Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KNOCK!! KNOCK!! "Aeh… aper bising pagi-pagi buta ni…? Kacaulah!! " 'Putera yang bestari, mengapa lari daripada hamba?' Bantal peluknya dirangkul erat. Ketawanya yang manja kedengaran namun matanya masih terpejam rapat. "Tuanku..!!!" Secara automatik matanya terbuka. Cahaya mentari yang berlari dicelah-celah langsir menyilaukan mata. Jam loceng di atas meja bersebelahan katilnya direnung dalam. "7.30? Arghhh…!!! " dia mula bingkas. Hilang terus mimpinya sebentar tadi. Kelam kabut dia berlari ke bilik air. Nasib baik dia menstruation hari ni. Kalau tak.. alamatnya pukul lapan pun dia masih berlari kat atas jalan raya lagi. Tanpa mandi yang selengkapnya, dia terus berpakaian lalu turun. Kelihatan mama dan papa sedang enak menjamu nasi goreng sambil menonton berita pagi. Ya Allah... sempat lagi diorang menonton menatang tu? "Mama…!! Apasal tak kejutkan Asya..?" "Oh, Asya? Dah bangun pun, jomlah makan sekali?"ajak papanya dengan senyum meleret, hah, nak perlilah tu! "Thanks but no thanks! I'm sick of going late! Pegi dulu!!" jeritnya sambil berlari ke pintu rumah selepas menyalami kedua-dua orang tuanya. Cepat-cepat dia menyarung kasut manakala stokingnya diletak di dalam beg. Pakai kat sekolah lagi baik! Basikal segera dikayuh selaju mungkin. Harap-harap la pengawas besar tu tak jaga hari ni. Kalau tak mampus aku!! Tepat-tepat waktu dia membelokkan basikalnya di simpang tiga kawasan perumahan tersebut, sharp timing, seorang pemuda yang entah dari mana munculnya hampir-hampir dilanggar Natasya. "Waa.. aaahhh….!!!" PAPP!! Basikal yang dinaikinya sudah hilang pertimbangan. Tau-tau jer dia sudah terduduk di atas jalan raya. Masya-Allah! Natasya beristighfar, sementelah bibirnya menahan kata-kata untuk menyembur sesiapa je. Automatik tanggannya menggosok pinggulnya yang sakit. Perit betul punggungnya namun perit lagi hati yang tengah menggelegak sekarang ni..! "Sorry, my worth mistake!" Benda pertama yang Natasya lihat tatlaka matanya dibuka kembali adalah tangan sasa seseorang yang disua ke arahnya. Perlahan-lahan wajahnya didongak menatap siapakah gerangan orangnya. MAT SALEH? Matanya mula melilau dari atas ke bawah dan ke atas semula. "Cedera ke?" Mak oii, fasih pulak melayunya! Pantas kepalanya digelengkan. Tangan yang dihulur tidak bersambut sebaliknya dia cuba berdiri sendiri. Shit! My leg… mesti dah terkehel ni… tak banyak, sikit mesti ada…. "Err.. seliuh ke..? Cik…" "Huuuuhh… seems like okay, look! I'm fine, really thanks!" ucap Natasya sambil berlagak tiada apa-apa pn yang perlu dirisaukan. Siap dengan gaya semua. Wajah risau pemuda dihadapannya mula kendur namun tiada secalit senyum pun yang terbit di bibirnya. Natasya tersedar sesuatu. Pantas jam tangannya dikerling. 8.20…??!!! WHAT THE HELL….?? Natasya mula menggelabah, teringat pandangan tajam pengawas besar yang sedia menantinya di pintu pagar hadapan dan hukuman yang bakal diterimanya nanti.. Makk!! "Aduh..!! bapak mati aku camni!! Stricth headboy punya muka cam bapak singa tu mesti tecongok kat depan pintu! Whaha.. malangnya nasib!!" tanpa sedar bibirnya mengomel entah paper ntah sambil membetulkan letak duduk basikal. Tanpa membuang masa, basikalnya dikayuh pantas. Tup-tup belum sampai pun dua meter, dia berundur semula, and still 'mat salleh' tu masih berdiri kat situ. "Sorry for all this nonsense things you got. It's my stupid mistake. Malaysia is a peaceful country to travel. So, ehek, enjoy yourself ek, sir! Gotta go, excuse me!" 'Aper yang aku dah melalut tak tentu pasal ni..? aa, whatever la, asal dia tak marah aku dah. Hisy, hampir-hampir aku langgar pelancong sini. Buatnya orang penting camner?' Sempat Natasya berpaling ke arah pemuda itu yang kelihatannya masih terpinga-pinga. Natasya tersenyum gelihati lantas segera memecut ke sekolah. Sampai kat pagar je keringat sudah memandikan tubuh Natasya. Alamak.....
"Eiii, tegoklah tu, masa berucap gaya dia memang berkarisma habislah!!" "Eisy, pelan-pelanlah sikit, Ari. Kang minah-minah ganas sekolah ni dengar kang matilah awak," "Alaa, Roki. Cuba tengok bebudak pompuan kat sekeliling awak,"arah Ariena. Ruqyah akur. "Ap..?" Hampir sahaja dia tergolek ketawa kat situ, masa tu, sekarang tu jugak! Tengoklah para pelajar perempuan khasnya freshie yang baru masuk. Memang bersinar habis mata diorang sumer. Ruqyah tersenyum sambil meggeleng-geleng perlahan. Ni tak datang sorang lagi mamat darah campur 3K, agak-agaknya tak mengajilah jawabnya girls kat sini! "Alamak... r0ckie.." suara Ariena yang tenggelam timbul tu mematikan khayalan Ruqyah, diganti pulak dengan rasa tak sedap hati. ".... dan contoh pelajar yang 'terlalu' mengikut disiplin yang telah saya sebutkan sebentar tadi ternyata sudah terang lagi bersuluh. Di hadapan pintu sekolah kita sekarang ni adalah salah satu contoh 'terbaik' yang boleh diteladani para pelajar. Sedangkan kelas sepatutnya bermula tepat 7.45, masih terdapat pelajar yang tersalah set masa 8.45!" Kata-kata Harizd tepat menikam jantung seorang hamba Allah yang pastinya sedang menjadi perhatian semua warga sekolah. Senyum sinis dan tawa sudah mula meniti di bibir para palajar. Sebilah belati yang tajam mula dilempar dan... ZUPP!! Tepat menembusi jantung Natasya Shakilla. * * * * * * * * * * * * * *
Harizd Hakkam meliarkan mata memandang sekeliling. Dia bagaikan cacing kepanasan menanti ketibaan 'someone'. 'Ya Allah... mana dia ni...?' "Yez!" tegur Izuan bersama tepukan kecil di bahu Harizd. "Kau cakap dia nak datang hari ni? So, where is he? Even bayang dia pun tak nampak!" rungut Harizd. Badannya disandar pada pagar. Beberapa orang pelajar yang masih berkeliaran di kawasan perhimpunan segera diarah ke kelas. Haah, kecuali seorang pelajar yang didenda membersihkan kawasan perhimpunan sebentar tadi. Ada ke patut masa dia tengah berucap gitu ada lagi pelajar yang lewat? Dah tu, stoking entah ke mana, lencana lagilah tak kelihatan. Geram betul dia dengan gadis yang sering mendatangkan masalah tersebut. Omelan Harizd yang tidak kedengaran lenyap terus tatkala terpandangkan kelibat BMW Black metallict. Kereta mewah itu berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Seketika, wajah yang telah lama dinanti muncul jua akhirnya. "Assalamualaikum," ucapan salam pertama kedengaran. "Waalaikumussalam, Encik Amierul Mukiminin yang dinanti penuh kesabaran. How're you?" Izuan memeluk erat rakan baiknya. "Fine, alhamdulillah!" "Baik kau cepat-cepat pergi tegur kawan kau tu. Sejak tadi lagi cam ayam berak kapur je aku tengok," bisik Izuan sebelum melepaskan pelukannya. Amierul akur. Perlahan Harizd dihampiri. "Tentang pemergianku dulu....." "No, Mier. Tak payah ungkit. Aku dah lupa. Lagipun, salah aku jugak emo sangat. .....err.. friends?"ujar Harizd lantas menghulurkan tangannya. Amierul membalas huluran itu. Izuan tersenyum lebar melihat persahabatan kedua-dua temannya sudah kembali terjalin. Mereka bertiga terus berbual sambil melangkah masuk ke pekarangan sekolah. Ketika melewati kawasan perhimpunan, kaki Amierul berhenti apabila terlihat Natasya yang sedang leka menyapu sampah. "Eii, Mier! Berkenan ke?" usik Izuan dengan lirikan nakal. "She's under punishment for coming late," terang Harizd dengan riak kurang senang. Dilihatnya gelengan Amierul yang seolah tidak bersetuju dengan tindakannya. Lebih mengejutkan lagi, temannya sudah mula melangkah menghampiri gadis itu. Dahi Harizd mula berkerut. Dengan nafas yang berat dia mengekori. "Strict headboy, tak berperikemanusiaan! Sombong! Singa garang!" Natasya benar-benar geram. And rasa geram itu dilepaskan dengan penyapu di tangannya. Sampah-sampah terus disapu dengan kasar. Tanpa disangka, tolakan terakhir batang penyapunya yang semestinya kasar menyebabkan sampahnya tertolak deras lantas hinggap di atas kasut seseorang. Alamak!! Natasya pantas mendongak. Hah? Dia? Mulutnya sudah ternganga. Matanya dipejam celik beberapa kali untuk menetapkan kesahihannya. Macam mana mat saleh ni boleh muncul di sini pulak..? Lebih meningkatkan paras jantungnya, apabila matanya menangkap kelibat 'pengawas besar' dan Izuan. Alamak.. konfrontasi aper plak nie...? Diorang buat pakatan axis ke? Dahlah sesedap rasa je menyumpah tadi.... "Dah, Mier. Tak perlu bazirkan masa dengan pelajar tak berdisiplin ni," tegur Harizd, "Pn. Khatijah tengah tunggu kat pejabat." Melihat Harizd berlalu pergi melalui belakang sahaja sudah cukup membuatkan Natasya meluat. Spontan bibirnya dicebikkan. Kalaulah tuannya nampak tu... "I'm sorry,"ucap Amierul. Ternyata dia berasa bertanggungjawab terhadap denda yang dikenakan kepada Natasya. Izuan yang terdengar berasa pelik. Belum sempat Natasya menbalasnya, Amierul sudah berlalu pergi. Izuan sempat memandangnya dua tiga kali. 'Hairan ke? Aku pun tengah hairan sekarang ni..' Otaknya cuba dikerah sedaya upaya memikirkan apa yang mat saleh tu buat kat sekolah ni. Eii.. bukan dia pakai baju sekolah ni ke tadi? Siap baju pengawas lagi! So, sudah terang lagi bersuluh la dia tu salah seorang pelajar sekolah ni jugak! Alemak, malunyerr aku tadi!! Dah la sangka dia tu pelancong, tak pepasal gi luah kat dia pulak tu!! Aarrggghhh... maluuu..!!! "Awak kat sana tu!" "...?? " "Ya! Awaklah, Shakilla!" Pn. Haslinda menggamit Natasya. "Sekarang ni masa saya. I don't like my student absent during my class when I'm teaching. So, come. Tertinggal kamu nanti. Train saya express punya tau!" Natasya tertawa senang. Untungnya ada cikgu sayang… Cepat-cepat langkahnya diatur agar dapat bergandingan dengan gurunya. Fail yang berada di tangan Pn. Haslinda dibawa. "Thanks. Saya tak faham la dengan awak ni, Shakilla. Awak datang dengan basikal, kan?" "Haah, kenapa cikgu?" "Iyelah, pengangkutan sendiri sudah ada, tapi sampai sekolah tetap lewat. Macamlah saya tak tahu Taman Selayang tu dekat je. Just a stone's throw away from school ni. Nak kata belum biasa dengan negara sendiri, dah dekat sebulan kamu mengaji kat sini," Natasya tersengih mendengar bebelan guru kelasnya. "Sebenarnya kan, cikgu…. Eh, err… saya bangun lewat. Hehe…" "Aish, dah agak dah… Hai, budak-budak zaman sekarang… cikgu harap awak dah dapat pengajaran selepas apa yang berlaku hari ni," "Yess, maam! Serik dah…" seloroh Natasya. Pn. Harlinda tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Bunyinya macam nak buat lagi je… Sampai kat kelas je, classmate-nya sudah bersiap sedia untuk menyembur namun tak jadi bila Pn. Harlinda ada bersamanya. Yeah, masa tu je dia selamat. Sebaik sahaja waktu rehat tiba, Izuddin, kepala pengat kelas tu terus bertenggek di atas mejanya. "Princess hours kita macam ayam panggang kan masa kat dataran tadi?" soalnya dengan senyum nakal. Yang lain terus mengiyakan. "Kill, tak pepasal kau glamour kat depan tadi. Apa petua kau, hah?" sampuk Naeem. Natasya pantas mencebik, "Petuanya... tidur lewat-lewat, bangun lewat-lewat. Amacam, bleh follow up tak?" layan jangan tak layan… "Tak mo la aku… kau tak pa la, dah ada semacam aura yang setanding dengan headboy," "Yalah… macam aku tak tahu kau berperang besar ngan dia minggu lepas kan?" "Ok, eyo! Aku boleh jadi saksi masa kat depan gate hari tu. Fullamak... merah terus muka headboy masa tu. Gua respect beb!" Natasya menjulingkan matanya. Makin dilayan makin menjadi. Aiii… Akhirnya, Ariena dan Ruqyah jugak penyelamat antarabangsanya. Berkabut diorang lari ke kantin. Sampai je kat sana diorang terus menghamburkan ketawa masing-masing, langsung tidak menghiraukan pandangan para pelajar yang lain. Mereka terus membeli makanan. Lega betul hati Natasya melihat para pelajar yang tidak menghiraukan kehadirannya. Yalah.. mana tahu diorang pakat serang dia ke... Bukan secara fizikal pun, secara mental boleh apa..? Yang pastinya, sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas bangku, Natasya terus diserang dengan pelbagai pertanyaan. Haii... lari daripada mulut rimau masuk pulak mulut buaya... "Wait, wait. One by one, okay?" "Firstly, I wanna ask you, pukul berapa ko bangun pagi-pagi, eh?" soal Ariena sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut. "Erm… sekitar seven o'clock or past few minutes. Why?" "Ya Rabbi..! Subuh kau macam mana? Subuh gajah, ek?" Natasya hanya tersenyum sebagai jawapan. Memang terang-terang mengiyakan kata-kata rakannya. Mengekek ketawa Ariena mendengarnya. "Ha! Ha! Ha! Bagus betullah kawan aku yang sorang ni..! Cup, cupp, apa perasaan kau semasa semua mata terarah kat kau?" Natasya menjulingkan mata. Dah macam reporter pulak kawan-kawannya bertanya. Tapi memang betul pun, Ariena wartawan sekolah. Tugas tersebut memang sesuai sangat dengannya yang banyak mulut dan songeh... "But I beg you, Rien. Don't make this as an article, do you?" "Alaa… citer tak laku camni mana boleh kasi masuk punyalah… banyak songeh pulak," "Hah, iyelah tu…" perli Ruqyah. Ariena mencemikkan durja. "Well, as you know la... masa tu kalaulah aku boleh melompat ke atas dah lama dah aku penyek-penyek mulut dia yang suka sangat bagi arahan tu!" Natasya membuat humor. Peristiwa yang memalukan pagi tadi kembali berputar dalam benaknya. Huh, tulah first time dia rasa malu sesangat. Rakan-rakannya mencebik sinis. Alah, cakap je besar. Bila kat depan headboy, takkan berani punya nak naik tocang gitu. Bukan ke headboy ramai 'pelindung'...? "Cepatlah cik kak, dah lewat dah ni, "tegur Ruqyah. Mereka bingkas bangun lalu bergandingan ke kelas. Baru sahaja kaki mereka melangkah satu anak tangga, kaki Natasya berhenti. Matanya menangkap kelibat seorang pelajar. "Erk... korang pergi dulu la, ek? Aku ada hal yang perlu di'settle'kan segera. Excuse me,?" Ariena dan Ruqyah memerhatikan kelibat rakannya yang semakin menjauh. Apabila sudah pasti arah tuju Natasya, mereka pantas berpandangan. Bukan ke tu.....
"Hey, awak!!" Panggil Natasya. Pemuda yang sedang leka menulis sesuatu di atas notebooknya pantas berpaling apabila merasakan dirinya sedang dipanggil. Wajahnya terpamir kehairanan. "Yes, you! Can we have a talk?" pintanya. Pemuda itu memandangnya beberapa ketika sebelum mengunjukkan tangannya membenarkan Natasya duduk. "Thanks. I just wanna ask you a question. You cakap sori masa kat perhimpunan tadi, kan? Kenapa?" "I caused the accident," Berkerut kening Natasya. Accident? Yang pagi tadi tu ke? "But I don't think so. It's my fault actually. I yang nak cepat sangat ke sekolah. Rasa bersalah kat awak pun belum habis lagi. Alih-alih, awak pulak yang mintak maaf kat saya. Haiii…." luahnya kesal. "Hmm, kelewatan tu kerana saya jugak," Natasya tersengih. Jawapan pemuda itu benar-benar lucu baginya. Dan apalagi, tanpa dapat ditahan ketawanya terhambur keluar. "Ha…ha…ha… you're so funny. Ha… ha… ha… I'm sorry. Ha.. ha.. Saya rasa kita kena buat deal la," "Deal?" Natasya mengangguk. Dilihatnya pemuda itu langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun. Senyum pun tidak. Namun rasa hairannya pantas ditolak tepi. Mungkin jugak pemuda tu pelik dengan sikap yang ditunjukkan sebentar tadi. Apa boleh buat... first time dengar jawapan yang begitu. Ingatkan dia nak jawab 'saya yang sebabkan awak lewat' atau yang sama waktu dengannya. Kelewatan? It really sound funny, isn't it? "Yup! Awak dah minta maaf kat saya. Now, it's my turn to say that. I'm sorry. Maaf kalau ada apa-apa kesulitan yang terjadi disebabkan saya. Hehe, saya ni cuai sikit. And… lagi satu, kalau awak ada terdengar saya merapu tak tentu pasal lagi tadi harap dilupakan sahaja, okay?" "…Merapu…?" 'Isy, dia ni. Takkan nak suruh aku ulang? Hii.. terpaksa la ni..' "Errr... pasal.. pasal saya panggil awak tourist pagi tadi. Siap promote Malaysia lagi.." Cakap jugak... Pemuda itu tersenyum. Walaupun tipis tapi senyuman itu berjaya membuat Natasya terpaku. Wah... betul ke ni,,? Pemuda tersebut pantas menyembunyikan senyumannya di sebalik buku. Melihat kelakuan pelik pemuda itu, ketawa Natasya terhambur lagi. Kali ini betul-betul kuat sehingga berair matanya. Serentak itu, loceng berbunyi nyaring. Natasya pantas berdiri sambil mengesat tubir matanya. "I named Natasya Shakilla. Better call me Killa. Ops, or Asya!" Natasya memperkenalkan diri dengan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Tawanya masih bersisa. Pemuda itu turut berdiri. "Mier, Amierul Mukminien," "Hype!" Natasya memberikan tabik hormat."Mr. Amierul, really nice knowing you! I got to go! Assalamu'alaikum," Haii, baru nampak sopannya. Tadi bukan main lagi yerr..?
Persis keanakan, Natasya berlari anak mendaki anak tangga. Entah di mana silapnya melangkah, kakinya tersadung. Badannya yang hilang imbangan terasa melayang-layang sebelum menghempap seseorang. Mereka akhirnya sama-sama jatuh di penjuru tangga. Hah, tulah! Gembira sangat...! Natasya mengaduh sakit. Kepalanya yang pening-pening lalat dipegang. Matanya dibuka perlahan. Alamak! Aku jatuh atas badan sape lak ni? Ciannye orang yang malang ni... Cepat-cepat dia berdiri. Jejaka yang menunduk itu memegang pinggangnya yang sakit. Mana taknya, kena hempap ngan badan 50 kg cik Natasya kita ni..? "Err.. maaf... awa.." kata-kata Natasya serta-merta mati. Wajahnya pucat lesi. Hatta kalau ditoreh pisau sekalipun belum tentu akan berdarah. Air liurnya diteguk perlahan. Kelat. GULP!! MATILAH AKUUU......!!! Pemuda itu merenungnya tajam. Persis seekor singa yang merenung mangsanya. Tak! Lebih teruk dari tu!! MAMAA!!!!
now i know... ryoki-ayez azusa or maybe shinogu..but i think AZUSA-mier hatsumi-asya *am i right? sedap gak nama2 dorunk versi malay
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
samb0ng la lagi,,
tapi kan,,
x kan rr asyik kene mende2 cam g2 jerk tiap2 ari,,
lame2 dah jadi cam x logik rr,,
nyway,,best citer ni,,