Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ilham memandu waja kepunyaan Fatihah dengan berhati-hati membelah jalan raya yang terbentang luas di hadapannya. Fatihah yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Setelah mendengar berita papanya sedang sakit tenat sekarang, Fatihah akhirnya bersetuju untuk mengikut dia kembali ke Australia. Sebelum itu, mereka perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu kerana Fatihah ingin memaklumkan cutinya terlebih dahulu. Jadi, Ilham yang datang bersama Idham ke Teluk Intan telah menawarkan diri untuk memandu kereta Fatihah pulang ke Kuala Lumpur. Nenek juga nampaknya menyokong dan besetuju dengan cadangannya.
" hai Puteri, kenapa diam aja dari tadi?" Tanya Ilham setelah menyedari sejak dari tadi mereka berdua hanya mendiamkan diri.
" kenapa panggil Puteri pulak. Panggil Fatihah saja cukuplah. Saya tak suka kamu panggil saya macam tu." Fatihah mula memperdengarkan suaranya.
" kenapa tak boleh pulak. Ikut suka hati sayalah nak panggil awak dengan nama apapun. Kalau saya dah suka nama Puteri tu, saya panggil Puteri lah." Jawab Ilham.
" kamu bukannya kenal sangat dengan Puteri. Kamu kan kenal Fatihah aje…jadi panggil Fatihah ajelah. Lagipun saya tak suka dengar kamu panggil saya dengan nama tu."
" apa bezanya. Sekarang ni saya lebih suka dengan Puteri. Puteri sekarang ni lebih cantik dan jelita. Yang lebih saya suka ialah…Puteri sekarang ni sikapnya lebih garang daripada Fatihah yang dulu." Ilham cuba mengusik Fatihah. Sudah lama dia tidak mengusik gadis itu. Kalau boleh, dia ingin menatap wajah gadis itu lama-lama agar kerinduannya selama ini terubat.
Enggan melayan sikap Ilham yang agak tidak betul pada pandangannya, Fatihah terus menutup matanya dan berpura-pura tidur. Dia tidak mahu terus di usik oleh lelaki itu.
Setibanya di Kuala Lumpur, Ilham memberhentikan keretanya di sebuah tempat rehat. Dia tidak tahu arah mana yang harus ditujunya sekarang. Fatihah masih lagi nyenyak tidur, dia berasa kasihan untuk mengejutkan gadis itu. Kalau dia tahu di mana gadis itu tinggal, taklah dia perlu berhenti di situ. Dia keluar dari kereta dan menggeliatkan badannya. Dia berasa lebih selesa setelah dapat membetulkan otot-otot badannya yang agak tegang.
Setelah terkejut dari tidurnya, Fatihah berasa agak hairan mengapa dia berada di situ. Setelah berfikir seketika, barulah dia teringat yang dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Dia mula teringatkan Ilham. Tapi, di manakah lelaki itu sekarang? Dia mula mencari-cari kelibat Ilham.
" Hai Puteri…dah bangun pun…baguslah. Dah lama saya tunggu Puteri bangun dari tidur. Kalau tak, sampai malamlah saya tunggu kat sini." Ucap Ilham sambil masuk ke dalam kereta.
" kenapa awak tak kejutkan saya tadi? Tanya fatihah sambil memandang ke wajah Ilham.
"betul ke Puteri nak tahu kenapa? Kalau saya beritahu, Puteri janji jangan marah ya. Sebenarnya , saya sengaja tak kejutkan Puteri tadi sebab saya nak tatap wajah puteri puas-puas. Kalau saya kejutkan, tak dapatlah saya tengok wajah montel Puteri lagi. Maklumlah, asyik pandang kat luar aje." Ilham sengaja mengusik Fatihah.
Merah padam muka Puteri mendengarkan kata-kata Ilham itu. Dia berasa sangat malu. Tadi dia hanya berpura-pura tidur. Tak sangkalah pulak dia tertidur betul-betul. Nyenyak pulak tu. Hisy…dia menyalahkah dirinya yang alpa.
" Puteri, boleh Puteri beritahu Ie sekarang kat mana puteri tinggal. Dah lewat ni. besok kita nak bertolak pulak…kalau boleh saya nak balik awal sikit."
" maaf….sebab buat awak tertunggu-tunggu kat sini pulak. Saya tinggal kat Taman Melawati, tapi kalau awak hantar saya dulu, macam mana pulak awak nak balik nanti?" Fatihah yang menyedari dirinya telah menyusahkan Ilham terus memohon maaf. Dia berasa bersalah kerana membuatkan Ilham terus menunggunya.
" tak apa. Tak payah mintak maaf. Kan saya yang tawarkan diri nak jadi pemandu Puteri, so…saya kena ikut ajalah." Ujar Ilham sambil menghidupkan suis kereta. Dia kemudiannya memandu perlahan menuju ke Taman Melawati.
" Puteri… kalau Puteri tak keberatan, boleh tak saya pinjam dulu kereta Puteri malam ni. Besok saya pulangkan balik.Kalau nak panggil teksi pun tentu dah lewat ni." ujar Ilham kepada Puteri.
Menyedari waktu sudah lewat malam, Fatihah bersetuju dengan permintaan Ilham itu.Lagipun, Ilham telah berjanji untuk memulangkan semula keretanya itu pagi besok.
" selamat pagi, Puteri." Awal-awal pagi lagi, Ilham sudah tiba di hadapan rumah Fatihah. Hari ini dia ingin bersarapan bersama-sama gadis itu. Seharian bersama gadis itu semalam membuatkan dirinya berasa tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan gadis kesayangannya itu.
" awalnya kamu datang." Ucap Puteri sebaik sahaja membuka pintu pagar rumahnya . Kerana dia tinggal berseorangan, dia tidak berani mengajak Ilham masuk ke dalam rumahnya. Setelah mendapat tahu Ilham telah tiba di halaman rumahnya, dia cepat-cepat bersiap untuk keluar. Hari ini dia berpakaian agak ringkas sahaja.Berseluar jeans dan memakai t-shirt lengan panjang. Dia juga tidak lupa untuk memakai tudung kepala.
" cantiknya Puteri hari ni." puji Ilham ikhlas setelah Puteri masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahnya.
" kamu ni, pakai macam ni pun kamu kata cantik. Buat tabiat apa. Cepatlah jalan, saya dah lapar ni." gesa Fatihah tanpa menghiraukan kata-kata Ilham itu.
" baiklah tuan Puteri. Hamba menurut perintah." Ujar Ilham sanbil melemparkan senyuman mesra untuk buah hatinya itu.
Selesai sahaja bersarapan di sebuah restoran, Ilham terus memandu kereta Fatihah menuju ke hospital pantai. Dia menemankan Fatihah ke sana untuk memaklumkan cutinya kepada pihak hospital Setelah selesai urusan di sana, mereka makan tengah hari bersama dan kemudiannya pulang untuk bersiap-siap. Puteri telah menghantarnya ke hotel dan malam ini dia akan menaiki teksi ke lapangan terbang.
Fatihah yang jarang-jarang menaiki kapal terbang masih lagi tidak dapat mengatasi masalah ketakutannya yang selalu dialaminya. Dia mudah berasa cemas apabila berada di tempat yang tinggi. Jika menaiki mana-mana pesawat, dia akan memejamkan matanya dan berusaha untuk tidur. Dengan cara itu, ketakutannya dapat dikurangkan.
Melihatkan keadaan Fatihah yang agak pucat, Ilham yang berada di sebelahnya berasa agak cemas. Dia mengambil minyak angin yang sentiasa dibawan di dalam beg sandangnya. Dia meletakkan minyak itu di kedua-dua belah kepala dan dahi Fatihah. Fatihah yang berasa amat tidak bermaya hanya membiarkan tindakan Ilham itu. Setelah berasa agak selesa, Fatihah kemudiannya melelapkan mata dan tertidur.
Menyedari Fatihah yang hampir terlena, Ilham memaut kepala gadis itu dan menyandarkan ke bahunya. Dengan cara itu, Fatihah akan berasa lebih selesa untuk tidur. Setelah berada hampir beberapa jam dalam penerbangan, mereka akhirnya selamat sampai ke Australia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan