Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana di kantin seperti biasa akan riuh rendah apabila tibanya waktu rehat. Para pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Ada juga yang hanya melepak-lepak, dan ada juga yang setakat mahu berjumpa dengan rakan-rakan yang bukan satu kelas. Pada masa inilah para pelajar dikatakan bebas memilih aktiviti masing-masing setelah beberapa jam asyik belajar di dalam kelas tadi. Dan tidak lupa juga bagi pelajar yang berpasangan, inilah peluang mereka untuk berjumpa dengan pasangan kekasih masing-masing tetapi kelakukan mereka masih lagi dipantau oleh para pengawas yang bertugas di setiap sudut sekolah mereka.
"Hai Jetman," sapa Blue kepada ketua pengawas yang baru saja menegur salah seorang pelajar yang mungkin melakukan kesalahan.
"Blue... wah! Aku tengok kau ni makin hari makin berseri-seri. Kau dah dapat kekasih kau balik ke?" tanya Jetman atau nama sebenarnya Yusrizal.
"Haram... wei, kau ada nampak Roswell?"
"Err... bukan ke Roswell tu kat Mexico?"
Blue menepuk dahinya. Baru dia teringat, di sekolahnya itu hanya dia seorang saja panggil Ashraf dengan nama Roswell ataupun makhluk asing dari Roswell. Dan tidak sangka pula memang Ashraf berasal dari sana.
"Siapa yang cakap?" entah kenapa dia rasa bengang bila orang masih menganggap Roswell adalah Gay. Pernah ke Roswell mencabul mana-mana lelaki dalam sekolah ini? Sesedap rasa tomyam Mak Leha saja diorang cakap anak orang Gay.
"Rilek la Blue... aku gurau saja. Kau carik Ashraf ye, aku rasa aku nampak dia tengah tidur kat bawah pondok bawah pokok besar tu..."
"Oh ya ke? Hisy budak ni asyik tidur je. Kata nak jumpa aku kat sekolah masa rehat tapi dia pula menghilangkan diri," belum lagi Jetman habis bercakap, Blue sudah berlalu pergi mencari Roswell. Dari jauh dia ternampak kelibat Ashraf yang termenung jauh. Pelik juga. Sejak pulang dari bandar, dia dapat lihat perubahan yang ketara dari Ashraf. Orangnya tidak seceria dulu walaupun dia sering jadi mangsa buli Ashraf.
"Hey! Di sini rupanya kau. Kau tahu aku puas cari kau satu sekolah ni. Kau kata nak jumpa aku tapi kau pula yang hilang," kata Blue melepaskan kemarahan yang dia sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana hatinya boleh jadi panas. Nasib baik belum terbakar lagi.
Ashraf hanya senyap.
"Kau ni pulak kenapa? Macam ada masalah je aku tengok."
"Tak de apalah."
"Habis tu kenapa kau nak jumpa aku?"
"Sebab aku rindu," jawabnya spontan. "Eh, bukan! Aku ada masalah sikit," dia menarik nafas panjang. Dari raut wajahnya, dia dapat melihat anak lelaki itu sedang bergelut dengan masalah. "Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Puas aku fikir, jadi, aku nak minta pendapat kau."
"Kata tadi tak de masalah," dia menjeling tajam. Macam-macam si Roswell ni tapi bila Roswell buat muka serius macam ni nampak comel je. Err... comel? Oh no! Aku dah tak normal. Makhluk asing mana comel tapi mengerikan! "Cakap jelah apa masalah kau? Kalau aku boleh tolong memang aku tolong tapi setakat tolong tengok jelah."
"Macam ni, aku ada kenal seorang ni. Dia ni pinjam barang aku tapi sampai sekarang dia tak pulangkan barang yang dia pinjam tu. Aku ni dahlah anak yatim. Mak ayah tak de. Harap kakak je 10 orang tapi semuanya nak buli aku. Suruh aku buat itulah, inilah. Kalau tak buat merajuk pulak. Aku ingat kalau dah berkawan dengan orang lain bolehlah aku hidup normal tapi budak ni pulak buli aku. Pinjam barang aku tak nak pulangkan. Aku bukannya apa, walaupun barang tu taklah semahal mana tapi barang tu begitu berharga. Mama aku yang hadiahkan. Kau tahu tak aku memang sensitif kalau ada orang ambil barang yang mama aku hadiahkan pada aku. Dahlah aku tak pernah jumpa mama, lepas tu diorang ni kejam pula nak ambik barang aku," dengan penuh emosi Ashraf meluahkan segala masalah yang terbuku dihati kepada Blue.
"Laa... aku ingatkan masalah negara rupanya masalah planet kau," Blue hanya menggeleng.
"Masalah jugak tu. Benda berharga tu."
"Yelah tu. Kau mintak la balik. Habis cerita. Yang kau nak fikir masalah ni macam masalah negara nak buat apa. Buat penat otak kau je memikir. Siapa budak tu? Aku kenal ke?"
"Adalah."
"Dia pinjam barang apa?"
"Baju sejuk," pantas Ashraf berkata dan kemudian tersengih-sengih.
"Tak guna punya Roswell!!" hendak saja dia mengambil batu besar dan menghempap kepala lelaki itu. Roswell di hadapannya ketawa tanpa henti. Dapat juga dia kenakan Blue. Berapa hari tidak dapat berjumpa dengan Blue, hidupnya jadi tunggang langgang. Semuanya serba tidak kena.
"Hah, dah tahu tu bila nak pulangkan barang aku? Jangan sampai aku tampal notis kat setiap penjuru sekolah ni sudah."
"Aku tahulah! Esok aku hantar baju tu kat kau. Masa tu aku nak bagi tapi kau tak de pulak. Pastu tiba-tiba je muncul balik."
Ashraf hanya tersenyum.
"Kau tak nak tanya ke, ke mana aku pergi?" tanya Ashraf.
"Kalau kau nak bagi tahu apa salahnya," jawabnya ringkas. Memang dia ingin bertanyakan soalan itu kepada Ashraf tapi bila difikir balik, kalau dia tanya pun tak semestinya Ashraf akan menjawab dengan jujur. Selamanya segala pertanyaannya di jawab dengan nada acuh tak acuh dan akhir sekali dia terkena balik.
"Actually..."
"Hai," tiba-tiba Natasya yang datang entah dari mana menyapa mereka berdua. Serentak dengan itu, Ashraf yang pada mulanya ingin berterus terang dengan Blue terus hilang idea untuk berbicara apabila ada orang ketiga datang mengacau.
“Hai Natasya," Blue tersenyum manis padahal dalam hatinya rasa macam hendak pinjam bom dari pengganas dan letupkan Natasya di situ juga.
“Kenapa dia tak terus je jumpa aku. Kenapa aku pulak kena jumpa dengan dia?" Blue menarik nafas lemah. Entah apa pula masalah Hafiz ni. Pantang dia hendak bersenang lenang sikit mesti ada saja gangguan yang diterimanya.
“Entah. Aku hanya sampaikan pesan je," Natasya menangkat bahu.
Blue memandang Ashraf di hadapannya. Lelaki itu masih tenang seperti biasa. Dia mahu mendengar cerita Ashraf tapi dalam masa yang sama dia terpaksa berjumpa dengan Hafiz. Beberapa hari kebelakangan ini keadaan Hafiz juga tidak terurus. Tiada lagi Hafiz yang kemas dan berdisplin seperti dulu. Hafiz kini sudah pandai tidur dalam kelas dan datang sekolah dengan baju yang tidak bergosok dengan rambut seperti rambut bangun tidur dan kadang-kadang tu macam samseng juga ada. Kesian pula dia melihat keadaan Hafiz sekarang.
Oleh kerana tidak mahu melihat keadaan Hafiz begitu, dia sebagai kawan sentiasa menjadi teman Hafiz meluahkan perasaan dan sedikit sebanyak menasihatkan Hafiz.
“Pergilah. Aku rasa mesti ada sesuatu yang penting tu," akhirnya Ashraf bersuara. Dia juga tidak mahu membuat Blue rasa berbelah bagi lagipun Hafiz memang penting buat Blue.
“Betul ke?"
Ashraf mengangguk. Walaupun sukar dia hendak melepaskannya pergi tapi dia cinta tidak boleh dipaksa. Kalau lagi dia memaksa, semua orang akan merana. Adalah lebih baik dia membenarkan Blue memilih cintanya sendiri walaupun agak mustahil Blue akan memilihnya.
“Okey, aku pergi dulu," Blue berkata sebelum berlalu melangkah meninggalkan Ashraf dengan Natasya. Ashraf hanya dapat memandangnya dari jauh.
“Mereka memang pasangan yang secocok," ujar Natasya memecah kesunyian di antara mereka berdua. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk Blue. Akhirnya dapat juga dia duduk berdua-duaan bersama dengan Ashraf, putera idamannya itu. “Err… kau menghilang ke mana selama ni?"
“Natasya," Ashraf menarik nafas panjang sambil memandang tepat wajah gadis di hadapannya itu. “Kau tahu tak, kadang-kala cinta tu tak boleh nak dipaksa," Ashraf memulakan bicara.
“Ya. Aku tahu. Sebab itulah aku aku putuskan hubungan dengan Hafiz… sebab aku tak mahu jadi orang ketiga. Selama aku couple dengan Hafiz, aku tak gembira bila dia asyik sebut pasal Blue, dan jelas sekali yang dia sukakan Blue," terang Natasya. “Jadi aku fikir, tak guna aku nak halang hubungan mereka ini. Kau pun tahukan yang Blue sukakan Hafiz sampai dia sanggup malukan dirinya depan orang ramai untuk memikat Hafiz. Kalau aku, memang aku tak ada keberanian sepertinya," tambahnya lagi.
“Kita bukan bercakap tentang Blue ataupun Hafiz," balas Ashraf.
“Err… habis tu pasal apa?"
“Aku tahu, Hafiz tak panggil Blue tadi. Kau yang buat cerita supaya Blue pergi dari sini," ujar Ashraf lagi.
“Memang Hafiz yang suruh aku cari Blue. Dia nak jumpa Blue. Katanya ada hal penting. Bila aku tanya hal apa dia tak nak jawab."
“Mengikut logiklah, kalau Hafiz nak berjumpa dengan Blue, dia akan cari Blue sendiri atau kalau dia tak ada tenaga nak berjalan jumpa Blue, dia akan suruh kawan-kawannya carikan Blue tapi bukan suruh seseorang bekas kekasihnya mencari bekas kekasih. Jadi, sebab itulah aku berani kata kau tipu Blue."
“Kalau benar aku tipu, kenapa kau tak halang Blue tadi?" tanya Natasya kembali sambil tersenyum sinis dan Ashraf membalas senyuman tersebut.
“Sebab aku fikir, mereka berdua patut berbincang. Kakak aku kata, dalam dunia ini kita tak perlu tamak sebab apabila kita tamak, kita akan kehilangan segalanya. Biar mereka berdua berbincang dan biar juga mereka membuat keputusan mereka sendiri," jawab Ashraf tenang. “Kau tahu tak? Kenapa aku pernah beritahu semua orang aku tak sukakan perempuan?"
Natasya hanya mengangkat bahu.
“Sebab aku takut berjumpa perempuan seperti kau," jawab Ashraf tanpa berselindung lagi. Serta-merta air muka Natasya berubah.
“Perempuan seperti aku?"
“Ya. Perempuan yang inginkan kesempurnaan. Aku hidup dengan 10 orang kakak yang banyak kerenah dan banyak pengalaman. Dan setiap satu dari mereka pasti akan menasihati aku tentang hal percintaan. Walaupun setiap pendapat dari mereka adalah berbeza tapi mereka menekankan satu saja ‘Elakkan dari menjalinkan hubungan dengan perempuan yang inginkan kesempurnaan.’ Pada mulanya memang aku tak faham tapi bila sudah alami barulah aku faham."
“Apa maksud kau?"
“Masa di Kuala Lumpur, masa tu semua orang kenal aku, pewaris Hotel The Prince. Ke mana saja aku pergi pasti ada saja yang kenal aku. Semua nak berkawan dengan aku tapi peliknya bila aku di campak ke sini, tiada sesiapa pun yang kenal aku dan tiada sesiapa yang mahu dekati aku. Perempuan pula, mula-mula bila tengok muka handsome mesti tergedik-gedik tapi bila aku buat jadi samseng semua dah tak pandang aku. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi kalau di sana, sejahat mana akupun, mesti ada yang ingin dekati aku. Di sini aku telah buat satu kesimpulan, apa yang kakak aku kata, semuanya betul. Orang ramai mendekati aku sebab mereka tahu siapa aku. Begitu juga dengan kau, nampaknya kau dah tahu tentang aku," terang Ashraf panjang lebar.
“Kau tak boleh nak buat andaian begitu. Aku tak tahu pun status kau dan kalau aku tahu pun aku tak kisah sebab aku juga dikelilingi kawan yang berstatus. Anak kerabat diraja pun ada. Aku bukannya mata duitan," Natasya cuba mempertahankan dirinya.
“Aku tak kata kau mata duitan tapi kau ingin kesempurnaan. Masa kau tak kenal siapa aku, target kau adalah Hafiz sebab Hafiz memiliki segalanya. Di kampung ni dia dikatakan hero dan bila kau dah tahu, barulah kau putuskan hubungan dengan Hafiz dan buat cerita yang kononnya kau tak mahu melihat Blue dan Hafiz merana. Memang tindakkan kau tu baik tapi dalam masa yang sama kau ada alasan lain," ulas Ashraf sambil berlalu bangun dari duduknya. “Aku cuma nak beritahu, kau mungkin boleh perbodohkan Blue tapi bukan aku," tambahnya lagi dan berlalu meninggalkan Natasya yang masih terpinga-pinga di situ.
Blue dengan perlahan menghampiri Hafiz yang sedang berdiri di beranda tingkat satu bangunan yang baru dibina 2 tahun yang lalu. Dia melihat Hafiz dari bawah hinggalah hujung rambut.
“Hafiz?" tanyanya hairan.
“Hey Blue," sapa Hafiz.
Dengan perlahan dia melihat Blue tersenyum keriangan. Barangkali tidak percaya perubahan yang ditunjukkan hari tu.
“Hey, macam mana kau boleh jadi Hafiz... dulu?" tanya Blue lagi langsung tidak percaya melihat pakai Hafiz sudah kemas seperti biasa. Malah rambut Hafiz pula sudah bersikat kemas, tidak seperti beberapa hari ini… macam baru bangun tidur saja. “Anyway, aku gembira kau dah kembali normal seperti biasa."
“Semuanya sebab kau. Kalau tak kerana nasihat kau tak mungkin aku akan berubah seperti biasa. Betul juga cakap kau, cinta tu kadang-kadang buat kita jadi bodoh. Jadi, aku tak mahu bodohkan diri aku. Aku ada matlamat aku sendiri. Aku juga mahu berjaya seperti orang lain so, aku dah kembali seperti Hafiz dulu."
“Tahniah!" dia tersenyum gembira apabila mendengar Hafiz cakap bersemangat begitu.
“Maaflah sebab menyusahkan kau beberapa hari ni. Masa tu memang aku buntu. Aku kesal atas apa yang berlaku dan aku fikir hanya itu saja caranya untuk menebus segala kesalahan aku."
“Nak menebus kesalahan bukannya dengan cara begitu, Hafiz. Itu bukannya cara untuk tebus kesalahan. Ada cara-cara lain, contohnya, belanja aku makan?"
Serentak dengan itu mereka berdua ketawa keriangan. Alhamdulillah, akhirnya Hafiz kembali seperti biasa.
“Contoh lain?" tanya Hafiz lagi.
“Emm… jap, aku hanya fikir makan je sebab perut aku dah lapar ni. Lepas aku kenyang nanti aku beritahu."
“Bagaimana kalau kita couple semula?" tanya Hafiz memandangnya dengan wajah yang serius. “Aku serius. Beberapa hari ni aku dah berfikir dan baru aku perasan bahawa kaulah orang yang paling memahami aku."
“Tapi kau pernah kata…."
“Perasaan aku pada Natasya hanyalah nafsu tapi cinta aku pada kau adalah satu. Please Blue, aku tahu kau sukakan aku."
“Hafiz… aku…," dia hilang kata-kata. Pada masa itu dia terbayangkan wajah Roswell yang sedang tersenyum memandangnya.
“Remember, kau juga dah menang."
“Menang?"
“Pikat aku semula," ujar Hafiz. “Jadi, aku rasa kau dah tiada alasan lagi untuk terima aku kembali."
“Err… hah, ada! Aku janji dengan Dahlila dan Sakinah yang aku akan pikat kau dalam masa 100 hari. Lepas 100 hari barulah aku beritahu ye," dia cuba memberi alasan.
“Aku tahu, Dahlila ada beritahu aku. Aku dah kira, hanya tinggal seminggu lagi…"
“Seminggu? Tinggal seminggu?!"
Hafiz mengangguk.
“Aku beri kau masa dalam seminggu ini untuk berfikir."
“Err… okey," dia cuba tersenyum tapi entah kenapa dia rasa sukar hendak mengukir senyuman seperti selalu.
Lonceng menandakan waktu balik sudah lama berbunyi, namun Blue masih lagi tidak berganjak dari bangku kantin. Baru tadi dia dapat menjamah makanan setelah waktu rehat habis dengan begitu saja. Baru sesudu dua dia menjamah nasi, perutnya terasa kenyang terus di tolak tepi nasi goreng yang dibelinya itu.
Pelajar sesi petang sudahpun memulakan pelajaran di kelas masing-masing manakala pelajar sesi pagi tadi sudahpun beransur pulang ke rumah. Keadaan kantin kembali sunyi. Dari jauh kedengaran suara guru-guru mengajar, suara pelajar-pelajar sesi petang memekak-mekak dalam kelas sementara menunggu guru mereka datang dan ada juga yang sempat tidur.
Dia segera mencapai beg sekolahnya dan memulakan perjalanan pulang. Risau pula kalau ibunya cari apatah lagi dia tidak memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang lewat. Lagipun awan mula kelihatan mendung. Mungkin sekejap lagi hujan akan turun. Lebih baik dia pulang segera sebelum hujan turun.
“Oppss sorry," ucapnya apabila dia terlanggar seseorang yang baru sahaja keluar dari bilik pejabat yang terletak tidak jauh dari pintu masuk.
“It’s okey," jawab wanita itu sambil mengambil kertas-kertas yang berselerakkan di atas lantai. Blue turut menolong wanita itu mengambil beberapa kertas yang dari ditiup angin.
“Surat Berhenti Sekolah?" dia terpandang tulisan pada kertas tersebut. “Ashraf Danish… Ashraf Danish?" ulangnya lagi. Dia kemudiannya memandang wanita di hadapannya itu. Anak matanya warna hijau juga, sama seperti Ashraf.
“Kamu kenal Boy?" tanya wanita itu mengukirkan senyuman. “Emm… mata biru, kamu ni mesti Blue kan?"
“Err… ya. Akak ni?"
“Azmira Najwa. Panggil saja Kak Mira, kakak Boy. Boy selalu cerita tentang kamu tau, akhirnya dapat juga jumpa Blue," mereka bersalaman.
“Err… tapi ini…," dia menghulurkan kertas tersebut kepada Kak Mira.
“Oh, Boy akan menetap di New York lepas ni. Jadi, akak datang nak selesaikan segala urusannya di sekolah ni."
“New York? Pergi New York?"
“Emm…," wanita itu mengangguk. “Boy tak beritahu ke?"
Blue hanya sekadar berpaling. New York? Roswell pergi New York? Menetap di sana? Ini bermakna….
“Kak," sapa Ashraf menghampiri Kak Mira tapi tanpa di sangka, Blue berada di situ. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. “Blue… hey, kau tak balik lagi?"
“Err… aku ada hal tadi. Sekarang nak baliklah ni."
“Nak hujan ni, biar aku hantar kau balik."
“Tak apa, aku ada payung. Jadi, aku pergi dulu," tanpa sempat Ashraf berkata, Blue sudah berlari meninggalkan mereka berdua.
“Peliklah…."
“Emm… pelik juga. Selepas je akak beritahu Boy nak ke New York, terus mukanya sedih macam tu."
“Kak Mira beritahu Blue apa?"
“Kamu nak ke New York," ujar Kak Mira. Serentak dengan itu, wajah Ashraf berubah. “Ek… Blue memang tak tahu ke?"
“Kak!"
“Manalah akak tahu tapi kalau tak beritahu pun, lambat laun Blue mesti…," belum sempat dia menghabiskan ayatnya Ashraf mengangkat seribu kaki berlari cuba mengejar Blue. Tapi bila sampai di hadapan pintu pagar, bayang Blue langsung tidak kelihatan.
Dalam pada saat itu, Blue yang sudah berlari sepenuh hati, berhenti di hadapan di persimpangan jalan. Dia tidak dapat mengawal perasaan sebaknya itu lalu mengalirkan air mata buat pertama kali.
Tapi air matanya tak menerima arahannya. Air mata suci yang langsung tidak diundang itu mengalir deras di pipinya. Dia sendiri tidak dapat mengawalnya dan tidak mengerti kenapa dia menangis hanya kerana Roswell mahu ke luar negara?
Tidak! Aku hanya fobia. Fobia bila seseorang akan berangkat keluar negara. Aku teringat tragedi yang menimpa mama dan papa yang meninggal dunia semasa di luar negara. Mama kata mama akan pulang dan papa kata, papa akan beli banyak mainan bila pulang nanti tapi… mereka tak pulang… mama dan papa tak pulang…
Air matanya terus mengalir…
Tapi bagaimana kalau Roswell tak pulang-pulang juga?
Dia terus menangis...
Hujan mula turun dengan lebatnya. Ashraf masih berdiri di hadapan pintu pagar utama. Dia langsung tak terdaya hendak mengejar Blue walaupun dia mahu sampaikan sesuatu bahawa…
I used to call you my girl I used to call you my friend I used to call you the love The love that I never had When I think of you I don't know what to do When will I see you again I miss you like crazy Even More than words can say I miss you like crazy Every minute of every day Girl I'm so down when your love's not around I miss you, miss you, miss you I miss you like crazy You are all that I want You are all that I need Can't you see how I feel Can't you see that my pain's so real When I think of you I don't know what to do When will I see you again
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TO ALL READER C99H: NANTIKAN CHAPTER TERAKHIR SELEPAS INI. ENDINGNYA SIMPLE JE, DAN SY HARAP IA DAPAT MEMUASKAN HATI ANDA YANG MENANTI DENGAN PENUH SABAR.
x sabr nk tgu ending dia.. best giler cta nie.. smoga blue memilih pilhn yg btul iaitu roswell.... si mata hijau bersama dengan mata biru.. so anak mata kuning.. hahaha
bestnyer citer ney!!!! sday lak da nk abeh!! tp xnk r sad ending...nk eppy ending!! blue must choose roswell!!chemisty has there!! ble auther nk wt novel??sy gerenti beli pnyer!!chayo!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xmo sad ending.......
plis...plis....
kn bagus klu blue dgn roswell...