Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tepi-tepi, beri laluan pada Your Queen of the World," ujar Blue separuh menjerit sambil menjinjit beg Garfield yang sudah bertahun dia tidak guna. Nasib baiklah dia sempat membasuh beg tersebut kalau tidak, pasti satu bas terbau racun perosak Cap Gajah (ada ke).
Sakinah dan Dahlila hanya menggeleng dari jauh. Sejak akhir-akhir ini, Blue sudah jadi perempuan yang gedik tak bertauliah. Tak kena pada gaya dan keadaan. Jelik juga mereka melihatnya tapi apa boleh buat, kalau kawan kita gila ke, tak betul ke, atau sakit mental ke, kita kena terima juga. Bak kata orang tua-tua ‘Dah nasib badan’
"Hey Blue," sapa Nazrul.
Pantas Blue berpaling.
"Aku kenal kau ke?" tanya Blue tanpa berfikir panjang. Ah, kalau fikir pun dia bukannya kenal mereka berdua.
"Kau mungkin tak kenal kami tapi kami kenal kau," balas Zafrul.
"Mereka berdua ni kawan karib sehidup semati mahkluk asing dari Roswell yang berangan nak pikat kau tu," pantas Dahlila bersuara.
"Dan kalau kau nak tahu lagi, diorang nilah yang bagi idea kat Roswell tu supaya pikat perempuan dan perempuan tu adalah kau," Sakinah pula bersuara.
"Ohhhh," Blue mengangguk faham. "Jadi koranglah kepala segala kepala mahkluk asing."
"Sorry, sedikit pembetulan. Memang kami yang cadangkan idea pikat perempuan tu tapi kami tak cadangkan suruh pikat kaulah," ujar mereka pada Blue. "Budak tu yang pandai-pandai nak buat cerita sendiri."
"Kau pun ikut ke rombongan ni?" tanya Nazrul lagi.
"Mestilah, demi memusnahkan hubungan Romeo dan Juliet tu, aku mesti pergi. Kalau tak jangan haraplah aku nak jejak kaki ke kota bising tu," jawab Blue sambil menjeling tajam ke arah Natasya yang sedang berbual mesra dengan Hafiz. Geram pula dia melihatnya. Kalaulah dia memiliki mata Kara dalam drama bersiri Smallville, sudah lama dia panah Natasya dari situ.
"Seorang diri?"
"Hello! Bukan ke dah namanya rombongan mestilah pergi beramai-ramai."
"Tak maksud kami, kau bukan ke ada date dengan Asraf?" tanya Nazrul lagi mahu mengesahkan lagi.
Blue terdiam sebentar. Pelik. Apa yang Asraf sudah cakap dengan kawan-kawannya itu. Date? Buang tabiat ke? Tapi, selama dia bermusuh dengan Asraf, walaupun Asraf bercita-cita nak memikatnya tapi Asraf tak pernah langsung ajak dia pergi dating.
"Si Roswell tu? Aku ada date dengan dia?" tanyanya lagi.
Kedua mereka mengangguk.
"Gila apa? Dari aku dating dengan mahkluk asing dari Roswell tu lebih baik aku dating dengan kerbau Pak Mail ada jugak faedahnya," ujar Blue sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua. Dari dia bercakap dengan mereka berdua yang sejenis seperti Roswell baik dia bercakap dengan kerbau Pak Mail. Err… Pak Mail ada kerbau ke?
"Aku dah agak dah, budak ni memang mahkluk asing punya budak. Cakap tak pernah betul," Nazrul berkata. "Kita tanya soalan 1, dia bagi jawapan 100. Kita suruh pikat perempuan macam Natasya, dia pikat perempuan macam Blue. Kita suruh dia lari 100 meter, dia lagi lari 1000 kilometer lepas tu sesat kat dalam hutan," keluhnya.
"Yelah, kata nak pikat Blue tapi nampak gayanya Blue dah terpikat dengan kerbau Pak Mail pulak," Zafrul menggaru kepalanya.
"Tu nasib baiklah Blue terpikat dengan kerbau Pak Mail, kalau Blue terpikat dengan Pak Mail yang ada gigi sebatang tu, alamatnya, Asraf kena sedekah semua gigi-giginya pada Pak Mail."
"Tapikan, aku nak tanya kau, Pak Mail tu ada kerbau ke?" tanya Zafrul.
Nazrul terdiam. Dia menggaru kepalanya. Setahunya Pak Mail ada lembu saja. Itu pun seekor saja.
*********************
Perjalanan dari Sungai Besar ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja. Dalam 3 jam itulah banyak pelbagai gelagat pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan sambil berhibur yang diketuai oleh Cikgu Rosnani. Bagi rombongan kali ini hanya 2 bas sahaja yang menyertai berbanding 4 bas pada tahun lepas.
Dan pelajar lelaki dan perempuan seperti biasa diasingkan. Ini adalah bertujuan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dan setibanya di Kuala Lumpur, destinasi pertama yang dilawati mereka adalah Dataran Merdeka. Huh, selama ini mereka hanya melihatnya di televisyen dan sekarang mereka melihatnya di hadapan mata.
"Macam kambing masuk bandar," ujar Blue sebaik sahaja melompat keluar dari bas sekolah yang membawa rombongan mereka itu. "Apalah yang ada dengan Kuala Lumpur ni? Harap bangunan saja tinggi tapi aku tengok macam tak best saja."
"Blue," jerit Sakinah yang dari tadi asyik bergambar. Bukan setakat Sakinah saja tapi semua orang datang ke Dataran Merdeka hendak bergambar. Bukannya hendak mempelajari sejarah Dataran Merdeka. Bukan ke semua tu lebih penting. Malah mungkin masuk dalam soalan PMR.
Memang patut pun Cikgu Rosnani anggap ni sebagai ‘Rombongan Sambil Berhibur.’ Sebab kalau ‘Rombongan Sambil Belajar’ diorang mesti tak mahu pergi punya. Dan lepas ini, mereka akan ke KLCC. Bangunan berkembar Petronas yang ramai yang ingin ke sana tapi tidak berkesempatan. Bagi sesiapa yang ada abang-abang atau kakak-kakak yang bekerja atau belajar di Kuala Lumpur mungkin pernah pergi melawat.
"Cikgu, saya nak pergi tandas!" ujar Blue separuh menjerit.
Amboi, Cikgu Rosnani nampaknya posing sakan. Kalah model popular CLEO.
"Pergilah."
Pergilah?! Huh, aku nak pergi tandas bukannya dia nak tunjukkan jalannya. Ingat ini kampung halaman ke? Manalah aku tahu tandas kat mana. Kalau aku tahu dah lama aku lesap pergi. Tak payah nak minta kebenaran dari cikgu!
Blue memandang sekeliling. Rasanya dia tak nampak lambang-lambang tandas. Malah pintu tandas pun dia tak nampak. Orang Kuala Lumpur ni pelik sikit, kadang-kadang tu, pintu tandas pun tak rupa macam pintu tandas. Antik sangat.
Tak macam di kampung halamannya, kalau pintu tu reput dek makan oleh anai-anai… hah, itulah pintu tandas. Semua orang tahu.
"Kau nak pergi tandas ke?" tanya Natasya tiba-tiba menyapanya.
‘Eh minah ni, dah dengar buat-buat tak dengar pula. Nasib baiklah aku berada di negeri orang kalau tidak, dah lama dah aku jerit "Aku nak pergi tandaslah mak nenek!"
"Aku pun sama," balas Natasya.
"Nak pergi tandas pun bangga ke?" tanya Blue pelik. Hisy tak pernah dia berjumpa dengan orang yang bangga nak pergi tandas bersama.
"Jom kita pergi tandas?"
Blue menjeling sambil berfikir sesuatu. Tapi nampak gayanya dia tidak boleh berfikir kerana sudah tidak tahan. Akhirnya, dia bersetuju. Lantaklah. Pergi dengan musuh pun musuhlah. Asalkan dia perlu ke tandas segera!
Blue hanya mengikut Natasya menyeberang jalan raya yang banyak kereta itu. Hon sana hon sini. Huh, bingit kepalanya mendengarnya. Oppss… bukan kepala tapi telinga. Kalaulah si Roswell tu terdengar apa yang dia cakap sekarang, mesti dia sudah kena ceramah tak bertauliah dari Roswell. Ada saja yang nak dicakapnya. Kalau dia cakap ada point tak pelah jugak tapi masalahnya, cakapnya memang merapu sesangat.
"Eh, kita nak ke mana?" tanya Blue hairan.
Entah ke mana pula si Natasya ni membawanya. Takkanlah nak merogolnya? Huh, tak sesuai.
"Kat sana tu. Jangan risau, lagipun akukan berasal dari Kuala Lumpur sebelum menetap di Sungai Besar. Jadi, aku masih ingat lagi jalan-jalan di Kuala Lumpur ini," ujar Natasya dengan lagaknya.
"Yelah tapi kita nak pergi mana?"
"Kat sana tak de tandas so, kita kena pergi tempat yang terdekat. CM. Central Market. Kau pernah sampai ke tempat tu? Kalau kau nak tahu, tulah tempat aku lepak dulu tapi tempat tu tak beberapa seronok, yelah, tempat tu hanys sesuai untuk orang yang suka seni. Lagipun tempat tu…."
Huh, berlagak jugak budak ni rupanya. Aku tahulah kau ni berasa dari Kuala Lumpur tapi aku tak heranlah sebab kecik-kecik lagi aku dah main lumpur. Blue hanya menjeling.
Sampai saja di Central Market, mereka berlalu ke tandas yang terletak di tingkat dua. Huh, masuk-masuk saja dah kena bayar. Nak masuk tandas pun kena bayar?! Memang tak patut tapi bila dah masuk… memang patut pun kena bayar sebab harumnya huh, wangi semerbak!
"Ah, lega!" keluh Blue sambil keluar dari tandas. Kemudian, dia pandang sekeliling. Tiada langsung kelihatan kelibat Natasya. Disangkanya Natasya menunggu di luar tapi sangkaannya meleset sama sekali.
Sah! Dia kena tinggal oleh Natasya!
"Tak guna punya Natasya, Kau nak kenakan aku ye. Tak pe. Kau ingat aku ni mudah lupa ye. Aku tahulah jalan balik!" dengan pantas kakinya berjalan dengan confidentnya.
Lebih 15 minit dia berjalan, Blue memandang sekeliling. Dia memandang atas. Hanya yang dia nampak adalah bangunan yang asing buatnya. Dia pandang tepi, orang kiri kanan memandangnya dengan pelik.
"Ah, aku kat mana sekarang ni?" ujarnya hampir menjerit.
Tak guna punya heroin! Ada ke patut aku kena buli dengan heroin utama? Mana patut! Huh!
"Okey, jangan panic… jangan panic…," dia cuba mengingati jalan yang dilalui olehnya bersama Natasya tadi. Tadi, aku lalu kat Bank Pertanian, ya… Bank Pertanian! Tapi… arah mana?" tanyanya sambil berjalan kiri kanan dan tiba-tiba dia terlangggar seseorang…. Jeng jeng jeng….
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best!!!de unsur suspen g2!!ney bru enjoy bace...