Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LEGA! Fuhh, rasa geli-geleman dibuatnya. Apa punya kolej ni, dalam tandas punyalah busuk, hancing, macam tak dicuci seminggu. Tetapi apa boleh buat, nak tak nak terpaksalah juga lepaskan. Nak buang air kecil punya fasal, terpaksa juga dia redahkan diri. " Shah, kau pun nak buang air juga ke?" Tanya Amirez sejurus sahaja nampak kelibat Ekashah masuk. Ekashah diam. Mukanya merah menahan marah. Amirez sedar keadaan itu. Nyata Ekashah masih lagi tidak dapat menerima kenyataan meskipun sudah genap seminggu tragedi itu berlaku. " Kau masih marah pada aku lagi, Shah?" Pertanyaan Amirez dibiarkan begitu sahaja. Dengan seberapa segera Ekashah masuk ke dalam tandas yang tidak berpenghuni. Bunyi tandas dipam kedengaran. Amirez masih lagi setia menanti. " Maafkan aku, Shah." Perlakuan Ekashah masih lagi sama. Cuma berdiam diri. Dia hanya berlalu ke sinki untuk membasuh tangan. Amirez melangkah menuju ke arah Ekashah. Bahu sahabatnya itu dipegangnya. Ekashah tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia cuma tunduk dan tangannya dikepalkan. Tiba-tiba sebiji penumbuk hinggap ke muka Amirez. Amirez menjadi kaku. Pada hari pertama Ekashah kembali ke kolej, ini yang dia dapat. Tanpa salam, tanpa amaran, Ekashah sudah bagi penumbuk. Kali ini kaki Ekashah pula naik ke muka, tetapi dapat dielak oleh Amirez. Amirez cuma tidak dapat mengelak dari air tandas yang terpercik akibat dari tendangan kaki Ekashah tadi. Dia menyumpah. " Shah! Apsal ni?" Sanggahnya terperanjat. Tulang pipinya masih lagi terasa birat. Dia mengundur sedikit. " Tak perlu kau tanya kenapa! Kerana kau sendiri dah tahu sebabnya, talam!" Balas Ekashah sambil cuba melakukan satu lagi tumbukan kencang ke muka Amirez. Tetapi kali ini sahabatnya sudah bersedia. Malang bagi Ekashah. Sudahlah tumbukkannya ditepis, dia pula yang dapat penangannya. Tepat di bawah dagu. Dengan pantas juga Amirez membuat tumbukkan susulan. Lebih kencang dan padu. Ekashah terjatuh apabila terkena tumbukkan Amirez yang kedua. Dia bangkit, tetapi kali ini bukan untuk melakukan serangan. " Rez, aku betul-betul tak puas hati dengan kau." Gerutu Ekashah sambil mengesat bibirnya yang pecah. Darah mula mengalir. " Apa yang kau tak puas hati dengan aku?" Tanya Amirez galak. Sambil itu dia bersedia memasang kuda-kuda dan menunggu serangan daripada Ekashah. Ekashah tidak gentar untuk bergaduh, tetapi dia cuma tidak mahu kalah dalam pergaduhan ini. Cukuplah dengan satu tumbukan sebagai amaran. Balasan berangkai yang diterima menyedarkannya. Dia sudah kenal dengan gaya tumbukan seperti itu. Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan pergerakan sepantas tadi. Serentak menepis dan menumbuk menggunakan tenaga yang banyak. Amirez mampu menjatuhkan dia dengan dua tumbukan berantai. Kalau dia tidak segera bangun, mungkin libasan kaki kuda pula yang menyusul. Mahu berdanau menyembah simen tidak tentu fasal. Selalunya Amirez tidak akan bertindak begitu. Jika dulu, tumbukan dan tendangan seperti itu hanya akan mengenai susuk tubuhnya apabila disuruh ketika mereka sama-sama berlatih seni mempertahankan diri, Tae-Kwan-Do. Tapi kini tanpa dipinta, tanpa disuruh, dengan sendiri Amirez mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya. Tahap kesabaran Amirez mungkin telah melepasi had. " Cakap, apa yang kau tak puas hati , Shah?"Jerit Amirez berang. Dia sudah terlalu bersedia untuk bertempur kini. " Kau rampas Aya daripada aku, Rez." Ujar Ekashah sambil mengundur. " Shah, aku tak ingin nak rampas awek kau, tau tak?" " Tapi kau dah lakukan." " Lakukan apa? Aku tak merampas dia daripada kau. Tapi sebaliknya, kau yang berbuat demikian." " Jadi semua itu salah aku?" " Aku tak kata yang semua itu berpunca daripada kau." " Habis, apa yang kau maksudkan?" " Kau patutnya tahu, Shah. Kau tak sepatutnya bertindak begini. Kau dah matang, kau tahu berfikir. Kau seharusnya berani menghadapi kenyataan!" " Kenyataan yang memeritkan. Buat apa itu semua?!" Suara Ekashah mula meninggi. Amirez terperanjat. Ekashah tidak bersedia. Amirez makin mara ke arahnya. Dengan tidak semena-mena Amirez mengayunkan tangan kanannya ke muka Ekashah. Tepat. Kena lagi sebiji. Ekashah terjatuh. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Pandangannya kabur, dia hanya mampu mendengar. Biji matanya rasa bengkak dan pedih. " Kalau kau tak percayakan aku, kau boleh tanya Aya sendiri. Tak perlu kau bertindak melulu begini. Bila dah terbukti segalanya, baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah." " Baik, selagi aku tak dengar sendiri semua itu keluar daripada mulut Aya, selagi itulah aku tak akan percaya pada kata-kata kau. Dan kalau kenyataan yang kau berikan itu adalah satu pembohongan semata-mata, nahas kau." Suara Ekashah mendatar. Amirez membisu. Ekashah diam. Amirez tahu, masih banyak lagi dendam Ekashah pada dirinya ketika itu. Dilihatnya Ekashah masih lagi duduk di lantai tandas, memandang ke bawah dengan pandangan yang kosong. Kalau diikutkan darah mudanya, mahu sahaja dilanyaknya Ekashah cukup-cukup. Sudah tentu patah tulang budak itu dibuatnya. Tetapi dia tidak sampai hati. Ekashah sahabatnya. " Shah, dengan sekelip mata sahaja kau jadi begini? Cepat betul kau berubah. Hanya kerana seorang gadis, kau telah tukarkan seorang sahabat kau menjadi musuh. Musuh buat selama-lamanya." Selesai sahaja menuturkan kata, Amirez melangkah meninggalkan Ekashah yang masih lagi terduduk kaku. Di dalam kepalanya masih lagi rasa berdengung. Itu semua kerana terkena penumbuk Ekashah yang merupakan pemegang tali pinggang hitam Tae-Kwan-Do, sama sepertinya. " Aku sanggup lakukan apa sahaja demi Aya dan aku rela korbankan apa sahaja demi kau, Rez. Walau nyawa aku sendiri menjadi taruhan. Maafkan aku." Balas Ekashah sendiri. Ekashah mula menyesali perbuatannya. Dia tahu tiada gunanya dia berlaku begitu. Tapi dia hanya seorang lelaki. Dia cuma bertindak mengikut naluri kelakiannya. Mana ada lelaki di dunia ini yang sekadar berdiam diri apabila mengetahui kekasih hati menyintai insan lain. Lebih-lebih lagi sahabat sendiri. Tapi dia lebih terusik apabila mengetahui yang selama ini Amirez membohongi dirinya. Peristiwa hari ini adalah sebagai tanda protes terhadap sikap Amirez yang bertindak membelakanginya. Dia marah kerana Amirez sanggup merosakkan kebahagiaan dua insan yang sedang asyik bercinta demi memenuhi kehendak rakan baiknya sendiri. Tumbukan itu bukan untuk membalas dendam. Tetapi untuk amarah yang memuncak pada Amirez kerana sanggup menyakiti hati Alayna. Gadis yang sama-sama mereka cintai. Dan yang lebih dia kesali ialah tindakan Amirez itu yang sering menganggapnya seperti orang luar, bukannya sahabat. Sedang dia, sering menjadikan Amirez sebagai insan yang paling dipercayainya. Tempat untuk dia meluahkan segala perasaan yang dihuni oleh pelbagai masalah. Dia merasa kesal dengan apa yang telah terjadi. Namun kini dia merasa bahagia. Dia tidak perlu lagi menanggung kesalahan kerana menjadi punca pemberantakan hubungan sahabat baiknya. Dan dia tidak perlu lagi disimpati kerana selama ini bergelumang dengan cinta buta. Kini hanya ada satu jalan penyelesaian. Alayna!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan