BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Julai 24, 2008
Novel : Asyrafia 2
Ilmar Imia
emigank@yahoo.com

BAB 2

"Kau orang nak minum apa?" tanya Adi apabila mereka berempat mengambil tempat di sebuah meja di kafe yang terletak di tingkat bawah fakulti mereka.

"Aku nak teh ais," ujar Rizal.

"Nescafe," ujar Julia.

"Milo ais," ujar Afia. Walaupun orang kata minum milo boleh mengantuk tapi aku tetap nak minum milo.

"Bang, teh ais satu, Nescafe satu, milo ais dua!" ujar Adi kepada salah seorang pekerja yang kelihatan sibuk membancuh minuman.

"Kenapa muka kau muka mengantuk?" soal Adi kepada Afia.

"Ala…takkan kau tak tahu yang si Afia ni ada penyakit homesick yang kronik. Wajib balik setiap hujung minggu. Petang Jumaat aja mesti hilang. Pagi Isnin baru nak balik kolej. Mana tak penat?" Julia menjawab bagi pihak Afia. "Tambah-tambah rumah dekat. Kalau aku pun, hari-hari balik rumah."

"Kalau ikutkan hati, aku pun tak larat nak balik tiap-tiap minggu. Tapi kalau aku tak balik siapa nak bagi makan anak aku kat rumah tu?" ujar Afia membela diri.

"Kakak dengan adik kau kan ada," ujar Julia. "Suruhlah dia orang tengokkan anak kesayangan kau tu."

"Kalau aku nak harapkan dia orang, alamatnya mati kebulurlah anak aku tu," Afia mengeluh.

Kalau boleh memang aku tak mahu balik rumah tiap-tiap minggu. Tapi kalau aku tak balik, siapa yang nak bagi makan pada Donna? Kesian dia. Kak Afni bukan cara pun. Nak harapkan Amri? Lagilah tak boleh diharap. Lagipun aku yang beria-ria nak bela Donna dulu. Walaupun mama dan abah menentang, aku tetap nak jaga Donna. Setelah aku berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Donna, barulah dia orang setuju Donna tinggal di situ. Dan memang menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan kebajikan Donna terjaga. Nasib baiklah aku dapat kawan yang memahami. So semua assignment akan dibereskan sebelum hujung minggu.

"Hai, Afia," seorang lelaki warga Indonesia menghampiri meja mereka membawakan minuman mereka berempat dan menyapa Afia. "Nampak sedih aja. Ada masalah ke?"

Sedih apanya? Aku mengantuklah! Dahlah semalam kau muncul dalam mimpi aku. Nasib baik aku tak kahwin dengan kau betul-betul. Walaupun tak suka, Afia tetap mengukir senyuman. Senyum yang dibuat-buat. Tak ikhlas langsung! Senyum itu kan sedekah.

Waduh, manis sekali senyuman itu! Lelaki warga Indonesia itu berlalu untuk menyambung kerjanya dengan gembira.

"Afia, kau tak nak bagi peluang kat dia ke?" usik Julia.

"Aku gila ke? Kenal pun tak. Takkan tiba-tiba nak bercinta?" getus Afia.

"Ala…kenal-kenallah dulu. Siapa tahu jodoh kau dengan dia," celah Adi.

"Yalah, Afia. Kalau kau jadi dengan dia, kita orang pun senang. Hari-hari boleh makan free," tambah Rizal pula.

"Betul tu, Afia. Kau kan suka orang Indon. Kita orang sokong kau!" Julia memegang bahu Afia. .

"Hanya Duta ok?" Afia menepis tangan Julia.

"Ala…manalah tahu dia pun pandai nyanyi macam Duta," ujar Julia lagi.

"Entah-entah lebih sedap daripada Duta," Adi menambah.

"Tak pun, dia saudara dengan Duta ke. Mana tahu kan?" Adi, Julia dan Rizal semakin rancak menyakat Afia.

"Ah, sudahlah! Kau orang ni tak habis-habis nak kenakan aku. Hentikan ajalah angan-angan kau orang tu. Kenapa tak kau orang aja yang couple dengan dia?"

"Mana boleh. Kita orang lelaki. Haram di sisi agama," tegah Adi. Berlagak serius tapi di hati gelak sakan.

"Aku pun tak boleh," ujar Julia. "Tak baik tahu kebas balak orang lain. Apatah lagi kawan baik sendiri."

Afia geram dengan usikan kawan-kawannya. Setiap kali mereka lepak di kafe itu, pasti dia menjadi bahan gosip mereka.

Mentang-mentanglah kafe ni aja yang buka pada waktu siang. Sengaja nak kenakan aku. Bukan aku pandang rendah kat dia sebab dia kerja kat kafe ataupun sebab dia orang Indonesia. Tapi hati aku tak ada kat dia. Hati aku yang hanya ada satu ni pun aku dah bagi kat Duta dan Sheila on 7. Itu pun dia orang terpaksa kongsi berlima. Hehe… Kalaulah Duta yang kerja kat kafe ni kan best.

"Assignment group project Broadcast kita tu macam mana? Kata nak bincang tadi," soal Afia. Ini dah keluar matlamat asal ni. Masuk topik lain pula.

"Tengok tu. Sengaja nak tukar topiklah tu," Julia tahu Afia tidak suka dikaitkan dengan lelaki warga Indonesia itu.

Sejak kenal dengan Afia, tak pernah pula aku dengar dia sebut nama mana-mana lelaki yang diminatinya. Bimbang juga aku kalau-kalau si Afia ni lesbian. Nasib baiklah ada juga lelaki yang dapat memikat hati dia. Tapi sayangnya lelaki itu artis. Tak mungkin Afia bercinta dengan Duta. Lagipun Duta tu dah ada anak bini. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu Afia masih ada perasaan pada lelaki.

"Tadi kata datang sini nak bincang pasal assignment kan? Kalau nak bincang pasal aku, baik aku balik aja," Afia bangkit dan pura-pura hendak melangkah pergi.

"Ok, ok," Julia berlagak mengunci mulutnya dengan jari apabila melihat renungan tajam Afia. "Takkan itu pun nak merajuk?"

"Entah kau ni. Tadi tu warm up aja," ujar Adi. Sebenarnya aku pun tak rela tengok kau couple dengan mamat Indon tu. "Ok, sekarang kita bincang pasal group project Broadcast yang Cik Syazliana bagi tadi."

"Sekejap, sekejap!" celah Julia seraya memandang ketiga-tiga kawannya itu. "Sebelum tu, aku ada satu berita yang mungkin kurang menyenangkan hati kau orang,"

"Apa dia?" tanya Rizal.

"Kau ni buat saspen aja," Afia berdebar-debar.

"Cakaplah cepat," desak Adi. Berita kurang menyenangkan? Berita apalah agaknya? Hati aku dah berdebar-debar ni.

"Memandang kita hanya berempat, so Cik Syazliana suruh kita ambil Kak Nor sebab kumpulan lain dah penuh," terang Julia.

"Hah? Biar betul? Cik Syazliana nak kita ambil Kak Nor, senior repeater tu? Ini bukan lagi berita kurang menyenangkan… tapi langsung tak menyenangkan!" luah Adi. "Tak naklah aku!"

"Aku pun tak nak," Afia menyokong Adi.

Kau ni dahlah minum milo ais sama macam aku. Sama pendapat dengan aku pula tu. Kita ni memang serasilah. Getus Adi di dalam hati.

"Kau orang pula macam mana? Setuju ke Kak Nor tu masuk kumpulan kita?" Adi meminta pendapat Julia dan Rizal pula.

"Aku pun tak nak sebenarnya tapi Cik Syazliana dah cakap macam tu. Lagipun kumpulan kita aja yang berempat. Kumpulan lain semua lima, enam orang," ujar Julia.

"Aku pun tak berapa suka sangatlah dengan dia," celah Rizal. "Aku pernah dengar senior cerita yang Kak Nor tu tak buat kerja. Pernah sekali dia bagi duit aja tapi tak tolong buat kerja. Maklumlah anak orang kaya."

"Kalau kaya, buat apa masuk UiTM?" Afia turut tidak berpuas hati. Pompuan tu dahlah tergedik-gedik, banyak cakap pula tu. Suka nak mengarah-arah orang.

"Aku pun tak suka dia. Perasan cantik," tambah Adi. "Dia ada datang kelas tak tadi?"

"Tak perasan pula aku," jawab Julia. "Tapi macam tak datang. Walaupun Afia selalu datang lambat tapi dia lagi teruk. Tak datang langsung."

"Aku buat kerja tahu!" Afia sedikit marah apabila dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain apatah lagi dengan orang yang dia tidak suka.

"Yalah, kau memang rajin buat kerja," puji Julia. "So macam mana ni? Nak cakap dengan Cik Syazliana ke yang kita tak nak dia masuk kumpulan kita?"

"Cakap pun tak guna. Kau juga yang cakap tadi. Kumpulan kita aja yang tak cukup orang," ujar Adi.

"So kita kena terima dialah?" Afia kecewa dengan berita itu. Betapa malangnya nasib terpaksa bekerja dengan orang yang tak disukai.

"Terpaksalah. Lagipun masa kerja nanti pun, kita tak boleh pilih dengan siapa kita nak bekerja," Adi cuba bersikap profesional.

"Betul juga cakap Adi tu. Masa kerja nanti mesti lagi banyak ragam dan kerenah manusia yang kita jumpa. Kita pun tak pernah kerja dengan Kak Nor lagi. Kita cubalah dulu. Kalau dia buat hal, kita ngadulah kat Cik Syazliana," tambah Rizal.

"Kalau dia buat hal, tahulah apa aku nak buat. Kalau dia nak masuk kumpulan kita, dia pun kena buat kerja. Jangan harap nak goyang kaki!" ujar Afia geram.

"Itu sudah semestinya. Kau orang ada nombor telefon dia?" soal Adi.

"Tak ada," ujar Afia, Adi dan Rizal hampir serentak.

"Kalau macam tu, kita jumpa dia masa kelas hari khamis nantilah," cadang Adi.

"Itu pun kalau dia datang," celah Rizal.

"Ala…Kalau dia tak datang pun, kita masih boleh teruskan kerja kita. Bukannya kita tak boleh gerak tanpa dia," Afia menambah.

"Oklah. Kalau nak tunggu dia, silap-silap kita pula yang kena repeat subjek ni semester depan," seloroh Adi.

"Hish…kau ni tak sayang mulut ke?" Julia memukul lengan Adi.

"Aku cakap ajalah."

"Orang kata semua benda yang kita cakap tu merupakan satu doa tahu!"

"Yalah, yalah. Sorry. InsyaAllah semester ni kita dapat Anugerah Dekan."

"Itu sedap untuk didengar," ucap Afia. Aku pun teringin juga nak rasa dapat Anugerah Dekan. Mesti nama aku terpampang kat papan kenyataan fakulti. Bolehlah aku berbangga dengan Kak Afni.

"Kita bincang sikit-sikit dulu untuk dapatkan gambaran. Kita kena buat apa? Program hiburan kan? So ada cadangan?" Adi bertindak sebagai ketua kumpulan.

"Susah susah kita buat macam Close Up kat TV3 tu ajalah nak?" Julia menyuarakan cadangan.

"Tak menariklah. Biasa sangat. Setakat interview aja. Kita buatlah lain sikit," Afia kurang bersetuju dengan cadangan Julia.

"Apa kata kita buat macam Melodi?" cadang Rizal pula. Ada sedutan filem, drama, muzik, gosip dan semua yang berkaitan dengan hiburan.

"Susah tu. Kena ada banyak bahan. Kita ni kan student aja. Macam mana kita nak dapat info-info tu semua? Lagipun kita ni lima orang aja," fikir Adi. Rancangan sedemikian memerlukan tenaga kerja yang ramai.

"Kalau ada apa-apa aktiviti hiburan kat sekitar Shah Alam ni kita pergi ajalah. Ambil gambar dengan videocam. Lepas tu kita mintalah nak interview artis tu sekejap," Rizal mempertahankan ideanya. Tiap-tiap minggu kan ada rancangan Muzik Muzik kat Plaza Alam Sentral.

"Tak pun kita buat rancangan klip video ajalah. Lagi senang," Julia seolah-olah sudah malas hendak berfikir. Buat macam MTV Syok kat TV2 dulu. Ada pengacara, ada video permintaan. Habis cerita. Tak payah susah-susah cari bahan kat luar.

"Kau ni asyik nak senang aja. Apa kata kita buat rancangan hiburan yang tak ada lagi kat Malaysia ni?" Afia mula berfikir. Rancangan hiburan apa yang tak ada orang buat lagi?

"Contohnya?" Adi meminta penerangan lanjut.

"Belum dapat idea lagi," Afia tersengih.

"Cakap aja lebih," Julia mengetus.

"Macam nilah. Apa kata kita senaraikan dulu rancangan hiburan yang ada kat Malaysia ni. So senang kita nak tengok," ujar Adi. "Siapa ada pen dan kertas?"

"Pen pun tak ada ke?" Julia menyeluk begnya, kemudian mengeluarkan sebatang pen biru dan sebuah buku tulis lalu dihulurkan kepada Adi.

"Kau tulislah. Tulisan aku buruk. Nanti kau orang tak faham pula."

"Kalau nak lawa, suruhlah Afia tulis," Julia menyerahkan pen dan buku tulis itu kepada Afia.

"Tak kisahlah siapa-siapa pun," Afia menolak.

"Ala…tulis ajalah."

Dengan rasa malas, Afia menyambut pen dan buku tulis itu daripada Julia. Alasan aja! Setakat nak conteng-conteng, tak payahlah nak tulis lawa-lawa. Nanti nak kena taip juga.

"Ok, kita mula sekarang. Tadi kau kata rancangan apa? Melodi? Tulislah, Afia. Melodi, Close Up, MTV Syok,…"

"Ala Carte,…" tambah Julia.

"Rancangan kat TV1 tu yang petang-petang tu apa nama dia?" Rizal cuba mengingat. Apa entah nama dia?

"Yang mana?" tanya Julia balik. "Banyak rancangan kat TV1 tu."

"Ala…petang-petang hari Sabtu tu. Yang pengacara dia Dynaz tu," ujar Rizal.

"Sepetang Bersama?" tanya Afia.

"Haaa…betullah tu. Sepetang Bersama."

Afia menulis tajuk program RTM itu di buku itu. Lagi apa ya? Yang famous kat RTM, Sepetang Bersama, Ala Carte, Hits 1, Hiburan Minggu Ini, Zoom In. TV3, Melodi, Pop, Muzik Muzik. 8tv, Malaysian Idol. Astro, Akademi Fantasia, Muzik@Ria, Trek Selebriti, Macam-macam Aznil, AC di Sini, Dari Studio 1.

Afia berfikir-fikir sambil mencoretkannya di atas kertas. Adi, Julia dan Rizal hanya memerhati.

"Lagi? Ada apa-apa nak tambah?" soal Afia. Lupalah.

"Banyaknya yang kau tahu," Adi, Julia dan Rizal melihat senarai yang ditulis oleh Afia.

"Biasalah. Aku kan kaki TV."

"Itulah. Kita orang yang duduk hostel ni jarang-jarang tengok TV," kata Julia.

"Haa ni, rancangan Azwan dengan Adlin tu, Jangan Tidur Lagi," ujar Rizal.

Afia menambah di senarai itu.

"Sunday Nite Live, NTV," tambah Adi pula. Semester lepas, mereka dijemput menjadi penonton bagi program yang diacarakan oleh Harith Iskandar itu. Kadang-kadang untung juga jadi budak Mass Comm ni. Selalu dapat tengok program TV percuma. Fakulti sponsor transport pula tu. Dapat jumpa artis lagi!

"Lagi?"

"Aku rasa cukup dululah. Ni pun dah banyak," Adi membaca tulisan Afia. Cantik betullah tulisan si Afia ni. Macam orangnya juga.

"So kita nak buat apa ni?" tanya Julia.

"Dah dekat pukul sebelas setengah ni. Kita pergi kelas dululah,"cadang Adi. "Balik nanti, kita fikirkan konsep rancangan kita. Hari Khamis nanti kita bincang balik masa kelas ok?"

"Ok, bos!"

"Jom kita pergi kelas."

Mereka bangkit untuk ke kelas.
"Oit…ni tak nak bayar ke?" sergah Afia. Ingat kafe bapak dia agaknya.

"Eh, lupa! Ingatkan tadi boyfriend kau yang belanja," usik Adi. Macam mana aku boleh terlupa?

"Banyaklah!" marah Afia.

Mereka bergerak ke kelas selepas membayar harga minuman masing-masing.
posted by BLOGGER @ 6:26 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group