BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Julai 22, 2008
Novel : Cinta 99 Hari 16
Ratubulan
ratu.bulan.antasya@gmail.com

16: PRINCE CHARMING

"Hisy, tak puas hati betullah dengan Natasya tu. Boleh pulak dia disahkan demam panas. Lepas tu 3 hari berturut-turut tak datang sekolah pulak tu. Hebat betul teknik yang dia pakai sampai doktor bagi dia cuti berehat seminggu. Seminggu! Korang bayangkanlah seminggu dia dapat cuti sakit. Padahal dia tu demam biasa saja. Entah-entah doktor yang bagi dia surat cuti sakit tu doktor haiwan. Hah, hanya doktor haiwan saja yang akan bagi cuti sakit kat perempuan gila talak tu," Dahlila dan Sakinah hanya mampu mendengar rungutan maut dari Blue yang dari pagi-pagi tadi sehinggalah mereka balik sekolah, Blue tak habis-habis merungut pasal Natasya yang dilaporkan demam panas.

Mana tak bengangnya minah sorang tu, baik-baik susun strategi hendak malukan Natasya depan perhimpunan, si Natasya pula di timpa musibah. Walaupun ramai yang tahu itu adalah alasan Natasya untuk lari dari memberi ucapan perhimpunan tapi ianya memang tak dapat diterima oleh Blue. Habis mengamuk Blue beberapa hari ni sampai cikgu pun dia marahnya dan diakhir cerita, Blue terpaksa mengalah dengan keputusan pengetua yang kesian pula dengan Natasya.

"Bab Natasya sakit tu memang betul. Dan begitu juga dengan doktor telah bagi dia cuti sakit selama seminggu tapi sedikit pembetulan di situ… bukan doktor haiwan tapi doktor manusia. Dan aku rasa si Natasya tu taklah gila nak suruh doktor haiwan sign surat cuti sakit dia. Hanya kau saja yang pernah bawa surat cuti dari doktor haiwan," balas Dahlila dengan nada menyindir.
Blue terdiam seketika. Barangkali berfikir sesuatu.

"Hah, jangan nak buat tak ingat. Baru saja tahun lepas kau datang kelas selepas 3 hari kau tak datang bawa surat cuti. Kalau kau bawa surat cuti dari doktor yang merawat manusia seperti kitorang ni tak pelah tapi kau bawa surat cuti sakit dari doktor haiwan. Doktor haiwan kau tahu tak? Habis satu hari kau kena gelak satu sekolah," Sakinah mencelah mengingatkan lawak semulajadi Blue tahun lepas.

"Betullah apa yang aku buat tu. Kucing aku sakit sebab nak beranak. Aku serba salah nak tinggalkan kucing aku tu. Bila aku keluar saja dari bilik stor tu, si Kuning ikut aku sedangkan dia nak beranak tu. Sampai aku nak pergi sekolah pun dia nak ikut aku suruh aku temankan dia beranak. Sebab tulah aku minta surat cuti sakit kat doktor haiwan. Aku tak boleh pergi ke mana-mana selagi si Kuning tu tak melahirkan anak, kau tahu tak. Aku nak pergi jamban pun susah sebab si Kuning ikut aku," terang Blue kembali teringat bagaimana dia menemani kucing kesayangannya beranak.

Dahlila dan Sakinah hanya menggeleng.

"Kau tahu tak, aku rasa Mr. Bean pun tak pernah kemukakan surat cuti sakit dari doktor haiwan kat sekolah."

"Memanglah sebab Mr. Bean tak pernah pergi sekolah," jawab Blue selamba.

"Mana kau tau?"

"Kalau dia pergi sekolah tak delah dia buat lawak bodoh hari-hari," jawab Blue lagi.

"Huh, orang yang pergi sekolah pun selalu buat lawak bodoh," sindir Sakinah menjeling Blue yang masih lagi berlagak selamba. "Blue, Hafizlah."

Blue dari jauh melemparkan senyuman manis kepada Hafiz yang berdiri di hadapan pintu pagar. Gayanya seperti mahu berjumpa dengan seseorang. Tak mungkin Hafiz ingin berjumpa dengan Natasya kerana Natasya masih lagi tidak hadir sekolah. Mungkin hendak berjumpa dengannya. Tapi bagaimana pula kalau Hafiz hendak berjumpa dengannya sebab Natasya?

Huh, kalau dia sebut pasal Natasya depan aku, kenalah dengan buku teks aku ni,’ detis hati Blue sambil bersiap sedia dengan buku teks di tangannya.

Blue kemudiannya menjeling memandang Dahlila dan Sakinah masih lagi berdiri di sebelahnya, manakala Hafiz mula mengorak langkah ke arah mereka.

"Okey, okey… kalau dah hero datang menghampiri heroin, kita yang sebagai watak sampingan ini terpaksalah berkata ‘okey, kami tak mahu mengganggu korang berdua berpacaran, jadi kami pergi dululah," ujar Sakinah yang mengerti maksud dari jerlingan maut Blue.

"Nanti jap, kau kata hero dan heroin… sejak bila pula pengarah cerita ni bagi watak heroin pada Blue hah?" tanya Dahlila.

"Ala heroin untuk beberapa minit saja, kau ni macam tak faham-faham pulak."

"Kalau korang tak nak merasa buku teks setebal ni melayang kat muka korang yang cun tu, baik korang pergi dari sini," Blue mula bersuara. Pening betul dengan kawan-kawannya yang sudah terpengaruh dengan drama-drama di televisyen.

Dahlila dan Sakinah hanya tersengih-sengih dan mula mengorak langkah.

"Kenapa tu?" tanya Hafiz kepadanya.

"Oh, tak de apa. So, kau tengah tunggu siapa ni? Aku rasa Natasya masih bercuti lagi kat atas katil tu."

"Natasya tiada kat sini. Dia pergi ke rumah sepupunya kat Kuala Lumpur untuk beberapa hari ini," jawab Hafiz.

"Oh, tak sangka ye, orang sakit pun boleh pergi bercuti kat rumah sepupu. Kuala Lumpur pula tu."

"Mak cik sebelah ayah dia baru saja dapat baby, so, dia pergi melawat walaupun demam-demam lagi."

Blue hanya menjeling tajam. Buku teks di tangannya di pegang dengan kuat. Tunggu masa saja lagi untuk dia hayun tangannya ke muka Hafiz.

"Dan kau nak jumpa…."

"Aku nak jumpa kau," pantas Hafiz berkata.

"Sebab apa?" Blue berlagak selamba. "Oh, biar aku teka, kau nak pujuk aku supaya maafkan apa yang Natasya telah buat terhadap aku. Maaflah, walaupun aku mati kena langgar sekali pun, aku takkan maafkan Natasya tau. Kau tahu tak, dia memang sengaja tinggalkan aku kat K.L tu seorang diri. Nasib baiklah aku terjum…," serta-merta Blue menekup mulutnya.

"Terjumpa siapa?"

"Terjumpa seorang kakak yang budiman hantar aku balik," cover Blue baik punya. Huh, nasib baiklah dia tidak terlepas cakap yang dia terjumpa Roswell di Kuala Lumpur, kalau tidak, mahu Hafiz soalnya macam-macam. Yelah, Hafiz bukannya suka sangat dengan si Roswell tu. Entah apa yang dimusuhkan oleh mereka dia sendiri pun tidak faham.

"Oh," Hafiz mengangguk faham. Dia juga ada dimaklumkan tentang itu. Nasib baiklah ada orang yang baik hati menghantar Blue pulang. "Actually, aku nak jumpa kau bukan nak cakap pasal Tasya."

Anak mata Blue membesar. Terkejut. Kalau bukan nak cakap pasal Natasya, nak cakap pasal apa lagi? Pasal hubungan mereka berdua ke?

Mereka berlalu ke sebuah bangku yang kosong berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Suasana di pintu pagar hadapan agak lengang, mungkin ramai pelajar sekolah telahpun pulang ke rumah masing-masing.

"Kalau bukan pasal Natasya, pasal apa pula?" tanya Blue mula berlagak selamba. Mungkin Hafiz hendak minta maaf sebab menolaknya dan mungkin juga Hafiz ingin kembali kepadanya semula. Hatinya mula bersorak gembira namun, dia masih lagi berlagak selamba.
"Tentang Ashraf Danish."

"Roswell?!" terkejut beruk dia bila Hafiz ingin bercakap tentang Asraf Danish, si makhluk asing dari Roswell itu. "Kenapa pula dengan makhluk asing tu?"

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari budak tu. Aku tak suka," ujar Hafiz berterus-terang kepadanya. Pandangan Hafiz serius.

"Okey, aku memang tak de apa-apa hubungan dengan Roswell tu dan aku sebenarnya tak kisah pun kewujudan dia kat muka bumi ni tapi aku nak tanya kau satu soalan, kau cemburu?" ujar Blue bertanya dengan tenang walaupun hatinya sudah bersorak keriangan.

Hafiz cemburu! Jadi, ada peluanglah untuk dia memikat Hafiz semula!

Hafiz menggeleng.

"Ini bukan sebab aku cemburu tapi sebab aku masih anggap kau sebagai kawan. Aku tak mahu tengok kawan aku merana disebabkan lelaki yang tak berguna tu."

Blue terdiam. Lelaki yang tak berguna?! Huh, sesedap coklat je Hafiz cakap Roswell lelaki yang tak berguna. Dengan nada yang keras pula tu. Apa yang dah Roswell buat sampai Hafiz boleh cakap macam tu? Setahunya, Roswell memanglah terkenal dengan perangai agresif dia di sekolah. Sering kali ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah tapi Hafiz tak boleh menuduh Roswell lelaki yang tak berguna.

Kalau Roswell lelaki yang tak berguna, Roswell takkan tolong dia semasa dia tersesat di Kuala Lumpur walaupun lelaki itu seringkali mengeluh tapi dalam keluhan dia tetap menolong.
"Okey, aku tak tahu kenapa aku rasa terkejut dan marah bila kau cakap Roswell tu lelaki yang tak berguna tapi walauapapun kau tak patut mengata dia macam tu. Kau bukannya kenal sangat dengan Roswell dan apa bukti dia tu tak berguna?"

"Ini hal lelaki."

"Yup. Ini hal orang lelaki tapi hal ini dah melibatkan aku juga. Bagaimana aku nak percaya cakap kau yang Roswell tu lelaki yang tak berguna kalau tiada bukti yang kukuh. Yes. Mungkin dia tu selalu langgar peraturan sekolah tapi aku pun selalu langgar peraturan sekolah, tapi itu tak bermakna aku ni tak berguna. Begitu juga dengan Roswell. Dan kalau aku tanya kau, pernah ke kau merokok kat dalam tandas? Dan jawapannya adalah ya sebab kau pernah mengaku kau merokok kat dalam tandas tapi aku tak pernah cakap kau ni lelaki yang tak berguna. Begitu juga dengan Roswell. Apa sebab kau cakap dia lelaki yang tak berguna? Dia pernah rogol perempuan ke?"

"Mungkin."

"Siapa? Bila? Di mana?" bertubi-tubi Blue bertanya.

"Aku hanya cakap mungkin."

"Yes, kau hanya cakap mungkin. Mungkin ya dan mungkin tidak. Still tiada bukti lagi tapi kau boleh cakap tanpa rasa bersalah."

"Blue," keluh Hafiz. "Okey, Asraf adalah gay. Puas hati?"

"Bukti?"

"Kau pun tahukan yang dia tu anti perempuan dan dia sendiri yang cakap dia tak suka dengan perempuan dan dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan perempuan. Semua tu dah cukup terbukti yang dia tu gay."

Blue hanya menggeleng. Memang tak dinafikan Roswell memang anti dengan perempuan. Perempuan di anggap sebagai musuh dan kalau boleh dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan perempuan. Dan Roswell cuba memikat dia pun atas desakan kawan-kawannya yang mahu dia memikat seorang perempuan (dan orang itu sepatutnya bukan Blue).

Dan ada sebab kenapa Roswell anti perempuan. Sebabnya, hanya dia seorang saja yang tahu. Kalau orang kata Roswell adalah gay dan fobia dengan perempuan ataupun pernah dilukai oleh perempuan, semua itu tidak benar. Roswell bukan Gay. Dia juga tidak fobia dengan perempuan apatah lagi pernah dilukai oleh perempuan. Malah, menurut Kak Linda, Roswell memang banyak peminat-peminat perempuan tapi satupun tidak pernah dipandang oleh Roswell.

Pada malam Kak Linda menghantarnya pulang, Kak Linda menceritakan hampir segalanya tentang adik lelakinya itu.

"Boy jarang ada kawan perempuan," ujar Kak Linda sambil memandu. Sesekali dia menjeling adiknya yang sudah terlelap di tempat duduk belakang. Mungkin lepas makan ubat tadi.

"Kenapa?" tanya Blue yang entah kenapa dia ringan mulut bertanya pada malam itu. Mungkin sebab dia ingin tahu identity Roswell yang samar-samar.

"Sebab dia satu-satunya lelaki dalam keluarga. Bayangkanlah setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan kakak-kakaknya yang setiap seorang ada kerenah masing-masing. Oleh sebab Boy lelaki dan satu-satunya adik kami, kami telah mendidiknya dengan ketat. Walaupun dia adik bongsu, kami tak manjakannya cuma ada sesetengah dari kakaknya yang selalu memanjakannya."

"Dia ada berapa orang kakak?" tanya Blue.

"9 orang," hampir tersedak Blue bila mendengar kenyataan dari Kak Linda. "Actually 10 orang tapi kakak yang sulung sudah berkeluarga masa Boy dilahirkan, dan dia tak selalu berada di Malaysia sebab ikut husband dia ke Austaralia. So, 9 orang kakak menjaganya dalam satu masa. Dari kecil hinggalah sekarang tapi sekarang kami hanya melihatnya dari jauh saja."

"Kenapa?"

"Tradisi keluarga. Actually setiap seorang dari kami akan di hantar ke mana-mana untuk hidup sendiri. Sebab dengan ini kami boleh hidup berdikari. Kami boleh belajar macam mana nak menguruskan hidup sendiri dan belajar nak buat keputusan."

"Tapi apa kena mengena dengan Ashraf yang bencikan perempuan?"

"Pembetulan. Boy tak bencikan perempuan tapi dia nak lari dari perempuan. Dia bosan. Sejak kecil hingga ke besar hidupnya asyik dikawal oleh perempuan. Dia pun pernah merungut dia asyik mendapatkan bantuan dari kakak-kakaknya yang lain sebab itulah dia mahu hidup sendiri tanpa kakak-kakak di sisi. Dan kalau boleh Boy tak mahu ada perempuan di sebelahnya sebab dia ni jenis yang suka bergantung pada orang terutama sekali perempuan. Boy mahu berdikari sendiri."

"Tapi kalau dia pergi ke perusuk mana pun, mesti ada juga kaum hawa."

"Betul. Sebab tulah Boy buat kenyataan yang dia tu anti perempuan tapi sebenarnya dia bukanlah anti perempuan dan Boy juga bukan Gay. Mungkin, buat masa ni dia tak berminat nak bercinta-cinta," terang Kak Linda. "Fahamkah ni?"

"Err… sikit-sikit."

"Boy memang pelik sikit. Biasalah kalau dah 9 orang kakak menjaga dalam satu masa. Huh, nasib baiklah Boy jadi lelaki sejati dan bukannya nyah. Yelah, dah bergaul dengan 9 orang kakak sampai ada orang cakap dia akan jadi nyah kalau dibiarkan kami menjaganya."

Blue ketawa kelucuan. Tak dapat dibayangkan Roswell menjadi nyah. Hehehe….

Blue kembali ke dunia nyatanya semula. Memandang Hafiz di hadapannya yang masih lagi menghujahkan bukti-bukti kukuh kononnya Roswell adalah Gay. Dia hanya mendengar. Malas dia mahu berbahas balik dengan Hafiz, asalkan dia seorang saja yang tahu cerita di sebalik Roswell antiperempuan.

"Kalau dia Gay pun apa masalah aku? Aku bukannya dah jatuh cinta dengan dia dan takkan jatuh cinta dengan dia pun," ujar Blue. "Sudahlah Hafiz, kalau Roswell tu gay, biarlah dia dengan dunia dia lagipun kalau dia gay, aku rasa dah selamatlah dan kau tak perlulah risaukan aku sebab dia minat lelaki cuma kau perlu risaukan diri kau sebab mungkin dia cuba tackle kau tapi tak dapat kot," tambah Blue selamba.

"Blue, aku bukan melawak."

"Okey, sorry. Tak perlu risaulah. Aku tahu jaga diri. Setakat lelaki Gay, aku boleh uruskan lagi."
"Kalau Roswell Gay aku pun tak kisah sangat tapi dia ni mat gian."

"Sudah! Mat gian pulak. Kau ni ada-ada je point nak tuduh Roswell tu. Macam manalah Roswell tu tak melenting depan kau kalau kau asyik tuduh dia macam-macam."

"Aku sendiri nampak dia telan ubat."

"Kau ni, mana tahukan dia telah Panadol ke, ubat demam ke. Sesedap je kau kata Roswell mat gian. Mat gian tu hisap gam jelah."

"Ah, samalah tu. Yang penting ramai orang nampak dia lalok selepas telan ubat."

Blue hanya menggeleng. Huh, rupanya lelaki lagi pandai mengumpat dari perempuan. Pedas pula tu. Tapi main tuduh sesuka hati. Tanpa periksa apa yang sebenarnya berlaku.

"Aku pun selepas makan ubat demam boleh lalok."

"Ini bukan ubat demamlah. Ni ubat khayal."

"Hafiz, aku tak tahu nak kata apa selepas kau beritahu aku semua ni. Okey, mungkin aku tak kenal sangat siapa Roswell tu tapi ada sesuatu yang korang semua tak tahu tentang Roswell dan aku tahu. Aku berani jamin yang Roswell bukan orang macam tu. Dia bukan lelaki yang tak berguna. Dan aku rasa, Roswell lebih baik kalau dibandingkan dengan kau. Aku tak tahu kenapa aku fikir begini tapi aku ada bukti kukuh juga kenapa aku cakap dia lebih baik dari kau, sorry. Aku tak boleh percaya kata-kata kau tadi sebab aku lebih percayakan firasat aku. Sorry sekali lagi dan aku terpaksa pergi," tanpa menunggu bicara Hafiz seterusnya, Blue berlalu pergi dengan hati yang tidak senang.

Entah kenapa dia sakit hati sesangat bila Hafiz mengata Roswell yang bukan-bukan. Yang semuanya tak masuk akal. Roswell dengan pil khayal? Lalok? Huh, walaupun dia benci sangat dengan makhluk asing yang tiba-tiba kacau dunianya itu tapi dia tak pernah terfikir Roswell adalah orang begitu.

Memang dia percaya Roswell ada ambil ubat dan Kak Linda sudah terangkan segala-galanya.
"Sebelum ni Boy sakit. Kanser Hati. Sebelum Boy kena, Boy selalu sangat sakit-sakit dan pengsan. Kami ingat sakit biasa saja sebab badan Boy memang lemah sejak kecil lagi. Bila buat pemeriksaan, barulah dapat tahu Boy kena kanser tapi masa tu masih diperingkat awal. Kanser tu baru nak jadi. So, cuba cegah secepat mungkin. Sebelum ia menjadi kanser, lebih baik kami mencegah dulu. Dan Alhamdulillah, selepas 5 tahun, barulah Boy bebas dari kanser tu cuma walaupun dah disahkan bebas dari kanser, Boy perlu ambil ubat untuk cegah kanser tu kembali semula. Tapi budak ni memang degil, bukannya nak makan ubat. Lepas tu buat sesuatu yang orang larang," terang Kak Linda.
***********
Haaacummm!!

"Hai, sapalah yang mengata aku ni," kata Ashraf sambil mengosok-gosok hidungnya yang gatal. Sejak dari pagi tadi dia asyik bersin sahaja sehinggakan dia sudah penat untuk bersin lagi.

"Tu bukan orang mengata tapi kau dah kena selsema," Nazrul mencelah menghampirinya yang terduduk di tepi gelangang bola keranjang. "Apalah kau ni, dalam hujan-hujan pun kau boleh redah main bola keranjang. Hah, sekarang kau juga yang susah sebab dapat demam."

"Aku mana ada demamlah. Aku bersin ni sebab ada orang mengata aku tau. Hisy, aku tahulah sejak akhir-akhir ni aku popular sampai tak cukup buku nak sign," katanya sedikit belagak.

"Banyaklah kau pun sign. Dan sejak bila kau ni jadi Prince Charming ni? Perasan lebih," Zafrul pula mencelah.

"Korang ni, bukan ke korang yang nak tengok aku jadi Prince Charming. Bila aku baru terpasang niat nak rampas title Prince Charming Hafiz, macam-macam tomahan yang korang bagi. Macammanalah aku nak berjaya jadi Prince Charming kalau korang tak support aku ni."

"Banyaklah kau punya Prince Charming. Dan lagi bila masa pula kitorang suruh kau jadi Prince Charming ni?"

"Hah? Tak de ke?"

Kedua kawannya itu hanya menggeleng. Sudah mulalah lawak bodoh Ashraf itu.

"Wei, jom pergi makan. Aku laparlah," ajak Asraf.

"Kau belanja."

"Asal aku saja yang kena belanja hah? Korang tak kesian ke dengan aku anak yatim piatu ni. Sepatutnya korang yang kena belanja aku makan. Ini, hari-hari aku belanja korang makan."
"Siapa yang suruh kau ajak kitorang."

"Sebab aku bosan makan sensorang. Aku tak de selera kalau makan seorang sebab tulah aku ajak korang tapi korang pula mengambil kesempatan."

"Dah kau ajak, mestilah kami ingat kau nak belanja."

"Ah, hari ni tak de belanja-belanja. Makan mee segera je kat rumah aku sambil layan dvd. Aku baru saja sewa dvd seram."

"Laa… apa klas tengok citer seram siang-siang buta ni."

"Klas tak klas. Aku nak tengok juga. Korang mesti ikut aku."

"Ala, cakaplah kau tu sebenarnya pengecut."

"Hoi, mulut tu kalau nak mengata pun perlahanlah sikit. Jatuh maruah aku sebagai lelaki sejati tau. Dan sedikit pembetulan. Aku bukannya pengecut, tapi menurut kakak aku, kalau boleh jangan tengok cerita seram malam-malam buta. Takut nanti ada sesuatu tumpang tidur sebelah kita pulak."
*********
"Aik, siapa punya kereta pulak yang parking depan rumah aku ni?" tanya Ashraf kehairanan sebaik sahaja melewati perkarangan rumah usang yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun ini.

"Wow, ni kereta mewah ni," ujar Nazrul yang teruja dengan kereta sport warna merah menyala. "Ni kereta jenis apa hah? Tak pernah tengok pun."

"Tah. Aku bukannya minat sangat dengan kereta. Tapi kalau kau kata bab figure Gundam tu aku tahulah," ujar Zafrul yang memang minat gila dengan Gundam.

Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah siapa pula yang bertandang ke rumahnya itu. Salah seorang dari kakak-kakak dia? Tapi siapa? Rasanya dia kenal sangat jenis kereta setiap kakaknya guna tapi jenis ni dia tak pernah tengok. Entah kereta model apa dia pun tak tahu. Sememangnya dia fail dalam pengelasan jenis kereta ini. Tak minat.

Dia berlalu ke pintu rumahnya. Di tolak pintu rumahnya. Aik, tak berkunci? Sah! Ada seseorang telah memecah masuk ke dalam rumahnya. Siapalah yang nak pecah masuk ke dalam rumah yang tiada nilai harta tu? Pencuri pun fikir dua tiga kali nak pecah masuk ke rumahnya.

"Kenapa Ashraf?" tanya Zafrul hairan bila dia tengok Asraf hairan.

"Ada orang kat rumah akulah," kata Asraf segera membuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terbau satu aroma yang melazatkan sehingga perutnya menyanyi lagu rancak. Lapar. Di lihatnya, lauk pauk sudah terhidang di atas meja.

"Wei, Ashraf kau upah orang gaji ke? Siap masak sekali," ujar Nazrul yang sudah terleleh dengan hidangan yang di sediakan di atas meja.

"Kak Mira," sapanya kepada seorang gadis yang keluar dari dapur sambil membawa sedulang air minuman perisa tembikai.

"Hai sweeatheart," sapa gadis itu tersenyum manis sebelum berpelukan dengannya. "Rindunya dengan Boy," ujarnya yang masih lagi memeluk erat adik bongsunya itu. Pelukan di leraikan tidak lama selepas itu.

"Apa Kak Mira buat di sini?"

"Saja melawat Boy sebab Kak Linda kata Boy sakit lagi."

"Ah, Kak Linda tu saja nak buat gempak je. Mana ada orang sakit."

"Iyalah tu. Eh, kawan Boy?"

Nazrul dan Zafrul hanya tersengih-sengih di tepi. Mereka bukannya apa, masing-masing sudah kelaparan. Di tambah pula ada perempuan cantik masak lauk yang sedap-sedap.

"Hah, ni aku nak kenalkan, nilah kakak aku yang duduk diluar negara tak mau balik-balik Malaysia yang aku cakapkan tu, Kak Mira. Orangnya masih single tapi not available," Asraf memperkenalkan kakaknya itu.

"Hai," sapa Kak Mira dengan senyuman mesra. "Boy, bukannya Kak Mira tak mahu balik tapi Kak Mira belum habis belajar lagi. Lagi setahun saja akak duduk sana tau, lepas tu akak baliklah Malaysia."

"Yelah tu, orang dengar Kak Maria suruh Kak Mira stay kat sana lepas habis study," ujar Ashraf berlalu ke meja makan.

Kak Mira tersengih-sengih.

"Kalau begitu Boy ikut sekalilah ye."

Ashraf menjeling tajam. Ikut sekali? Itu pun kalau Kak Maria bagi. Kalau tak, terpaksalah dia berjauhan dengan Kak Mira. Bukannya apa, dalam banyak-banyak kakak, Kak Mira merupakan tempat dia bermanja dan dia dengan Kak Mira memang tiada rahsia. Segala rahsianya Kak Mira tahu.

"Bila Kak Mira sampai?" tanya Ashraf yang kembali ke dapur semula selepas menghantar kawan-kawannya ke pintu hadapan setelah kenyang dengan hidangan yang Kak Mira masak. Habis licin mereka makan.

"Petang semalam. Actually akak balik sebab Kak Maria suruh. Ada hal sikit. Tapi Kak Maria tiba-tiba ada hal pulak hari ni, sebab tulah akak datang jumpa Boy. Nak tengok keadaan Boy macam mana."

"Yelah, kalau bukan sebab Kak Maria mesti Kak Mira tak mahu balik," ujarnya sambil melambung-lambung buah apple yang baru di basuh oleh Kak Mira.

"Actually, Kak Maria saja buat panggil akak balik sebab suruh tengokkan Boy yang makin degil ni. Akak tahu sangat dengan perangai Kak Maria tu."

Ashraf sekadar mengukirkan senyuman. Dia memeluk Kak Mira sambil berkata "Terima kasih sebab datang melawat."

"Ucap terima kasih pada Kak Maria juga tau."

Kedengaran keluhan berat dari Ashraf.

"Boy."

"Okey, orang akan call Kak Maria dan ucapkan terima kasih tapi selepas orang mandi nanti," dia mengenyit matanya.

"Nakal."
**********
Natasya menutup handsetnya dengan marah. Sejak akhir-akhir ini hubungannya dengan Hafiz tidak berjalan dengan lancar. Semuanya gara-gara kes di Kuala Lumpur. Hafiz memang marah dengan perbuatannya itu dan langsung tidak menolongnya, malah asyik mempertahankan Blue.

"Kenapa? Bergaduh dengan boyfriend lagi?" sapa Wirda, sepupunya yang muda setahun darinya.

"Biasalah Wirda kalau dah ada boyfriend. Tapi aku bengang sangat dengan dia ni, asyik-asyik nak mempertahankan ex-girlfriend dia tu. Siapa yang tak bengang!"

"Kalau bengang sangat tinggalkan dia sajalah. Cari yang lain."

"Kau cakap memanglah senang. Kalau aku duduk kat bandar ni, memang aku dah cari lelaki lain tapi masalahnya aku duduk kat ceruk. Nak cari Prince Charming seorang pun punyalah payah."

"Dia tu kaya ke? Aku ingat lagi kau kata kau nak cari lelaki yang kaya saja."

"Emm… kayalah juga, ayah dia penghulu kampung. Bagi orang sana, anak penghulu tu kira high class la. Keluarga dia boleh tahan juga. Orangnya pun pandai. Selalu dapat anugerah pelajar cemerlang sekolah cuma… yelah, budak kampung," Natasya menggeleng.

"Okeylah tu dari tiada."

"Ah, yang ni pun aku rasa macam tak tahan lama saja," ujarnya sambil mencapai sebuah buku. "Dairi kau?"

"Emm… boleh dikatakan dairi juga."

"Boleh aku baca?"

"Go on. Aku tak kisah sangat sebab kitakan berkongsi minat."

"Minat?"

"Prince Charming."

Natasya ketawa kelucuan. Memang itu dikejarnya sejak mereka berdua menonton cerita Cinderella sejak kecil-kecil lagi. Mulai hari itu, mereka berdua sudah memasang angan-angan untuk mencari Prince Charming apabila dewasa kelak.

"Prince William?" tanya Natasya sedikit tergelak.

"Well, dia juga salah seorang dari Prince Charming juga walaupun agak mustahil untuk bermimpinya."

Natasya menyelak satu demi satu sambil bertanyakan gerangan gambar-gambar yang gunting oleh Wirda dari majalah. Tak sangka Wirda boleh mengumpul wajah-wajah lelaki yang handsome dan kaya di dalam buku itu. Tiba di satu muka surat, dia terkedu seketika. Wajah lelaki dalam gambar itu di tetapnya.

"Siapa dia?" tanya Natasya ingin kepastian lagi.

"Ashraf Danish."

"Ashraf Danish?" rasanya macam pernah dengar saja nama tersebut dan wajah lelaki itu seakan sama dengan seseorang. Takkanlah….

"The Perfect Prince Charming ever. Dia satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga yang terpengaruh di Malaysia dan juga pewaris tunggal rangkaian Hotel The Prince."

"Apa? The Prince?"

"Yup. The Prince. Hotel yang kita selalu buat parti excusive tu. Itulah hotel dia. Tapi, dia ni jenis yang susah nak tangkap. Lagipun dia tak banyak muncul di khalayak ramai. Kalau ada function kat hotel dia pun, kakak-kakak dia yang datang. Jarang sekali dapat berjumpa dengannya di mana-mana function sebab dia jenis yang low profile. Dan mungkin sebab ramai yang tak tahu kewujudan dia."

"Dia kat mana sekarang?"

"Entahlah. Aku pun kurang pasti. Tapi biasalah kalau orang macam dia, mestilah belajar di sekolah yang private. Mungkin dia tiada di Malaysia. Kenapa? Kau berminat ke? Ah, orang yang pertama kali terlihat wajah kacak dia tu mestilah akan terpikat tapi aku cuma nak beritahu kau, dia jenis yang susah untuk di tangkap."

"Belum cuba belum tahu," ujar Natasya sambil tersenyum sinis. "Ashraf Danish…."
posted by BLOGGER @ 12:56 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 22/7/08 9:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makn mnark story nie......
    CONGRATS!!!!

     

  • At 24/7/08 7:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh r citer ney.....best ever???

     

  • At 31/10/08 10:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jgn la si roswell tu dpt kat natasya!!! jgn laaaaaa!!!!

     

  • At 16/11/08 4:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    berdebarnye cite ni...aaaaaa....tktnye natasya jht..

     

  • At 22/8/09 9:29 PG, Anonymous miss S... said…

    wakakaka..terjawab sudah persoalan yg bermain2 dfikiran aku bape org kakak yg roswell ada..hehehe..
    ramainya kakak dia 10 beb..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group