Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sedap..sedaaaaap sangat. Em, sedapnye kalau dapat makan nasi ayam malam-malam buta nii.." Jawab Aiman berseloroh. Ayriel mencebikkan mukanya. "Erm, Aliya tidur dulu ek. Dah nak pukul 3 dah ni. Selamat malam." Kata Aliya meminta diri. "Yer lah ek. Tak sedar dah pukul 3." Kata Ayriel. Aliya berlalu ke biliknya. "Selamat malam je ke? Sayang-sayang tak ada? Cakap la I’ll miss you ker." Rungut Ayriel di dalam hatinya.
"Kau Aiman, bila nak tidur?" Soal Ayriel kepada Aiman. "Ek eleh, kerek pulak dia. OOoo.. Aliya dah tidur baru kau ingat nak tidur ye. Kalau tak, 3 hari 3 malam 3 pagi 3 petang kau nak menghadap muka dia ye!" Balas Aiman. "Boleh juga!" Kata Ayriel. "Eleh." Balas Aiman. "K lah, aku tidur dulu ye!" Kata Ayriel kepada Aiman.
Di dalam bilik Aliya....
"Esok…esok.." Bebel Aliya seorang diri di dalam biliknya. Dia masih beum melelapkan matanya. "Apa aku nak buat esok?" Tanya Aliya pada dirinya. Dia membayangkan apa yang akan terjadi esok. Di dalam fikirannya hanya tersirat satu rancangan besar untuk mengenakan Ayriel. Setelah lama berfikir, dia tersenyum puas. "Jaga kau Ayriel. Tunggulah esok!"
Aliya terlelap dalam keterujaannya ingin mengenakan Ayriel esok hari.
"Er, Aliya. Macam mana kalau Ayriel nak buat Aliya jadi isteri Ayriel. Alah, bukannya susah pun. Nanti, Aliya duduk rumah, jaga makan minum Ayriel. Pagi-pagi buat sarapan, gosok baju. Bukannya susah sangat kan? Hah, kalau ada rezeki, kita dapat anak. Baby mesti muka dia macam Aliya. Cute, lemah – lembut, sopan. Tak pun macam muka Ayriel. Pastu badan dia sasa macam Ayriel. Hehe." Kata Ayriel kepada Aliya semasa mereka berjumpa di Starucks Café. "Ek eleh Mamat Poyo ni. Ingat aku ni kuli dia ke hape? Kalau nak suruh aku duduk rumah jaga dia, baik hire orang gaji je. Isy, menyampah aku! Dah ada awek, nak menggatal dengan aku lagi. Aku repot kat awek kau, mati kau frust menonggeng!!" Bebel Aliya dalam hati. "Aliya." Ayriel memanggil Aliya dalam nada yang manja. "Aliya benci Ayriel! Dah larr perasan hensem. Muka macam taik kambing!!! Suka mainkan perasaan orang! Playboy! Kalau Aliya tahu Ayriel macam ni, dah lama Aliya halau Ayriel dari rumah Aliya tau!! Huh, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!!" Akhirnya dendam Aliya diluahkan juga kepada Ayriel. Orang ramai memerhatikan mereka berdua. Wajah Ayriel sudah kemerahan. "Kau jangan malukan aku dekat sini! Engkau ingat kau tu lawa sangat ke? Aku pun tak hingin la ngan kau ni.. Setakat perempuan macam kau, petik jari 20 datang tau!! And for your information, hidung aku mancung tau tak??" Balas Ayriel. Dengan penuh amarah Aliya menampar pipi Ayriel sekuat hatinya. Ayriel keberangan. Kini Ayriel pula yang menampar Aliya.
Pap!!
"Woi Mak Nenek. Bangun laah.. Dah pukul berapa dah ni." Bebel Aiman mengejut kakaknya sambil menampar perlahan pipi kakaknya. "Baru pukul 3 pagi laaa.." Jawab Aliya sambil mencari-cari selimut yang ditarik Aiman. "Ooo...3 pagi yer?" Bisik hati Aiman sambil tersenyum lebar. Aiman menarik bantal Aliya pula. "Nah, ambik kau 3 pagi!" Kata Aiman sambil memukul kakaknya dengan bantal. "Nek, dah pukul 9 pagi dah nek. Nenek ni tak reti tengok jam ke? Tak pergi sekolah ke hape??" Balas Aiman sambil tergelak kecil. "Aku peduli apa, pukul 9 ke 12 ke 15 ke??" Jawab Aliya. "Ya Allah, mamai lagi budak ni." Bebel Aiman seorang diri. Aiman menarik hidung Aliya. "Ouch! Apa ni? Hormat lah sikit, orang nak tidur arr." Rungut Aliya. "Wahai kakakku yang tak seberapa disayangi dan sedikit dibenci serta ape-ape lah! Bangun laah!!" Aiman menjerit sekuat hati. Mata Aliya masih tertutup rapat. "Ko ni memang nak cabar keimanan aku yer!" Getus hati Aiman. Aiman ke bilik air membasuh mukanya. "Hensem aku ni. Ahaks!" Aiman memuji dirinya sendiri semasa menghadap cermin. "Eh, aku ni dah terpesong niat ni. Hehe.." Bebel Aiman seorang diri. Dia kemudian mengangkat baldi di dalam bilik air lalu menadah air. "Jaga kau!" Bisik hati Aiman sambil tersenym meleret.
Aiman keluar dari bilik air dengan satu baldi penuh berisi air. "1..2..3.." Aiman membuat kiraan. "Banguuuuunnn!!" Teriak Aiman sambil menyiram kakaknya yang sedang tidur di dalam selimut. "Hahaha…" Aiman ketawa kerana terlalu seronok mengenakan kakaknya. "Hoi." Tiba-tiba kedengaran suatu suara menyapanya dari belakang. "Jangan! Aku menyerah!! Aku janji tak buat lagi. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun" Aiman merapu seorang diri. "Kau ni buat apa?" Soal Aliya kehairanan dalam nada yang ‘blurr’. Aiman menyelak selimut kakaknya. "Lah, bantal rupanya." Kata Aiman. Kemudian dia menoleh ke belakang. "Lerr, aku ingat jembalang mana yang tegur aku tadi. Nasiib baik. Fuuh.." Keluh Aiman. "Ni yang kau gi siram katil aku apahal? Cadar tu baru jer ganti tau tak? Kau nak berkebun ke kat katil aku?" Marah Aliya kepada adiknya. "Mana lah aku tau cik adik masin oii. Tadi kau tak nak bangun, aku ambik larr air nak siram ko. Tengok-tengok kau dah bangun. Isk..Sia-sia jer usaha aku nak membangunkan negara nieyh.." Jelas Aiman kepada kakaknya. "Ewah..ewaah.. Tak payah nak susah-susah. Aku reti bangun sendiri. Kau pergi tandas tadi aku dah tahu kau nak buat apa. Baik aku bangun dulu sebelum kene mandi! Haha." Balas Aliya diiringi dengan ketawa. "Hah, gelak lah. Gelak lagi. Satu hari nanti, kena betul-betul, padan muka!" Ejek Aiman. "Amiiin.." Balas Aliya, sengaja ingin menyakitkan hati adiknya.
"Kau tak nak bersiap ke?" Soal Aiman kepada Aliya. "Buat apa nak bersiap pulak?" Balas Aliya. "Larr, kakak aku ni memang dah sah mak nenek lah. Nenek, hari ni Nek ada date dengan Tok Ayriel. Nenek dah nyanyuk ke nek? Gigi ada lagi, nak suruh Cu tolong patahkan ke Nek??" Jelas Aiman panjang lebar. "Hehe, tak apa Cu. Nenek nak pergi mandi lah ni. Yang Cu dok menyemak dekat bilik nenek ni kenapa? Cu nak skodeng nenek mandi ke? Nenek tahu lah nenek ni seksi. Wei, Go to your room!" Marah Aliya sambil membaling bantalnya ke Aiman. Aiman lari lintang pukang keluar dari bilik Aliya. Takut jika benda lain pula akan dibaling kakaknya nanti. "Nenek dah pandai speaking yer! Sejak bila nenek pergi sekolah? Haha.." Balas Aiman lalu dia ketawa, sengaja ingin mengenakan kakaknya.
"Mandi." Kata Aliya kepada dirinya. Dalam perjalanannya ke bilik mandi, dia terpandang sekilas akan botol minyak wanginya, yang dulu diguna semasa dia tidak sempat mandi pabila Ayriel bertandang ke rumahnya pada minggu lepas. Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir jatuh ke pipinya. "Kenapa.. kenapa kali pertama aku jatuh cinta, aku dilukai. Huh..Ok Aliya, relax." Aliya memujuk dirinya sendiri. Air matanya dikesat. Perjalanannya ke bilik air untuk mandi diteruskan.
"Kakak kau mana?" Soal Ayriel kepada Aiman semasa Aiman baru sahaja sampai di meja makan untuk menjamah sarapan pagi. "Whoa, kau ni nak dating ke nak merisik? Ke kau nak kahwin terus? Pakaian punya lah, gila vogue! Kalau aku perempuan dah lama aku buat kau jadi laki!" Puji Aiman. "Kau ni gay ke?" Soal Ayriel kepada Aiman. "Ha’ah" Jawab Aiman sambil menganggukkan kepalanya., serius. Ayriel memandang Aiman tanpa berkelip, tidak percaya akan apa yang didengarinya sebentar tadi. "Hoi, kau ni aku gurau pun tak boleh. Aku mana ada gay. Tapi aku sukakan kakak aku." Jelas Aiman. Kali ini Ayriel bertambah terkejut. Roti yang dipegangnya jatuh ke atas lantai. Aiman ketawa terbahak-bahak. "Kau ni kalau aku cakap aku mandi kat loji pun kau percaya agaknya." Kata Aiman dengan ketawa yang masih berbaki. "Kau ni! Buat terperanjat aku jer. Lain kali, jangan gurau macam tu. Mau aku kena sakit jantung." Tegur Ayriel.
"Aku tanya tadi, kakak kau mana?" Ayriel mengulangi soalannya. "Owh, dia tengah siap lah. Kau ni tak sabar sangat. Aku tak dapat bayangkan lah macam mana korang kahwin nanti. Bila malam pertama..." Kata Aiman. "Hoi! Kau ni dah terlajak mana ni?" Ayriel segera memotong percakapan Aiman. Sekeping roti juga disumbat ke dalam mulut Aiman. "Mmmmmm...!!" Aiman cuba bersuara. "Hah? Apa dia?? Tak dengar. Cakap lah kuat sikit." Aiyriel sengaja mengenakan Aiman. Aiman meluahkan roti yang disumbat ke mulutnya. "Kau ni, janganlah kejam sangat. Aku tak habis cakap lagi. Ni aku nak cakap, nanti malam pertama mestilah korang tidur satu bilik." Jelas Aiman lalu menghirup air teh. "Hoi!!" Sergah Ayriel sambil tangannya menepuk belakang Aiman. Aiman tersembur air teh yang belum sempat diteguknya. "Ko ni janganlah cakap bukan-bukan. Aku dengar pun malu tahu tak??" Marah Ayriel kepada Aiman. "Eh, betul apa yang aku cakap. Takkan orang dah kahwin tidur bilik asing-asing? Aku cakap benda yang betul jer. Kau yang fikir bukan-bukan." Jawab Aiman sambil tersengih. "Apa-apa lah kau ni." Balas Ayriel, mengalah.
Sedang mereka rancak berbual, mereka terdiam seketika. Tatkala itu Aliya turun ke bawah lalu ke meja makan untuk menjamah sarapan pagi. Dua pasang anak mata tertumpu pada Aliya.
"Korang nih dah buang tabiat ke?" Tegur Aliya setelah dia menyedari dia sedang diperhatikan. Belum sempat Ayriel bersuara Aiman sudah pun membuka mulut. "Kau tu yang buang tabiat. Orang nak berjalan-jalan, kau pakai baju kurung kenapa? Memang lerr pelik. Sorang pakai macam nak kahwin, sorang pakai macam nak beraya." Kata Aiman lalu dia ketawa terbahak-bahak. Wajah Aliya berubah murung. "Aliya, Aliya cantik. Pedulikan Aiman ni." Pujuk Ayriel. Aliya kembali terseyum. Dia mengambil tempat di sebelah Aiman lalu menjamah makanan.
tanpa nama: normal kalo kita suka n jatuh cinta walau baru kenal org tuh... sebb setiap org dh disediakn pasangnnya... cuma cepat atau lambat je... kite x tahu.. cuma leh usaha cari
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite ni cm de prsamaan ngn hidup sy..normal ke klu kite br je knl org tu tp da ske kt die n jatuh cinta..tak terlalu cpt ke??