Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perjalanan ke Perak mengambil masa selama dua jam lebih. Mereka mula bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi dan sampai di sana pada jam 12.30 tengah hari. Setibanya di Teluk Intan, Ilham memandu keretanya menuju ke sebuah restoran makanan kampung. Di sana, dia dan Idham masing-masing mengisi perut yang agak kelaparan. Sejak bertolak pagi tadi, mereka tidak berhenti di mana-mana perhentian kerana ingin cepat sampai.
" Ilham, kau rasa kita dapat jumpa tak dengan adik tiri kau tu nanti." Tanya Idham.
" kalau memang benar dia masih tinggal kat sana, aku rasa kita boleh jumpa dia. Tapi kan Id, aku rasa takut lah pulah nak jumpa dia. Dibuatnya dia halau kita, malu kita Id." Ilham merasa bimbang dengan kedatangan mereka yang secara tiba-tiba itu.
" alah…kau ni Ie. Kita dah sampai kat sini, takkan lah kau nak kita patah balik semula. Kita kena cuba dulu, kaukan dah janji dengan papa kau nak bawa adik kau tu balik ke sana jumpa dia. Kau mesti yakin dengan diri kau tu.." nasihat Idham kepada Ilham sambil memberikan kata-kata semangat.
" itu aku tahu Id. Aku harap usaha aku ni tak sia-sia. Kalau boleh aku nak tengok sangat papa aku tu jumpa dengan adik aku semula. Dah lama mereka tak jumpa. Aku tahu papa aku tu rindu sangat kat dia. Malam-malam mengingau asyik sebut nama dia saja, Puteri...Puteri...tak ada nama lain ke yang kau tahu".
Perjalanan mereka ke Teluk Intan tidak memakan masa yang lama. Setelah bertanya kepada beberapa orang penduduk tempatan, mereka akhirnya berjaya sampai ke alamat rumah Hajah Zawiah. Hajah Zawiah merupakan nenek kepada Puteri. Menurut papa, dialah yang menjaga Puteri sejak dari kecil lagi.
" assalamualaikum…assalamualaikum.." ucap Ilham sebaik sahaja turun dari keretanya. Melihatkan pintu rumah yang terbuka, Ilham fikir tentu ada orang di dalamnya.
Setelah menunggu agak lama, muncul seorang perempuan yang kelihatan agak berusia. Mungkin perempuan itu nenek kepada Puteri.
" waalaikumussalam… anak ni siapa? tak pernah lihat pun sebelum ni kamu berdua kat kampung ni." tanya Hajah Zawiah ingin tahu.
" oh...nek. Saya Ilham, dan ini kawan saya Idham. Boleh kami tahu, betul ke ini rumah Hajah Zawiah?" Sambil memperkenalkan dirinya, Ilham bertanya inginkan kepastian.
" ya, inilah rumah nenek. Masuklah. …apa hal korang datang sini. Nak cari siapa?" tanya Hajah Zawiah sambil menjemput tetamunya itu masuk.
" setelah duduk di sofa, Ilham mula menjelaskan tujuan kedatangannya ke situ. Bila dia menyebut sahaja nama Puteri, Hajah Zawiah kelihatan sedikit terkejut. Dia tidak menyangka tetamu yang datang itu adalah abang tiri Puteri sendiri. Namun begitu, dia tetap menunjukkan sikap mesra dengan tetamunya itu.
Setelah menghidangkan tetamunya air dan sedikit kuih, Hajah Zawiah mula menceritakan serba sedikit mengenai Puteri.
" sebenarnya, Puteri tak tinggal dengan nenek lagi. Dia bekerja kat kuala Lumpur sekarang ni dan tinggal kat sana. Kalau dia ada balik ke sini pun, hujung minggu sahaja. Sejak dia ditinggalkan oleh papanya, dia hanya rapat dengan nenek dan pak usunya. Dia jugak tak pernah cakap pasal papanya pada makcik. Jadi tak tahulah nenek macam mana reaksinya nanti kalau kamu jumpa dengan dia.
" nek, sebenarnya papa kami sangat sayangkan puteri tu. Tapi dia berasa malu untuk datang ke sini dan jumpa dengan anaknya sebab dia tahu dia yang salah kerana tinggalkan puteri. Sekarang ni…papa sedang sakit. Dia tak boleh jalan jauh-jauh. Dia harap sangat nak jumpa dengan puteri. Saya harap nek dapat membantu pujuk Puteri untuk jumpa dengan papanya itu."
" Ilham, nenek bukannya tak nak bantu kamu. Sebenarnya dari dulu lagi nenek dah maafkan papa kamu tu. Nenek tahu di tak bersalah, tapi terpengaruh dengan muslihat ibunya. Dulu…nenek ada jugak tunggu dia datang jenguk Puteri, tapi dia langsung tak datang jenguk. Nenek pun tahu Puteri rindukan papanya, tapi dia saaja buat-buat tidak hiraukannya. Dia pura-pura gembira walaupun dalam hatinya selalu mengharapkan kedatangan papanya." Kedengaran sayu suara Hajah Zawiah bila menceritakan kisah cucunya itu.
" nek…kami harap sangat bantuan nenek agar dapat untuk pujuk Puteri supaya dia sudi untuk berjumpa dengan papa." Ilham tidak mahu berputus asa. Dia mahukan kerinduan papanya selama ini akan terubat dan hubungan mereka berdua akan kembali pulih.
Dari jauh kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumah. Hajah Zawiah yang berada berhampiran dengan tingkap pantas menjengukkan mukanya ke tingkap.
" oh…itu anak nenek. Dia baru pulang dari kerja." Beritahu Hajah Zawiah kepada Ilham dan Idham.
Melihat hari sudah hampir malam, nenek mempelawa mereka berdua untuk bermalam di rumahnya. Melihat kesungguhan nenek dan Haikal, mereka tidak mampu menolaknya. Pada pemerhatian Ilham, Haikal adalah seorang pemuda yang mempunyai rupa. Dalam mindanya, tentu Puteri juga ada iras-iras Haikal.
"Kring…kring…" bunyi telefon kedengaran nyaring di ruang tamu. Ketika itu mereka semua sedang enak menjamu selera. Haikal yang belum siap makan, bergegas mencuci tangannya. Dia berlari untuk menjawab panggilan telefon yang masih berbunyi.
Setelah berbual seketika di telefon, Ilham datang semula ke meja makan untuk menghabiskan baki nasinya yang masih banyak.
" Ilham, nampaknya kamu tak payahlah pergi cari puteri lagi kat Kuala Lumpur. Dia telefon tadi, cakap nak balik besok. Kalau kamu sanggup tunggu dia, kamu tentu berpeluang untuk jumpa dengan dia." Beritahu Haikal.
" tak menyusahkan nenek ke kalau kami masih di sini." Tanya Ilham yang agak keberatan untuk tinggal di rumah itu lagi besok.
" alah…kamu ni Ilham, kalau kamu nak tahu…nenek kamu ni memang suka sangat kalau ada orang datang rumah dia. Bukan apa, kalau dia masak, ada orang yang akan menghabiskannya." Ujar Haikal agar Ilham berasa lebih selesa untuk terus tinggal di situ sehingga urusannya dengan Puteri selesai. Dia juga ingin melihat Puteri dan papanya bersatu kembali.
" betul cakap pak usu tu. Lagipun, kalau kamu tak balik lagi besok, bolehlah kamu ikut nenek ke ladang limau. Kalau kamu nak tahu, limau kat ladang nenek sekarang ni tengah masak menguning. Kamu tentu teruja nak tengok dan petik sendiri buah limau tersebut dari pokoknya."
Setelah berfikir seketika, Ilham dan Idham bersetuju untuk tinggal di situ. Melihat kesungguhan Hajah Zawiah, mereka berasa tidak sampai hati untuk menolaknya. Tambahan pula, kerjanya akan menjadi lebih mudah jika nenek sanggup membantu dan memujuk Puteri.
Penulis, check dulu ye b4 posting ada kesalahan kecil.
nenek tertukar jadi makcik-part Ilham mula2 sampai kat rumah Hajah Zawiah.
Haikal yg angkat talipon, Ilham pulak yg samgbung makan lepas cakap dlm talipon (tersalah taip nama).
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Penulis, check dulu ye b4 posting ada kesalahan kecil.
nenek tertukar jadi makcik-part Ilham mula2 sampai kat rumah Hajah Zawiah.
Haikal yg angkat talipon, Ilham pulak yg samgbung makan lepas cakap dlm talipon (tersalah taip nama).