Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tapi cikgu…," Natasya cuba menyelamatkan dirinya. Pagi-pagi lagi, sewaktu dia melangkah masuk ke perkarangan sekolah, namanya sudah di panggil dengan suara Cikgu Rosnani membuat pengumuman penting. Bergema satu sekolah dengan namanya pada pagi itu menyuruhnya ke bilik pengetua.
"Tak de tapi, tapi lagi Tasya. Ini kesalahan kamu. Kamu patutnya peka dengan kehilangan Blue ni tapi kami difahamkan kamu tak beritahu cikgu yang mengetuai rombongan itu. Dan sebab kamu juga, kegembiraan mereka yang lain terpaksa di simpan untuk tahun depan," Puan Suraya melontarkan kelantangan vokalnya. Dengan matanya yang bulat dan besar memandangnya… huh, memang menggerunkan.
"Tapi cikgu, cikgu tak fikir ke Blue tu sengaja nak kenakan saya balik?" balas Tasya yang masih lagi tidak berpuas hati.
"Natasya, saya tak kira, Blue balas balik ke, Blue sengaja nak kenakan awak ke tapi semuanya berpunca dari diri awak yang pentingkan diri. Saya tak kisah kalau kamu berdua nak bergaduh dengan meriam ke, dengan tombak ke… saya tak kisah tapi perbuatan kamu sudah buat orang lain dapat susah. Awak tak terfikir ke bagaimana perasaan kedua ibubapa Blue bila dapat tahu satu-satunya anak perempuannya hilang di kota yang asing tu? Dan awak pernah terfikir ke, kalau ada apa-apa berlaku pada Blue di sana? Saya rasa awak pun sudah sedia maklum kes-kes yang melibatkan perempuan di Kuala Lumpur. Kes bunuh, rogol, sindiket pelacuran. Bagaimana kalau salah satu tu berlaku pada Blue?" Puan Suraya mula memberi hujah-hujahnya.
"Saya tahu tapi… saya pun tak tahu perkara ni boleh jadi serius macam ni. Saya cuma tinggalkan dia saja. Ingatkan Blue tahu balik ke Dataran Merdeka semula tapi…."
"Tapi, Blue tak balik?" pantas Puan Suraya berkata. Natasya hanya sekadar mengangguk. "Natasya, jangan samakan Blue yang sejak lahir lagi duduk di sini dengan awak yang sejak lahir lagi tinggal di Kuala Lumpur. Saya kenal sangat dengan Blue tu, mula-mula lagi, dihari pertama persekolahan dia sudah sesat kat sekolah ni. Ini baru kawasan sekolah yang kecil ni pun dia boleh lupa jalan pulang ke kelasnya. Inikan Kuala Lumpur yang besar tu."
"Natasya, saya bukannya nak menangkan Blue tapi saya sudah lama menjadi pengetua di sini, saya dah masak dengan perangai Blue tapi terus terang saya kata, saya suka dengan perangai berterus terang Blue."
Blue!!!
Sapaan mengejut namanya membuatkan Blue yang baru sahaja menjejak kaki ke kelasnya terkejut tahap gaban. Memang tak di sangka-sangka mereka semua menjerit memanggil namanya bagaikan seorang artis melangkah keluar untuk bernyanyi di pentas. Tapi nasib baiklah dia tiada apa-apa penyakit lemah jantung, kalau tidak terpaksalah dia bermalam di hospital selama sebulan.
Semuanya gara-gara kehilangannya pada rombongan sabtu lepaslah ni. Mana tak kecohnya bila seorang budak kampung tiba-tiba di dapati terpisah dengan rakan yang lain. Kalau terpisah kat hutan belantara tu, lain ceritalah tapi sesat kat negeri orang. Huh, betullah cakap cikgu Roslan yang bertandang ke rumahnya semalam.
"Awak ni Blue, sepanjang saya mengajar di sekolah ini, ini kali pertama saya dengar ada budak tersesat di Kuala Lumpur masa rombongan. Kalau awak nak buat Book of Record pasal tersesat di Kuala Lumpur, bagitahulah saya terlebih dahulu. Tak delah saya kena makan ubat sakit jantung lima enam bijik. Awak tahu tak lemah jantung saya bila dapat tahu awak hilang. Ingatkan cikgu Rosnani cuba memainkan saya sampai saya fikir ini bulan April."
Blue cuba menahan diri dari ketawa terkekek-kekek bila Cikgu Roslan berkata-kata. Semua ni gara-gara rancangannya nak kenakan si Natasya baliklah. Tapi bila di fikir kembali, Cikgu Roslan memang anti dengan bulan April. Kalau bulan April saja, mesti Cikgu Roslan akan berhati-hati. Mana tidaknya, walaupun Cikgu Roslan ni garang, tapi dia adalah antara Cikgu yang paling senang dibuli oleh semua lapisan pelajar di sekolah. Entahlah. Blue pun tak tahu kenapa Cikgu Roslan senang di buli.
"Maaf cikgu, saya panic masa tu. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya cuma ingat nak balik saja," Blue mengatur ayat yang telah disusunnya malam tadi sebaik sahaja dia pulang ke rumah setelah Kak Linda menghantarnya pulang.
Huh, kalaulah semua tahu rahsia di sebalik kejayaannya pulang ke tanah air, mau menjerit satu sekolah! Tapi demi dendam pada Natasya, dia merahsiakannya sehinggalah dia terpaksa merasuah Roswell dengan menerima pelawaan Roswell pergi dating minggu depan. Dating dengan Roswell! Memang pelik bin ajaib tapi… ah, tutup mata sajalah!
Setakat dating saja.
"Blue, kau pergi mana hah?! Monyet betullah kau ni, kau tahu tak kau dah menyusahkan kami semua tau. Tak pasal-pasal rombongan kali ni dibatalkan," ujar Dahlila dengan sedikit bengang tahap gaban.
"Well, aku rasa korang kena salahkan salah seorang dari rakan kita tu sebab dialah aku tersesat kat Kuala Lumpur," ujar Blue menjeling memandang Natasya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas. Semua mata memandangnya. Tidak kurang juga ada yang berbisik-bisik barangkali mengata Natasya. Huh, lega. Inilah dinamakan peperangan sebenar. Dan jangan sesekali bermusuhan dengan Blue!
"Ceritalah macam mana kau boleh temui jalan balik?" tanya salah seorang dari mereka yang berkumpul di hadapannya. Dulu, tiap-tiap pagi mereka semua ni (kecuali Dahlila dan Sakinah) akan berkumpul di hadapan meja Natasya mendengar Natasya bercerita tapi kali ini berbeza pula. Huh, hebat juga penangannya sehinggakan mereka lari dari Natasya. Ye ke? Atau saja nak dengar cerita sensasi? Ah, lantaklah yang penting, korang dapat maklumat salah!
"Aku boleh cerita tapi sebelum tu, korang pernah dengar tak peribahasa ni, Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi katak melompat," tanya Blue selamba. Semua terdiam. Barangkali cuba berfikir peribahasa Blue. "Pergi check kamus peribahasa Dewan Pusaka dan Puaka edisi ke 103," tambahnya lagi dengan lagak yang selamba.
Tidak lama selepas itu, lonceng berbunyi menunjukkan sesi persekolahan sudah pun bermula dengan aktiviti pertama pada hari Isnin, tak lain tak bukan perhimpunan. Serentak itu Blue tersenyum-senyum memandang Natasya toya di belakangnya.
"Ah, dah lama rasanya tak pergi perhimpunan bukan?" ujar Blue sambil bernyanyi kecil.
"Tak pergi perhimpunan la konon. Yang kau ni kenapa suka sangat dengan perhimpunan ni? Selalunya kalau boleh, hari isninlah kalau boleh kau tak mahu jejak ke sekolah sebab ada perhimpunan."
"Well, manusia boleh berubah."
"Hah, sejak bila kau jadi manusia ni?" sindir Dahlila lagi.
"Err… ada sedikit pembetulan," satu suara tiba-tiba mencelah tanpa di undang. "Actually, budak ni bukannya manusia tapi Ahli Sihir Mata Kucing," ujar Roswell yang entah dari mana tiba-tiba berada di belakangnya.
"Hey, makhluk asing dari Roswell, siapa benarkan kau berkata-kata hah?!"
"Lantaklah mulut aku, bukannya mulut kau."
"Tapi kau tak de hak nak berkata-kata tau."
Perhimpunan yang dijadualkan bermula tidak lama selepas itu. Semua para pelajar berdiri di barisan yang telah ditetapkan bagi setiap kelas. Blue memandang kiri kanan, masing-masing sudah bosan dengan ucapan pengetua yang mula membebel di atas pentas batu itu. Sabarlah, sekejap lagi mata korang akan segar.
"… Saya kesal dengan dengan apa yang telah berlaku pada baru-baru ini," ucapan pengetua sebentar tadi mula membuka mata semua pelajar yang mengantuk itu. "Saya tahulah, saya pun pernah bersekolah seperti kamu dan saya juga pernah bermusuhan dengan kawan-kawan yang tak sebulu dengan saya tapi saya tak pernah bermusuhan sampai teruk sekali. Saya tahu, di sekolah ini banyak yang berpuak-puak tapi saya tak ambil perduli sebab saya rasa ianya satu masalah yang kecil tapi akhirnya saya silap, masalah yang kecil inilah yang boleh memusnahkan keharmonian hidup bermasyarakat seperti kita. Saya tak mahu cakap panjang lagi, saya harap orang yang bertanggungjawab tu, naik ke atas pentas dan mohon kemaafan pada rakan kamu yang malang itu."
Blue tersenyum riang. Ah, puas. Akhirnya dia dapat juga kenakan Natasya meminta maaf di hadapan perhimpunan. Selepas beberapa ketika, kelibat Natasya masih lagi tiada. Aik, takut ke Natasya tu?
"Cikgu, Natasya pengsan!" jerit Siti yang entah datang dari mana berlari ke tapak perhimpunan. Serta merta Blue berhenti tersenyum.
cite dia best gler..hrap ending dia blue couple ngan roswell..lme tak sambung cite..ada blog tak??
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la citer ni..
sy minat sgt...
bler la nak dpt tgok ending dia erk..
harap2 ending dia best sgt..
gd luck..