Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Jadi macam mana sekarang? Dah puas hati dapat masuk sekolah ni?" Soal Ghani kepada Yui. Selepas makan malam tadi, dia memanggil semula gadis itu ke dewan makan setelah semua pelajar beredar. Berat hatinya untuk melepaskan anak itu pergi setelah tiga bulan mereka bersama.
"Tak tahulah nak cakap macam mana? Seriously Uncle, do you think what I’m doing now is right?" Jiwanya masih lagi berbelah bahagi.
"Saya larikan diri daripada orang yang saya cintai, yang menyayangi saya sepenuh hati mereka, dengan harapan untuk mengenali orang yang belum tentu dapat menerima saya. Macam tak masuk dek akal kan?!" Yui runsing.
Ghani tersenyum kelat, faham akan perasaan gadis di depannya. Dalam usia mentah, Yui memilih untuk memikul tanggungjawab yang orang dewasa sendiri belum tentu sanggup untuk menerimanya.
"Yui, dengar sini… Dalam kehidupan manusia, tekadang kita terperangkap di dalam situasi yang membuatkan kita perlu memilih antara dua persimpangan. Sama ada ke kiri atau ke kanan, yang mana satu perlu dipilih? Kedua-duanya tidak menjanjikan apa-apa yang pasti, cuma membawa kita ke satu tempat baru yang boleh kita terokai selepas itu." Ghani memulakan bicaranya. Memegang kedua-dua bahu gadis itu lembut dan berkata tepat terus ke mata Yui.
"Tapi sebenarnya ada pilihan yang lebih penting lagi daripada itu, iaitu sama ada kita pilih untuk meneruskan perjalanan atau kekal dipersimpangan tersebut sampai bila-bila. Apa yang Uncle nampak sekarang, Yui pilih untuk meneruskan perjalanan! Walau Uncle sendiri tidak dapat beri jawapan sama ada pilihan ini adalah tepat atau tak, Uncle bangga kerana itu. Percayakan diri dan naluri kamu sendiri. Believe in yourself! Ia akan membawa Yui ke tempat yang Yui ingin pergi. Your destiny is in your hand! But remember, I will always by your side, guiding you along the journey." Ghani mencubit pipi gadis itu membuatkan Yui tersenyum. Anak itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Phewit!" Usikan seseorang membuatkan perhatian Ghani pada Yui terbantut.
"Siapa tu?" Ghani menjerit. Dia memerhati ke arah luar tingkap, menangkap susuk tubuh beberapa orang pelajar yang berdesup melarikan diri. Kepalanya yang tidak gatal digarunya.
"Allah! Jadi gosiplah lepas ni." Ghani mengeluh. Yui tergelak besar.
"Hai Coach Ghani yang garang macam singa ni pun takut dengan gosip?" Usik Yui.
"Pandailah kamu. Dahlah pergi balik asrama. Esok jangan lambat! Dan ingat, tiga bulan Uncle trained kamu. Do not disappoint me, O.K!" Ghani memberi amaran.
"Sir yes sir!" Yui berdiri tegak memberi tabik hormat pada Ghani. Ghani tersengih, terhibur dengan gelagat itu.
"Good night Coach!" Sapa gadis itu lagi lalu meninggalkan Ghani sendirian.
"Emm… Uncle! Domo arigatou na*!" Yui terhenti separuh jalan dan berpusing semula, mengucap terima kasih sejujur hatinya. Selepas itu kakinya dihala semula ke Kolej Kediaman Puteri, pantas berlari. Aku dah lewat nak solat maghrib!
Ghani memandang susuk Yui hilang daripada pandangannya. Memikirkan gadis itu dia tersenyum sendiri.
"Bang Omar, anak kau tengah menyusahkan aku sekarang ni!" Senyum Ghani lagi dalam keluhan. Niatnya kini adalah untuk memastikan impian Yui tercapai.
-----------------------------
Tiga bulan sebelumnya…
"Tolong Uncle! Yui merayu pada Uncle, tolong Yui untuk masuk ke SMT Mahkota. Yui perlu kenal dengan Luqman Hakim. Yui tak mahu Papa menghembuskan nafas terakhir tanpa dapat mengenali Luqman! Uncle tolong Yui Uncle!" Yui meminta bersungguh, melutut di depan lelaki yang dipanggilnya Uncle itu. Air mata yang jatuh deras tidak diendahkan. Difikirannya cuma mengharap Ghani Abdullah akan bersetuju menolongnya.
Ghani serba salah. Mengeluh panjang, dia mengangkat tubuh gadis itu bangun. Aku akan melakukan sesuatu yang lari jauh daripada prinsip aku. Beri aku petunjukmu Ya Allah! Ghani mengalih pandangnya pada Hayati, inginkan pendapat isterinya itu. Hayati sekadar mengangguk, simpati dengan Yui.
"Kita tak punya banyak masa. Dua bulan lagi tawaran biasiswa akan dibuka. You should be good by then!" Ghani membuat keputusan. Melihat sinar dalam mata anak kacukan Jepun-Melayu itu, dia tersenyum pendek.
"Terima kasih Uncle! Terima kasih Uncle! Terima kasih. Arigatou gozaimas!" Yui menarik nafas lega. Air matanya cepat-cepat dikesat. Lelaki itu dipeluk seeratnya, mengucapkan terima kasih tak terhingga.
"Kalau macam tu, sukan apa yang Yui boleh buat?" Hayati bertanya, menepuk bahu gadis itu yang sudah mula ceria.
"Judo!" Pantas Yui menjawab.
"Mana ada pasukan seni mempertahankan diri dekat Mahkota!" Ghani mula pening. Kepalanya yang tak gatal digaru. Tak ada penyakit, cari penyakit aku ni! Argh… Tiga bulan bukannya lama sangat.
"Ada lapan sukan penting di SMT Mahkota Yui. Bola Sepak, Bola Keranjang, Balapan, Renang, Tennis, Squash, Gimnastik dan Badminton. Antara semua itu yang mana Yui paling bagus?" Hayati lembut menerangkan.
"Hah!" Yui ternganga kemudian menggeleng pendek. Susahnya nak masuk SMT Mahkota! Aku ingat senang je! Bukan hanya perlu isi borang je ke?!
"Tapi Yui retilah main sikit-sikit semuanya. Masa kecil-kecil dulu selalu main bola sepak dengan Shin. Bola keranjang pula, Yui penyokong utama pasukan Edogawa Gakuen. Badminton, tennis, squash pernahlah main sekali-sekala masa kelas PE* kat sekolah dulu." Yui jujur, tersenyum menyerikan wajah comelnya yang berambut panjang melepasi paras bahu.
Wajah Ghani sudah berkerut seribu. Dahi yang tidak mahu tegang dipicit-picit. Gadis bertubuh halus itu dihampirinya. Melihat penampilan Yui dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dengan blaus putih beropol yang comel dan skirt bunga melepasi lutut, menampakkan imej tipikal kawaii* remaja Jepun! Anak itu terlalu jauh daripada imej pelajar SMT Mahkota.
"Kita akan berlatih untuk semua sekali. Tapi sebelum itu, you need a make over! Imej ni sangat tak sesuai untuk jadi ahli Mahkota." Ghani serius. Dia menyelak rambut yang menutupi sebahagian wajah comel itu, kemudian tersenyum nakal. Say good bye to you hair girl!
"Hah?!" Lebih besar lagi nganganya kali ini. Gulp! Air liur berlebihan ditelan. Berlatih untuk semua sekali! Pasti menyakitkan. Berusaha Yui! Yosh!
memang gile r.. 3 bulan nk blatih lapan jenis sukan???! bapak pocah palo lutut den eh.. huhuhuhu
HaniHilman
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
memang gile r..
3 bulan nk blatih lapan jenis sukan???!
bapak pocah palo lutut den eh..
huhuhuhu
HaniHilman