Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini Fatihah bangun lebih awal daripada biasa. Kalau boleh, dia mahu cepat tiba ke tadika. Hari ini merupakan hari terakhir dia mengajar di sana.
Di tadika, Fatihah mengadakan proses pengajaran seperti biasa. Setelah hampir dua bulan Fatihah menjadi guru di sana, kini berasa lebih cekap untuk mengendalikan telatah kanak-kanak yang pelbagai ragam. Hubungan mereka juga amat rapat. Kebanyakan kanak-kanak di situ sangat suka belajar dengannya kerana sikapnya yang suka melayan mereka bercakap.
" Assalamualaikum…adik-adik. Hari ini cikgu nak ajar adik-adik tentang bunga. Kenal bunga…?" tanya Fatihah kepada kanak-kanak disitu.
" Kenal cikgu. Kat rumah saya, ibu tanam banyak pokok bunga." Beritahu Ikhmal. Dia merupakan seorang kanak-kanak yang cergas dan selalu memberikan jawapan jika di tanya.
" Kalau macam tu Ikhmal, boleh kamu bagitahu cikgu bunga apa yang ibu kamu tanam" soal Fatihah lagi
" Ibu kata bunga tu bunga kertas, bunga orkid, bunga raya, bunga mawar…dan banyak lagilah cikgu. Saya tak ingat namanya." Jawab Ikhmal sambil memadang kepada rakan-rakannya.
" Terima kasih Ikhmal…Kat rumah cikgu pun ada banyak pokok bunga."beritahu Fatihah kepada pelajarnya.
Kelas hari itu dirasakan amat pantas berlalu. Kini jam semakin hampir ke angka 4.00 petang. Sekejap lagi tugasnya di tadika ini akan berakhir. Dia berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan tadika ini. Namun begitu, dia harus pergi juga kerana semester akhir pengajiannya di universiti akan bermula. Selepas itu, dia akan memasuki alam pekerjaan pula. "Fatihah, En. Yusof minta kamu ke bilik mesyuarat sekarang juga. Ada hal penting katanya." Beritahu Aisyah kepada Fatihah. Aisyah juga merupakan seorang guru di sana. " baiklah Aisyah. Kejap lagi saya datang." Jawab Fatihah sambil mengemaskan barang-barangnya yang akan dibawa pulang nanti.
Setibanya Fatihah di bilik mesyuarat, dia berasa sangat terkejut kerana telah ramai yang menunggunya di sana. Dia berasa amat terharu sekali. Hari ini mereka telah meraikannya dengan sebuah jamuan. Kanak-kanak tadika di situ juga turut hadir. Mereka mengucapkan selamat tinggal dan mengalu-alukan kedatangannya pada masa akan datang. Banyak hadiah yang dihulurkan sebagai tanda ingatan dan terima kasih. Sikap mereka yang begitu baik membuatkan Fatihah berasa semakin sedih untuk meningalkan tadika itu.
"Banyaknya hadiah…!" Haikal terkejut melihat Fatihah yang membawa pulang banyak hadiah. Hari ini dia tidak bekerja. Jadi dia datang untuk menjemput Puteri pulang
"Budak-budak tadika tu yang bagi. Hari ni kan hari terakhir Puteri mengajar kat sana. Jadi mereka bagilah hadiah ni tanda ingatan dan ucapan terima kasih pada Puteri." Jelas Puteri kepada Haikal yang sedang memasukkan hadiah- hadiah tersebut ke dalam boot kereta.
" Oh…macam tu. Itulah untungnya jadi cikgu, selalu dapat hadiah. Tak sia-sia Puteri dengar cakap pak su kerja kat situ." Kata Haikal sambil tersenyum memandang anak saudaranya itu.
" yalah tu. Cepatlah bawak kereta ni, kalau tak sampai malam pun kita tak sampai kat rumah." Jawab Fatihah apabila menyedari mereka masih tidak bergerak dari situ.
" yalah Puteriku sayang. Pak usu pun nak balik cepat ni. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang Puteri dapat."
" hisy…pak usu ni, mengada-ngada betullah. Hadiah ni, Puteri punya. Manalah boleh bagi pak usu tengok." Usik Fatihah pula.
Malam itu, Fatihah mula membuka hadiah-hadiah yang diterimanya. Macam-macam benda yang terdapat di dalamnya.ada yang bagi tuala, gambar, kain baju dan banyal lagilah. Siap membuka hadiah-hadiah tersebut, Fatihah masuk ke bilik untuk mengemaskan barang-barang keperluannya. Besok dia akan bertolak menaiki bas ke UPM. Semester akhir akan bermula 2 hari lagi. Jadi dia ke sana lebih awal untuk bersedia bagi menghadapi kuliah yang akan datang.
Mentari pagi telah muncul di ufuk timur. Selepas bersarapan pagi bersama nenek dan bapa saudaranya, Fatihah kemudiannya turun dari rumah neneknya untuk pergi ke stesen bas Teluk Intan. Dia ke sana dihantar oleh bapa saudaranya.
" Nek, Puteri pergi dulu ya". Ucap Fatihah sambil memeluk neneknya. Dia berasa sedih kerana terpaksa berpisah seketika dengan neneknya itu. air mata mula bergenang di kelopak matanya.
" jaga diri baik-baik. Jangan lupa telefon nenek bila dah sampai sana nanti." Ucap Hajah Zawiah dalam nada suara yang sebak.
Fatihah tiba di upm lewat petang hari itu. selepas turun dari bas di perhentian putra, dia mengambil komuter untuk ke hentian serdang. Di sana, dia menaiki teksi untuk sampai ke UPM.
Setelah selesai mengemas barang-barang yang dibawanya, Fatihah mula teringatkan neneknya di kampung. dia pantas mengambil handphonenya dan mendail nombor telefon rumah neneknya. Namun begitu, tiada yang mengangkatnya. Dia melihat ke arah jam di dinding. Waktu menunjukkan pukul 12.00 malam. Mungkin neneknya sudah masuk tidur. Keesokkan harinya, Fatihah bangun awal pagi. Selesai sahaja solat subuh, dia terus menelefon neneknya.
" Assalamualaikum, nek" ucap fatihah setelah mendengar suara neneknya di talian.
" waalaikumussalam… hah, bila Puteri sampai semalam?" tanya Hajah Zawiah pantas
" dah lewat nek. Adalah dalam pukul 8.00 lebih. Puteri ada telefon nenek semalam, tapi tak berjawab. Mungkin nenek dah tidur kot." Beritahu Fatihah kepada neneknya.
" yalah agaknya tu. Semalam nenek tidur awal. Letih sebab banyak kerja kat ladang semalam. Kamu dah sarapan ke belum?" tanya neneknya lagi.
" belum nek. Kejap lagi Puteri turunlah beli makanan." Jawab Puteri.
Hari kuliah telah tiba. Fatihah bersama rakan sebiliknya, Hani berjalan perlahan menuju ke perhentian bas. Untuk ke fakulti perubatan, mereka perlu menaiki bas yang telah disediakan.
" Fatihah, tahun ni tak adalah orang yang nak kacau kau lagi. Setahu aku abang iIlham tu dah balik ke Australia. Kalau dia berkenan dengan gadis kat sana, rugilah kau. Abang Ilham tu dahlah bijak, hensem pulak tu. Kalau aku jadi kau, aku terus setuju aja nak kahwin dengan dia." Hani memulakan perbualannya pada hari itu dengan topik hangat.
" alah...kalau kau nak sangat kat dia, suruh ajelah dia masuk meminang kau. Aku tak kisah.." ucap Fatihah selamba. Dia sudah lali dengan sikap kawannya itu. Asyik suruh dia terima aje lamaran Ilham tu. Dia bukannya tak berkenan dengan lelaki itu,tapi… mengingatkan apa yang berlaku pada mamanya, dia jadi takut untuk menerima Ilham. Sebolehnya biarlah hubungan mereka kekal sebagai sahabat.
" Hani, macam mana hubungan kau dengan Faizul sekarang. Masih diteruskan atau dah putus." Tanya fatihah pada hani yang sedang asyik menonton tv. Hani merupakan anak orang berada. Namun begitu, dia tetap dengan dirinya yang low profail. Sebab itulah mereka boleh menjadi sahabat baik sehingga sekarang.
"Oh..ya, Fatihah. Alang-alang kau dah tanya ni.. aku nak tunjukkan sesuatu kat kau." Sambil tersenyum, Hani menunjukkan cincin di jarinya.
" kalau kau nak tahu, aku dah bertunang dengan faizul. Aku mintak maaf sebab tak bagitahu kau dulu. Perkara ni berlaku dalam masa yang singkat. Tiba-tiba aje dia hantar rombongan meminang. So…. aku terima ajelah.’
" tak apa, aku faham. Tapi… kalau kau nak kahwin nanti, jangan lupa pulak nak ajak aku sekali."
" okey…aku tak lupa jemput kau. Kaukan sahabat baik aku…" ujar Hani sambil mengangkat tangannya tanda berjanji.
Melihatkan Hani yang kembali asyik menonton televisyen, Fatihah bangun membuka laptopnya. Sudah dua bulan lebih dia tidak memeriksa e-mail nya. Mungkin sudah bertimbun e-mail yang dihantar kepadanya. Jangkaan Fatihah memang tepat. Dia mula meneliti satu persatu e-mail yang terdapat di dalam peti masuknya. Salah satu penghantar setia ialah Ilham.
" Ilham..Ilham, kau memang tak tahu nak putus asa ke?" rungut Fatihah dengan suara yang perlahan.
Semenjak Ilham ingin menjadikannya teman istimewa, dia sering sahaja mendapat e-mail daripada lelaki itu. macam-macam perkara ditulisnya. Walaupun Fatihah tidak pernah membalasnya, namun dia berasa agak terhibur apabila membaca apa yang ditulis buatnya itu. hatinya kini mula terbuka untuk menerima Ilham. Tapi, biarlah takdir yang menentukannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan