Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana di rumah banglo dua tingkat itu kelihatan sibuk. Kehadiran tetamu yang membanjiri halamannya membuatkan tuan rumah tidak menang tangan.
"Terima kasihlah sudi datang. Jemputlah ya," Puan Syafira ramah melayan tetamunya. Sedang Puan Syafira sibuk melayan tetamu, seorang gadis terkoco-koco mendapatkannya. Gadis itu berbisik sesuatu ke telinganya. Air muka Puan Syafira berubah setelah mendengar berita yang disampaikan oleh gadis itu.
"Budak ni memang nak kena," Puan Syafira cuba mengawal kemarahannya di hadapan tetamu. "Jemputlah ya. Saya nak tengok pengantin sekejap." Puan Syafira meminta diri.
"Tak nak!" Dia berkeras tidak mahu memakai pakaian itu. Biar dipujuk beribu kali, dia tetap dengan pendiriannya. Kenapa aku yang kena tanggung semua ni? Sungguh, aku tak sanggup.
"Afia, janganlah macam ni," suara itu masih cuba memujuk.
"Aku tak nak kahwin dengan dia!"
Bukan ke Kak Afni yang sepatutnya jadi pengantin perempuan hari ni? Sanggup Kak Afni menolak ‘bala’ ini kepada aku? Sedangkan dia berbahagia bersama teman lelakinya di sana.
"Kenapa degil sangat ni?" Suara itu menggamit mata mereka yang berada di dalam bilik itu ke arah pintu. Puan Syafira kelihatan marah. "Afia, kenapa tak nak pakai baju tu?"
"Ma, Afia tak nak kahwin dengan dia. Tolonglah, ma," Afia merayu minta dilepaskan daripada perkahwinan yang tidak dirancang itu.
"Apa yang Afia merepek ni? Afia sanggup malukan mama dan abah ke? Afia nak ikut jejak Kak Afni? Sia-sia aja mama dan abah besarkan kamu orang. Ini ke balasan kamu orang?"
"Ma, bukan Afia tak nak ikut cakap mama. Tapi perkahwinan ni berkaitan dengan hidup Afia seumur hidup. Afia tak sanggup, ma," Afia cuba meraih simpati mamanya. Tidakkah mama mengerti perasaan aku?
"Dah, jangan cakap lagi. Mama nak Afia siap sekarang juga. Bila-bila masa aja pengantin lelaki akan sampai. Ida, siapkan Afia. Kalau dia degil juga, paksa dia!"
"Baik, puan," Ida, pembantu rumah mereka terpaksa akur dengan arahan majikannya.
Afia kecewa dan hampa dengan sikap mamanya. Ini semua salah Kak Afni. Kalau tak suka lelaki tu, kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa Kak Afni setuju masa mama dan abah tanya dulu? Kenapa aku yang jadi mangsanya?
Seketika kemudian kedengaran paluan kompang di luar. Itu tandanya pengantin lelaki sudah sampai! Ida mula menggelabah. Baju pengantin berwarna biru langit itu dihulur kepada Afia. Afia hanya memandang baju pengantin itu tanpa menyambutnya. Adakah hidup aku akan berakhir di sini?
"Pengantin perempuannya mana?" soal tok kadi yang diamanahkan mengendalikan upacara akad nikah pada hari itu.
"Afia mana?" Ariffin mendapatkan isterinya yang baru saja keluar dari bilik Afia. "Dia orang semua dah tunggu."
"Sekejap lagi dia keluar," ujar Puan Syafira. Harap-harap Afia tak buat hal lagi. Bukan dia mahu memaksa tapi dia terpaksa. Antara mereka tiga beradik, Afialah yang paling tidak banyak kerenah. Dia sendiri pun tidak sanggup namun demi nama baik keluarga mereka, dia harus mengorbankan hidup Afia. Maafkan mama, Afia.
Tidak lama kemudian, Afia keluar diirngi Ida dan beberapa orang gadis lain. Afia tunduk tanpa mempedulikan mata yang memandangnya.
Minta-minta perkahwinan ni batal. Minta-minta pengantin lelaki pengsan. Tak pun, dia terlupa bawa cincin ke. Tok kadi ni tok kadi palsu atau apa ajalah yang dapat menghalang perkahwinan ni diteruskan.
"Boleh kita mulakan sekarang?" Tok kadi itu bersedia untuk menikahkan pasangan tersebut.
"Ya, boleh," jawab Ariffin.
"Aku nikahkan dikau Sukri Saputra dengan Sharifah Nur Afia binti Ariffin…"
Namun belum sempat ayat itu dihabiskan, suatu suara kedengaran mengarahkan agar perkahwinan itu dihentikan. Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan berani lelaki itu termasuk Afia. Suara itu amat dikenalinya. Mungkinkah itu…? Afia segera mengangkat muka. Afia gembira melihat lelaki di hadapannya itu. Duta!
Lelaki itu mendapatkan Afia.
"Afia, benarkah kamu mahu menikahi dia?"
Afia menggeleng.
"Bukankah kamu telah berjanji akan menunggu aku?"
Afia menggangguk.
Tiba-tiba lelaki itu bernyanyi.
Masih banyak yang harus kucari
‘Tuk bahagiakan hidupmu nanti
Bisa bertahankah kau di sana?
Bisa bertahankah sayang?
Cuba bertahanlah kau di sana
Cuba bertahanlah sayang…
Suara Duta yang mendendangkan lagu ‘Bertahan di Sana’ itu mengejutkannya daripada lena. Siapa pula yang kacau ni? Orang tengah syok mimpi Duta.
Dia meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitnya. Tanpa melihat nama yang tertera di skrin, dia terus menekan butang ‘answer call’.
"Woi, cik kak! Kau tak nak datang kelas ke?" suara di hujung talian menerjah di telinganya. Dia terkejut mendengar suara itu.
"Siapa ni?" tanyanya. Tetiba aja nak marah aku. Bagi salam pun tak. Dahlah kacau mimpi aku. Tapi nasib baik perkahwinan tu hanya mimpi.
"Hello! Siapa aku? Wah, baru cuti dua hari, kau dah lupa aku?" balas suara itu. Mabuk ke budak ni?
Julia! Astaga… Kalau ya pun, tak payahlah cakap kuat-kuat. Aku tak pekaklah!
"Haa, Ju. Ada apa kau telefon aku ni?" Dia mula mengecam suara teman baiknya itu.
"Ada apa kau tanya aku? Hari ni hari apa?"
"Apa pasallah kau ni? Takkan kau telefon aku semata-mata nak tanya hari ni hari apa. Kau ni buang masa aku ajalah. Aku mengantuk ni."
"Oh, kau tidur? Kau lupa ke hari ni hari Isnin. Pagi ni ada kelas Cik Syazliana. Dah lebih tiga kali tahu kau tak masuk kelas dia. Kau tak takut dia tak bagi kau ambil periksa ke nanti?"
"Laa…pagi ni kelas dia ke?"
Kacau betul! Kenapalah dia orang suka sangat buat kelas pagi-pagi? Alangkah bagusnya kalau pagi ni tak ada kelas. Boleh aku sambung tidur dan mimpi Duta aku.
"Afia! Kau tidur ke?"
"Aku dengar," Afia melihat jam tangannya yang diletak di atas meja di sebelah katil.
Baru tujuh lima puluh. Kelas pukul lapan setengah. Pukul lapanlah baru aku bangun. Bukannya jauh sangat kelas aku. Jadi, aku ada sepuluh minit lagi untuk sambung tidur.
"Jangan tidur! Bangun cepat," sergah Julia. Dia masak benar dengan perangai Afia. Gara-gara tidurlah, Afia sering terlanjak masa untuk ke kelas. Kadang-kadang pula dia langsung tak pergi kelas.
"Yalah, aku siap sekarang," Afia mematikan talian. Kecohlah minah ni. Belum pukul lapan lagi. Baik aku sambung mimpi aku tadi. Apalah kesudahan mimpi aku tadi?
Afia kembali merebahkan diri ke katil. Belum pun sampai lima saat, dia telah lena diulit mimpi.
"Biarlah kau nak kata aku kecoh ke, apa ke. Sebagai kawan, mestilah aku tak nak kau dapat susah," Julia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil kemudian dia mencapai tuala mandi yang tersangkut di birai katil lalu menuju ke bilik mandi yang terletak di sebelah biliknya. Hanya beberapa tapak sudah sampai.
Sememangnya kolej Puncak Perdana adalah kolej yang boleh dikatakan agak mewah berbanding dengan kolej-kolej lain di UiTM. Tambahan pula, kolej ini kolej baru. Bangunannya yang berbentuk apartment terdiri daripada enam buah blok di mana blok 1, 2 dan 3 adalah asrama perempuan manakala blok 4, 5 dan 6 adalah blok lelaki.
Setiap blok terdiri daripada lima tingkat dan mempunyai 100 rumah. Setiap rumah pula mempunyai tiga buah bilik iaitu sebuah bilik master yang dapat memuatkan empat orang pelajar, dua buah bilik yang masing-masing dapat memuatkan dua orang pelajar, dua buah bilik mandi, sebuah dapur dan ruang tamu.
Namun begitu, para pelajar tidak dibenarkan membawa dapur gas ataupun televisyen ataupun sebarang perkakas elektrik yang kuasanya melebihi __ watt bagi mengurangkan penggunaan elektrik.
Tidak seperti kampus cawangan UiTM yang lain kerana kampus ini hanya mempunyai tiga fakulti iaitu Komunikasi dan Pengajian Media, Pengurusan Maklumat dan Teknologi Kreatif dan Artistik. Ketiga-tiga fakulti ini berkongsi satu bangunan yang sama yang terletak di belakang asrama pelajar.
Seperti asramanya, bangunan fakultinya yang dicat dengan warna biru dan kuning itu juga mewah dan serba baru. Setiap kelas dilengkapi dengan dua buah papan putih, sebuah meja untuk pensyarah, 30 buah meja dan kerusi, dua buah kipas dan dua buah pendingin hawa.
Seorang gadis melangkah laju menuju ke bangunan fakulti. Baju kurung yang membaluti tubuhnya membataskan pergerakannya.
Kenapalah UiTM ni suruh pakai baju kurung hari Isnin? Lecehlah! Konon nak mendisiplinkan pelajar tapi mak guard tak pula dikenakan peraturan tu. Ngomelnya di dalam hati apabila terlihat seorang pengawal keselamatan wanita yang berseragam biru di hadapannya.
"Kad matrik mana, dik?" pengawal keselamatan itu menahannya apabila dia melintasi jambatan yang menghubungkan bangunan asrama dengan bangunan fakulti.
Langkahnya terhenti. Aiseyman. Mak guard ni macam tahu-tahu aja aku ngumpat dia tadi. Dia meraba-raba di dalam begnya. Mana pula kad matrik aku ni? Biasa aku taruk dalam ni.
Selepas puas tangannya menjelajah di dalam beg selempang hitam itu, akhirnya dia dapat tersenyum apabila tangannya mencapai benda yang dikehendaki. Ada pun! Dia menarik keluar kad berwarna kuning itu lalu ditayangkan kepada pengawal keselamatan itu.
"Kenapa tak pakai? Kad matrik ni untuk dipakai, bukan buat simpan di dalam beg," tegur pengawal keselamatan itu dengan kereknya.
Macam bagus aja! Habis tu, takkan nak pakai kad matrik ni 24 jam? Nasib baik tak kena saman. Kalau datang gila dia, silap-silap melayang dua puluh ringgit aku. Ada aja nak cari salah pelajar. Manusia mana yang tak pernah buat salah? Manusia mana yang tak pernah lupa? Dia melihat jam di tangannya. Lapan lima puluh sembilan? Habislah aku! Langkah dipercepatkan.
Dia termengah-mengah menahan penat sebaik-baik saja dia muncul di muka pintu kelas itu. Seolah-olah dia baru saja menyertai marathon. Macam tak ada guna aja dia mandi sebelum ke kelas tadi kerana kini badannya dibasahi peluh. Bazir air aja!
Dia melihat ke depan kelas lalu mengeluh lega. Fuh, nasib baik Cik Syazliana tak datang lagi.
Dia menuju ke kerusi kosong di sebelah pelajar perempuan yang berbaju kurung kosong berwarna hijau muda dan berkain kotak-kotak segiempat. Pelajar-pelajar kelas itu sudah sedia maklum tentang hubungan akrabnya dengan pelajar perempuan itu. Mereka memang selalu duduk bersebelahan di dalam kelas.
"Cik Syazliana tak datang lagi ke?" soalnya kepada pelajar perempuan itu. Biasa Cik Syazliana datang tepat pada waktunya. Pensyarah dedikasilah katakan.
"Dah datang pun tadi," jawab pelajar perempuan itu.
"Dah datang? Habis, mana dia?"
"Dia datang kejap aja. Dia ada mesyuarat pukul sembilan."
"Laa…buat penat aku aja terkejar-kejar."
"Kan aku dah kejut kau tadi. Kau sambung tidur ya?" Julia sudah dapat mengagak. Nasib baiklah aku tak satu bilik dengan kau. Kalau tak, memang teruklah kau. Tiap-tiap hari kena bangun pukul enam setengah.
Afia hanya tersenyum.
"Habis ni, Cik Syazliana tak datang baliklah? Kedatangan aku macam mana?" Dahlah aku terpaksa korbankan tidur aku demi kelas dia. Takkan kedatangan
aku tak diambil kira. Habislah aku macam ni. Macam mana nak ambil periksa?
Sudah menjadi peraturan UiTM, pelajar yang tidak hadir ke kelas tanpa sebab yang munasabah sebanyak tiga kali dan lebih tidak boleh menduduki peperiksaan akhir.
"Nasib kaulah. Itulah. Bila aku kejut, tak nak bangun terus. Lain kali bila dah bangun, jangan baring lagi. Terus bangkit," Julia sudah memulakan khutbah paginya.
"Apalah kau orang. Kelas dah habislah. Balik ajalah," suatu suara menegur dua orang pelajar lelaki yang baru saja sampai. Afia dan Julia memandang ke hadapan kelas.
Kedua-dua pelajar lelaki tadi menghampiri mereka. Seorang berkemeja putih dan seorang lagi berkemeja biru. Masing-masing lengkap bertali leher.
Setiap hari Isnin, pelajar lelaki diharuskan memakai kemeja dan bertali leher manakala pada hari lain pula, mereka dibenarkan memakai t-shirt dengan syarat baju itu berkolar. Hari Jumaat pula mereka digalakkan memakai baju Melayu. Pelajar perempuan pula diharuskan memakai baju kurung pada setiap hari Isnin dan Jumaat.
"Cik Syazliana pergi mana?" tanya pelajar lelaki yang berkemeja biru.
"Cik Syazliana ada mesyuarat pukul sembilan," kata Julia. "Tapi dia ada bagi kerja. Tadi kita orang buat cabut undi untuk group project."
"Kita dapat projek apa?" tanya pelajar lelaki yang berkemeja putih pula.
"Entertainment program," ujar Julia penuh excited.
"Kita bincang kat kafelah," ujar pelajar lelaki yang berkemeja putih.
"Ala…Di, aku nak balik biliklah," Afia menolak cadangan itu. Kan awal lagi. Bagilah aku tidur dulu.
"Jangan nak mengada-ngada. Ini kan group project. Semua kena datang," tegas Adi, pelajar lelaki yang berkemeja putih.
"Petang nanti mengantuk. Lagipun kau nak balik buat apa? Pukul sebelas setengah nanti kan kita ada kelas lagi."
"Sebelas setengah. Sekarang kan baru sembilan setengah," Afia masih berdalih. Sungguh, dia masih kepenatan. Walaupun perjalanan dari pusat bandar Shah Alam ke Puncak Perdana hanya mengambil masa setengah jam, namun kepenatan itu tetap terasa apabila terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya pada pagi itu.
"Dah, jangan membantah. Ikut aja!" Adi dan pelajar lelaki berkemeja biru itu terus melangkah ke kafe tanpa menunggu kata-kata seterusnya daripada Afia.
Afia menarik muka mendengar kata-kata Adi. Tak bertimbang rasa langsung!
"Jomlah," Julia menarik lengan Afia. Afia menurut dalam keterpaksaan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bored