan di muka Zarina. Hidup gadis itu sentiasa dihiasi dengan penderitaan.
Mak Mah duduk bertentangan dengan Zarina. Dia melihat sahaja gelagat Zarina makan. Zarina memandang Mak Mah. "Mak Mah tak nak makan sekali, ke?" tanya dia. Mak Mah menggeleng sambil tersenyum.
"Ina makanlah dulu. Mak Mah masih kenyang lagi."
"Kenyang? Mak Mah makan apa tadi?"
"Mak Mah tak makan apa-apa pun. Tapi Mak Mah kenyang bila tengok Ina makan."
Zarina menunjukkan reaksi hairan. "Boleh pula kenyang tengok orang makan, kan? Kalau macam tu Mak Mah kalau lapar kena selalu tengok Arin makan la. Jimat sikit. Hehehe.." gurau Zarina. Mak Mah ketawa kecil.
"Ina kelas sampai pukul berapa ni?" tanya Mak Mah.
"Sampai pukul 1, Mak Mah. Tapi Arin tidak balik sebab pukul 2 ada kelas lagi." jawab Zarina. Mak Mah mengangguk faham. "Err… Mak Mah, boleh Arin tanya sesuatu?"
Mak Mah memandang gadis itu. "Apa dia? Tanyalah."
Zarina menguis-nguis mee di pinggannya. "Kenapa Mak Mah panggil Arin, Ina? Dari dulu lagi Arin hairan."
Mak Mah tersenyum. "Kenapa? Ina tidak suka, ke?"
Zarina menggelengkan kepala. "Takdelah. Semua orang panggil Arin dengan nama ‘Arin’. Mak Mah je panggil Arin dengan nama ‘Ina’." Zarina inginkan kepastian. Wanita tua di hadapannya tersenyum lagi.
"Sebab nama ‘Ina’ tu lebih sopan. Baru nampak Ina ni perempuan melayu terakhir." Zarina tersedak bila mendengar jawapan dari mulut Mak Mah. Perempuan melayu terakhir? Tiba-tiba dia ketawa. Mak Mah hairan.
"Kenapa Ina ketawa?"
"Arin ni memang dah macam ni, Mak Mah. Sejak kecil dah macam jantan. Nak pegang title perempuan melayu terakhir tu lambat lagi kot. Entah-entah tak layak." Zarina ketawa semula. Begitu juga Mak Mah.
"Tapi tak mustahil kalau satu hari nanti Ina bakal memegang title tu, kan?" Zarina memandang Mak Mah. Dia tersenyum. Aku? Ye ke?
Sedang mereka berdua berborak ibu, ayah dan kedua orang kakaknya turun. Zarina diam apabila mereka menghampiri ruang makan. Ayahnya duduk di hujung meja, ibunya duduk di sebelah Zarina manakala kakak-kakaknya duduk bertentangan antara dia dan ibunya. Mak Mah bangun untuk memberi ruang Zurida duduk.
"Mak Mah! Takkan mee sahaja?" rungut Zurida, kakak sulung Zarina.
"Yelah, Mak Mah." sokong Zaimah, kakak yang tengah. Mak Mah menjadi serba salah.
"Ini aje yang Mak Mah buat, Ida, Imah." Mereka berdua merungut bising. Dato’ Zaki menggelengkan kepala.
"Kamu berdua ni. Makan ajelah apa yang Mak Mah kamu buat. Jangan nak merungut plak!" tegur Dato’ Zaki.
"Ala, papa. Mee goreng ni Ida tidak suka sangat."
"Imah, pun!"
"Sudah! Jangan nak merungut. Makan aje!" tegur pula Datin Sahara. Mereka berdua diam. Masing-masing tidak berani melawan kata-kata ibu mereka. Maklumlah, ibu mereka lebih tegas dari ayah mereka. Sekali melawan mulalah naik tangan. Tapi buat masa ini mereka berdua belum lagi merasa penangan ibunya kecuali Zarina. Mak Mah meletakkan mee goreng ke dalam pinggan mereka. Masing-masing makan.
Zarina yang tadinya diam terus bangun. Dia sudah kenyang. Ayahnya memandang Zarina. "Arin dah habis makan?" Zarina mengangguk lantas dia membawa pinggan ke dapur. Setelah selesai mencuci pinggan dia segera ke ruang makan untuk mengambil beg, buku serta jaketnya.
"Arin pergi dulu mama, papa." kata Zarina sambil menghulurkan tangan ke arah ibunya untuk bersalam. Tetapi Datin Sahara langsung tidak mempedulikan huluran tangan anaknya. Zarina mengeluh lantas ke arah ayahnya pula. Setelah mencium tangan ayahnya, dia segera meninggalkan ruang makan itu. Zurida dan Zaimah hanya memandang sahaja. Dato’ Zaki menggelengkan kepala.
"Anak awak nak salam tu, kenapa awak buat ‘dek’ je?" tegur Dato’ Zaki.
"Saya takde hati nak menyentuh tangan anak yang kurang ajar!" jawab Datin Sahara selamba. Mereka yang berada di ruang makan terkejut dengan kata-kata Datin Sahara lebih-lebih lagi Mak Mah. Dia sedih apabila Datin Sahara sanggup menggelarkan Zarina sebagai anak yang kurang ajar. Apa salah budak tu?
"Apa yang dia dah buat pada awak?" tanya Dato’ Zaki tidak puas hati.
"Awak tanyalah dia sendiri!"
Dato’ Zaki menggelengkan kepala. Zurida dan Zaimah hanya tunduk mendiamkan diri. Tak berani menyampuk perbualan kedua ibu bapa mereka. Zarina yang masih di ruang tamu terdengar segala apa yang dibualkan oleh mereka. Dia sedih. Aku ni anak kurang ajar, ke? Air mata bertakung di kelopak matanya. Aku mesti tinggalkan rumah ini segera. Tidak sanggup aku mendengar cemuhan mama.
Selesai mengikat tali kasutnya, Zarina segera mendapatkan skuter lantas menolaknya ke pintu pagar. Mak Mah yang berada di ruang dapur terdengar bunyi skuter Zarina meninggalkan rumah itu. Dia juga menangis. Baru sahaja dia melihat sinar kegembiraan gadis itu tadi. Tapi kini dia membawa kelukaan semula.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan