Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Amirez!!!" Alayna menjerit semahu-mahunya. " Sabar, Aya. Yang pergi tu tetap akan pergi. Kita yang hidup ni mesti terus menjalani kehidupan ini." Datin Anisah menenangkan Alayna yang baru sahaja menerima berita tentang kematian Amirez. " Kenapa semua ini mesti terjadi sekarang? Kenapa mesti Rez tinggalkan Aya?" " Ini sudah takdir Aya. Soal hidup dan mati ni di tangan Tuhan. Kita tak punya kuasa untuk menentukannya." Pujuk Datin Anisah sayu. Dia bersimpati dengan nasib yang menimpa anaknya. " Tapi Aya tak boleh hidup tanpa Rez. Aya sayangkan dia." " Tapi Tuhan lebih sayangkannya. Kerana itulah Rez tinggalkan kita dulu. Aya mesti redha dengan semua ini. Aya mesti tabah." " Aya tak boleh, ma." Alayna memeluk erat Datin Anisah. Dia menangis semahu-mahunya. " Aya kena cuba. Mama tahu anak mama ni seorang yang tabah." Alayna masih lagi dengan alunan sendunya. Pemergian Amirez ke rahmatullah benar-benar memeranjatkan dirinya yang sedang asyik menganyam impian untuk bersama dengan insan itu. Tidak pernah terlintas walau sedikit pun difikiran yang Amirez akan meninggalkan dirinya buat selama-lamanya dalam tempoh yang terdekat ini. Itu pun dalam keadaan yang begitu tragik. Kerabat diraja mati dibelasah sepupu sendiri! Itu tajuk utama akhbar di Malaysia. Kematian Amirez mendapat liputan yang meluas. Ramai yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa keluarga diraja itu tapi tak kurang juga ada yang mengutuk. Mengutuk Didi yang merupakan dalang bagi pembunuhan itu. Alayna terasa dirinya bagaikan balu seorang tentera yang mati berjuang di medan perang. Memang benar, Amirez telah berjuang habis-habisan mempertahankan dirinya. Berjuang untuk meneruskan kehidupannya di dunia ini. Dan memang perjuangan Amirez itu tidak ubah seperti seorang tentera di medan perang. Bezanya cuma Amirez tidak bersenjata sedangkan lawannya pula sebaliknya. " Tolong Aya, mama." Alayna masih lagi tidak henti menangisi nasib yang telah ditakdirkan. Datin Anisah dan Dato' Alias mengeluh. " Sabarlah Aya." Datin Anisah mengusap lembut rambut Alayna. " Puan, ada panggilan telefon untuk Cik Aya." Bibik tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Alayna. " Katakan Aya tidak sihat." Pantas Dato' Alias bersuara setelah agak lama menyepi. Dia tidak mahu sesiapapun mengganggu Alayna pada waktu ini. Alayna perlukan ketenangan. Itu yang difikirkannya. Bibik mengangguk. Dia segera berpaling ke belakang. " Bibik, sekejap lagi Aya turun." Alayna berkata dalam teresak-esak. Dato' Alias dan Datin Anisah saling berpandangan. " Tapi…" Datin Anisah serba salah. " Aya okey. Mungkin panggilan itu penting." Alayna berkata sambil bangun mengikut Bibik dari belakang. Dato' Alias dan Datin Anisah juga tidak ketinggalan mengekori langkah Alayna.
" Assalammualaikum." Alayna mengawal nada suaranya. Dia cuba untuk tidak menangis. " Waalaikummussalam." " Shah?" " Yup. Aya sihat?" Alayna jadi sebak tiba-tiba apabila mendengar Ekashah bersuara sayu. Air mata yang telah terhenti sebentar tadi mula mengalir semula. " Aya sihat. Shah?" Alayna masih lagi cuba mengawal keadaan walaupun dalam esakan. " Sihat. Aya okey ke?" " Okey." Alayna cuba berbohong. Keadaan menjadi sepi buat seketika. " Betul ke Aya okey ni?" Ekashah bertanya kembali cuba mendapatkan kepastian. Alayna senyap. " Aya?" ulang Ekashah. " Aya tak okey, Shah. Aya tak okey. Tak okey sejak Rez tinggalkan Aya." Akhirnya Alayna meluahkan perasaannya tanpa dipinta. Ekashah mengeluh perlahan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mendengar Alayna menangis. Hati lelakinya terusik apabila mendengar tangisan mendayu itu. Dia turut bersedih kerana kematian sahabat baiknya itu. Namun dia tahu, Alayna lebih menderita daripadanya. " Shah faham perasaan Aya. Shah pun sedih." " Tak sampai dua minggu hubungan kami terjalin semula, Shah. Belum puas rasanya Aya merasai kembali cinta Rez yang pernah hilang dulu." " Tapi Aya kena tahu. Waktu Rez tinggalkan kita, hanya Aya seorang saja yang bertakhta dalam hatinya." " Tapi Rez mati sebab Aya. Didi bunuh Rez sebab Aya. " " Jangan salahkan diri sendiri. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Dan Didi pun dah terima pembalasan di atas perbuatannya itu. Dia dan rakan-rakannya sudah pun ditangkap polis." Ekashah berusaha memujuk Alayna. Alayna mengangguk perlahan. Kata-kata Ekashah memang ada benarnya. " Terima kasih kerana ambil berat pasal Aya." " Tenangkanlah diri Aya. Ingat pada Tuhan. Dia yang berkuasa menentukan segalanya." Sambung Ekashah kembali. " Aya akan cuba, Shah. Walaupun perit untuk Aya menerimanya, Aya akan cuba."
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang KepadaMu aku meletakkan pengharapan KepadaMu aku menyerahkan diri Maha Suci Engkau Aku pohon keredhaanMu yang hakiki.
Oh Tuhan Sayangilah insan yang aku sayangi Kasihanilah orang yang aku kasihi Ampunilah orang yang minta pengampunan Terutama diriku yang lemah ini.
Berilah aku kekuatan Berilah aku ketabahan Berilah aku kebahagiaan Berilah aku penawar segala kesakitan.
Ya Tuhan Pemilik kerajaan di bumi dan di langit Berilah aku dan kaum keluargaku kebahagiaan Di bumi dan di akhirat nanti.
Ketenangan menyelinap sebentar selepas menunaikan solat fardhu Isyak. Alayna duduk bersandar di birai katil. Dia lantas mencapai potret Amirez yang menghiasi sudut katilnya. Diusapnya potret itu dengan penuh kasih dan sayang. Dicium dan dipeluknya kuat-kuat. Rasa rindunya bagaikan terungkai begitu sahaja. Dia pasrah. Pasrah terhadap takdir yang menimpa dirinya. Takdir yang telah meragut nyawa insan kesayangannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waa..npe rez mati..sedih la pulak..
cte ni da sweet sgt..tp rez mati pulak..hu.
the end ke ni? ke ade smbungn lg..