Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setelah menikmati sarapan mereka ke Suria KLCC seperti yang telah dijanjikan.....
Di Restoran Burger King...
Aiman dari tadi memerhati Aliya seperti tidak puas hati dengannya. "Oiytt Abang hensem! Kenapa kau dari tadi pandang aku semacam jer ekk?" Soal Aliya kepada Aiman kehairanan." Aiman tersengih. "Kau nampak macam mak orang lah." Jawab Aiman. "Yer lah tu. Aku jadi mak kau karang!" Gurau Aliya. Sebenarnya Aliya sengaja ingin mengenakan baju kurung pada hari ini. Semasa dia sedang memilih baju untuk dipakai pagi tadi, dia terpandang akan sepasang baju kurung. Peasanan dari arwah neneknya semasa dia berumur 5 tahun masih lagi diingatinya. "Perempuan lagi ayu kalau pakai baju kurung. Lagi-lagi kalau bertudung. Aliya lagi cantik kalau pakai baju kurung tau!" "Liya rindu nenek." Kata Aliya di dalam hati.
"Hah, dah. Dah mula dah, nak gaduh." Tiba-tiba Ayriel bersuara. "Ouch!" Aiman mengaduh kesakitan. Ayriel menendang perlahan kaki Aiman lalu memberi isyarat supaya Aiman berlalu memberi mereka sedikit ‘ruang’. "Yer, aku paham. Eii..Gatai!" Kata Aiman menyindir Ayriel. Aiman berlalu pergi. Dia pergi ‘meronda-ronda’ sekeliling shopping mall di situ. Tiba-tiba Aiman ternampak kelibat seseorang yang dia pernah jumpa sebelum ini. Aiman mengamati wajah perempuan tersebut. "Oh no, red alert!!" Getus hati Aiman.
"Ayriel nak apa jumpa Aliya ni?" Soal Aliya setelah beberapa minit keadaan menjadi sunyi sepi selepas Aiman tiada. "Saja jer. Tak boleh ke?" Jawab Ayriel sambil mencebikkan mukanya. "Eleh, ingat aku nak kesiankan kau ke? Sabar Aliya. Kejap lagi jer, plan kau akan berjaya!" Bisik hati Aliya lantas dia tersenyum lebar. "Eh, dia senyum.. Cute nya! Aliya, aku nak bawak senyuman kau sampai aku tidur boleh tak? Kalau boleh sampai aku mati aku nak bawa senyuman kau yang manis tu. Tapi kalau masa aku buang air aku letak lah senyuman kau tu kat luar tandas. Kau jangan risau, aku tak bawak senyuman kau dalam tandas. Senyuman kau nampak ikhlas, tak macam gadis-gadis yang aku kenal. Senyum-senyum macam ada udang di sebalik batu, bukan setakat udang, ketam, kerang, ikan, pun ada. Dugong pun ada!! Eh, apa yang aku melalut nih? Hehe… Dia senyum ni, mesti dia tergoda dengan ‘babyface’ aku. Hikhik." Bebel Ayriel dalam hatinya sambil menatap wajah Aliya sedalam mungkin. "Helloooo… Teringatkan awek ke?" Tegur Aliya sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Ayriel. "Huh? Owh..Hehe" Kata Ayriel sambil tersengih pabila dia tersedar akan perbuatannya sebentar tadi.
"Kenapa kadang-kadang Aliya tengok Ayriel ni macam budak-budak sikit eh? Erm, maksud Aliya, perangai Ayriel tak sama dengan umur Ayriel. Hehe." Tanya Aliya kepada Ayriel tanpa segan silu dan straightforward. Bak kata ‘pepatah’, "straight, don`t belok-belok". "Owh, tak tahulah. Sejak Ayriel datang sini jadi macam ni. Mungkin rindu kot." Jawab Ayriel. "Rindu? Maksud Ayriel??" Soal Aliya inginkan kepastian. "Aliya tak tahu lagi yer. Sebenarnya Ayriel lahir dekat sini. Masa Ayriel 5 tahun, Ayriel pindah Singapore. Kira Ayriel ni warganegara Malaysia lah. Aliya nak tahu tak, sebenarnya sebelum ni kita pernah jumpa tau!" Jelas Ayriel. "Really?? Bila?" Tanya Aliya seakan tidak percaya dan ingin tahu. "Maybe Aliya dah lupa kot. Masa Ayriel dekat airport, nak berangkat ke Singapore, papa Aliya ada sekali. Masa tu Aliya baby lagi, dengan Aiman. Ayriel ingat lagi masa tu. Papa Aliya dengan arwah nenek Liya teman Ayriel dekat airport. Ayriel salam semua orang, lepas tu papa Aliya, Uncle Karim. Walaupun Ayriel tak kenal sangat Uncle Karim masa tu, tapi Ayriel tahu Uncle Karim rapat dengan keluarga Ayriel. Lepas tu nenek Aliya. Aliya dengan Ayriel ada dalam kereta sorong masa tu. Ayriel pandang Aliya dengan Aiman, cute! Tapi memang tak sangka, Aliya dan Aiman yang Ayriel nampak 17 tahun lepas, dah besar panjang macam sekarang ni. Masing-masing dengan keistimewaan dan perangai masing-masing." Cerita Ayriel panjang lebar. Mata Ayriel mula berkaca namun Aliya tidak menyedarinya. Ayriel mula teringat akan peristiwa 17 tahun lalu.
"Aliya, Ayriel ada sesuatu nak bagitahu Aliya. Dah lama Ayriel pendam perasaan ni. Ayriel rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk Ayriel beritahu Aliya tentang perasaan Ayriel." Ayriel mula bersuara setelah lama seketika mendiamkan diri. "Go ahead." Balas Aliya, acuh tak acuh. "Sebenarnya…." Kata-kata Ayriel tergantung di situ setelah melihat keadaan Aliya yang tidak memberi perhatian kepadanya. Ayriel hanya memerhati Aliya.
"5..4..3..2..1…" Aliya membuat kiraan dalam hatinya. "Yes!!" Aliya bertambah seronok. "Hai, sini!" Aliya teriak sambil memanggil ‘seseorang’ yang berhampiran dengan mereka. Ayriel tersedar daripada lamunan lalu menoleh ke belakang, ingin mengetahui siapakah insan yang ditegur Aliya sebentar tadi. "Lelaki?" Soal hati Ayriel kehairanan. Lelaki tersebut menghampiri mereka berdua. "Ayriel, kenalkan Zac, teman istimewa Aliya." Dengan bangganya Aliya memperkenalkan ‘teman istimewanya’ kepada Ayriel. Ayriel menyambut salam perkenalan yang dihulur Zac walaupun dia berasa berat hati. Aliya berasa puas hati kerana ‘rancangannya’ ingin menyakitkan hati Ayriel berjaya. Tiba-tiba Aiman muncul di antara mereka bertiga.
"Aikk.. Ni siapa pulak?" Soal Aiman kehairanan semasa dia melihat Zac. "Adek, kenalkan, kawan kakak. Zac nama dia." Aliya memperkenalkan ‘kawannya’ itu kepada adiknya pula. "Owh..Yang dia tiba-tiba menyibuk sini apahal? Isy, ada benda lagi penting yang aku perlu selesaikan ni!" Bisik hati Aiman. "Err, Ayriel. Tadi..Tetadi.. Aku.. aku tersererempepak.. dengan..dengan..ke..kawan kau." Kata Aiman kepada Ayriel. "Hah? Apa benda yang kau cakap ni Aiman?? Sejak bila kau jadi gagap ni?" Soal Ayriel kehairanan. "Kawan kau!!" Jelas Aiman. "Alamak, dia datang sini!" Teriak Aiman. Ayriel mencari-cari siapakah yang dimaksudkan Aiman. Tidak terkecuali juga Aliya dan Zac. Seorang gadis menghampiri mereka berempat. Gadis yang agak dikenali Aiman dan Aliya. Aliya mengamati wajah gadis tersebut. "Tak mungkin. Bukan sekarang. Not now. No.." Bisik hati Aliya. Wajah Aliya berubah agak pucat.
"Hai biey. Kenapa u tak cakap you ada dekat sini?" Gadis tersebut menghampiri mereka lalu menegur Ayriel dengan manja dan menggoda. "Ya, dia orangnya. Tak salah lagi." Getus hati Aliya. Perempuan itu ialah orang yang mereka nampak bermesraan dengan Ayriel tempoh hari di Restoran Pizza Hut. "Err, apa you buat dekat sini?" Tanya Ayriel dengan bimbang, kerana takut Aliya akan salah sangka dengannya. "Saja jer, shopping. I nampak you, I tegur lah you." Jawab gadis itu sambil tangannya mengusap dada Ayriel yang bidang. Ayriel menjarakkan dirinya sedikit dari perempuan itu. Geli. "Tak nak kenalkan ker, siapa dia Ayriel?" Soal Aliya kepada Ayriel. Namun kepalanya ditoleh ke belakang. Bimbang sekiranya orang perasan akan perubahan wajahnya yang kelihatan sedang menahan air mata. Aliya menjatuhkan beg duitnya dengan sengaja. "Oops! Kejap." Kata Aliya lalu tunduk untuk mengangkat beg duitnya. Setelah dia dapat menenangkan diri, dia kembali bangun dan duduk semula bersama mereka berempat.
"Erm, kenalkan. Lily.." Kata Ayriel. "Huh…..Girlfriend Ayriel." Tambahnya lagi. Ayriel terpaksa berbohong. Mungkin kerana hatinya sudah terluka. Terluka dengan apa yang baru dialaminya tadi. Aliya langsung tidak terkejut dengan pengakuan Ayriel kerana dia sudah dapat mengagak siapa gadis ini, walaupun tekaannya salah sama sekali. Namun tidak bagi Aiman, dia tahu Ayriel dan Lily hanya sekadar kawan biasa. "Bro…" Aiman bersuara. Namun kata-katanya dipotong oleh Lily, perempuan gedik yang tak sedar diri. "You, I tak sangka sebenarnya sebenarnya you cintakan I. You said we were just friends before but now," Kata Lily dengan penuh kegedikan. " I betul-betul tak sangka. And by the way, siapa perempuan kuno ni? Huh, nampak macam gadis melayu terakhir jer. Eew, gross." Soal Lily kepada Ayriel. Ayriel merasakan tangannya terlalu ringan. Terlampau ringan untuk menampar Lily.
"Jangan!" Aliya menghalang perbuatan Ayriel yang ingin menampar Lily. Aliya kemudiannya berlalu pergi. Berlalu pergi dengan air mata, dengan hati yang terluka. Zac memandang Lily dengan berang. Namun dia masih lagi waras. Apa yang penting sekarang ialah Aliya. Zac berlari mengejar Aliya.
"Kenapa ni, sayang?" Tanya Zac kepada Aliya setelah dia terjumpa Aliya sedang menangis teresak-esak di salah sebuah taman permainan yang terdapat di Suria KLCC. "Dahlah Zac, tak perlu berlakon lagi. Kerja awak dah selesai. Nah, ambik upah awak." Kata Aliya sambil menghulurkan RM100 kepada Zac. "Ha, tahu pun. Macam nil ah kawan Zac." Kata Zac lalu mengambil wang tersebut tanpa segan silu. "Awak nak apa lagi? Pergi dari sini. Suka sangat ke tengok muka saya hodoh masa menangis ni?" Kata Aliya agak kemarahan. "Shhh.. Aliya, saya tahu, di mata awak saya nampak jahat. Tapi, kita kan pernah sekolah sama-sama, awak pernah jadi junior saya. Saya kawan awak, awak kawan saya. Takkan saya nak berpeluk tubuh jer kalau kawan saya susah hati?" Pujuk Zac. "Lagipun, mungkin bukan jodoh awak dengan Ayriel. Awak, perjalanan hidup awak panjang lagi. Awak baru habis SPM. Lepas ni, awak akan ambil keputusan peperiksaan awak. Lepas tu, awak sambung pelajaran ke universiti. Lepas tu, awak kerja. Mungkin masa tu cinta sejati akan datang dekat awak. Siapa tahu kan. Tak ada apa yang boleh mengubah cinta pertama, awak. Jangan jadi macam saya. Terus berputus asa walaupun baru sekali putus cinta., walaupun cinta tu cinta monyet. Saya menyesal sangat sekarang. Sebab cinta, hidup saya sekarang macam ni. Kerja tak bagus. Itu pun nasib saya baik, awak sudi kawan dengan saya. Lepas tu, bagi saya 100 hengget. Raya belum datang lagi, dah dapat duit. Kira advance lah ni yer! Hehe." Tambahnya lagi, sempat juga bergurau, Pujukan Zac sedikit sebanyak menenangkan hati Aliya. Aliya menyeka air matanya.
Ayriel sudah pun pulang ke rumah. Dia kemudiannya menuju ke Taman Tasik Perdana.,"Rupa-rupanya, aku bertepuk sebelah tangan." Kata Ayriel kepada dirinya. Kemudian dia senyum, satu senyuman yang hambar."Sorry bro..Aku datang tak bagitahu kau. Aku tanya Pak Mail, dia cakap kau dekat sini." Sapa Aiman dari belakang. Ayriel segera menyeka air matanya lalu menyorokkan sesuatu dari Aiman. "Apa tu?" Soal Aiman sambil menjuihkan bibirnya kearah suatu benda yang disorok Ayriel. "Takder, gambar lama je." Jawab Ayriel, acuh tak acuh. "Kau ada masalah ke?" Tanya Aiman. Ayriel sekadar mendiamkan diri. "Tak apa lah, maybe kau perlu tenangkan diri. Sorry weyh aku kacau kau." Kata Aiman meminta diri lalu mengatur langkah untuk pulang ke rumah. "Sebenarnya aku anak angkat." Ayriel mula bersuara. Aiman membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah lalu duduk bersebelahan Ayriel, menghadap tasik. "Sebenarnya, aku datang sini bukan saja-saja. Aku datang sini bersebab. Aku rindukan parents aku. 17 tahun dulu, hidup aku mula berubah." Ayriel memulakan cerita. Aiman mendiamkan diri. Sekadar menjadi seorang pendengar yang baik, juga seorang sahabat. "Masa aku 5 tahun, parents aku meninggal, kemalangan jalan raya. Ada satu hari tu, mak cik aku jaga aku sebab parents aku kerja outstation. Dia jawab satu panggilan, tiba-tiba handphone dia terhempas ke lantai. Aku masih ingat lagi. Air mata dia jatuh berderai-derai. Aku diam je masa tu. Aku tak tahu nak buat apa. Mak Cik aku dukung aku. dia peluk aku erat-erat. Aku masih diam. Masa tu aku kecik lagi, tak tahu apa-apa. Aku pun menangis sekali sebab aku takut. Lepas tu, Mak cik aku keluar rumah. Dia tinggalkan aku. Abang saudara aku yang jaga aku." "Dua hari lepas tu, baru Mak Cik aku bawak aku pergi hospital. Mak Cik aku bawak aku lawat parents aku. Diorang koma masa aku lawat diorang. Muka diorang calar-balar. Aku tanya Mak Cik aku, kenapa mama dengan papa ada dekat sini? Mak Cik aku diam jer. Aku nak menangis masa tu jugak. Tapi entah kenapa aku tak menangis. Aku kejut mama aku, Aiman. Aku panggil mama aku. Dia diam. Aku cakap, mama bangunlah, hari dah siang. Takkan mama tidur lagi kan. Mama tak nak jumpa adik ke.. Mama aku still diam. Aku pergi kat katil papa aku pulak. Sama. Dua-dua kaku. Masa tu aku ingat diorang merajuk dengan aku, sebab aku ada pecahkan pasu mama aku hari tu. Aku suruh Mak Cik aku pujuk tapi dia diam jer. Dia menangis. Dia dukung aku, dia kucup dahi aku. Aku peluk Mak Cik aku. Aku rindu mama dengan papa aku. Masa tu dah 5 hari aku tak jumpa diorang. Mak cik aku tak bagitahu aku yang masa tu….. sebenarnya harapan untuk parents aku hidup sangat-sangat tipis. Dia diam je, Aiman. Aku nak kata Mak Cik aku kejam, salah jugak. Kalau dia bagitahu aku pun, aku bukannya faham masa tu kan. Malam tu aku balik rumah, abang saudara aku bawa aku balik. Mak Cik aku duduk dekat hospital. Malam tu aku tak boleh tidur, aku asyik teringatkan parents aku. Aku menangis. Abang saudara aku pujuk aku, aku tetap menangis. Sampai esok hari, aku melawat mak aku lagi."
"Bila aku sampai, aku tengok selimut kat wad tu, dah tutup muka mama aku, papa aku. Aku marah doctor kat situ. Kenapa tak bagi mama ngan papa aku bernafas. Aku tak faham masa tu. Mak Cik aku dakap aku erat-erat, tak bagi aku tengok mama dengan papa aku. Aku meraung-raung. Lepas tu…aku tak tahu apa jadi. Aku tak ingat.Huh…" Jelas Ayriel. Satu keluhan berat kedengaran.Tasik di hadapannya direnung. Dia melontar seketul batu. Air berkocak. Namun sedikit pun tidak dapat menenangkan hatinya. Matanya mula berkaca. Setitis air mata jatuh mengalir di pipi. Cepat-cepat dia menyeka air matanya.
Tanpa Ayriel sedari ada juga air mata yang mengalir selain darinya. "Lah, Aiman! Ko pun nanges gak ke? Aku ingat aku sorang jer perangai cam pompuan. Haha!" Ayriel kembali ceria walaupun dengan tangisan yang masih berbaki. "Aku …aku teringatkan mama aku." Aiman bersuara. "Dah lah, yang pergi tetap pergi Man. Itu yang Mak Cik aku selalu cakap. Sekarang ni dia jadi ibu angkat aku. Dia yang bawak aku pergi Singapore., tinggal dekat sana. Aku datang sini sebab, nak ziarah kubur arwah mama ngan papa aku. Tapi aku nak duduk sini lama sikit.Sebab rindu. Dh lama aku tinggalkan tempat ni." Jelas Ayriel. "Kau nak tahu tak, ibu aku cerita kan, papa kau, arwah papa aku kawan baik. Diorang kawan rapat sejak kecik lagi." Tambahnya lagi. Dia tersengih. "Aku pernah pergi tempat ni, papa aku pernah bawak aku. Tapi aku ingat sikit-sikit je lah tempat ni. Masa tu aku kecik lagi kan." Jelas Ayriel.
"Sebenarnya, aku datang sini, ada lagi satu sebab." Kata Ayriel kepada Aiman. Air matanya menitis lagi. Aiman mendiamkan diri, ingin menegetahui perkara selanjutnya. "Sebab kakak kau, Aliya." Jelas Ayriel. Aiman kelihatan agak terkejut dengan pengakuan Ayriel. "Masa aku nak berangkat ke Singapore dekat airport, aku nampak korang. Masa dekat balai perlepasan, aku nampak Aliya menangis. Kuat. Macam, dia tak bagi aku pergi Singapore. Aku tahu memang susah nak percaya. Huh, bodoh kan?" Kata Ayriel sambil tersengih, teringat kisah lama.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Chowey sbb tersengaja lmbt wat sambungan...hehe jgn marah :p
Nyways thanks kpd sumer yg sudi bacer citer nieyh!