Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"AHH! Leganya…" Ujar Amirez sambil bersandar ke sofa. Mulutnya yang bersememeh dengan kuah Maggi disapu dengan belakang tangan. "Ini biasanya lepas makan kita kerat kayu api baru sedap, Rez…" Cadang Ekashah sambil tersengih. Amirez mengambil sekotak rokok dari biliknya. Ibu bapa Amirez sememangnya tidak tahu dia merokok. Dihisapnya secara curi-curi. Di padang permainan, di bilik air. Di mana-mana sahaja tempat yang sempat bila ketagihnya menyerang. Bila keinginannya mendatang. Tambahan pula waktu ini, ibu bapanya tiada di rumah. Masing-masing sibuk bekerja. Mak Limah iaitu orang gajinya, bercuti tiga hari. Kalau tak silap pendengarannya, Mak Limah pulang ke kampung. Nak menjenguk kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Adik lelakinya pula entah ke mana perginya. Dia sendiri kurang periksa. "Kenapa kau beria-ia sangat nak lepak kat rumah aku ni?" Tanya Amirez selepas menyedut asap bagaikan gaya samseng. Sesekali, dihembusnya asap rokok berkepul-kepul. Buat bulatan satu dua bagi canggih sikit. "Sebenarnya tak ada apa. Aku cuma nak tanya pasal kau je ni." "Pasal aku..? Apa halnya pulak?" " Yelah. Pasal kau. Kenapa semenjak dua menjak ni aku tengok kau asyik termenung panjang je? Lepas tu, semua assignment yang diberi, tak pernah kau siapkan. Kau bukan macam dulu lagi." "Kenapa..? Menyusahkan kau ke?" "Ha’a, memang menyusahkan aku. Malah dah sampai ke tahap menyakitkan hati." Amirez bangun. Dirinya jadi bingung. Fikirannya jadi buntu. Putung rokok yang belum habis dihisap, disembamnya ke dalam pinggan. Dia merenung jauh ke luar tingkap. Cuaca di luar agak gelap. Tapi tidak segelap hatinya kini. "Rez… Tak usahlah kau nak menyembunyikan apa-apa lagi daripada aku. Disebalik wajah kau, aku tahu ada masalah yang sedang kau tanggung. Just tell me. Maybe aku boleh tolong kau." Gumam Ekashah selepas melihat kelakuan Amirez yang serba tidak kena itu. "Aku tak boleh beritahu kau, Shah. Kerana masalah ini ada kaitannya dengan kau. Dan aku tak mahu persahabatan kita terputus, hanya kerana masalah yang aku ciptakan sendiri." Nada suara Amirez yang pada mulanya kasar, kini bertukar mendatar. "Masalah kau ada kaitannya dengan aku?" " Ya. Ada kaitannya dengan kau. Dan kau takkan faham." "Kenapa pula aku takkan faham? Bukankah telah kau katakan tadi yang masalah kau itu berkaitan dengan diri aku? Tolonglah, Rez. Beritahu aku kalau aku ada menyakiti hati kau tanpa aku sedari." "Kau tak pernah sakiti hati aku. Tapi aku takut kalau perkara yang kau mahu tahu itu, akan menyakitkan hati kau. Pasti kau takkan dapat menerimanya." "Sejak kecil lagi aku kenali kau. Dan aku tahu kau seorang teman yang tabah menempuh segala masalah. Kau pun tahu aku tidak setabah kau. Tapi kali ini, aku lihat masalah itu benar-benar menguji diri kau. Ianya terlalu sukar untuk kau tempuhi. Insan yang setabah kau pun tunduk kepadanya. Apatah lagi bagi aku yang tidak setabah kau jika mengalaminya. Tapi aku tak sanggup melihat kau seorang saja yang berduka sedangkan aku turut terlibat. Sebagai teman, izinkan aku menyelami masalah yang kau hadapi itu walaupun telah kau katakan tadi yang ianya akan menyakitkan hati aku, Rez." "Tapi.." Amirez serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu menyakiti hati teman baiknya itu. Dia tidak mahu Ekashah kecewa apabila mendengar masalahnya. "Luahkan, Rez. Aku perlu tahu semua itu." Ekashah terus mendesak bagaikan anak kecil yang meminta dibelikan gula-gula. Amirez menggeleng lemah. "Baiklah.. Aku takkan paksa kau lagi. Pendamkan saja masalah kau itu. Selfish!" Ekashah dengan lantang berkata sambil melangkah laju menuju ke pintu hadapan. Selfish?! Kau kata aku selfish? Tak boleh jadi ni! Gerutu Amirez dalam hatinya. "Tunggu!!" Ekashah berpaling. Dilihatnya Amirez sedang tunduk. Jeratnya mengena. Dia pasti Amirez akan memberitahunya. Sebentar lagi dia akan tahu masalah yang bersarang di hati Amirez. "Aya ialah masalah aku…" Amirez berkata sambil mendongak ke arah Ekashah. Ekashah terkedu apabila nama itu yang terkeluar daripada corong mulut Amirez. Wajahnya pucat. Jika ditoreh dengan pisau pun, entah ada atau tidak darahnya. "Aya..? Maksud kau, Alayna? Kekasih aku?" Ucap Ekashah seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "Ya, Alayna. Kekasih kau!’" "Kenapa dengan dia? Apa masalah antara kau, aku dan dia?" "Aku menyintai dirinya." "Rez! Tergamak kau. Aya milik aku." "Pada zahirnya saja dia milik kau. Pernah kau bertanya padanya, hatinya milik siapa?" Tanya Amirez cuba mempersoalkan ketulusan gadis yang bernama Alayna itu. "Kau sudah ada Sophia." "Tapi aku tidak menyintai dirinya." "Kenapa, Rez?! Kenapa?!!" Jerit Ekashah. Ekashah memandang Amirez dengan pandangan yang penuh dengan api kebencian. Kemarahannya yang meluap-luap jelas terpancar menerusi anak matanya. Tanpa diduga, Ekashah bertindak diluar jangkaan. Amirez tersentak apabila Ekashah dengan tiba-tiba menumbuk dinding batu rumahnya. Ekashah lantas mencangkung. Dahinya berkerut seperti sedang menahan kesakitan. Tanpa sepatah perkataan, Ekashah kemudiannya melangkah pulang dengan tidak mengucapkan selamat tinggal. Amirez menyandarkan tubuhnya ke dinding. Seribu penyesalan menyelinap dihatinya. "Maafkan aku, Shah. Kau yang memaksa aku meluahkan perkara yang sebenar." Amirez tahu dia tidak patut berkata begitu kepada Ekashah. Ekashah ialah teman yang dikenalinya sejak daripada kecil. Segala masalah dikongsi bersama. Dan dia tidak mahu persahabatan mereka terputus hanya kerana masalah yang diciptanya sendiri. Masalah yang melibatkan empat individu. Masalah antara dia, Ekashah, Alayna dan Sophia. Tapi kini perkara yang paling dia takuti telah terjadi. Ekashah pasti tidak akan memaafkan dirinya. Dia tahu, Ekashah amat mencintai Alayna. Gadis berkulit kuning langsat yang dia serta Ekashah sama-sama kenali menerusi layar chatting. Saat pertama kali Amirez mendengar suara gadis itu, dia sudah jatuh hati. Dia jadi tidak menentu. Tidak keruan. Ekashah tidak ketinggalan. Dalam diam Ekashah juga menaruh harapan. Dia tidak tahu. Dan dia pasti tidak akan tahu jika kejadian jahanam itu tidak berlaku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan