BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Julai 24, 2008
Novel : Cinta 99 Hari 18
Ratubulan
ratu.bulan.antasya@gmail.com

"Wah!!! Pucuk Paku Ulam Raja, Sambal Tumis Cili Api, Lemak Rebung, Ikan masak pedas… wah!! Dah lama tak makan lauk-lauk yang sedap ni," Ashraf hanya sekadar menggeleng dengan telatah Kak Aliya yang seperti tidak pernah makan lauk-lauk yang dihidangkan oleh Puan Hamidah, ibu Blue.

Blue pula sejak dari tadi hanya mampu tersenyum. Memang dia sedikit pelik dengan perangai gadis yang dikenali sebagai Kak Aliya. Ashraf pula di lihat seperti tidak tahan dengan perangai kakaknya itu. Betullah kata Kak Linda, setiap seorang kakak Ashraf mempunyai perangai yang berbeza. Itu baru tiga orang dari kakak-kakak Asraf yang pernah dijumpanya. Patutlah Ashraf ni berperangai pelik. Sama pelik dengan Kak Aliya.

"Ala lauk-lauk ni saja yang kami dapat sediakan. Ingatkan Ashraf datang seorang, kalau tidak, mak cik masak lebih-lebih," Puan Hamidah berkata sambil menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi kepada Asraf.

"Dah lama saya tak makan lauk macam ni terutama sekali hasil dari tangan seorang ibu," dengan selorohnya Kak Aliya berkata. "Wah! Bertuahnya datang ke sini hari ni, dapat makan masakan seorang ibu."

"Aliya tak de ibu?" tanya Puan Hamidah lagi.

"Mama dah meninggal dunia. Dah lama dah. Agaknya adalah dalam 16 tahun. Sejak tu kami hanya makan masakan kedai saja sampai dah muak," terang Kak Aliya.

"Ooo," Puan Hamidah mengangguk faham. Tidak hairanlah Ashraf tinggal seorang diri di pondok yang telah lama di tinggalkan. Dia juga ada terdengar yang pondok buruk itu adalah kepunyaan Pak Latif yang berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut anaknya berpuluh tahun yang lalu. Masa tu dia kecil lagi, wajah Pak Latif pun dia sudah lupa dan tiba-tiba beberapa tahun yang lalu datang beberapa orang memasukkan barang-barang ke dalam pondok buruk itu. Tapi kini sudah tak nampak seperti pondok buruk.

Seringkali orang kampung ternampak Ashraf membaiki pondok tersebut supaya boleh diduduki. Bumbung-bumbung yang bocor telah diganti dengan bumbung baru hasil dari kerja menolong Ah Peng jual ikan di pasar. Orang ramai memang pelik dengan kedatangan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah tapi tinggal seorang diri di hujung kampung.

Puan Hamidah pula tidak berminat hendak ambil tahu tentang budak misteri itu memandangkan dia tidak membuat kacau di kampung mereka walaupun ramai yang tidak menyukainya.

Dan akhirnya pada hari Sabtu malam, ketika sedang pening kepala dengan kehilangan Blue di Kuala Lumpur, datang lelaki ini membawa Blue pulang. Ashraf ketika itu datang bersama dengan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai kakaknya, Kak Linda. Seorang doktor pakar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Adik terjumpa dengan Roswell tu kat tengah-tengah Kuala Lumpur. Dia yang tolong orang masa adik sesat tu. Nasib baiklah adik terjumpa Roswell, itupun adik kena buli jugak dengannya tapi nasib baiklah adik ni pentingkan diri kalau tak dah lama adik cari jalan sendiri. Kalau cari jalan sendiri gerenti sesat lagi, huh," terang anak perempuannya sebaik sahaja mereka hantarnya pulang.

"Siapa namanya? Ros?"

"Roswell. Tu nama samaran dia sebab dia tu mahkluk asing dari planet mana tah. Tapi nama sebenarnya Ashraf Danish. Dia la budak yang duduk seorang diri tiada mak bapak kat hujung kampung tu."

"Oh. Eh, ibu ada banyak dengar benda-benda yang tak baik pasal dia. Dia ada apa-apakan kamu ke?"

"Kalaulah dia apa-apakan adik dah lama adik bunuh diri kat Kuala Lumpur tu. Sekarang ni adik dah balik dengan selamat. Lagipun kami bukannya berdualah ibu, kakaknya kan ada tadi."

"Hah… cara adik cakap macam ada apa-apa je dengan dia tu. Nanti kita ajak dia makan malam bersama ye. Nak ucapkan tanda terima kasih sebab jaga adik. Nampaknya dia tu ada ciri-ciri menantu idaman ibu."

Blue menarik nafas lemah. Menantu idaman ibu?! Huh, dulu Hafiz pun ibu cakap begitu. Kini, datang seorang lagi lelaki, ibu cakap begitu lagi. Habislah kalau ibu dah cakap macam tu.

Ayahnya pula cakap…

"Tadi ayah ada hulurkan sebatang rokok pada Asraf tapi dia menolak," bisik Tuan Rahman kepada anak tunggalnya itu.

"Ala, depan ayah memanglah dia buat baik. Sekarang ni lelaki mana ada yang tak merokok. Mustahillah."

"Yelah, tapi bila ayah merokok dia pulak terbatuk-batuk. Itu namanya dia tak tahan dengan asap rokok dan kesimpulannya dia tak pernah hisap rokok," tambah ayahnya lagi yang memang pandai membuat andaian. "Hah, dengar tu dia dah terbatuk-batuk. Jadi, bagi air kosong ni kat Asraf. Ayah dah jampi sikit."

Ayah pun sama macam ibu….

"Nah," ujar Blue sambil menghulur air kosong kepada Ashraf yang sedang duduk di kerusi luar setelah berbual dengan ayahnya tadi. Dari luar dia terdengar gelak ketawa Kak Aliya dengan ibunya yang berbual kosong. Entah apa yang mereka bualkan dia sendiri tidak tahu.

Ashraf pula hanya sekadar menggeleng. Kak Aliya memang seorang yang mesra alam. Bila jumpa saja orang walaupun orang tu adalah penumpang bas yang duduk di sebelahnya, dia akan berbual dengan penumpang di sebelahnya seolah-olah mereka sudah lama berkenalan. Malah kebanyakkan kawan-kawannya terdiri dari orang-orang yang disapanya di tengah jalan.

Memang pada mulanya dia tidak mahu membawa Kak Aliya ke rumah Blue tapi memandangkan Kak Aliya ni jenis yang mudah berkawan, dia mengajak Kak Aliya sekali. Itupun setelah Kak Aliya merengek menyuruhnya masak makanan kampung.

"Boy…," laung Kak Aliya dengan manja. "Masaklah, akak lapar ni."

"Bukan ke akak baru bedal burger 3 bijik tadi?"

"Itu tadi, ini untuk malam ni."

"Adui, orang penatlah. Lagipun Kak Mira dah pesan jangan makan malam. Nanti dapat banyak penyakit."

"Ah, Kak Mira tu saja nak takutkan Boy. Dia takut Boy jadi gemuk tu yang dia kata macam tu. Boy… bolehlah. Akak nak makan masakan kampung."

"Kalau macam tu Kak Aliya ikut orang pergi makan kat rumah orang lain malam ni," serta merta dia teringatkan jemputan dari Blue. Kalaulah Kak Aliya tak merengek hendak makan makanan kampung pasti Blue datang menyerangnya esok kerana tidak datang ke rumahnya.

"Hah?! Rumah siapa? Siapa buat kenduri? Ada masakan kampung tak?" pantas dan bersinar mata Kak Aliya bila bertanyakan soalan yang bertubi-tubi.

Dan seperti jangkaannya, membawa Kak Aliya memang tidak rugi cuma banyak rahsianya terbongkar.

"Kau tahu tak, pagi tadi Natasya jumpa aku dan beritahu yang dia dengan Hafiz dah putus. Natasya yang minta putus. Dan aku fikir, rancangan kita dah hampir berjaya sebab tadi Hafiz ada mesej aku, dia kata nak jumpa aku. So, apa pendapat kau?" tanya Blue tiba-tiba memecah kesunyian malam. Pelik pula dia melihat Asraf pada malam itu, senyap semacam saja. Selalunya kalau berjumpa memang tak sah kalau tak bergaduh. Tapi kali ini, lelaki di hadapannya itu hanya senyap. Malu ke?

Ashraf masih senyap. Angguk pun tak, geleng pun tak.

"Roswell!!"

Ashraf mengangkat muka.

"Apa?" tanya Ashraf acuh tak acuh.

"Aku tanya pendapat kau ni, kau dengar tak?"

"Dengarlah."

"Habis tu kenapa tak jawab?"

"Sebab aku tengah berfikirlah. Hisy, kenapalah perempuan ni suka menyusahkan orang? Aku cuma tak faham kenapa Hafiz nak jumpa dengan kau selepas Natasya putuskan hubungan dengan dia."

"Mestilah nak kembali pada aku," Blue tersengih-sengih.

"Hah, inilah perempuan. Asyik ingat yang bahagia saja. Aku rasa lebih baik jangan jumpa Hafiz."

"Kenapa pula?"

"Aku kata jangan jumpa, jangan jumpalah. Dari kau jumpa dengan Hafiz lebih baik kau dating dengan aku esok."

"Dah mulalah tu loyar buruk dia. Aku tak kira, aku nak jumpa juga Hafiz. Mungkin dia dah tersedar yang dia sebenarnya sukakan aku."

"Lantak kaulah. Yang penting aku dah larang tapi kau tak mahu dengar."


Seperti yang dijanjikan Blue mendayung basikalnya ke tepi pantai yang menjadi tempat lepaknya bersama Hafiz pada hujung minggu. Awal-awal pagi lagi Blue sudah bangun pagi memilih pakaian yang sesuai dan akhirnya dia hanya memakai seluar jeans bersama t-shirt hitam.

Setibanya dia ke tempat yang dijanjikan, kelihatan Hafiz sudah sampai dahulu. Selepas menyandarkan basikalnya di sebuah pohon pokok, Blue berlalu menghampiri Hafiz.

"Hai Hafiz," sapanya mesra.

Hafiz senyap. Wajahnya langsung tidak menampakkan tanda-tanda ingin berbual.

"Kenapa?"

"Seronoklah kau sekarang, bukan?"

"Hah?" Blue mengedut dahi. Entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan nada suara Hafiz. Bunyinya macam marah saja. "Apa maksud kau."

"Rancangan kau yang nak musnahkan hubungan aku dengan Natasya sudah berjaya. Dan sekarang, Natasya dah mintak putus dan kami tiada apa-apa hubungan sekarang ni. Semuanya adalah rancangan kau yang telah berjaya. Tahniah!" nada Hafiz seolah-olah seperti menyindirnya. "Aku tak sangka kau sekejam ni Blue. Aku layan kau dengan baik selama ini dan kadang-kala aku terpaksa bertengkar dengan Natasya demi pertahankan diri kau tapi aku tak sangka, ini yang kau balas pada aku."

"Aku…."

"Buat pengetahuan kau, cerita yang aku terima cabaran dari kawan-kawan aku supaya pikat kau memang tak wujud. Aku reka cerita tu supaya aku ada alasan untuk putuskan hubungan dengan kau. Dan cerita yang sebenarnya, selama aku couple dengan kau dulu, aku rasa hubungan kita hanyalah setakat kawan. Aku tak rasa yang hubungan kita masa tu seperti sepasang kekasih tapi bila aku bersama dengan Natasya, aku dapat satu perasaan yang aku tak pernah alami bila bersama dengan kau. Itulah sebabnya aku nak putuskan hubungan dengan kau.

"Tapi kalau aku beritahu kau pasal apa yang aku rasa ni mesti kau tidak akan berpuas hati. Aku tahu, mesti kau tak puas hati dan sebab itulah aku reka cerita yang aku terima cabaran dari kawan-kawan aku untuk pikat kau tapi semua tu hanyalah rekaan cerita aku untuk bersama dengan Natasya. Tapi, aku tak tahu pula rekaan cerita aku ni membuatkan kau hilang pertimbangan dengan beritahu pada semua orang dan berikrar hendak pikat aku semula selain memusnahkan hubungan kami.dan akhirnya kau berjaya juga."

"Ya. Memang aku tahu hubungan kau dengan Natasya dah putus tapi kau tak boleh tuduh aku yang musnahkan hubungan korang. Lagipun Natasya yang minta putus."

"Dia takkan minta putus kalau kau tak memaksanya!" tengking Hafiz membuatkan Blue tersentap. Dia langsung tidak pernah melihat Hafiz semarah itu. "Natasya serba salah dalam hal ni. Dia fikir, dia orang ketiga diantara kita jadi, dia nak tarik diri. Dia tak mahu lihat kita bertiga bergaduh jadi…."

"Oh, jadi dia ingin korbankan diri dia demi hubungan kitalah ni, kononya," pantas Blue mengolah. "Hafiz, tolonglah jangan jadi bodoh. Natasya tu seorang yang susah dijangka dan suka memutar belit kenyataan."

"Jangan hina Natasya."

"Aku tak hina dia."

"Tapi kau tetap mengata Natasya yang bukan-bukan. Kau tahu tak, Natasya adalah perempuan yang paling sempurna yang pernah aku jumpa."

"Sempurna sampai dia sanggup tinggalkan aku seorang diri masa di Kuala Lumpur hari tu?"

"Itu sebab kau terlalu bodoh!"

Blue terdiam seketika. Sukar dia hendak percaya Hafiz boleh mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Dan tanpa di sedari air matanya jatuh berlinangan walaupun dia berusaha untuk menahannya.

"Ya. Aku terlalu bodoh. Aku terlalu bodoh sebab cintakan kau padahal selama ini hanya aku bertepuk sebelah tangan. Aku juga terlalu bodoh sebab percayakan kata-kata kau sehingga aku terperangkap dalam permainan aku sendiri. Aku juga terlalu bodoh sebab mengikut Natasya masa di Kuala Lumpur tu sehinggakan aku terperangkap dan ditinggalkan seorang diri di sana. Dan kebodohan aku yang paling besar adalah datang berjumpa dengan kau pada hari ini walaupun Roswell melarang aku pergi berjumpa dengan kau. Dan kesimpulannya, aku memang bodoh!"

*****************

Ashraf menutup semua pintu dan tingkap apabila hujan lebat mula turun sejak petang tadi. Setelah mendapati semua tingkap dan pintu di tutup rapat, Ashraf berlalu menghampiri Kak Aliya yang terpaksa menutup lattop disebabkan kilat yang menyambar di luar berserta guruh yang kuat. Tampak sedikit kehampaan pada raut wajah kakaknya itu. Mana tidaknya, waktu-waktu idea banyak di kepala, terpaksa tunda mengarang.

"Kak, orang nak tanya sikit," Ashraf mula berbicara sebaik sahaja duduk di sebelah Kak Aliya. "Akak mengarang ni, Kak Maria tak marah ke?"

"Ah, ingatkan nak tanya pasal apa rupanya tanpa pasal benda ni," dia ketawa kelucuan. "Kak Maria nak marah? Kenapa pula? Kak Maria lagi suka dengan orang yang berusaha tau. Kalau boleh dia mahu semua adik-adiknya ada kerjaya sendiri. Macam Kak Linda seorang doktor, Kak Tiqa seorang photographer, Kak Mira seorang pereka fesyen, Kak Nadia pula emm… dah lama tak dengar cerita tentang Kak Nadia… tak tahu dia jadi apa. Dia tu terlampau aktif sangat. Kali terakhir akak jumpa Kak Nadia masa di korea. Dia baru saja buka kelab Teak Wan Do di sana."

"Huh, Kak Nadia dengan negara Korea memang tak boleh dipisahkan," kata Ashraf yang hanya menggeleng.

"Dah memang dia lahir di sana, nak buat macam mana lagi."

"Mama pun satu, suka sangat lahirkan anak-anak dia kat negara orang. Korealah, Jepunlah, New Zealand la, London la… New York la sampai anak-anak dia tak tahu nak balik ke tanah air."

"Dan jangan lupa… Roswell…," Kak Aliya berkata menyebabkan dia ketawa kelucuan. "Tapi, macam mana Blue tu panggil Boy Roswell? Dia tahu ke yang Boy ni lahir di sana?"

Ashraf hanya mengangkat bahu.

"Rasanya tak de orang pun yang tahu pasal orang lahir kat sana."

"Habis tu?"

"Entahlah. Dia asyik cakap yang orang ni makhluk asing dari Roswell sebab mata orang warna hijau," terang Ashraf. Kak Aliya mengangguk faham.

"Sama macam mama."

"Ha?"

"Masa Boy belum lahir lagi, mama memang nak melahirkan Boy kat Roswell. Dia kata, dalam banyak-banyak tempat yang mama pernah pergi, mama tak pernah pergi ke Roswell. Dan akak ingat lagi, mama usup perut mama dan panggil kamu ‘Hey, Roswell’," ujarnya.

"Sama macam Blue panggil," ujar Ashraf entah tiba-tiba menahan sebak. "Kalaulah orang tak de, mungkin mama masih hidup lagi"

"Tapi, kalau Boy tak de, mungkin kami tak merasa kehadiran adik lelaki. Walaupun mama meninggal sebaik sahaja melahirkan Boy tapi hidup kami seolah-olah lagi penuh bermakna. Lagipun keputusan untuk melahirkan Boy adalah keputusan mama sendiri walaupun mama tahu ianya akan meragut nyawa mama. Mama pernah beritahu kepada kami semua, walaupun mama tak dapat mendukung Boy tapi mama gembira sebab dapat lahirkan Boy."

Ashraf mengesat air matanya yang mengalir. Dia memang selalu tersentuh apabila kakak-kakaknya bercerita tentang arwah mamanya yang meninggal dunia akibat pendarahan selepas melahirkannya.

"Laa… akak cerita sikit dia dah menangis, apalah Boy ni sensitif sangat. Macam ni ke nak pikat perempuan?"

"Mana ada. Mata orang masuk habuk la."

"Masuk habuk konon. Hey, teknik tipu tu dah lapuk la," dia mencubit pipi adiknya itu.

"Sakitlah."

Sebentar kemudian mereka berdua diganggu apabila handset Kak Aliya berbunyi. Kak Aliya segera menjawabnya.

"Waalaikumsalam mak cik, kenapa?" tanya Kak Aliya. "Hah? Boy? Ada kat sebelah saya ni, kenapa?"

Asraf mengedut dahi bila namanya di sebut.

"Blue? Tak de. Dia tak de ke sini pun hari ni lagipun hari ni Boy mana ada keluar rumah. Sengaja saya kurung dia dalam rumah. Kenapa mak cik tanya?... Hah? Blue tak balik rumah?"

Mereka berdua berpandangan.

"Blue tak balik rumah lagi," beritahu Kak Aliya lagi sebaik sahaja talian di tamatkan. "Boy tahu dia pergi mana?"

"Manalah orang tahu. Orang ada jugak ajak dia pergi dating tapi dia kata…."

"Dia kata apa?"

Kedengaran keluhan lemah dari Asraf.

"Dia pergi juga," keluhnya. "Kak pinjam telefon," mintanya. Kak Aliya memberinya tanpa banyak soal dan Asraf berlalu bangun dari duduknya. "Dan pinjam kunci kereta sekali."

"Boy nak pergi mana?" tanya Kak Aliya sebaik sahaja melihat adik bongsunya itu berlalu membuka pintu. "Sekarang ni kan hujan. Nanti Boy demam pula."

"Sekejap je."

"Boy!"

************

"… saya on the way ke pantai, nak tengok Blue ada ke tak. Pak cik tunggu sajalah berita dari saya nanti," ujar Ashraf mencampak handsetnya ke tepi sebelum membuat pusingan maut di selekoh kecil. Dia seakan tidak perduli keselamatan dirinya selain memikirkan keselamatan Blue.

Setibanya dia di pantai, Asraf segera memberhentikan keretanya dan keluar mencari Blue di sekitar pantai yang mengganas dengan ombak yang besar. Hujan masih lagi turun dengan lebat namun, ianya tidak mematahkan semangat Ashraf untuk mencari Blue.

Setelah penat berlari ke sana sini sambil melaung nama Blue namun, kelibat Blue langsung tidak kelihatan. Ashraf kemudiannya kembali ke keretanya. Keadaan pantai begitu sunyi. Kedai-kedai makan yang berhampiri pula sudah tutup awal. Mungkin kerana tiada rezeki bila hari hujan begini.

"Hisy, mana budak ni pergi ni," keluhnya sambil masuk ke dalam perut keretanya. Enjin kereta di hidupkan semula. Lampu kereta di pasangnya dan kemudiannya dia terlihat satu kelibat seseorang di gerai makan Mak Leha.

Blue yang duduk menongkat dahunya hanya boleh berharap ada seseorang menemuinya di gerai Mak Leha dan seseorang itu adalah orang yang boleh dipercayai. Dia menyesal sesangat kerana tidak membawa handset apabila keluar tadi. Kalaulah dia membawa handset mungkin dia boleh memaklumkan kepada ibu dan ayahnya yang terperangkap dalam hujan lebat. Mesti ibu dan ayahnya risau gila sekarang ini.

Dalam kesamaran malam dan ditambah dengan hujan yang lebat, dia terlihat terdapat satu kereta bergerak menuju ke gerai tersebut. Dalam takut-takut dia cuba memberanikan diri untuk mengintai orang di dalamnya tapi pandangannya agak kabur.

"Hai, budak ni… dia boleh lagi duduk kat situ?" Ashraf mengeluh lagi. Akhirnya dia terpaksa keluar dari keretanya. "Hoi, kau nak balik ke tak nak?"

"Ah, rupanya kau," Blue menarik nafas lega. Ingatkan pembunuh bersiri mana tadi. "Macam mana kau tahu aku ada kat sini?!" tanya Blue separuh menjerit.

"Boleh tak kau masuk dulu, kau tak kesian ke kat aku ni yang kena… haaachummm," Ashraf tidak dapat menahan dirinya dari terbersin.

Mendengar saja Asraf bersin, Blue segera meredah keluar sebelum masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Ashraf. Sebaik sahaja dia menutup pintu kereta, Ashraf masuk semula ke dalam kereta. Pintu keretanya tertutup rapat dan membuka lampu di dalam dan Blue yang duduk di Ashraf boleh lihat dengan jelas keadaan Ashraf yang basah kuyup di sebelah.

"Nah," Ashraf menghulurkan baju sejuknya yang tersimpan di tempat duduk belakang kepada Blue.

"Pakai, nanti kau demam pula."

"Tapi, kau tak pakai ke?"

"Aku dah basah kuyup kalau aku pakai pun gerenti demam juga," ujar Ashraf kembali menutup lampu di dalam keretanya. Tanpa banyak cakap Blue segera memakai baju sejuk tersebut. Melihat Blue mendengar kata, Asraf memulakan perjalanan.

"Mana kau tahu aku kat sini?"

"Laa… kau kan cakap nak pergi dating dengan Hafiz, kalau budak-budak kat sini cakap nak pergi dating memang tak de tempat lain punya mesti kat pantai ni," jawab Ashraf.

"Yelah tapi macam mana kau tahu aku terperangkap dalam hujan?"

"Ibu kau telefon Kak Aliya tanya pasal kau," beritahu Ashraf. "Kenapa kau tak balik rumah? Mana Hafiz? Dia tak hantar kau?"

Blue hanya sekadar menggeleng dan menunduk sayu.

"Sorry. Aku patut dengar cakap kau."

"Bukan aku yang kau patut minta maaf tapi kat ibu dan ayah kau. Kau tahu tak diorang berdua tu risaukan kau."

"Aku tahu dan aku tak tahu hujan turun dengan lebat."

"Takkan kau keluar rumah dari pagi kau tak tahu petang tu hujan akan turun?"

Blue mengeluh lemah.

"Okey, kau boleh marah aku sebab pergi jumpa Hafiz. Aku tak tahu benda ni akan terjadi. Lagipun aku terlupa nak bawa handset."

"Takkan kat sana tak de public phone? Takkan semua public phone tak berfungsi."

"Aku tak ingat," akhirnya Blue mengakui kesilapannya. Dia boleh mengambil alternative lain dengan menelefon rumahnya. Ah, kenapalah dia tidak boleh berfikir tadi? "Ni semua Hafiz punya pasal kalau bukan dia…."

"Jangan salahkan orang lain Blue. Jangan nak melarikan diri dari kesilapan. Pasal kau bergaduh dengan Hafiz, memang tiada kena mengena dengan kelalaian kau. Masa di kau sesat di Kuala Lumpur pun bukan sebab Natasya kenakan kau tapi kau terlalu lalai dengan keadaan sekeliling sampai tak perasan diri kau telah ditipu."

"Yes! Memang aku ni selalu di tipu orang sebab aku ni memang bodoh! Memang betul cakap Hafiz, aku memang bodoh! Sekarang dah puas hati, aku ni memang bodoh?!"

Asraf memberhentikan keretanya di perkarangan rumah Blue. Blue pula tidak perasan bahawa dia sudah sampai ke rumahnya. Kelihatan ibu dan ayahnya sudah berdiri di luar.

"Terima kasih," ucap Blue.

"Blue," panggil Ashraf. "Walaupun Hafiz cakap kau ni bodoh tapi bagi aku kau tetap the best."

Blue tiba-tiba tersenyum kelucuan.

"Thanks Roswell," dia berlalu keluar dari perut kereta Asraf dan berlari anak masuk ke rumahnya. Asraf hanya sekadar melambai ke arah ayah Blue sebelum berlalu memandu pulang ke rumahnya.
posted by BLOGGER @ 6:18 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 25/7/08 12:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...
    smbg ler lg...
    bile endingnye ni?lmbt lg ke?

     

  • At 25/7/08 10:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bongok punyer hafiz!!!!
    bodo tol mamay sekor nie!!!

     

  • At 25/7/08 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler..upload r bnyk2..mmg xsbr nk bce lg..klw buat novel msti laku

     

  • At 25/7/08 12:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r.....
    xsbr nk tggu endingnyer???
    benci r hafiz 2...bodoh tol r?
    smbg r cpt cket ek!!!!

     

  • At 25/7/08 3:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Makin Bbbbbbbeeesssssstttttt...
    ari2 baca ni pon x jemu tau..
    x sabar nak tgok endingnyer..
    msti best kan..
    harap2 blue ngn roswell...
    best....

     

  • At 3/8/08 2:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    weh,,,
    lwk tol aku bce komen korg ni
    emo btul...
    hahaha
    pape pon aku ngaku aku pon t'trik bce cter nih.....

     

  • At 18/11/13 11:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    benci hafiz.bngang sial. takde otak. natasya dah mcm pompuan murahan. aaahhhh !

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group