Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku mengerling ke arah amani di sebelah. Wajahnya agak muram sejak aku menjemputnya dari pejabat tadi. Entah apa yang mengganggu fikiran isteriku itu. Letih agaknya. "kita singgah beli makanan dulu ye. Abang tengok amani penat," cuba mencari respon darinya. "tak apalah, abang. Bukan penat sangat nak masak. Abang nak makan apa nanti?"ku lihat dia kembali ceria. Tak seperti tadi lagi. "apa-apapun amani masak, abang makan,"keretaku sudah membelok ke kawasan apartmen kami. "hm, yelah tu. Jangan nanti amani bagi makan lauk ikan kering, merungut pulak,"ugutnya separa bergurau "abang makan tapi dengan syarat wife abang ni suapkan,tau,"dia mencebik dengan jawapanku itu. Agak comel. Tanpa sebarang kata, aku berpaling padanya. Entah mengapa, rasa sayangku ini semakin menggunung dari hari ke hari. Aku mendekatkan wajahku pada wajahnya. Bibirnya yang indah terletak itu menjadi sasaranku. Lama kami begitu. Lupa dengan keadaan sekeliling. "abang," amani merenggangkan jaraknya antaraku. Aku tersenyum. Malu dengan kerakusanku sendiri. Aku beristighfar, memerhati sekitar. Bimbang ada yang mencuri pandang. Aku mengeluh lega apabila tiada sesiapa di kawasan parking ini. Kalau tidak apa pandangan orang. Biarpun kami suami isteri tapi tidak elok jika ada melihat. "sorry,abang tak dapat nak kawal,"amani kupandang. "it’s ok..hak abang," amani mengusap pipiku, dan tersenyum manja. "jom,nanti lambat amani masak, lambat kita makan. Lapar,"aku tergelak. Isteriku ini ada-ada sahaja kerenahnya. Amani sibuk di dapur. Bila aku ingin membantu, di usirnya aku keluar. Katanya, aku tahu hanya mengganggu. Mellihat kekalutannya itu, timbul rasa simpati. Sudahlah terpaksa memerah otak di pejabat, balik ke rumah perlu mengemas dan memasak pulu. Dulu, pernah aku mencadangkan supaya kami mengupah pembantu rumah tapi itulah isteriku ini adakalanya degil. Dia berkeras menolak, dengan alasan tiada privasi untuk kami berdua. Tambahnya lagi, dia takut kalau aku jatuh hati dengan pembantu kami itu, yelah asyik makan air tangan orang lain. Yang buat aku tergelak besar, apabila dia suarakan kebimbangannya jika aku ’di mandremkan’ oleh pembantu itu. Jauh benar fikirannya. Amani, amani, dalam diam-diam begitu, cemburunya boleh tahan juga. Berselera benar aku malam itu. Asam pedas ikan pari membuatkan aku bertambah 2 kali. Amani hanya menggelengkan kepala. Katanya, patutlah umi asyik cakap aku semakin berisi sejak berkahwin dengannya. Aku hanya buat-buat tak tahu. Sebenarnya sudah lama aku teringin nak makan asam pedas ini, tapi malangnya susah betul nak mencari ikan pari. Bila ke pasar, mesti habis. Ini pun mujur sahaja rin memberinya semalam sewaktu kami bertandang ke rumahnya. Itupun di sebabkan rahsiaku yang mengidam ini di pecahkan oleh amani. Teruk aku di usik oleh aizad. Katanya, tak lama lagi adalah tu. Hm, sahabatku itu semakin ceria sekarang selepas rumahtangganya kembali aman. Sofea pun sudah tidak berani mengganggu setelah aizad mengamuk tempoh hari. "abang,"Amani menghampiriku sewaktu aku saja-saja baring di atas katil. Saja menghabiskan masa sebelum melelapkan mata. Aku memandangnya ke arahnya sambil tersenyum. Menepuk tilam supaya dia berbaring di sebelahku. Dia akur. Aku meraihnya ke dalam dakapan. Beberapa ketika kami begitu. "Dah setahun kita kahwin,"suaranya memecahkan kesunyian antara kami. "Ya,"jawabku sepatah, menunggu bicara seterusnya. "Angah baru tiga bulan kahwin tapi rini dah....,"mengerti maksudnya, aku cepat-cepat memintas. "honey, kita baru setahun kahwin tapi amani lupa ye, kak najwa dan abang azmer lima tahun baru mereka dapat dina dan adam. Jangan fikir bukan-bukan, abang tak suka,"dia diam mendengar kata-kataku. Bukan sekali dua dia merungut tentang perkara ini tapi sudah acap kali. Aku faham perasaannya setiap kali ada saudara mara yang mengungkit soal anak. Kadang-kadang timbul rasa geram pada mereka, yang tak pernah nak mejaga hati dan perasaan orang lain. Siapa yang tidak mahukan anak, penyeri mahligai yang kami bina ini. Bukankah itu semua rezeki yang di tentukan oleh Allah. Siapa kita, hambanya untuk mempersoalkannya. Aku masih ingat perubahan di wajah amani sewaktu di khabarkan berita yang kakak iparnya itu mengandung. Aku yang mendengar sindiran orang, adakalanya berasa panas apatah lagi isteriku ini. "Masih tak ada rezeki kita lagi. Allah,kan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Tak ingat apa yang umi katakan, kita masih muda,masih banyak masa untuk berusahakan,"aku lega melihat senyumannya mula terukir walaupun masih ada mutiara jernih yang mengalir di pipinya. Dahinya ku kucup lembut dan dia makin mengeratkan pelukannya padaku. Abang sayangkan amani,ungkapan itu bergema di segenap ruang hatiku. Memandang terus ke matanya dan berharap dia mengerti perasaanku padanya.
*********************** Aku baru saja mendapat panggilan dari abang anuar, yang ain kemalangan bersama suaminya. Aku terkaku mendengar berita itu. Bukankah baru semalam aku berbual dengan razman di telefon. Dia meminta untuk bertemu denganku dan amani. Katanya mereka ingin merapatkan lagi hubungan yang selama ini hanya terbatas melalui emel dan YM. Dan apa yang membuatkan aku terkejut apabila di beritahu hanya ain terselamat, razman meninggal di tempat kejadian. Ya Allah, apakah hikmahnya di sebalik bala yang kau turunkan ini. Ain masih koma. Aku bergegas ke hospital. Entahlah, saat ini, aku betul-betul risaukan keadaan ain. Risaukan penerimaannya nanti. Apakah reaksinya apabila tahu suaminya sudah tiada lagi dan dia keguguran. Tabahkah dia? "ain masih tak sedar,"ujar abang anuar apabila melihatku. Dia ku lihat resah sekali. Ain satu-satunya keluarga yang dia ada. Kedua ibubapa mereka sudah meninggal dunia sejak ain di tingkatan tiga lagi. Mereka mengalami kemalangan sewaktu menunaikan haji. Bas yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung. Ya, aku masih ingat janjiku dulu pada abang anuar untuk membahagiakan ain walau apa carapun. Tapi aku juga meninggalkan ain. "apa doktor kata?"aku baru sahaja melihat keadaan Ain dari luar cermin itu. Dia masih dalam wad ICU dan sesiapa pun masih tidak di benarkan melawatnya. Hatiku menjadi belas. Wajahnya yang putih licin itu masih seperti dulu. Hanya kelihatan parut di dahinya. Ah, mujur sahaja, luka itu tidak terkena matanya. Hanya satu inci saja dari mata kirinya. Kepalanya berbalut kain, menurut abang anuar, semalam baru saja di lakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan darah beku. "dia masih lagi tak melepasi tahap kritikal. Kalau dia sedar pun, mungkin dia tak seperti dulu lagi,"jawabnya separuh mengeluh. "maksud abang?" aku berdebar. Lumpuhkah dia? Gilakah ain? Seribu kemungkinan bermain di kepalaku. "kata doktor, mungkin dia akan hilang ingatan,"aku beristighfar panjang mendengarnya. Apa mungkin itu yang terbaik buatnya. Dia tak perlu merasakan kehilangan suaminya. Dia akan memulakan hidup Ain Fatihah yang baru. Aku menemani abang anuar ke pengebumian arwah razman. Dan buat pertama kali sejak aku mengenalinya, aku melihat dia menitiskan air mata. Dalam kesedihan dan kesibukan aku mengendalikan semua ini, aku terlupa tentang isteriku. Aku terlupa untuk memberitahunya apa yang berlaku. Aku juga terlupa untuk mengambilnya di pejabat petang itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bes sgt...smbung cpt ey...
tq...:p