BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 04, 2008
Novel : Biar YM Yang Bicara 11
Hanni Ramsul
sailmyanii@yahoo.com.my

"Hey!,"
Aku tersentak. Sharifah tergelak kecil. Aku menjeling marah. Ada ke buat aku terkejut kat sini. Kalau tersungkur aku kat meja ni, tak ke malu? Sharifah meletakkan dulang berisi KFC di atas meja. Aku cuma memandang.
"Kau ni, kenapa? Dah dua hari aku tengok kau termenung saja. Ada masalah ke? Gaduh dengan Charming ya?,"
"Mana wedges aku? Kau lupa ya?,"soalku pula tanpa menjawab soalan Sharifah. Sharifah mendengus. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi.
"Adalah. Kejap lagi dia hantar. Lain orang tanya, lain yang dia cakap. Tell me. Kenapa ni? Monyok semacam je aku tengok,"
"Tak ada apa-apalah. Ni.. Azman mana? Kata nak tunggu kita kat sini. Sekarang kita pula yang kena tunggu dia?,"
"Alaa.. Tak ke mananya buah hati aku tu. Kejap lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak biasa pula. Sekarang.. Kau ni. Cepat cerita kat aku, kenapa ni?,"
"Tak ada apa-apalah,"aku cuba mengelak dari menjawab soalan Sharifah. Sharifah merenungku tajam.
"Hai.. sejak bila pandai berahsia dengan aku ni? Cepat cakap. Aku tahu ada sesuatu sedang mengganggu kau ni. Kalau tak penunggu, mesti orang bunian ni,"
Aku tergelak kecil. Kata-kata Sharifah ternyata mampu menggeletek hatiku. Melihat aku ketawa, Sharifah tersenyum kecil.
"Pandai pun senyum. So, sekarang, dah boleh cerita dah?,"
"Kau ni, memang pandai buat lawaklah,"
Sharifah cuma menyambung senyumnya yang masih bersisa.
"Excuse me. Table no. 5. Two large wedges?,"
"Yes," laju aku menjawab. Pelayan restoran yang membawa pesanan cuma tersenyum sambil meletakkan dua kotak wedges di atas meja.
"Thanks," ujarku sebelum pelayan itu berlalu bersama senyum yang manis. Aku menarik kotak wedges. Mula menyuap wedges ke mulut.
"Amboi.. Dalam termenung, sempat lagi makan ya? Sampai dua large size pula tu. Dah tu, makan sampai tak ingat nak pelawa orang,"
Aku tersenyum. Terlupa. Lapar membuat aku lupa rupa-rupanya ada manusia di hadapanku.
"Sorry. Lupa. Aku laparlah. Dah dua hari aku tak makan. Kau tahu tak?,"ujarku sambil menikmati keenakan kentang yang bersalut mayonis. Memang sudah dua hari aku tidak makan. Asyik memikirkan tentang Charming, aku jadi lupa segala-galanya. Hari ini baru terasa yang perut ini benar-benar minta diisi.
"Aku tahu. Itu sebabnya aku tanya ni. Apa masalah kau?,"
Aku mengeluh perlahan. Suapan pun mula perlahan. Aku bersandar ke kerusi. Memandang wajah Sharifah yang menunggu ceritaku.
"Charming..,"
"Haa.. Kan aku dah kata. Memang aku dah agak dah. Memang gaduh dengan Charming ni. Kenapa? Dia marah kat kau, sebab kau tak nak jumpa dia? Itulah. Aku dah cakap. Jumpa..jumpa.. Kau degil. Sekarang, tengok. Betul tak aku cakap? Mesti dia marah kat kau punya. Kalau aku pun aku marah. Macam nak main-main je. Silap-silap kena tinggal terus,"
Aku pandang wajah Sharifah tajam. Geram. Belum pun sempat aku buka cerita, dia sudah pun siapkan satu karangan untuk aku. Kalau betul tak apa. Ini semuanya salah fakta.
"Kau.. Boleh tolong diam tak? Nak dengar cerita aku ke nak dengar cerita kau ni?,"
Sharifah tersengih sambil menutup mulut dengan jemarinya.
"Ok. Ok. Aku diam, kau cerita,"
"Macam mana aku nak cakap ya?,"
"Kau gaduh ke?,"
"Taklah. Mana ada gaduh. Cuma, aku terfikirkan kata-kata kau,"
"Wait. Kau termenung sana, termenung sini, pasal Charming ke pasal aku?,"
"Sherry. Please. Kau nak dengar tak nak ni?,"
"Ok. Sambung,"
"Pasal Charminglah. Aku terfikir kau cakap, mana ada lelaki yang boleh serius dengan perempuan yang dia tak kenal. Aku jadi was-waslah dengan perasaan dia kat aku. Entah-entah dia cuma nak main-mainkan aku tak?,"
"Kenapa kau cakap macam tu?,"
"Dua hari lepas, dia luahkan perasaan kat aku. Dia cakap dia betul-betul serius dengan aku. Tiba-tiba aku jadi sangsi pula bila dia tiba-tiba cakap macam tu. Dia cakap, dia yakin sangat-sangat yang dia boleh terima aku, walau macam mana pun keadaan aku,"
"Laa.. Pulak. Kenapa pula? Dulu bila dia jarang chat dengan kau, kau kata dia tak serius. Sekarang ni, bila dia selalu call kau, chat dengan kau. And, siap luah perasaan lagi, tiba-tiba kau cakap dia nak main-main? Tak fahamlah aku dengan perangai kau ni. Entah-entah kau yang nak main-main kot,"
"Mana ada. Aku betul-betul sukakan dia. Itu yang buat aku jadi takut ni. Takut kalau dia tak serius dengan aku. Takut kalau-kalau semua yang dia cakap tu, semuanya saja nak permainkan aku. Aku takut nanti aku kecewa sorang-sorang. Sebab dia cakap macam real sangat. Bila dah real sangat tu, rasa macam tipulah pulak,"
"Itu sebabnya kau kena juga jumpa dia, kalau kau dah betul-betul suka kat dia. Aku rasa dia pun, tak ada nak main-mainkan kau kot. Kalau dia nak main-main, mesti dia dah lama give up sebab kau bukannya nak jumpa dia pun. Cubalah jumpa dulu. Baru boleh kenal hati budi dia. Lama-lama bercinta macam ni pun tak elok. Kau tak tahu perangai dia macam mana. Baik ke dia? Serasi ke dengan kau? Itu semua kau tak tahu. Tapi, makin lama kau makin sayang kat dia. Nanti, bila dah makin sayang, keadaan akan jadi lebih complicated. Kau tahu tak?,"
Aku mengeluh panjang. Betul tu. Itu yang buat aku resah gelisah ni.
"Aku tahu. Tapi, aku takutlah, Sherry. Aku malu. Nanti apa dia fikir pasal aku?,"
"Laa… Species apalah kau ni. Nak heran apanya apa kata dia? Dah kau berdua memang fall in love kan? Dua-dua dah sama-sama jatuh cinta cinta. Takkan nak kutuk girlfriend sendiri kot. Nak kata apa lagi? Jumpa dan kenal hati budi masing-masing. Mana boleh bercinta macam ni selama-lamanya? Nak kahwin nanti macam mana? Takkan nak nikah kat YM kot. Bersanding dengan PC? Macam tu?,"
Aku tergelak. Bersanding dengan PC? Terbayang pula kat mata aku, aku ayu berbaju pengantin, kemudian duduk di sebelah komputer. Hahaha! Kelakarnya. Memanglah Sharifah ni pandai membuat aku kembali ceria.
"Kau ni. Ada ke situ pula perginya," ujarku bersama-sama sisa-sisa gelak.
"Aku cakap, kau gelak. Tapi, cuba kau fikir, kalau kau terus macam ni, hubungan kamu berdua tak akan ke mana-mana. Tak akan berkembang,"
"Aku tahu. Tapi, aku memang tak berani nak jumpa dialah. Aku takut. Aku malu,"
"Teruskanlah takut dan malu kau tu. Nanti melepas baru padan muka,"
"Kalau dia memang saja nak permainkan aku , macam mana?,"
"Sekuarang-kurang kau tahu. Mana kau nak? Kau nak tahu dia permainkan kau sekarang, atau kau nak bila kau dah betul-betul tak boleh nak lupakan dia,then baru kau tahu yang dia cuma permainkan kau? Mana satu pilihan kau? Mana satu yang lebih menyakitkan?,"
Aku termangu. Terfikir kata-kata Sharifah. Semuanya benar belaka.
"Memang aku dah betul-betul sukakan dia pun. Dah betul-betul jatuh cinta kat dia. Tak pernah aku rasa macam ni kat lelaki. Aku rasa, aku memang tak boleh nak lupakan dia. Itu yang buat aku takut. Takut kalau dia cuma nak tipu aku. Tak sanggup aku nak berdepan dengan keadaan tu,"
"Kau kena berani Diya. Ini bukan soal main-main. Melibatkan perasaan. Jangan sampai kau makan hati nanti. Cubalah dulu. Bukan tak ada orang yang serius bila bercinta online ni. Think positivelah. Jangan asyik fikir yang tak elok saja. Lagipun, kalau kau nak fikir semua benda yang tak elok ni, kau kena fikir sebelum kau terlajak jatuh cinta pada Charming tu. Semasa kau mula-mula berchatting dengan dia dulu.. Kalau sekarang baru kau nak fikir semua ni, aku rasa dah terlambat. Kau kena teruskan juga. Macam mana endingnya, itu kau kena tawakallah. Harap-harap ending atas pelaminlah,"
"Kau cakap ni.. makin menakutkan akulah. Bukan buat aku rasa lega. Buat aku makin susah hati pulak,"
"Dah tu kau nak aku cakap apa? Situasi kau sekarang ni, memang macam ni. Berbahaya. Tak perpenghujung. Kalau kau masih juga dengan malu dan takut kau tu, memang tak akan selesai masalah kau dengan Charming. Hubungan kanu berdua juga, akan terus tergantung macam nilah,"
Aku diam. Betul kata-kata Sharifah. Tapi, apa yang mampu aku lakukan? Memang aku tiada kekuatan langsung untuk berjumpa dengan Charming, walaupun hatiku sudah penuh rasa sayang untuknya. Aku tidak berani. Aku malu dan aku takut dipermainkan. Susahnya kalau tidak pernah jatuh cinta ni. Sekali dah jatuh cinta, pada halimunan pula. Betul-betul dugaan ni.
"Dah… terlopong pulak. Kenapa?,"soal Sharifah. Cepat-cepat aku buat muka ayu. Teremosi pula aku mengelamun.
"Mana ada terlopong…,"
Sharifah tergelak sambil mencapai wedges di hadapanku. Lengan baju kurungnya diselak. Melihat jam di tangan.
"Mana si Azman ni? Ni yang buat aku rasa macam nak marah ni," gumamnya perlahan.
"Alaa.. Tak ke mananya Azman tu. Kejap lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak biasa pula,"aku mengulangi kata-kata Sharifah padaku. Membuat gadis itu memandangku dengan pandangan geram. Giliran aku pula tersenyum.
"So, macam mana? Apa kau nak buat?,"
"Biar takdir yang menentukannya. Tak larat aku nak fikir. Dan Biarlah YM itu yang berbicara. Selama mana dia nak berbicara..,"aku bersuara separuh bermadah. Sharifah mencebik.
"Alaa.. Senang-senang kau tutup buku je dengan Charming ni. Ambil je orang kat depan mata,"
"Siapa?,"
"Encik Firdauslah,"
"Kau ni. Sempat juga nak menyelitkan Encik Firdaus tu ya? Tak ada maknanya. Kau tolong jangan buat aku perasan, boleh tak? Aku malu sebab jatuh cinta cinta dengan Charming ni, aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi, kalau dah aku terjatuh cinta kat Encik Firdaus tu. Eeee. Tak naklah. Malu besar tu. Terjatuh cinta kat bos sendiri. Dah lah tu, jatuh cinta sorang-sorang pulak tu. Oh tidak. What a nightmare. So, please jangan buat aku jadi perasan sorang-sorang,"
"Mana kau tahu kau bertepuk sebelah tangan? Kau tak cuba pun?,"
"Dahlah. Tak nak cakap pasal nilah. Tukar topik. Ada ke nak cuba bercinta dengan bos pula. Kalau dia cuba bagi surat warning kat aku, macam mana? Tak ke menggelupur aku nak cari kerja lain?,"
Sharifah menjungkit bahu tanpa berkata apa-apa. Cuma sedikit senyuman yang terukir di bibirnya. Aku turut diam.
"Haaa… Tu pun dia. Baru sampai,"aku bersuara sebaik melihat langkah Azman yang tergesa-gesa melangkah ke arah kami. Buat-buat kelam kabutlah tu. Lelaki ni… memang tak pernah berubah.
"Sorry. Aku lambat. Sorry sayang. Saya ada hal kejap tadi,"Azman bersuara sambil memandang ke arahku, kemudian dialihkan pula ke wajah buah hatinya. Sharifah menarik muka sambil menjeling. Aku yang memandang cuma tersenyum. Merajuklah tu.
"Alaa… Janganlah marah. Betul. Tak sengaja,"
"Dahlah Man. Duduk jelah. Kau punya tak sengaja tu, aku dengar daripada form two lagi. Dah.. Dah.. Duduk dan makan je ayam yang dah tak berapa panas ni,"aku bersuara sambil memberi isyarat supaya dia duduk. Azman tersengih. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi di sebelah Sharifah.
"Sherry, janganlah marah ya? Saya minta maaf. Betul. Ada hal tadi,"
"Hal apa?," soal Sharifah sambil menatap wajah Azman tanpa berkelip. Azman tersenyum.
"Jangan pandang saya macam tu, awak. Tergoda ni,"
Spontan jemari Sharifah melekat ke belakang Azman. Pang! Ha. Kan dah kena lempang. Aku tergelak. Azman menyeringai menahan sakit.
"Mengada-ngada," Sharifah bersuara sambil menngosok telapak tangannya. Pedihlah tu. Lempang Azman kuat sangat.
"Sakitlah. Tak baik buat kat bakal suami macam ni, tau,"
"Ala.. baru bakal suami. Belum jadi suami lagi. So, belum dikira derhaka pada suami lagi,"
Azman menjeling. Muka yang tadi manis sudah menjadi sedikit kelat. Aik! Sekarang siapa yang merajuk, siapa yang nak memujuk ni? Macam dua-dua dah merajuk saja. Aku leka menjadi pemerhati. Kalut betul pasangan ni. Tersenyum melihat wajah Sharifah pula berubah menjadi cuak.
"Awak. Sorrylah. Sakit ke?,"
"Takkkkk….. Tak sakit. Best. Tak tahu ke kena lempang macam ni, best rasanya?,"Azman menjawab soalan bodoh Sharifah dengan nada sedikit geram. Aku tergelak.
"Sorrylah. Tak sengaja. Awak pun satu. Kenapa cakap macam tu? Tak malu ke?,"
"Laaa.. Nak malu apanya? Tergoda kat bakal isteri pun nak malu ke?,"
Sharifah diam. Cuma aku perasan wajahnya sedikit memerah. Malulah tu. Mood Azman pula, sudah mula baik semula. Sekejap saja rajuknya.
"Malu pulak," Azman mula menyakat. Sharifah menjeling. Tanpa menjawab, dia menarik kotak wedgesku. Tanpa menghiraukan senyum nakal Azman, dia terus menyuap kentang wedges ke mulut. Melihat reaksi Sharifah, Azman tergelak.
"Nak kena lempang lagi ke?,"soal Sharifah, garang.
"Nak. Tapi, pelan sikit ya. Jangan kuat sangat. Sakit,"
Sharifah mendengus marah. Aku tersenyum. Sesungguhnya aku cukup suka melihat gelagat Azman dan Sharifah. Sejak dari sekolah sehingga ke hari ini, tingkah mereka tidak pernah membuat aku jemu.
"Oh ya. Diya, Abang Kamal kirim salam,"
Senyum lebar yang menghiasi bibirku mati tiba-tiba. Di mana pula Abang Kamal berjumpa dengan Azman ni? Waalaikumussalam. Aku menjawab di dalam hati.
"Mana kau jumpa dia?,"
"Kat luar tadi. Kat parking,"
"Haa?! Dia kat sini ke?," soalku terkejut. Tiba-tiba punggung terasa panas. Nak saja aku lari dari situ.
"Ya. Yang kau terkejut sangat ni, kenapa?,"
"Tak ada apa-apa. Dia buat apa kat sini?,"

"Entah. Mana aku tahu. Tak sempat tanya pun. Lagipun dia nak cepat. Dia oncall katanya,"
Jawapan Azman membuat aku sedikit lega.
"Dia dah pergilah?,"
"Ya. Kau ni, gabra semacam pulak. Kenapa?,"
"Tak ada apa-apalah,"aku menjawab sambil kembali tersenyum. Selamat. Perlahan aku mengurut dada.
Azman mencebik. Pandangannya dialihkan pula pada Sharifah.
"Awak dah cakap kat Diya ke?,"
"Belum. Tunggu awaklah,"
Azman tersenyum.
"Cakap apa?," soalku hairan.
Azman menjungkit bahu sambil mencapai seketul ayam goreng. Sharifah memandang wajahku.
"Awak nak cakap ke, saya yang nak cakap ni?,"
"Saya nak makan. Awak cakaplah,"
Sharifah menepuk perlahan bahu Azman, membuat Azman tergelak kecil.
"Apa dia? Cakaplah,"
"Bulan depan kami nak bertunang,"
"Oh… Tahniah. Tahniah Man. Tak sabar nak tunggu ni,"
Sharifah tersenyum bahagia. Azman turut tersenyum sambil menatap wajah Sharifah. Nampaknya tidak lama lagi teman baikku ini akan menamatkan zaman solonya. Tinggallah aku seorang diri nanti.
"Lama ke kau orang nak bertunang?,"
"Entah. Belum bincang dengan mak aku lagi pasal tempoh tu. Tapi, mesti dia orang tak bagi lama-lama,"Sharifah membuka cerita.
"Saya pun tak nak lama-lama. Kalau boleh tak nak bertunang pun. Terus kahwin, kan senang," Azman menyampuk sambil meratah ketul ayam yang kedua. Aku tergelak.
"Apa pulak tak payah bertunang? Ingat kahwin koboi ke apa?,"soal Sharifah marah. Azman tersenyum panjang.
"Baguslah tu. Tunang lama pun buat apa? Baik kahwin cepat-cepat,"
"Itulah. Aku setuju cakap kau, Diya. Kau? Bila pula? Takkan nak tunggu dapat title andartu baru terhegeh-hegeh nak cari calon. Jangan jual mahal sangat," Azman bersuara lagi. Mak oi. Azman ni, kalau bercakap tak reti nak bertapis. Sama saja dengan Sharifah.
"Nantilah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau nak cari sana sini, tapi, memang dah tertulis aku ni akan jadi anak dara tua, tak guna juga,"
"Uish. Macam marah je,"
"Ye la. Suka-suka je kau nak kutuk-kutuk aku ya?,"
"Bukan kutuk. Ingatkan,"
Aku mencebik. Deringan telefon bimbitku menghentikan bicara. Aku buka beg. Melihat siapa yang menelefon. Charming. Nak jawab ke tidak?
"Siapa?,"soal Sharifah. Telefon aku matikan. Nantilah aku telefon semula.
"Tak ada siapalah. Kat mana kita tadi?,"jawabku sambil menyimpan semula telefon bimbit. Sharifah cuma mengangkat kening. Tanda tidak percaya dengan kata-kataku. Aku tersenyum. Nantilah Sharifah. Takkan nak cakap kat depan Azman ni. Malulah aku.

*******
posted by BLOGGER @ 9:00 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 4/7/08 10:30 PG, Blogger @chik said…

    hehheeh besttt,,,cte neh smpai bape episod??x sabau nak abekan ctenye,,,;)

     

  • At 4/7/08 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    2 ah,ble nak abeh ni.aku dah nk blek u dah.huhu dkt sbulan nunggu ending cte neh tp x abeh gak.to da writer,bleh tulis cpt ckit tak.Aku suka bangat sama novel kamu.Please..

     

  • At 4/7/08 11:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sngt cite nie
    bila nk abis cite nie
    ade lg bape episod?

     

  • At 5/7/08 1:11 PG, Blogger aku said…

    ades lmbtnya citer ni nk hbs...
    cepat r sikit hbskn..
    xsabar2 nk tahu ending dia nih..
    mesti happy ending nih..
    hopefully...
    bagus cerpen nih!
    ayat power!caya r..hehe
    idea2 pun mmg bernas betul!
    well done!
    keep up the good work!

     

  • At 5/7/08 9:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entahlah. tak tahu.susah nak cakap sebab saya buat citer ni, secara spontan. apa pun, nanti kalau saya pendekkan citernya mcm meloncat pulak. harap anda tak bosan untuk terus mengikuti kisah ini.terima kasih atas sokongan semua. dan komen anda amat saya hargai.

     

  • At 7/7/08 10:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku tau ending cite ni mesti charming n firdaus tu adalah org yg sama.. ;)

     

  • At 7/7/08 11:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sokong2..ni mesti charming n en.firdaus tu org same...
    huhu x kesah la...suka la citer ni...logik citer ni..
    ini la yang blaku pada dunia zman internet ni..
    lbey slesa chat via ym n phone dr chat bertentang dua pasang mata..:P

     

  • At 9/3/09 3:53 PG, Blogger ♥corcraze♥ said…

    EIHH..mnyampah tol lah aku ngn perangai ngade2 diya nih..
    takotlah,seganlah..
    nak wat cite diya xnak jumpe charming sbb charming ngn en.firdaus tu same org kan..
    hahhaa..

     

  • At 12/9/10 2:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kita selalu ckp charming or firdaus orang yg sama..

    maybe diya taktau sapa charming...

    but takder plk org tanya ...

    charming or encik firdaus tau tak secterary(diya fatiha)

    dia tu adalah kekasih kat alam maya ??

    atau dia pun taktau...

    atau dia tahu..(saja wat tak tahu)

    atau dia saja nak menduga ???

    ntarhh...

    banyak membebel la plk..

    nice trying

    good job

    salute da writer..

    cutey da Una

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group