Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nasi yang masih penuh didalam pinggan aku pandang tanpa apa-apa perasaan. Lapar yang kurasakan sebentar tadi seakan hilang kerna terpaksa mengadap wajah yang memang tidak kugemari. Sedangkan lelaki itu kelihatan sedap sahaja menjamu selera. Agaknya berapa tahun agaknya tak makan mamat ni. Aku yang kat depan ni dia buat tak tahu saja. Baik tak usah ajak aku lunch macam ni. Yusrizal masih meneruskan suapannya sehinggalah ke suapan yang terakhir. Setelah menghirup air dan mengelap bibir barulah lelaki itu meletakkan pandangannya ke wajahku. "Eh, kenapa kuis saja nasi tu? Kenapa Ifa tak makan?" "Kenyang." "Tapi tadikan Ifa kata lapar? Takkan makan dua tiga biji nasi dah kenyang?" Ayat perli nampak?...Aku kenyang sebab mengadap muka kau laa… "Ke sebab kecewa tak dapat keluar makan dengan Daniel?" Aku terkejut pabila nama yang pada anggapanku cukup asing baginya disebutkan. Bagaimana pula dia mengetahui tentang Daniel. Seingatku ketika dirumahnya dulu aku tidak pernah mention nama Daniel kepadanya. Apatah lagi bercerita itu dan ini tentang Daniel kepadanya. "Kenapa? Terkejut macam-mana abang tahu?" ujar Yusrizal sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Mataku mengecil melihat lagaknya itu. Sebagai isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus membukakan mulut untuk menjawab segala persoalan yang bermain dibenakku ini. "Bukan saja rupanya malah siapa dia dalam hidup Ifa sebelum dan selepas kita kahwin pun abang tahu…" ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Didalam fikiranku pula terlintas adakah Yusrizal sudah bertukar kerjaya? Menjadi penyiasat persendirian, mungkin… "Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ifa kan? Dan juga merangkap pensyarah perakaunan di fakulti Ifa kan?" "Macam mana awak tahu semua ni?" soalku. Kalau dibiarkan mamat ni merepek, alamatnya sampai ke esok pagi pun tak habis. Yusrizal menjungkitkan bahunya sambil tersenyum bangga. Sakit hatiku dengan senyuman itu. Senyuman itu seolah-olah mengejekku. "Nak seribu daya Ifa. Tak nak pula seribu dalih." "Saya tanya macam mana awak boleh tahu tentang dia?" tanyaku sekali lagi. Keningku diangkat tanda aku tidak berniat hendak bergurau dengannya. "Abang upah penyiasat!!" "Hah?? Awak ni dah gilake?" "Yup, memang abang dah gila. Abang gilakan Ifa!" "Nonsense!!" marahku. Sampai begitu sekali sikap keanak-anakkan Yusrizal. Sanggup menghabiskan wang untuk menyiasat Daniel. Tapi hendak difikirkan salahku juga kerana memberitahunya yang aku punya kekasih hati sebelum aku mengahwininya. "Bagi Ifa itu semua nonsense. Tapi bagi abang tak! Hati abang tak tenang sejak Ifa beritahu yang Ifa pernah bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa." "Habis bila awak dah tahu puaslah hati awak ya? Saya sebenarnya tak faham. Untuk apa awak buat semua tu? Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama putus!" "Memang hubungan Ifa dengan dia dah lama putus. Tapi Ifa masih berkawan dengan dia kan?" "So what? Tak bolehkah saya nak berkawan dengan dia?" "Tak salah kalau Ifa nak berkawan dengan dia. Tapi salah kalau Ifa berniat nak bercinta semula dengan dia." Aku terdiam. Kukira kerutan didahiku memang jelas nampak. Kata-kata Yusrizal memang tidak dapat aku terima. Untuk bercinta dengan Daniel semula memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati. Tapi kalau ya pun aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal tidak berhak untuk menghalang. Dia langsung tidak punya hak untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. "Yang awak ni kenapa? Kalau ya saya nak bercinta dengan dia pun apa salahnya. Saya tak terikat dengan sesiapa dan dia pun begitu. Awak siapa nak menghalang saya?" "Your ex-husband!!" jawabnya pantas. "Ex-husband. Awak faham maksud ‘ex’ tu. Kalau tak tahu biar saya beritahu. ‘Ex’ maksudnya ‘bekas’. Bermakna kita sudah tak punya apa-apa hubungan dan awak tak berhak nak menghalang saya!" marahku. Tapi masih cuba kukawal wolum suaraku kerna bimbang akan menganggu pengunjung yang lain. Aku benar-benar mengharapkan kata-kataku akan memberikan sedikit reaksi pasa wajah Yusrizal. Terkejut dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubah kerna kata-kataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu ternyata memberikan reaksi. Tapi bukan reaksi yang aku harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku pula yang terasa sakit hati. "Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak cakap tadi, I’m your ex-husband and your future husband." "It was so ridiculous!" "For me not! Abang akan buktikan pada Ifa nanti. Ingat tak apa yang abang cakap kat rumah abang dulu? Yang abang akan cuba memenangi hati Ifa semula? Itulah yang abang sedang lakukan sekarang." Kata-katanya mengundang ketawa sinisku. "Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi saya akan pastikan yang awak takkan berjaya. Sekali kita berpisah, bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya. Faham!!" Yusrizal mengganggukkan kepalanya. Kelihatan seperti memperlekehkan kata-kataku sebentar tadi. "Well, we’ll wait and see." Pantas saja aku mencapai telefon bimbitku di atas meja dan bersedia untuk bangun. Lebih lama aku disini makin bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik! "Ifa nak ke mana?" "Balik!" "Tapi Ifa belum habiskan makanan tu lagi. Membazir saja." "Membazir? Saya tak. Awak yang bayar, bukan saya. Awakkan orang kaya. Kalau setakat RM10 apalah sangatkan? Lagipun saya dah kenyang mengadap muka awak!" Lelaki itu kelihatan tersenyum. "Kenapa abang handsome sangat ke hari ni sampai Ifa kenyang mengadap muka abang?" Aku semakin bengang. Kali ini aku benar-benar telah bersedia untuk meninggalkan meja itu. Tapi Yusrizal pantas menghalang. "Ok..ok..I’m sorry. Tapi Ifa kena habiskan makanan ni. Abang tengok Ifa tak makan pun tadi. Berangan saja lebih. Nanti Ifa yang lapar. Kalau perut lapar macam-mana nak mengajar. Betul tak?" "Kalau saya lapar tahulah saya nak cari makanan. Dekat uum tu banyak tempat makan." "Ifa dengar cakap abang. Habiskan makanan ni dulu. Selagi makanan ni tak habis selagi tu abang takkan hantar Ifa balik," ugut Yusrizal. Eleh, ingat aku takut! "Saya boleh naik teksi laa." "Ok kalau boleh. Tapi setahu abang tempat ni susah nak dapat teksi." "Mana awak tahu? Awak bukan orang sini." "Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum abang bawa Ifa datang sini mestilah abang buat survey sikit." Betul juga, fikirku. Kenapalah aku tak terfikir. Yusrizal langsung tidak pernah datang sini. Jadi bagaimana pula dia tahu ada satu restoran yang cukup cantik dan selesa di kawasan ini? Mesti dia sudah mengkajinya. Mengenangkan itu aku kembali duduk dan meneruskan makan. Tidak langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir di bibir Yusrizal itu. Untuk apa? Menyakitkan hati aku saja nantinya.
Dalam perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Sama seperti perjalanan pergi juga. Sakit hati yang kurasakan juga sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki yang hebat kerana mampu mengimbangkan kebencianku terhadapnya. Aku menjeling Yusrizal yang tenang memandu. Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat berharap agar kakiku cepat-cepat dapat memijak bumi uum. Tapi nampaknya dengan kelajuan kereta yang dipandu Yusrizal aku terpaksa melupakan saja niatku. Berapa jam lagilah agaknya aku nak sampai? Bawa makan bukan main jauh. Sampai ke Alor Setar. Apa salahnya kalau makan kat Changlun aje? Omelku sendirian. "Gelisah je abang tengok Ifa ni? Kenapa?" tiba-tiba kedengaran suara Yusrizal memecah kesunyian. "Boleh tak awak pandu laju sikit. Kalau macam ni bila nak sampai?" "Mungkin 2 jam lagi," selamba saja Yusrizal menjawab. "2 jam lagi? Dah nak pukul 2 ni awak tahu tak? Pukul 2 nanti saya ada kelas. Solat pun belum lagi." "Ok kalau macam tu kita pergi solat dulu. Tu kat depan tu ada masjid." Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan masjid. Selepas mematikan enjin dia terus keluar. Sedangkan aku masih kaku ditempat duduk. Entah apa yang aku sedang fikirkan aku sendiri pun tak tahu. Yang pastinya aku sedang memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku tak tahu. Yusrizal bukannya suka bersolat dulunya. Tapi kenapa sekarang bermurah hati pula memijakkan kaki ke masjid. Apa dia ingat bila masuk masjid boleh pura-pura solat? "Laa apa yang Ifa tercegat lagi dekat situ? Kata tadi nak solat? Cepatlah nanti lambat pula sampai dekat uum." Aku pantas melangkah keluar dari kereta lalu mengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana sudah semestinya aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku segera mencapai kain telekung yang memang telah disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah kain telekungnya bersih. Kalau tak sebelum sempat aku menghabiskan solat sudah tentu aku pengsan dulu. Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Selepas bersolat sempat juga aku mengintai Yusrizal disebalik langsir yang memisahkan tempat solat wanita dengan tempat solat lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa. Hairan! Aku tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang bersih dan setenang itu. Tapi kenapa aku dapat melihatnya hari ini? Benarkah lelaki itu sudah berubah? Aku pantas menutup tirai apabila Yusrizal sudah bangun dan melipat sejadah. Aku tidak mahu dia menyedari perbuatanku itu. Kami bertemu kembali diluar masjid. Yusrizal menantiku dengan senyuman dibibir. Entah mengapa senyuman itu seakan-akan meredakan hatiku yang sedang membara dengan sikapnya tadi. "Tolong bawa laju sikit. Saya taknak sampai lambat. Student saya mesti dah tunggu dalam kelas." "Ok sayang. Tapi sebelum tu abang nak kasi Ifa ni," ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad. Kelihatannya seperti business card. Perlahan-lahan aku menyambut kad itu. dan ternyata telahanku benar belaka. Lama kuperhatikan alamat yang tertera di kad itu. Dahiku berkerut. "Jalan Sultanah? Awak nak tinggal dekat sini ke Rizal?" "Yup, sebenarnya dah 2 minggu abang menguruskan syarikat papa disini. Dan bermakna abang akan tinggal disini laa." Patutlah Yusrizal kelihatan seperti sudah begitu arif dengan jalan-jalan disini. Rupanya sudah 2 minggu dia disini. Ah, nampaknya aku akan lebih kerap mengadap muka mamat ni nanti. Hatiku mulai gusar. "Nanti abang bawa Ifa melawat ke AMA Holdings ya? Dalam pada tu bolehlah kita ke rumah abang." Aku sedikit terkejut. "Nak kerumah awak buat apa?" Tak malu langsung. Tak sedarkah kami bukan lagi suami isteri. "Buat apa ya?" Yusrizal pura-pura berfikir sambil bibirnya tersenyum nakal. "Buat apa lagi sayang? Abang tahu kita ni bukan suami isteri lagi. Jangan risau, dekat rumah abang tu ada maid. Nanti abang suruh dia masak sedap-sedap. Boleh kita makan bersama." "Thanks ajelah untuk jemputan awak tu. And one more thing. Pleaselah jangan hantar bunga lagi. Setiap hari awak hantar bunga. Tak sayang duit ke?" marahku. "Sayang memang sayang. Tapi abang lebih sayangkan bunga yang kat depan mata abang sekarang ni. Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni memang jauh bezanya. Abang lebih rela kehabisan duit daripada kehilangan bunga ni," ujarnya. Bermadah! Nak termuntah aku mendengarnya. "Oh ya, Ifa suka bunga tu?" Hanya jelingan yang kuberikan sebagai jawa[an. "Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak. Bukan duit saya. So terpulang pada awak. Yang saya tahu sekarang saya nak balik uum." Sekali lagi lelaki itu menghadiahlan senyuman untukku. Ahh, kenapa sekarang lelaki ini begitu murah dengan senyuman? Fikirku. "Oklah, jom!"
knp setiap kali perempuan mesti dijadi kn watak yg lemah n kena tunduk dgn smua kelakuan lelaki..x blh ker bt kelainan skit???
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lambat lagi ke sambungannyer..bestlh....