Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seawal jam 5 Yui sudah bangkit daripada kamarnya menyiapkan diri untuk rejim latihan yang akan bermula pukul 6.30 pagi. Semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan tentang kehidupan barunya selepas ini. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam asrama puteri, dia dikerumuni para penghuninya. Aku dah jadi macam makanan kena hurung dengan lalat.
Gerun juga dengan layanan begitu. Walau ada yang baik hati dan peramah macam Amanda, tak kurang juga yang pandang aku mengalahkan musuh. Tak kan diorang tergugat kot dengan kehadiran aku? Puh! Hebat juga penangan Yui Ito yek!
Seribu satu soalan yang ditanya. Macam kena temuduga kali kedua pulak!
-----------------------------------
"Siapa yang Jepun, mak atau bapa kau?" Soal Tania Ahmad, minah paling murai dalam kumpulan itu. Sepuluh orang semuanya. Selepas sesi perkenalan yang dimulai dengan Amanda tadi, sesak meja belajar yang terletak dihujung bilik prep* itu dengan pelbagai gaya pelajar perempuan yang ghairah dengan kehadiran Yui.
"Er…" Yui teragak-agak. Perlu ke aku beritahu hal-hal peribadi ni. Kalau rahsia aku bocor macam mana? Hish, payahlah! Uncle pun tak ada bagitahu apa-apapun pasal sambutan meriah macam ni. Eeee… rimas, rimas!
"Dekat Jepun, kau duduk kat mana? Aku pernah bercuti dekat Tokyo dengan keluarga aku tahun lepas!" Tak sempat menjawab soalan tadi, Sanghita dah bertanya.
"Kenapa kau pindah ke sini? Ikut famili pindah sini balik ye!" Lagi soalan diajukan. Kali ini dari Azlina.
"Woi, aku tanya dia dululah, korang boleh diam tak?" Marah Tania.
"Ahh, kaulah yang diam Tania! Dari tadi kau yang paling bising! Masa perkenalkan diri dekat Yui tadipun kau yang paling kecoh." Pui Moon membela kumpulannya. Kumpulan itu mula bergaduh sesama sendiri.
"Ha bagus, bagus! Kalau macam ni aku tak payah nak jawab apa-apa soalan pun" Bisik Yui seronok melihat kawan-kawan barunya itu bergaduh kerananya. Dia tersenyum nakal sambil bersandar dan menyilang kedua-dua tangan ke bawah ketiaknya. This school is very interesting!
"Woi senyaplah!" Jerit satu suara dihujung lain bilik prep itu. Suasana sunyi tiba-tiba. Semua mata memandang pada tuan punya suara.
"Yang korang berkerumun dekat situ kenapa? Balik tempat masing-masing!" Volume suara Raihan masih lagi tinggi, bengis. Bagai ada magis disebalik suara itu, kumpulan yang berkumpul di meja Yui mula mengundur diri. Mereka akur namun muka masing-masing mencebik, bengang diperlakukan begitu. Mulut-mulut geram mula terkumat-kamit perlahan menyatakan perasaan mereka, tapi hendak berdepan dengan Raihan mereka tidak berani.
Yui memandang kagum pelajar itu. Walau sedikit lega dengan pengunduran lalat-lalat yang menghinggap, macam ada yang tak kena dengan pandangan Raihan terhadapnya.
"Hey Jepun!" Raihan bersuara lagi. Kali ini telunjuknya mengarah pada Yui. Yui yang sedikit terkejut, memandang ke kiri-kanannya, kalau-kalau ada orang lain dibelakang.
"Aku?" Setelah pasti dia menunding diri sendiri.
"Mahkota bukan tempat untuk orang asing macam kau berlagak! Jaga sikit kelakuan kau tu!" Raihan memberi amaran. Dia seperti tidak puas hati dengan gadis itu.
"Haaaiiittt…" Yui bermuka manis, selamba mengiakan amaran tersebut. Dengan jawapan ala-ala endah tak endah dia menabik spring sekali pada gadis itu. Dia kemudian mengalih perhatian pada Amanda di sebelahnya, memulakan perbualan baru. Dek kerana itu ada tawa-tawa kecil di sana-sini, kelucuan dengan amaran Raihan yang hilang sengatnya.
"Siapa dia Amanda?" Yui bertanya pada Amanda yang setia disisi. Inginkan informasi tentang musuh tak dilamarnya itu.
"Raihan Anuar, Kapten Pasukan Gimnastik, STAR. Dia memang macam tu! Dia yang paling tua dikalangan pelajar perempuan, pasal tu dia rasa dia bagus. Berlagak dirinya macam diva Mahkota. Dia popular dikalangan pelajar lelaki. Konon-kononnya dialah yang paling cun. Kalau ada sesiapa yang dia tak suka, siaplah! Dia akan suruh Taiko buli budak tu." Amanda memberi penjelasan panjang lebar. Suka dia melihat reaksi Raihan yang kebengangan dengan layanan yang diberikan kepada Yui.
"Siapa Taiko?" Yui bertanya lagi. Emm.. Menarik!
"Taiko AKA Malik Othman, mamat yang tak setuju dengan kemasukan kau ke dalam STORM tadi. Dia tu memang kaki buli tau!" Tania mencelah.
"Si Malik tu bodoh! Dia minat bagai nak mati dekat Raihan tapi malangnya Raihan tu minat dekat Luqman Hakim. Sanggup jadi pencacai suruhan si Rimau tu!" Giliran Sanghita pula yang menyatakan ketidakpuasan hatinya.
"Ha betul, betul, betul! Apa yang dia minat sangat dekat si Raihan tu pun aku tak tahu. Harap muka je cantik, perangai macam puntianak!" Pui Moon bersuara. Masing-masing pandai mengawal volume suara mereka kali ini.
"Luqman layan ke si Raihan tu?" Yui semakin bersemangat bila mendengar nama Luqman Hakim.
"Tak! Sejak dia masuk ke sini dua tahun lalu, Luqman ada juga layan Raihan, tapi sebagai kawan jelah. Bila ibu dia meninggal setahun lepas, dia mula pasif. Pastu sesuka hati dia je nak langgar peraturan sekolah. Cikgu dah tak larat nak tegur. Mungkin sebab dia sedih sangat kot!" Giliran Rihanna pula menjawab soalan.
"Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, aku dapat tahu yang Luqman masuk sini di taja orang istimewa tau! Tak ada siapapun yang tahu siapa orang tu. Pelik kan? Padahal prestasi Luqman bukannya semakin baik pun, merundum adalah. Siapalah yang bodoh nak taja dia. Kalau aku dah lama aku berhenti dari taja dia di Mahkota. Banyak lagi bakat baru yang boleh gantikan dia." Tania mencelah. Yui meneguk air liur.
"Kau ni tak baik tau Tania! Orang tu tengah sedih sebab ibu dia meninggal, kau nak dia berhenti pula! Tapi aku risau juga, jika dia tak menunjukkan peningkatan semester ni, alamat kena tendanglah! Sayang betul, dia tu betul-betul berbakat dalam renang!" Kata-kata Hidayah membuat yang lain mula berfikir. Dalam Yui memproses informasi yang diterimanya… Kenapa boleh jadi macam ni?
"Ehhh!!!... Macam mana korang boleh ada kat sini balik ni?" Yui terperanjat dengan mereka yang berada disekelilingnya. Makanan dah kena hinggap dengan lalat balik!
"Sshhh! Kitorangpun ada magis juga macam si Raihan tu." Frida yang datang entah dari mana menunjukkan mukanya dari celahan rakan-rakannya yang lain. Yang lain tergelak, tapi masing-masing kontrol tak mahu rimau mengaum lagi sekali.
"Wah! Kuat betul magnet aku yek!" Yui berseloroh.
"Pirah! Banyak kau punya magnet. Cepatlah jawab soalan kitorang tadi!" Hani menggesa. Tidak dinafikan Yui memang mempunyai aura yang tersendiri. Mereka begitu senang dengan gadis itu.
"O.K, O.K! Aku boleh jawab soalan korang tapi dengan satu syarat." Yui berkompromi.
"Bersyarat-syarat pula! Hah, apa dia?" Amanda dan yang lain berkerut muka. Macam-macamlah minah!
"Syaratnya kalau aku jawab rahsia, korang tak boleh tanya kenapa." Itu sahaja syarat Yui.
"Ini syarat jenis apa ni?" Masing-masing garu kepala.
"Kenapa pula?" Tania yang dari tadi tak reti nak duduk diam tak puas hati.
"Rahsia!" Jawab Yui mengenyit mata dan tersenyum nakal.
"Eh eh leh minah ni! Aku hempuk juga kang!" Gurau Dania yang dari tadi asyik mendengar. Yang lain tertawa bisu (kontrol!) melihat keletah Dania yang dah hilang sabar. Malam itu penuh warna-warni dengan telatah mereka.
salam ehm....bagus coz cerita dia seimbang.i mean...mase Yui kena marah ngan Raihan Yui tak melenting or marah kat Raihan,macam kebanyakan cerita anime jepun yang bersedia ditegur dan berfikiran terbuka. Selalu nye kalau cerpen/novel melayu, dalam situasi begini,mesti dah emo tak tentu pasal.CAIYYA la cite and penulis ni! Kite same same minat anime!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emm watak yui ada iras2 mcm watak ryoma... ni mesti peminat anime jepun