BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 30, 2008
Novel : Asyrafia 4
Ilmar Imia
emigank@yahoo.com

BAB 4

Seperti yang telah dipersetujui, pagi itu selepas kelas Cik Syazliana, Afia, Julia, Adi dan Rizal berkumpul bagi membincangkan tugasan Broadcast mereka.

"Dah pukul berapa ni? Mana si Norin ni? Ju, kau cakap tak kat Norin yang kita nak jumpa kat sini?" Adi mula hilang sabar. Dah hampir setengah jam mereka menunggu di perpustakaan itu tapi batang hidung si Norin pun tak nampak.

"Dah. Aku dah cakap tadi," ujar Julia.

"Hee…macam anak raja aja," getus Adi.

Dah kena repeat tu, buatlah cara repeat. Tak ada komitmen langsung. Patut pun kena repeat! At least telefonlah bagi tahu nak datang lambat. SMS ke. Apa guna ada handphone canggih?

"Ala… Kita mula ajalah. Buang masa aja tunggu dia," cadang Afia. Perkara yang paling dibencinya adalah menunggu!

"Ok, kita mula dulu. So, apa cadangan kau orang? Any idea?" Adi memandang teman-temannya seorang demi seorang.

"Aku cadangkan kita buat game show. Macam 'Movie Buff Championship' kat TV2 tu," Rizal memulakan perbincangan mereka.

"Rancangan apa tu?" tanya Julia. Tak pernah dengar pun.

"Ala…rancangan Cina tu. Hari Sabtu pukul tujuh malam," Afia menjawab bagi pihak Rizal.

"Sorry…aku tak tengok TV waktu Maghrib," seloroh Julia.

Yalah tu si Julia ni. Padahal setiap hari Isnin sampai Jumaat, dialah orang pertama yang terpacak kat bilik TV blok 1 pukul tujuh malam, tengok drama bersiri Kantonis kat TV2.

"Rancangan tu macam mana?" tanya Adi.

Aku pun tak pernah tengok rancangan tu. Rancangan Cina, siapa yang nak tengok? Aku pun bukannya layan sangat TV ni.

"Ala…game show. Dalam rancangan tu ada main lucky draw, kadang-kadang main ping pong, kuiz, macam-macamlah. Aku tengok pun kalau ada artis yang aku suka aja," terang Rizal.

"Tapi rancangan tu guna artis jadi peserta. Takkan kita nak guna artis juga?" tanya Afia pula.

"Mestilah. Sebab ada artislah yang orang nak tengok," ujar Rizal.

"Tapi mana kita nak dapat artis tu? Nak dapat satu artis pun susah. Lainlah kalau kau ada kenal orang kuat dalam industri ni," ujar Julia pula.

"Betul tu, Riz. Kita kena fikir tempat lagi. Lagipun macam mana kalau dia orang minta bayaran? Takkanlah dia orang sanggup bersusah payah tanpa bayaran?" tambah Afia lagi.

"So ada cadangan lain? Ju?" Adi mencatat yang positif dan negatif tentang cadangan Rizal ke dalam buku.

"Kalau ikutkan aku, aku buat yang simple aja. Kita pilih satu artis, kita interview. Lepas tu kita selitkanlah satu ataupun dua video klip dia," cadang Julia pula.

"Tak bestlah. Dah banyak sangat rancangan macam tu kat TV. Kita buat rancangan macam 'Muzik di Ria' tu nak? Ada interview dengan artis jemputan, video klip, carta lagu popular…" cadang Afia. "Tapi susah pula nak cari bahan."

"Biasalah. Setiap program tu mestilah ada susah dan senangnya. Aku pun ada cadangan. Aku dah fikir semalam. Apa kata kita buat program pasal artis baru yang ada kat Malaysia ni?" Afia, Julia dan Rizal memandang Adi seolah-olah tidak faham. Melihatkan itu, Adi menerangkan dengan lebih lanjut tentang ideanya itu.

"Kan Close Up tu rancangan pasal artis yang dah popular, perjalanan karier dia orang, album dia orang… So apa kata kita buat satu program khusus untuk artis-artis Malaysia yang baru, yang belum terkenal lagi. Dalam program ni nanti ada temubual, konsert mini, berita hiburan sikit. Temubual untuk kita bercerita tentang latar belakang dia orang, macam mana dia orang boleh terlibat dalam bidang ni dan lain-lain. Konsert mini pula untuk membuktikan yang dia orang ni boleh nyanyi live."

"Bagus juga idea kau tu," Julia berminat dengan idea Adi. "Artis-artis kat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya. Cuma dia orang tak diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dia orang. Aku setuju dengan Adi."

"Aku pun setuju," Rizal turut menyukai idea itu.

"Kau Afia?" tanya Adi.

"Aku tak kenal sangatlah artis kat Malaysia ni tapi aku ikut ajalah," ujar Afia.

Afia kan peminat muzik Indonesia. Yang dia tahu Sheila on 7, Melly Goeslaw, Dewa, Gigi, Padi, Peterpan, Radja, Agnes Monica, Ungu, Shaden, Projek Pop, T-Five, The Fly dan lain-lain. Kalau Malaysia, hanya beberapa nama aja yang dia tahu.

Bukan tak nak sokong artis tempatan tapi tak ada satu pun artis tempatan yang dapat menambat hatinya. Kalau dulu, industri muzik Malaysia meriah dengan kemunculan 4U2C, Nico, KRU, Feminin, A to Z, Kool, Shades, Freshies, Ms' Teen, dan lain-lain. Semua pun Afia suka.

Tapi sekarang, kemeriahan itu seakan suram. Artis-artis baru yang muncul kebanyakannya sama dan tak ada identiti tersendiri. Bila sorang buat tradisional, semua nak buat tradisional. Bila sorang buat hip hop, semua nak buat hip hop. Muzik apa yang dia orang perjuangkan sebenarnya? Kalau dia orang sendiri tak tahu apa yang dia orang nak dalam industri ni, macam mana pendengar muzik Malaysia nak sokong?

Berbeza dengan artis Indonesia. Dia orang tahu apa yang dia orang perjuangkan. Setiap artis tetap mempertahankan genre muzik yang dibawa sejak kemunculan awal. Jarang-jarang sekali dia orang nak bertukar konsep. Lirik yang diketengahkan juga lebih kreatif dan segar. Mungkin kebebasan yang diberikan oleh kerajaan Indonesia menjadikan dia orang lebih berani dalam berkarya.

Tak macam kerajaan Malaysia yang ada kalanya terlalu menyekat kreativiti dan kebebasan pemuzik tempatan dalam berkarya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lirik Melayu campur English pun kena gam. Macam manalah muzik Malaysia nak berkembang? Bila orang kita sokong muzik Indonesia, tahu pula marah. Konon orang Malaysia tak patriotik dan terlalu mengagungkan karya luar.

Tak kisahlah dari mana sekalipun muzik itu datang. Asalkan karya tu bagus dan berkualiti, mestilah orang suka. Kalau karya tempatan tak bagus, adakah salah pendengar? Salahkah bila dia orang dengar muzik luar?

"Kau ni memanglah, Afia. Indon aja yang kau tahu," sindir Julia.

"Entah. Kau ni tak habis-habis dengan Sheila on 7. Sheila on 7 dah tak lakulah sekarang," tambah Rizal.

"Biarlah. Yang penting aku tetap sukakan dia orang," Afia membela band kesayangannya itu.

Memang sejak bertukar anggota dan mendirikan rumah tangga, nama Sheila on 7 seakan-akan kurang meniti di bibir peminat muzik Malaysia. Lagu-lagu dia orang pun kurang mendapat tempat berbanding band-band Indonesia yang baru sekarang. Afia sendiri mengakui kenyataan itu namun hatinya tetap setia pada Sheila on 7. Baginya, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi kehebatan suara Duta dan kehebatan mereka ketika beraksi di pentas.

Tidak seperti kebanyakan band yang hanya berdiri tegak menyanyi ataupun bermain alat muzik walaupun lagu yang dipersembahkan adalah lagu rancak. Baik Duta sebagai penyanyi mahupun ahli Sheila on 7 yang lain, mereka sentiasa beraksi lincah dan aktif ketika di pentas. Dan itulah yang membuatkan Afia terpegun selain lagu-lagunya yang bermotivasi. Sheila on 7 lah band pertama yang berjaya menambat hatinya.

Peminat Sheila on 7 yang berpaling tadah dengan alasan Sheila on 7 sudah tua, dah kahwin dan dah ada anak, mereka bukan peminat yang sejati. Jelas sekali dia orang hanya minat pada orangnya, bukan muziknya. Dia orang yang hanya minat ikut-ikutan juga bukan penyokong yang setia. Bila sesuatu band itu popular, dia orang pun ikut minat. Tapi bila band itu dah tak popular, dia orang pun beralih kepada band yang lebih popular. Adakah dia orang ini layak digelar peminat ataupun penyokong?

"Ala…kau beria-ia sokong dia orang pun, apa yang kau dapat? Dia orang bukan tahu pun," Rizal sengaja menambah kemarahan Afia.

"Kalau buat sesuatu, biarlah dengan hati yang ikhlas. Jangan harapkan balasan atas apa yang kita buat," Afia membidas kata-kata Rizal. "Biarlah dia orang tak kenal aku pun. Dia orang dah hiburkan hidup aku dengan lagu-lagu dia orang pun aku dah berterima kasih kat dia orang. Sekurang-kurang aku ada band yang aku suka. Kau orang ada ke?"

Adi, Rizal dan Julia terdiam. Kalau bab-bab Sheila on 7, jangan haraplah kau orang nak menang berdebat dengan Afia. Siapa yang berani kutuk Sheila on 7 depan Afia, siaplah untuk mendengar hujah-hujah Afia. Untung Sheila on 7 ada penyokong macam Afia.

"Dahlah tu. Kita sambung balik perbincangan kita tadi," ujar Adi.

Kalau macam ni, sampai petang pun tak habis. Yang kau orang pergi ajak si Afia ni berdebat pasal Sheila on 7, siapa suruh? Kan dia dah mula tunjuk skill debat dia.

"Di, kau dah fikir ke siapa yang kita nak temubual untuk program kita ni?" tanya Julia. Bestnya dapat jumpa artis!

"Kawan aku ada kenal satu kumpulan rap ni. Dari Sarawak. Anak didik Cat Farish. Baru lagi. Album pun tak keluar lagi. Tapi kawan aku kata dia orang bagus. Nak cuba?"

"Yang nyanyi lagu 'Puteri Santubong' tu ke?" teka Julia.

"Yalah kut. Aku pun tak tahu sangat."

"Best, best. Aku nak, aku nak," ujar Julia.

"Kau kenal dia orang ke?" tanya Afia.

"Orang dia aku tak kenal. Tapi lagu 'Puteri Santubong' tu aku selalu dengar kat X-Fresh."

X-Fresh stesen radio yang kononnya memperjuangkan lagu-lagu dan artis tempatan dengan tagline 'seratus peratus muzik Malaysia'. Pasti rakyat Malaysia berbangga dengan kewujudan stesen radio ini yang berani mengetengahkan karya tempatan sepenuhnya.

Namun, bagi siapa yang bijak menilai, pasti tidak bersetuju dengan tagline stesen radio ini. Apakah yang dimaksudkan dengan 'seratus peratus muzik Malaysia'? Adakah 'seratus peratus' itu merujuk kepada lagu, penyanyi dan komposer ataupun penyanyi sahaja?

Matlamat stesen radio ini boleh dipertikaikan kerana stesen radio ini turut memainkan lagu-lagu dari luar seperti Indonesia contohnya tetapi dinyanyikan semula oleh artis tempatan. Terdapat juga lagu yang dicipta oleh komposer Indonesia dan dinyanyikan oleh artis tempatan. Jadi, adakah ini wajar dikatakan 'seratus peratus muzik Malaysia'?

"Dia orang tu ok ke?" tanya Rizal pula. "Maklumlah artis ni kan macam-macam pe'el."

"Ok kut. Biasanya artis baru ni tak sombong. Yalah baru lagi," Adi sendiri tidak pasti. "So semua setuju?"

"Setuju…" ujar Afia, Julia dan Rizal hampir serentak.

"Kita orang setuju aja tapi yang sorang lagi tu tak tahulah," kata Julia. Baru saja Adi hendak bertanya lanjut, orang yang dimaksudkan pun muncul.

"Sorry, I'm late. So apa yang you all discuss tadi?" tanpa rasa bersalah, gadis itu duduk menyertai Afia dan yang lain-lain.

Afia, Julia, Adi dan Rizal berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tidak senang dengan gadis itu. Dahlah lambat, minta maaf pun tak! Mentang-mentanglah dia senior.

"Kita orang berempat dah sepakat nak buat program tentang artis baru kat Malaysia ni," Adi cuba berlagak biasa.

"Artis baru? Siapa?"

"Kumpulan rap dari Sarawak, M.I.X."

"M.I.X.? Siapa tu? Tak glamournya,"

"Nama pun artis baru. Mestilah belum glamour lagi. Lagipun kita buat benda ni sebab nak belajar. Bukan nak cari glamour," ujar Afia geram.

Menyampahnya aku! Itulah, siapa suruh datang lambat. Orang dah habis bincang baru nak muncul. Nasiblah.

"Tapi artis tu tak confirm lagi kan?"

"Kenapa pula tak confirm?" Julia pula yang berang.

"Boyfriend I kerja kat E.M.I. Dia boleh dapatkan Ruffedge ataupun V.E. untuk kita," ujar gadis itu dengan bangga.

"Boyfriend akak tu pegang jawatan apa kat situ? G.M.?" Afia sengaja memanggilnya dengan panggilan 'akak'.

Tak sedar diri tu tua daripada kita orang. Masih nak ber I, I lagi.

"Hish… you ni janganlah panggil I, akak. Panggil Nor aja. Siapa nama you?" tanya gadis itu kepada Afia. Pertanyaan itu semakin membuat Afia bengang.

Hai, dah dekat satu semester belajar kat kelas kita orang pun, masih tak tahu nama aku? Inilah senior. Bila junior tak kenal dia orang, marah. Lepas tu kata kita orang tak hormat dia orang. Tapi kalau senior tak kenal junior macam mana pula?

"Yang ni Afia, Julia, Rizal dan saya Adi," Adi memperkenalkan diri mereka. Dia tahu Afia marah.

"O…Afia? Actually, boyfriend I tak adalah sampai jadi G.M. tapi kalau you all nak, dia boleh usahakan," kata Norin bersungguh-sungguh.

"Tak apalah. Terima kasih ajalah. Kita orang dah setuju dengan cadangan Adi," celah Afia.

"Tak adillah macam ni. You all buat decision tanpa persetujuan I. I kan ahli group ni juga," Norin mula memberontak.

"Siapa suruh datang lambat?" Afia melawan.

"I ada hal tadi," Norin membela diri.

"Dah, dah. Tak payah gaduh," Adi cuba meleraikan ketegangan yang mula melanda. "Tak apalah. Kita dengar dulu cadangan Norin. Apa idea kau?"

Norin tersenyum puas kerana Adi berada di pihaknya.

"Well, I cadangkan kita buat rancangan realiti macam Malaysian Idol tu. Kat UiTM ni kan ramai orang yang gila glamour dan perasan boleh nyanyi."

Yalah, macam kau! Afia mengutuk Norin dalam hati. Ingatkan hebat sangat tapi cedok idea orang lain juga. Dah berlambaklah rancangan macam tu kat Malaysia ni.

"Kita ambil ajalah dia orang. Senang. Tak payah bayar. Lepas tu, artis undangan, kita jemputlah Ruffedge ke, V.E. ke."

Tak habis-habis dengan Ruffedge dia. Ingat Ruffedge tu abang kau ke? Boleh panggil bila-bila nak. Afia semakin meluat dengan perangai Norin. Macam mana aku nak kerja dengan dia nanti?

"Aku ada pertanyaan," celah Rizal. "Ruffedge tu free juga ke?"

"Free tu tak dapatlah. Harga dia orang standard sepuluh ribu tapi kalau kau orang nak kurang, dua ribu mungkin boleh dapat."

"Dua ribu? Mana nak cekau duit? Kalau setakat nyanyi dua tiga minit nak kena bayar dua ribu, baik kita ambil M.I.X. aja. Benda lain tak payah fikir. Kamera fakulti bagi. Kita cuma keluar duit tambang bas dengan duit makan aja," Julia tidak bersetuju dengan cadangan Norin.

"Aku pun tak setuju. Melampau tu," Afia menyokong Julia.

"Ok, kita undi," Adi mencadangkan jalan penyelesaian. "Siapa setuju dengan idea Norin?"

Afia, Julia, Adi dan Rizal saling berpandangan. Tiada sesiapa pun yang mengangkat tangan. Mereka semua tidak bersetuju dengan idea Norin.

"Siapa setuju dengan idea artis baru tadi?

Pantas Afia, Julia dan Rizal mengangkat tangan tanda setuju.

"Sorry, Norin," Adi mengumumkan keputusan undian. "Jadi, maknanya kita akan buat program hiburan tentang artis baru di Malaysia dan artisnya adalah M.I.X. Kalau semua dah setuju, kita boleh mula buat proposal dengan storyboard."

Afia, Julia dan Rizal tersenyum puas manakala Norin terpaksa memendam kemarahan gara-gara cadangannya ditolak.
posted by BLOGGER @ 5:41 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group