Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Fuh! Penatnya," Sharifah bersuara sambil terus terbaring ke katil. Aku turut tersandar ke kerusi. Beg pakaian yang sederhana besar kubiarkan saja di tepi dinding. Memang penat. Berjam-jam di dalam bas, memang membuat badanku bagai hilang tenaga. Yang kunampak cuma katil dan bantal. Tapi, tak boleh dulu. Aku kena telefon mak dulu. Beritahu dia aku dah sampai. Nanti risau pula orang tua tu. "Kau tak penat ke, Diya?," "Mahunya tak. Penatlah. Tapi, aku nak buat call kejap," "Call siapa? Buat laporan kat Charming ke? Ini dah serius ni, sampai kena buat report ni. Berapa kali sehari kau kena report kat dia pasal aktiviti kau?,"soal Sharifah tersengih. "Tak adalah. Bukan call dia. Call mak akulah. Beritahu aku dah sampai. Sebelum dia telefon and berleter panjang, baik aku dulu yang telefon," Sharifah mengangguk perlahan. "Aku pun nak call mak akulah. Nak beritahu aku dah sampai," dia bersuara sambil mencapai telefon bimbit yang tidak pernah berenggang dari tangannya sejak dari mula menaiki bas hinggalah bas selamat berhenti di terminal untuk mengambil bot ke Pulau Redang. Aku tersenyum. Perlahan bangkit dari kerusi mencapai beg tangan di atas beg pakaianku. Menyelongkar mencari telefon bimbit. Telefon bimbit kukeluarkan sambil beg tangan kucampak ke katil. "Aku keluar kejap,"ujarku sambil melangkah keluar dari chalet. Mengambil angin di beranda. Nyamannya. Perlahan tangan mendail nombor telefon rumahku. Deringan yang bertalu, membuat aku tersandar di beranda. Mana mak ni? Lambatnya angkat telefon. "Assalamualaikum,"aku bersuara sebaik telefon berangkat. "Waalaikumussalam," Aik! Macam kenal je suara ni. Mana mak? Kenapa lelaki pula yang angkat ni? Aku mula diburu seribu pertanyaan. "Tiha ya?," Alamak! Abang Kamal. Apa Abang Kamal buat kat rumah mak aku ni? Kacau betullah. "Tiha?," "Mak ada?," " Ada. Kat dapur. Buat kopi. Nak cakap dengan dia ke?," Ek eleh. Memanglah nak cakap dengan mak aku. Sebab tulah aku telefon rumah aku. Apalah Abang Kamal ni. Takkan nak cakap dengan dia pula. "Panggil mak kejap," ujarku dingin. Aku terdengar Abang Kamal mengeluh perlahan. ‘Mak su, Tiha telefon ni. Cepat sikit. Nanti merajuk anak dara Maksu ni, kan’ Terdengar suara Abang Kamal memanggil ibuku. Saja nak bagi aku dengar suara dialah tu. "Maksu kata tunggu kejap," "Tak apalah. Nanti saya telefon mak balik," "Eh, tunggulah dulu. Cakap dengan abang dulu. Ingat Tiha balik kampung," "Tak ada," aku menjawab pendek. "Maksu kata Tiha pergi Pulau Redang. Buat apa kat sana?," "Ada hari mesra staff. Tiga hari kat sini," "Hmmm… Ingat abang balik, boleh jumpa Tiha. Susahnya nak jumpa Tiha. Sunguh-sungguh Tiha nak mengelak dari abang ya?," "Mana tahu abang balik kampung. Lagipun, kita tak ada berjanji kan?," bohongku dengan cukup lancar sekali. Padahal hari tu, ibuku sudah beritahu Abang Kamal akan balik kampung. "Memanglah tak ada berjanji. Tapi, ingat ada rezeki abang nak jumpa Tiha. Kalau berjanji memang tahu, Tiha tak akan sudi. So, terpaksalah buat-buat macam kebetulan. Rupa-rupanya buat macam tu pun, tak boleh jumpa juga," Abang Kamal bersuara dengan nada yang agak selamba. Aku tersenyum sendiri. Kelakar pula rasanya mendengar kata-kata Abang Kamal. Sampai macam tu sekali ke, usaha dia nak berjumpa dengan aku? "Berapa hari Tiha kat sana?," "Tiga hari," "Banyak buat aktiviti kat sana?," "Entah," "Semua staff pergi ke?," "Ha ah," "Tiha baru sampai ke tu?," "Ha ah," "Pergi dengan bas ke?," "Ha ah," "Tiha sayang abang ke?," "Ha ah," Ops! Abang Kamal tergelak. Kurang asam punya Abang Kamal. Boleh bagi soalan psikologi pula kat aku. Dah tersasul. "Tulah. Ha ah..Ha ah lagi,"ujarnya masih bersama gelak. Aku diam. Tidak ada keinginan untuk gelak bersamanya. Geram lagi, adalah. "Cakaplah. Janganlah asyik ‘ha ah’.. ‘entah’..’ ya’. Kalau pun tak suka kat abang, janganlah tunjuk sangat. Sedih abang rasa bila Tiha buat abang macam ni," "Tak ada benda nak cakaplah bang. Mak ni, mana? Takkan tak siap-siap lagi buat air?," "Belum. Kejap lagi kot. So, bila kita boleh jumpa ni?," "Abang.. Janganlah cakap pasal ni lagi. Lupakanlah semua tu. Abang cari jelah perempuan lain. Yang lebih baik dari saya. Tak akan ke mananya kalau abang teruskan juga. Saya memang tak boleh nak terima abang. Tak payahlah kita buat masing-masing rasa serba salah, bang," "Abang akan terus mencuba. Terlalu lama abang mengharapkan Tiha. Takkan abang nak give up macam tu je," Aku diam. Geram dengan sikap Abang Kamal yang tidak tahu mengalah. Sampai bila dia hendak terus begini? Bukankah apa yang sedang dia lakukan ini akan membuat dia terluka? Akan membuat aku terseksa? "Panggil mak kejap, bang," "Hmm.. Yelah. Maksu dah datang ni," Aku menarik nafas lega. Sebenarnya aku sudah kehilangan kata-kata untuk terus menyambung bicara dengan orang yang degil seperti Abang Kamal. "Hello. Assalamualaikum," Aku senyum. Pasti gagang sudah bertukar tangan. "Walaikumussalam, mak. Mak sihat?," "Sihat. Kamu dah sampai ke?," "Ha ah. Tiya baru sampai ni mak. Sampai je terus telefon mak ni. Baik tak anak mak ni?,"soalku sambil tersengih di beranda. "Hmm. Baik apa? Takut nak dengar mak berleter kan? Tu yang cepat-cepat telefon tu, kan?," Aku sengih lagi. Mak ni, macam tahu-tahu saja. Tak boleh nak berlakon betul. Semua yang ada kat dalam hati aku, semuanya dia tahu. "Abang Kamal buat apa kat rumah tu?," "Dia datang cari kamulah. Mana tahu kamu tak balik," "Buat apa nak cari Tiya?," "Manalah mak tahu. Kalau ada yang tahu pun, kamu berdua jelah. Betul tak?," Hai.. Dalam maknanya kata-kata ibuku ini. Pasti dia sudah mengesyaki sesuatu. Kenapalah Abang Kamal tunjuk sangat pada ibuku, ada sesuatu yang berlaku antara kami? Aku bocorkan rahsia, baru tahu. Mahu ibuku halau dia dengan parang. Tak ada nak hidang-hidang kopi lagi. Baru padan muka! "Mak. Tak boleh lama ni. Lagipun, mak ada tamu tu kan? Nanti apa kata Abang Kamal, kalau tak ada orang yang melayan dia," "Mengelak. Mengelaklah selagi kamu boleh mengelak," Aku tersenyum. Tapi, sudah tidak semanis tadi. Kata-kata ibuku membuat aku sedikit gelisah. "Mana ada Tiya mengelak? Mak ni, pandai-pandai je serkap jarang," "Serkap jarang mak selalu mengena," "Oklah mak. Sherry panggillah. Malam nanti Tiya telefon mak balik. Ok?," "Yelah," "Ok. Bye ," "Amboi. Sejak bila jadi orang putih ni? Assalamualaikum," Aku tersenyum. Terbayang wajah ibuku dengan perkataan itu. Mesti siap dengan gaya tu. "Waalaikumussalam," Talian terputus. Dan aku termangu di situ. Bergerak perlahan ke tangga chalet. Duduk di situ sambil menongkat dagu. Terasa diri dihimpit rasa serba salah dengan sikap degil Abang Kamal. Serba salah kerana dia adalah sepupuku. Bimbang kalau berterusan kedinginan ini, nanti hubungan keluarga pula yang menjadi taruhan. Risau ada cerita yang tidak enak didengar akan muncul. "Hai.. Jauh termenung?," Sapaan itu mengganggu lamunanku. Johan tersenyum memandangku. Aku turut tersenyum kecil. "Teringatkan siapa?,"soalnya lagi. "Tak ada teringat sesiapa pun. Saja ambil angin pantai ni. Best pula. Awak dari mana ni?,"soalku sedikit kekok. Sejak Sharifah beritahu Johan bertunang sebab kecewa denganku, aku belum lagi bercakap dengannya. Dia pun seperti mengelak daripada bertembung denganku. Lebih-lebih lagi apabila aku bertukar kerja, peluang untuk bertembung menjadi semakin kurang. "Jalan-jalan. Ambil angin petang. Awak tak nak jalan-jalan ke?," Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan. "Yelah. Saya ni siapa ya? Mana layak nak jalan-jalan dengan awak," Senyumku mati tiba-tiba. Tidak suka dengan bicara Johan. "Kalau awak cakap macam nak sindir saya, baik saya masuk. Saya tak suka,"aku berterus-terang. Memang aku geram bila ada orang yang bercakap begitu. Macamlah aku ni, sombong sangat. Nak kata aku sombong kan? Baik aku buat sombong betul-betul. Perlahan aku mengangkat punggung. "Tunggu. Saya minta maaf. Saya tak berniat nak sindir awak pun. Duduklah dulu," Mendengar kata-kata Johan aku kembali duduk. Johan senyum sedikit. "Thanks,"ujarnya sepatah. Aku cuma tersenyum kecil. Johan ni, buat aku rasa segan pula. Siap nak berterima kasih pula. "Boleh saya duduk?," Aku beralih sedikit. Memberi ruang untuk Johan melabuhkan punggung di sebelahku. Johan senyum sambil mengambil tempat di sebelahku. "Awak apa khabar? Lama kita tak bersembang ya?,"Johan memulakan bicara. Ternyata dia sedikit kekok untuk berkomunikasi denganku. Tiba-tiba aku terasa aku pula lebih yakin untuk berdepan dengannya. Tidak seperti selalu, bila dia yang mendominasi perbualan. Bila aku yang terdiam tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Aku pandang wajahnya. Dia diam. Cuma mengira-ngira jarinya yang memang hanya sepuluh itu. Aku tersenyum kecil. Lucu bila Johan tiba-tiba menjadi pendiam. "Kenapa senyum?,"soalnya tiba-tiba. Aku mengulum senyum. Supaya tidak terlalu ketara aku sedang mentertawakannya. "Awak gelak kat saya ya? Kenapa?," "Rasa macam lain bila awak diam macam ni. Selalunya saya yang diam. Sekarang ni, terbalik pula. And, jari awak tu memang sepuluh. Awak kira sampai seratus kali pun, jawapannya tetap sepuluh,"aku berterus-terang. Tidak mahu dia salah faham. Dia tergelak kecil. Cepat-cepat jemarinya terlerai. Tangannya kini memeluk lutut. "Saya pun tak tahu. Tak tahu kenapa tiba-tiba saya rasa segan nak berdepan dengan awak," "Tapi, awak masih nak berdepan dengan saya juga?,"balasku pendek. Senyum kuukir sambail menatap wajahnya yang cuma memandang jauh ke depan. "Hati saya. Hati saya yang nak berdepan dengan awak," Aku pandang wajahnya dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Dah bertunang pun masih nak bercakap pasal perasaan ke dengan aku? "Jangan salah faham. Saya tahu status saya,"Johan bersuara seakan-akan dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiranku. Aku tersenyum. Lega. "Tahniah. Maaf. Lambat ucap tahniah. Tak ada peluang nak berjumpa dengan awak," Johan tersenyum. Senyum yang sukar untuk aku tafsirkan akan maknanya. Bukan senyum gembira. Bukan juga senyum sedih. Terlalu sukar untuk menebak perasaan sebenar lelaki itu. "Tahniah,"sekali lagi aku bersuara. "Terima kasih,"jawabnya sepatah. Situasi yang tiba-tiba menjadi serba canggung membuat aku berasa serba tidak kena. "Saya doakan awak bahagia," "Saya pun berharap begitu," Johan bersuara dengan nada yang tidak pasti. Aku pandang wajahnya tanpa berkelip. Johan tergelak kecil. "Jangan pandang saya macam tu. Walaupun saya dah bertunang, hati saya masih ada perasaan pada awak. Renungan awak boleh buat saya lupa pada status saya sekarang," Cepat-cepa aku mengalihkan pandangan. "Maaf," ujarku sepatah. "Untuk apa?,"soal Johan perlahan. "Untuk segalanya. Saya tak bermaksud nak kecewakan awak. Saya.. Saya..," "Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Saya hormat pendirian awak," "Sherry cakap, awak bertunang sebab.. sebab.. sebab saya. Saya harap Sherry salah," "Saya tak boleh ubah kenyataan tu. Memang itu hakikatnya. Saya tahu saya tak berhak paksa awak. Tapi, saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Memang saya betul-betul cintakan awak," Aku mula tidak senang duduk. Betul-betul tidak senang duduk. "Janganlah cakap macam tu," "Don’t worry. Saya tak akan paksa awak. Saya pun sudah nekad dengan keputusan saya. Saya tak akan ubah fikiran," "Awak jangan buat keputusan semata-mata sebab awak kecewa dengan saya," "Hidup mesti diteruskan kan?," "Ya. Tapi, jangan sampai awak kecewakan tunang awak nanti. Kalau awak bertunang dengan dia tanpa apa-apa perasaan, nanti apa akan jadi padanya?," Johan tunduk. Cuma untuk seketika, sebelum dia mengangkat muka memandang wajaku. Agak lama. Mampu membuat aku pula yang tertunduk. "Sejujurnya, saya ingin awak yang bertunang dengan saya," Ah! sudah! Johan ni, biar betul. Jangan buat kalut Johan oii. Awak tu dah jadi tunang orang. "Tapi, saya tahu, mustahil. Bukan senang nak pikat hati Adiya Fatiha ni. Tak tahulah lelaki macam mana yang dia tunggu. Agaknya tunggu putera kayangan kot," Johan cuba berlawak. Mungkin dia menyedari perubahan riak wajahku. Namun, aku rasa dia pun tidak berasa lucu dengan lawaknya itu. Sebab, tiada segarit senyum pun di bibirnya. Kalau dia tidak berasa lucu, aku, apatah lagi. "Bukan masalah senang atau susah. Benda ni, bukan boleh dipaksa. Macam awak cakap tadi, kan?,"aku bersuara perlahan. "Itu lainnya awak daripada gadis-gadis lain. Itu jugalah yang menjadi tarikan kuat untuk lelaki mendekati awak. Susah nak pikat. Dua tahun saya cuba, tapi failed. Saya nak tengok nasib Encik Firdaus pula. Sama macam saya atau tidak," Aku pandang wajahnya sekali lagi. "Apa pula Encik Firdaus perginya? Tak ada kena mengena langsung,"aku menjawab dengan wajah yang sedikit masam. Johan tergelak. "Semua tahu Diya. Cuma, awak saja yang buat-buat tak tahu. Macam mana awak buat kat saya dulu. Betul tak?," Aku mengangkat punggung. Topik perbualan kami sudah tidak menarik lagi. "Nak ke mana?,"soal Johan sambil mendongak menatap wajahku. "Tak nak cakap pasal nilah," "Harap Encik Firdaus tak kecewa macam saya. Merpati Mara Jaya Industries," Aku mengerutkan kening. Dia pula tersenyum panjang. Walaupun jelas senyumnya itu tiada keceriaan langsung. Tidak faham dengan kata-katanya membuat aku kembali duduk. "Apa yang merpatinya ni?," Tiba-tiba soalan yang datang dari belakang itu membuat aku tersentak. Bukan aku saja, Johan pun turut tersentak. Soalan yang ingin aku tanya sudahpun ditanya oleh Sharifah. "Kau ni! terkejut aku," Sharifah tersengih. Menolak bahu aku dan Johan. Nak menyelit kat tengah-tengah. Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di antara aku dengan Johan. "Ni.. Buat apa ni? Berdating ya? Jangan nak date dengan tunang orang ya, Diya. Dan, kau pulak, jangan nak curang dengan tunang kau," "Mana ada. Ambil-ambil angin jelah,"sangkalku dengan muka yang sedikit kelat. "Apa kau cakap tadi? Merpati? Mana merpatinya? Ada merpati ke kat sini?," "Ada," "Kat mana?," "Tu.. Kat sebelah kau tu,"Johan menjawab selamba. Sharifah menoleh. Memandang wajahku. Aku pula, memandang wajah Johan dengan pandangan hairan. Aku ke yang dia panggil merpati? Hmm.. Kalau panggil Angelina Jolie ke Jennifer Anderson ke, baguslah juga. Ini, merpati? Sharifah tergelak. "Diya ni, merpati?,"soalnya sebelum menyambung gelak. Aku menjeling sambil menampar bahunya. "Yelah. Tak betul aku cakap? Nampak jinak. Bila nak dekat, bukan main tinggi terbangnya. Langsung tak ada peluang nak tangkap," "Ohh.. Kalau itu, aku setuju. Dia ni, memang susah nak dapat. Aku teringin sangat nak tengok dengan siapalah nanti dia bersanding. Susah sangat nak jumpa Mr Right budak sorang ni. Jangan, duk asyik mencari, tiba-tiba dapat yang hampeh, sudahlah,"Sharifah membalas kata-kata Johan dengan nada ala-ala mak orang. "Kot ya pun, nak mengata aku, mengatalah kat belakang. Janganlah mengata aku kat depan-depan macam ni. Terasa hati aku tau. Dahlah. Malas aku nak layan kau,"aku bersuara sambil mengangkat punggung. Sedikit terasa dengan kritikan Sharifah. Aku melangkah meninggalkan Johan dan Sharifah. "Alaa.. Merajuk pulak. Aku gurau jelah," Terdengar suara Sharifah separuh menjerit. Suara itu tidak aku endahkan. Terus berjalan tanpa tujuan yang nyata. "Hey! Tunggulah,"tepukan di bahuku membuat langkahku sedikit terganggu. Sharifah tersengih. "Sorrylah. Aku tak sengaja nak sakitkan hati kau. Aku guarau jelah," Aku diam. "Alaa. Cayang. Janganlah majuk. Cenyum cikit. Cikit lagi. Cenyum. Cenyum..," Aku tergelak. Sharifah turut tergelak. "Kau ni, aku nak merajuk pun, tak boleh,"aku bersuara sambil menmpar belakang Sharifah perlahan. "Kau? Nak merajuk dengan aku? Malam sikitlah,"ujar Sharifah masih bersama gelaknya. Aku tersenyum sambil memeluk bahu Sharifah. Melangkah beriringan di sekitar chalet yang nyaman dan redup. Bukannya boleh lama aku merajuk dengan perempuan ni. "Joe masih pandang kau kat belakang tu," Sharifah bersuara. Spontan aku menoleh. Berlaga pandangan dengan renungan Johan yang tercegat memandangku dari jarak yang agak jauh. Aku ukirkan sekuntum senyuman. Dia turut tersenyum sebelum mengangkat tangan dan berlalu dari situ. "Nampaknya dia masih tak boleh lupakan kau," "Minta-minta kata-kata kau tu, tak benar belaka. Mana boleh dia suka kat orang lain, padahal dia dah bertunang dengan orang lain," aku bersuara dengan rasa yang sedikit bersalah. Kasihan tunang Johan kalau Johan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk melupakan aku. Aku benar-benar berharap agar satu hari, hati Johan tertutup buatku.
salam..hurm, makin lama makin panjang 4 one chapter..good2 tp kan that shown yg novel ni panjang je lagi...huhuhu..tu r part yg x best tu..kn tunggu lg
nmpk sangat yg charming and encik firdaus is da same person..
and,.,.,.,
sha:
maybe apa yg awak teka tu nmpk mcm betol..
tapi saya rasa tak rogol lagi kot but maybe kamal trying n suddenly diya tersedar..
maybe..
harap masih belom tercemar la diya tuh..
n
da writer
salute
coz dis novel doesn't make me bored..
saya ckp camni bukan bermaksud novel len tak best..
he he he he
good job...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mkin best cite nie....
bila nk smbung lg??
x sbr nk bce...
cite nie ade bpe episod??