Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Amirez berjalan-jalan di Kompleks Membeli-belah Jaya Jusco sendirian. Keluarganya sudah pun pulang semula ke Negeri Sembilan pagi tadi. Amirez tidak kisah. Dia akan menghabiskan waktu cutinya di Perak dahulu sebelum pulang semula ke sana. Dia mahu menemani Alayna. Amirez lebih seronok lagi apabila Alayna berada berhampiran dengannya. Kesempatan berada dekat inilah yang perlu digunakan sebaik mungkin. Amirez akan terasa seperti di awang-awangan apabila dapat menatap wajah gadis itu. Amirez tidak tahu apa yang hendak dibelikan untuk Alayna. Dia berlegar-legar melihat perfume wanita. Dia mencuba satu demi satu perfume yang ada di situ. Akhirnya Amirez tertarik dengan haruman perfume Beautiful jenama Estee Lauder. Dia suka dengan bau perfume itu. " Cik, berapa harga perfume ini?" " RM250, dik." Jawap amoi yang bertugas ceria. " I’ll take one." Mahal tetapi memadai. Duit ada RM300, baki nanti tinggal RM50. Perut dah lapar ni, makan dekat KFC dikira bagus juga. Awek kat situ pun ramai yang cun. Eh, lupa lak. Aku nak jadi pencinta abadi, mana boleh gatal. Nasib baiklah aku dah couple semula dengan Alayna. Kalau tak, siaplah awek-awek Ipoh aku kacau. Fikirnya keseronokan. Amirez melangkah keluar daripada Isetan. Perutnya sudah berbunyi. Bermacam-macam lagu kedengaran yang keluar dari perutnya. Dia perlu cari makanan dahulu, baru balik. Tiba-tiba bahu Amirez disentuh. Amirez menoleh ke belakang. " Hei, Rez. Lama aku cari kau sejak semalam. Susah betul. Akhirnya jumpa juga kita di sini." Didi tercegat sambil tersengih lebar. " Apa hal kau cari aku, Didi?" Tanya Amirez hendak tak hendak. " Kau kan masih ingat lagi peristiwa setahun yang lepas." " Habis tu, apasal?" " Peritiwa yang lama kau masih ingat. Tapi peristiwa semalam kau dah lupa? Bukankah semalam telah aku katakan yang tendangan aku itu bukannya yang terakhir, ada lagi. Aku nak membalas dendam terhadap kau!" " Sini bukannya tempat yang sesuai untuk kita bergaduhlah, Didi." " You’re right, Rez. Memang aku tak nak cari gaduh kat sini pun. Jom kita gaduh di tingkat atas sekali." Ajak Didi selamba. Amirez akur, dia tidak berkata apa-apa pun. Amirez hanya mengekori Didi dari belakang. Keadaan di tingkat atas kosong. Tiada satu kereta pun di situ. Hujan rintik-rintik mula turun membasahi simen. Didi memberhentikan langkahnya lalu menoleh kepada Amirez. Sambil itu secepat kilat dia melepaskan tumbukan ke muka Amirez. Amirez tidak dapat mengelak, hayunan tangan kanan Didi tepat mengenai batang hidungnya. Amirez meraung kesakitan yang teramat sangat. Batang hidungnya terasa patah. Terasa remuk. Darah mula mengalir keluar dari hidungnya. Amirez menerkup hidung dengan kedua belah tangannya. Amirez melutut, dia membongkokkan badannya kerana kesakitan yang teramat. Didi mengambil kesempatan itu dengan segera. Dia menendang Amirez berkali-kali dengan kasut Dr. Martin yang tebal. Mengenai muka, bahu, dada dan perut. Amirez tidak dapat bangun. Dia menjerit-jerit kesakitan. Amirez terdengar bunyi deruman enjin. Dia terasa lega. Dia akan terselamat daripada dibelasah oleh Didi dengan lebih teruk lagi. Sebuah van bergerak menghampiri mereka secara tiba-tiba. " Macam mana Didi, nak we all sambung lagi tak?" Tanya salah seorang lelaki yang ada di dalam van itu setelah menguakkan pintunya. " Sambunglah, aku hadiahkan beruk ini untuk korang belasah." Jawap Didi sambil ketawa terbahak-bahak. Amirez mendongakkan kepalanya. Jangkaannya jauh meleset. Rupa-rupanya deruman enjin yang didengar itu tadi adalah van kepunyaan kawan-kawan Didi. Amirez menguatkan tenaganya untuk bangun. Dengan susah payah dia berjaya berdiri sendiri. Sebuah van Delica berada betul-betul berada dihadapannya. Seorang demi seorang keluar daripada perut van itu. Melalui pintu kiri dan kanan. Depan dan belakang. Masing-masing membawa kayu hoki. Tersenyum-senyum, tersengih-sengih mengelilingi Amirez. Amirez sudah tidak peduli. Amirez tidak takut lagi. Dia pasrah pada apa yang akan terjadi. Dia jadi berani untuk menentang. Salah seorang daripada mereka meluru laju ke arah Amirez. Amirez membuka langkah memasang kuda-kuda. Kayu hoki itu dihayun menghala ke badannya. Amirez pantas mengelak. Amirez melakukan tendangan libas kepada musuh yang berada di hadapannya. Tendangan Amirez tepat mengenai sasaran. Musuhnya jatuh tersungkur. Pemuda itu meraung kesakitan. Amirez menoleh ke belakang pula. Seramai sembilan orang berdiri di belakangnya. Amirez terpaksa mengundur kerana salah seorang daripada mereka sudah berada terlalu dekat dengannya. Mengacah-ngacah dengan kayu hokinya. " Rez, baru sekarang kau kenal siapa aku sebenarnya. Lain kali jaga sikit kelakuan kau itu. Jangan berlagak sombong. Tengok orang sikit. Jangan tunjuk jaguh. Dendam aku masih membakar, Rez. Aku akan hancurkan hidup kau. Bersedialah untuk merana wahai hero si Aya." Meledak ketawa si Didi, disambut sakan oleh temannya bertali-tali. Mereka cuba menerkam dan menyerang Amirez. Amirez tidak dapat melarikan diri lagi. Di belakang ada dinding yang mengepungnya. Dia hanya mampu berserah kepada Tuhan sahaja. Mati dan hidup bukan pilihannya lagi. Dia cuba melawan, dia cuba mengelak, dia cuba bertahan. Namun dia cuma seorang. Salah satu kayu hoki dihayun tepat ke muka Amirez. Amirez menahan kayu itu dengan tangannya tetapi perutnya pula terasa sakit akibat dihentak. Amirez tertunduk. Dia tahu perutnya sudah dipukul dengan kayu hoki. Amirez masih mampu berdiri. Dia memejam dan mencelikkan matanya kerana menahan sakit. Pukulan demi pukulan Amirez terima tanpa dapat ditepis lagi. Serata tubuhnya menerima pukulan demi pukulan daripada kawan-kawan Didi. Keadaannya tidak ubah seperti seekor kucing yang dikelilingi oleh sepuluh ekor anjing ganas yang sentiasa sedia untuk membahamnya. Akhirnya Amirez rebah juga. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun lagi. Lututnya terasa pedih. Dia tahu lututnya telah dipukul dan belakang kepalanya turut jadi sasaran. Amirez hanya mampu mendengar sahaja, menahan kesakitan demi kesakitan yang tidak tertanggung lagi. Dia terdengar mereka ketawa mengekek. Mereka sudah berhenti memukul. Mereka berjalan pergi. Amirez terdengar bunyi deruman enjin dan pintu van yang kuat ditutup. Amirez mengagak mereka sudah pergi. Dia pasti mereka berasa puas setelah memukulnya. Membiarkan dia menggeletek di simen yang basah dengan keringat, darah dan air hujan. Dia menggigil dan menggelepar. Seluruh tubuhnya terasa lembik, membengkak, perit dan pedih. Serata tulang belulangnya pula bagaikan telah patah dan remuk. Amirez membuka mata. Bungkusan perfume Estee Lauder yang berada dihadapannya sudah hancur berkecai. Bau wangi semerbak ke udara. Amirez cuba menggerakkan tangan untuk mencapainya, tetapi dia tidak berdaya. Jari-jemarinya kaku. Tangannya sudah tidak boleh bergerak. Badannya pula sudah dipenuhi dengan darah. Mencair bersama air hujan yang membasahinya. " Aya, maafkan Rez. Selamat tinggal, sayang. Aku cinta padamu." Ujarnya perlahan dengan linangan air mata. Matanya mengerdip. Mulutnya berbuih dengan darah. Pandangan Amirez menjadi semakin lama semakin kabur. Telinganya hanya sayup-sayup mendengar titisan hujan yang menimpa simen di situ. Badannya tidak boleh bergerak lagi. Dia hanya tertiarap mencium bumi. Demi cinta monyet terakhir kali…
huwaaa..kene pukol plak..trok btol la cousin mcm tue..ade lgkn smbungn nye ni?? cpt2la smbung yerk..huhu
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huwaaa..kene pukol plak..trok btol la cousin mcm tue..ade lgkn smbungn nye ni?? cpt2la smbung yerk..huhu