Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Angin petang yang nyaman membuai perasaan. Asyiknya. Lagi lama aku kat sini, rasa-rasanya boleh lena. Rakan kerja yang lain sudah hilang mencari haluan masing-masing seusai sessi taklimat oleh Lisa sebentar tadi. Sampul di tanganku, aku letak di atas meja. Taklimat ringkas dari Lisa. Acara kemuncak untuk Hari Mesra Pekerja. Aku pandang sampul surat dengan tidak bersemangat. 'TRESURE HUNT: PERFECT PARTNER WILL WIN IT!' Aku mengeluh perlahan. Ada sahaja idea Lisa ni. Penat bermain bola tampar pantai tadi pun belum hilang lagi. Sudahlah penat, kalah pula tu. Ini, nak kena kejar ke sana, kejar ke sini pula. Berpasangan pula tu. Pasangan aku? Entah. Aku pun tak tahu. Sampul yang Lisa berikan pun, aku masih belum buka. Tapi, tak kisahlah siapa dia pasangan aku. Bukan penting pun. "Hai. Mengantuk je mukanya?," Aku tersenyum. Lisa turut tersenyum. Perlahan dia melabuhkan punggung di hadapanku. "Penatlah kak," "Alah. Orang muda macam awak pun, penat ke?," "Mahu tak penat? Dah dua hari, programme pack. Akak ni, nak dera kita orang ya?," Lisa tergelak. "Mana ada? I tengok orang lain semuanya enjoy. Sesekali macam ni, apa salahnya. Bukan selalu pun," "Yelah. Saya ni, kurang stamina, kak,"aku menjawab sambil tersenyum. "Tak buka lagi ke, tengok siapa partner awak?," "Belum. Nanti-nantilah. Nak rehat kejap. Berangin macam ni, kalau berangan , best juga ni," Lisa tersenyum lagi sambil mencapai sambul surat di hadapanku. "Encik Firdaus tak masuk aktiviti ni ya. Kak? Dia tak ada pun masa akak bagi partner tadi,"soalku tiba-tiba. Agak pelik kerana sebelum ini, dia turun padang bersama anak-anak buahnya. Berlari ke sana-sini menyiapkan pertandingan membina istana pasir. Melompat-lompat tengah panas bermain bola tampar pantai. Pertandingan bermain sepak raga pun dia ikut serta sekali. Walaupun dia banyak sepak angin daripada sepak bola. Nampak sangat tidak pernah bermain bola sepak raga. Aku tersenyum tiba-tiba. Terasa kelakar teringatkan gelagat Encik Firdaus. Tapi, aku memang menghormati dia sebagai majikan yang baik. Bukan senang hendak jumpa majikan yang begitu mesra dengan semua orang bawahannya. Langsung tidak meninggi diri. "Kenapa ni? Senyum sorang-sorang?," "Tak ada. Tiba-tiba teringat Encik Firdaus main bola sepak angin," "Ha? Bola sepak angin?," "Yelah. Asal dia sepak je, tak pernah kena bola. Asyik kena angin saja. Nampak sangat tak reti main,"ujarku tergelak. Mendengar jawapanku, Lisa turut tergelak. "Oh.. You mean sepak raga? Awak ni, kalau dia dengar, dia potong gaji, baru tahu. Manalah dia pandai permainan macam tu? Bola sepak ke, futsal ke, terrorlah dia," Aku tersengih. Rasa lucu masih mencuit hati. "Bukalah,"Lisa menghulurkan sampul aku aku letak di atas meja. Aku akur. Sampul aku buka perlahan. Melihat nama yang tertulis di situ, membuat mataku membulat memandang Lisa. "Akak? Kenapa pula saya dengan Encik Firdaus ni?,"soalku tidak berpuas hati. Takkan aku nak berpasangan dengan bos pula. "Awak kan secretary dia, so, memang patutlah awak partner dengan dia," "Akak pun secretary dia kan? Sepatutnya akaklah yang partner dengan dia. Yelah, sebelum akak pergi Sarawak. Akak tukar jelah. Akak ganti saya ya?,"aku memberi pendapat yang kurasakan amat bernas. Lisa menggeleng perlahan. "Kenapa pula?,"soalku hairan. "I cuma boleh jadi pangatur acara saja. Semua aktiviti tu, semuanya tak sesuai untuk I?," "Aik? Akak yang arrange semua aktiviti, tapi, semuanya tak sesuai dengan akak? Pelik ni..," "Yelah. Semuanya memang sesuai untuk semua orang. Tapi,I tak boleh join semua aktiviti lasak ni," "Why?," Lisa tersenyum. "I pregnant," "What?,"soalku terkejut. Memang berita yang mengejutkan. Lisa mengangguk. "Tahniah. Seronoknya. Dah berapa bulan?," "Baru lagi. So, sekarang dah tahu kenapa I tak boleh jadi partner Encik Firdaus?," Aku diam. "I nak tanya awak sesuatu, Diya," "Apa dia?," Lisa diam seketika. Matanya memandang wajahku. Mengamati wajahku agak lama. Aku tersengih. Lain macam pula renungan Lisa. "Awak tahu kan?," "Tahu? Tahu apa?," "Semua orang boleh perasan, takkan awak tak perasan?," "Err.. saya tak fahamlah," "Encik Firdaus," "Ya? Kenapa dengan Encik Firdaus?," "Dia memang sukakan awak," Mak oi! Ini betul-betul berita panas ni. Betul ke? "Tak adalah. Akak pun sama dengan Sherry ke? Saja nak buat saya perasan? Syok sendiri? Tak baiklah kak. Buat saya macam ni," "Buat apa I nak bohong? I rasa awak sendiri boleh sedar layanan dia pada awak. The way he treat you.. talk to you.. pandang you. Takkan awak tak rasa apa-apa?," Aku diam. Kalau betul kata-kata Lisa ni, bermakna betullah kata-kata Sharifah. Betul juga jangkaan Johan. Aku termangu menongkat dagu. "Awak tak suka Encik Firdaus ke?," "Tak adalah. Tapi, tak pernah saya terfikir sampai ke tahap tu. Tak layak saya nak fikir sampai ke tahap tu, kak," "Awak dah ada sesiapa ke?," soalan Lisa kendengaran seperti merisik cerita. Aku diam sekali lagi. "That guy hari tu ke? Yang datang dengan motor besar tu?," Aku pandang wajah Lisa. Dia ada ke semasa Abang Kamal datang dulu? "I nampak. Encik Firdaus pun nampak. Itu ke orangnya?," Aku terlopong. Rupa-rupanya ada yang memerhati gelagat aku dan Abang Kamal. "Itu sepupu sayalah," beritahu aku akhirnya. "Sepupu? Macam bergaduh saja I tengok," "Saya dengan dia memang tak serasi," "Kenapa dia datang cari awak?," "Tak naklah cakap pasal dia,"aku bersuara acuh tidak acuh. Tidak mahu bercakap tentang Abang Kamal. "Encik Firdaus cemburu hari tu," Aku cuma mampu pamer deretan gigiku pada Lisa. Topik yang Lisa kemukan cukup membuat aku serba salah. Rasa janggal bila dia bercerita tentang hati dan perasaan Encik Firdaus. Perasaan padaku pula tu. Kalau boleh aku tak nak dengar itu semua. "Awak langsung tak ada perasaan pada Encik Firdaus ke?," "Kenapa akak tanya semua ni?,"soalku akhirnya. Jangan ini pun termasuk di dalam salah satu program dia, sudah. Mahu aku isytihar perang dingin dengan Lisa, kalau ini semua cuma satu permainan. Sumpah! "Sebab I kasihan tengok Encik Firdaus. Dia ada beritahu I dia sukakan awak. Tapi, awak macam tak sedar semua tu. Kenapa?," "Tak ada apa-apa. Mungkin sebab saya dah sukakan orang lain kot," "Selain Encik Firdaus?," Aku tersenyum tanda mengiyakan. "I'm wondering, macam manalah lelaki yang boleh mengalahkan Encik Firdaus tu ya? I ingat semua gadis kat sini memang mengimpikan Encik Firdaus jadi kekasih mereka. Tak tahu pula awak tak termasuk dalam senarai tu," "No comment,"jawabku sambil tersenyum. Lisa tersenyum kecil. "Kenapa Encik Firdaus tak ada tadi?,"soalku lagi. "Entah. Katanya ada hal. Don't worry. Dia dah tahu awak partner dia," "Ha?," "Yelah. Kan I yang arrange semuanya kan?," Aku menjeling sambil tersenyum kecil. Macam-macamlah Lisa ni. Senyumku mati perlahan-lahan melihat kelibat insan yang aku kenali. Insan, yang baru sahaja kami bicarakan tentangnya. Wajah Lisa kutatap agak lama. "Encik Firdaus dah ada kekasih kan?,"soalku tiba-tiba. "Kekasih? Maksud awak?," "Cik Mia?," "Oh.. Mereka dah lama clash lah. Kenapa?," "Tu.. Bukan Cik Mia ke tu?," Lisa menoleh. Memandang ke arah yang sedang aku pandang sekarang. Encik Firdaus sedang berjalan-jalan dengan Mia di tepi pantai. Siap bertepuk tampar dan bergelak ketawa lagi. Lisa cuba mempermainkan perasaan aku ke? "Mungkin mak and ayah dia yang jemput Mia ke sini. Hubungan keluarga mereka berdua memang rapat," "Eloklah tu. Memang sepadan mereka berdua tu,"aku bersuara sambil terus memerhati. Melihat senyum dan tawa Encik Firdaus pada Mia, hatiku dijentik sedikit resah. Apatah lagi melihat mereka begitu mesra. Walaupun kemesraan itu bukan milik aku, namun senyum dan tawa itu, selama ini hanya untuk aku. Tiba-tiba aku rasa terpinggir, rasa jauh hati. Rasa macam merajuk. Merajuk apabila Encik Firdaus pamerkan senyum dan hadiahkan renungan redupnya untuk Mia. Sepatutnya itu semua hanya untuk aku. Aik! Peliknya perasaanku ini. "Setahu I mereka dah lama berpisahlah," "Alah kak, berpisah sekejap. Biasalah tu. Kalau dah sama-sama masih ada rasa sayang, boleh berbaik semula. So, akak salah fahamlah pasal perasaan Encik Firdaus tu. Takkanlah orang macam Encik Firdaus tu, nakkan orang macam saya ni. Nasib baik tak sempat perasan tadi,"aku bersuara sambil melawak. Menutup rajukku yang tiba-tiba semakin menjadi-jadi. Kenapa pula aku rasa macam ni? Hatiku semakin gelisah apabila langkah pasangan dua sejoli itu, menghala ke arah kami. Rasanya, wajahku sudah kehilangan keceriaan. "Hai. Boleh join?,"sapa Encik Firdaus mesra. Mia tersenyum di sebelahnya. Lisa mendongak. Aku pula, menjadi patung tiba-tiba. "Of course. Duduklah,"balas Lisa bersama senyum yang sukup lebar. Encik Firdaus dan Mia sama-sama mengambil tempat di hadapanku. "Mia, ini secretary baru I. Adiya," Mia tersenyum. "I kenallah. Dulu your accountant kan? Hai Adiya. Nice to meet you again,"Mia bersuara sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut tangan yang dihulur. Senyum manis Mia aku balas dengan rasa yang kurang ikhlas. Kenapa ni? Kenapa aku rasa macam ni? "So, tengah sembang pasal apa?,"Encik Firdaus bertanya sambil memandang wajahku. Aku tersenyum kecil. Buat apa pandang aku? Pandanglah Cik Mia yang cantik tu! "Nothing. Borak kosong sambil ambil angin petang,"Lisa menjawab soalan Encik Firdaus. Aku menggosok-gosok leher. Mencari alasan untuk berlalu dari situ. Tidak selesa berada di antara Encik Firdaus dan Mia. Mataku tertancap pada Sharifah yang sedang mengatur langkah ke arah kami. Aku tersenyum. Ada alasan. "Maaf. Saya pergi dulu ya. Sherry panggillah,"ujarku sambil mengangkat punggung. Belum sempat mereka bertiga bersuara, aku sudah pun bergerak laju meninggalkan Lisa, Encik Firdaus dan Mia. Separuh berlari aku mendapatkan Sharifah. "Kenapa ni? Aku baru nak ke sana. Joint kau orang,"Sharifah bertanya dengan nada hairan. "Ah! Tak payahlah. Tak best pun. Buat sakit hati je," "Sakit hati kenapa pula?," Alamak. Terluah perasaan geram kat Sharifah pula. "Tak ada apa-apalah. Jom kita pergi minum. Dahagalah," "Tu..Siapa dengan Encik Firdaus tu?," Aku menoleh. Encik Firdaus memandang ke arahku. Cepat-cepat aku berpaling semula. Mengadap muka Sharifah. "Kau tak nampak ke? Bukan main mesra lagi tu? Mestilah makwe dia. Dahlah. Jom pergi minum. Kau belanja," "Aik. Lain macam je bunyi jawapannya," "Lain macam apa pula? Betullah," Sharifah tersengih. "Ok ohh.. kamu ketahuan… kamu cemburu dengan dirinya…,"Sharifah menyanyi mengikut irama lagu Ketahuan dari kumpulan Matta, membuat aku menjerit marah. Mana ada aku cemburu? Sharifah terus menyanyi sambil berlari, apabila aku cuba memukulnya. Aku berhenti mengejarnya apabila rasa penat sudah singgah di kaki. Perlahan aku duduk di atas pasir pantai yang agak suam suam kuku dek pancaran mentari petang. Melihat aku sudah berhenti mengejarnya, Sharifah berpatah balik. Turut duduk di sebelahku. Dia masih tergelak sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Aku menjeling. Kemudian pandangan aku tebarkan ke tengah lautan yang maha luas. Damainya. Lebih-lebih lagi apabila bayu pantai membelai wajah. "Kau cemburu ya?,"soal Sharifah setelah lelahnya sedikit hilang. Aku mencebik. "Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Aku kan dah ada Charming,"jawabku sambil lewa. "Yelah. Charming kau tak nampak. Encik Firdaus ni, hari-hari depan kau. Kau cemburu kan?," "Tolong sikit. Tak ada masalah nak cemburu-cemburu ni. Sudahlah. Cakap pasal lainlah," Sharifah terus tersenyum. Tidak percayalah tu. Lantak kaulah, Sharifah. "Siapa partner kau esok?,"soalku cuba mengubah topik perbualan. "Johan. Kau?," "Encik Firdaus," "Hah? Baguslah tu. Perfect partner tu. Tahniah," Aku jelirkan lidah. Rimas dengan gurauan Sharifah. "Kita tengok siapa yang jadi perfect partner, ya. Aku yakin aku dengan Johan akan menang esok,"Sharifah bersuara dengan semangat ala-ala peserta kem motivasi. Aku tersenyum lucu. "Tapi kan, aku pelik sikitlah. Kenapa bukan Kak Lisa yang jadi partner Encik Firdaus?,"soal Sharifah tiba-tiba. Sebab Kak Lisa nak padankan aku dengan Encik Firdaus. Aku tersengih. Jawapan itu cuma melantun di hati sahaja. Tidak mahu aku kongsikan cerita yang baru Lisa sampaikan tadi dengan Sharifah. Sudah dapat aku bayangkan macam mana kecohnya Sharifah kalau dia tahu cerita Lisa. Tidak.. Tidak. "Kenapa ya?,"soalnya sekali lagi. "Kak Lisa tak boleh join aktiviti lasak macam ni. Dia pregnantlah," "Hah?!," Seperti mana riak wajahku tatkala Lisa memberitahu aku sebentar tadi, begitulah juga riak wajah Sharifah. Terkejut sakan. Aku tersenyum sambil mengangguk. "Wah! Seronoknya. Dah nak dapat baby. Patutlah dia nak resign and tinggal dengan husband dia. Hmm… Berahsia pula dia dengan kita ya?," Aku terus tersenyum mendengar Sharifah mengomel.
wahwah.. bgs betul jln cerita.. ayat simple2 and tersusun.. x delah susah sgt nk faham n baca.. bagus keep it up! cpt2lah post smbgn terbaru pulak tau..eheh ~dini~
salam..kat chapter ni diya cam dah ada hati kat en.firdaus je...heheheh x sabar nak tau next.. ape la perkembangan hubungan diya n en.firdaus n nasib charming..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best nyer...plot menarik..teruja sgt tiap kali bace