Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ekashah telah pun bertemu dengan Alayna semalam. Kini tiba giliran Amirez. Nasib baiklah waktu ini adalah cuti penggal dan keluarganya sedang bercuti di Perak, negeri tempat kelahiran mama dan papanya. Nasib baik jugalah Mak Usu, iaitu adik bongsu Raja Camelia akan melangsungkan perkahwinan pada waktu ini. Kalau tidak, tiada peluang baginya untuk melawat Alayna yang kini terlantar sakit di hospital. Setelah mendapat keizinan daripada mama, papa dan Mak Limah sendiri, Amirez bertolak tanpa ditemani sesiapa pun. Di dalam perjalanan, Amirez tidak dapat mendiamkan diri. Dia gelisah. Terasa rimas berada di dalam kereta Satria GTi pemberian papanya yang tidak bergerak akibat jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Kalau boleh dia ingin segera terbang agar cepat dia sampai ke hospital. Dia ingin segera melihat Alayna. Walau apa yang terjadi di antara mereka, dia tetap sayangkan Alayna. Dia mahu membelai gadis itu sepenuh jiwa. Tapi dia masih kurang yakin. Adakah kata-kata Ekashah dapat meyakinkan kembali Alayna tentang ketulusan hatinya? Adakah Ekashah telah berjaya memujuk gadis itu untuk kembali bersama dengannya? Dia tidak tahu kerana Ekashah sendiri tidak menghubungi dirinya sejak semalam. Untuk itu, telah berkali-kali dia cuba hendak mengorek daripada Ekashah, namun dia gagal. Talian Ekashah sering sahaja sibuk. Bergayut dengan Alaynakah? Ahh, karut! Tapi, mungkin Alayna sendiri yang menghubungi Ekashah dengan menggunakan telefon awam.
" Benar apa yang sedang kau fikirkan sekarang ini. Usah kau percaya kata-kata sahabat kau itu. Begitu juga dengan bekas kekasih yang pernah kau tinggalkan dulu. Mereka membohongi kau." Bisikan halus bergema di telinganya secara tiba-tiba. Amirez terdiam. Terbayang semula wajah kusam Alayna sewaktu dia melafazkan kata-kata perpisahan dahulu. Gadis itu terlalu ikhlas dalam perhubungan mereka. Muncul pula wajah Ekashah. Satu-satunya sahabat yang sering berkongsi susah dan senang dengannya.
" Kau pun satu. Kau dah pernah melukakan hati gadis itu. Kau tak malukah untuk kembali bersamanya semula?" Amirez terdiam lagi. Memikirkan bisikan halus yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.
" Rez, jangan fikir yang bukan-bukan. Bukankah Ekashah sendiri sudah katakan yang dia akan memutuskan perhubungannya dengan Alayna. Kau mesti mempercayainya. Dan tak usahlah kau bersusah payah berfikir tentang hal itu. Jangan sakiti Alayna lagi." Bisikan yang lain pula bergema seperti menasihatinya. Lain benar suara dan nada yang ini berbanding dengan bisikan yang pertama tadi. Lebih lembut dan tenang.
" Ahh, apa yang kau tahu tentang itu semua? Kau bukannya berada dihadapan mereka. Entah-entah mereka sedang memadu asmara sekarang ini. Budak-budak sekarang mana boleh percaya. Dekat ceruk mana pun kalau dua makhluk yang berlainan jenis berdua-duaan, pasti nafsu yang menguasai diri. Inikan pula hospital. Siap ada katil. Apa yang tak cukup lagi?" Bisikan itu semakin mengancam sudut hatinya. Kali ini diiringi dengan hilaian ketawa. Amirez menerkup telinga.
" Tidak!!" Jerit Amirez di dalam hati. Astghtaufirullahallazim! Amirez mengucap panjang. Dia meraup mukanya. Tak baik dia berfikir begitu. Dia kenal sangat dengan Ekashah. Ekashah tidak akan mengkhianatinya. Begitu juga halnya dengan Alayna. Gadis itu tidak akan sesekali berlaku curang terhadapnya. Keadaan begitu sibuk ketika Amirez sampai di pintu pagar hospital. Setelah berulang-ulang kali melalui jalan yang sama, akhirnya dia menemui satu petak kenderaan yang tidak berpenghuni. Keluar sahaja dari pintu kereta, Amirez terus menuju ke pintu masuk. Kemudian menghala ke lif. Berdekatan dengan tempat bertanya.
" Cehh, macam manalah aku boleh lupa ni?" Amirez mengetuk kepalanya. Dia berpatah balik menuju ke kedai bunga pula yang terletak bersebelahan dengan hospital.
" Miss, how much for this roses?"
" Thirty two ringgit, cutie." Amirez tersengih. Dia tersipu-sipu malu. Kembang hatinya bila dipanggil begitu.
" Okay, I’ll take this." Pekerja wanita itu tersenyum sambil mengangkat bunga yang dipilih Amirez. Jambangan itu merupakan hiasan puluhan kuntuman mawar merah yang masih segar disulami dengan bunga-bunga kecil dan daun yang cantik lagi menarik. Lebih menarik perhatiannya, jambangan itu diletakkan di dalam sebuah bakul rotan yang unik. Pasti Alayna akan sukakannya.
" Excuse me, cutie. Don’t you want to buy a card too?"
" How much for a card?"
" Only one ringgit." Sengih wanita itu sampai ke telinga.
" Okay." Bunga dah dibeli. Sekarang nombor bilik pula. Lepas itu jumpa Alayna. Bisik hati Amirez sambil tersenyum senang memandang jambangan bunga yang baru dibelinya.
" Boleh saya tumpang tanya?"
" Ya," Jawap si penyambut tetamu sambil melemparkan senyuman manis. Gadis itu memandang Amirez dari atas ke bawah. Kemudian tertumpu pula pada bunga di tangan Amirez. Boleh tak kita berkenalan? Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku cakap begitu. Nasib baiklah bunga mawar ini untuk Alayna. Kalau tak aku bagi saja pada si manis ni, buat jadi kakak angkat. Fikirnya secara tiba-tiba. Menahan debar dadanya.
" Boleh saya tahu nombor bilik Danilya Alayna binti Dato’ Alias?" Tanya Amirez penuh yakin.
" Tingkat 5. Bilik nombor 707."
" Terima kasih."
" Sama-sama." Ujar gadis itu sambil tersenyum bagaikan memerli pula. Mentang-mentanglah dia lelaki dan yang hendak dia jumpa itu budak perempuan. Mana pula bilik si Aya ni? Bisik hati Amirez setelah keluar dari pintu lif dan mula melalui lorong bangunan itu. Nombor 707 tertera di tepi sebuah pintu. Sebelah pintu itu juga ada cermin yang membolehkan seseorang dapat melihat dari luar ke dalam. Begitulah juga sebaliknya. Kelihatan Alayna sedang terbaring di dalam. Tombol pintu digenggam, dia nekad, dia harus melihat bagaimana keadaan Alayna kini. Lagipun apa yang hendak diragukan lagi. Kenyataan sudah terbentang di depan mata. Dia memang sayangkan gadis itu. Pintu dibuka perlahan. Semakin besar pintu dibuka, semakin kuat rasa debaran di hati. Amirez membuka langkah walaupun terasa berat. Dia semakin hampir dengan Alayna. Kelihatan Alayna sedang tidur, wajahnya agak pucat. Sayu hati Amirez melihat keadaan diri Alayna begitu. Kalau dia tahu sampai begini yang akan terjadi, sudah pasti dia tidak akan menyakiti hati Alayna. Dia rasa terhina dengan perbuatannya sendiri. Dia kesal menghukum gadis itu dengan serta-merta. Aya, Rez datang. Rez datang nak jumpa Aya. Rez datang nak minta maaf. Rez bersalah. Rez sayangkan Aya. Rez nak Aya juga menyayangi diri Rez. Amirez berbisik di dalam hatinya. Kalau boleh dia ingin meluahkan terus kepada Alayna. Tapi dia tidak sampai hati hendak mengganggu Alayna yang sedang lena. Lagipun dia tidak mahu Alayna tahu dia datang. Dia terasa malu sekali. Sejambak bunga mawar merah kegemaran Alayna masih di tangan Amirez. Dia meletakkan bunga itu di atas almari rendah bersama kad kecil yang dilekatkan bersama. Amirez tidak dapat menahan air matanya lagi. Akhirnya, air mata lelakinya jatuh jua menuruni lekuk pipinya. Dia menangis teresak-esak. Menangis menyalahkan dirinya sendiri.
" Bye, sayang." Amirez mengucapkan selamat tinggal kepada Alayna. Dia melangkah perlahan menuju ke pintu. Amirez berhenti, dia menoleh ke belakang. Alayna masih tidur. Amirez meneruskan langkahnya, tombol pintu bilik digenggam dan ditarik cermat. Kakinya melangkah perlahan.
" Rez… Amirez ke itu?" Amirez memberhentikan langkahnya sebaik sahaja dia mendengar suara halus Alayna memanggil namanya. Amirez tiada pilihan lain. Dia terpaksa menoleh ke arah Alayna. Dia tidak mahu mendengar Alayna menangis lagi. Amirez nekad, dia mahu bertemu dengan Alayna. Dia mahu meluahkan segala-galanya. Kerana dia sudah tidak mampu menipu dirinya lagi. Dia mahu menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia sayangkan Alayna. Itu yang mahu dia ceritakan. Dia cintakan gadis itu sepenuh hati. Cintanya yang pertama dan mungkin yang terakhir. Tiada gadis lain yang dapat menambat hatinya kecuali Alayna. Biarpun Alayna tidak akan membalas cintanya kembali. Biarpun Alayna akan mencercanya. Biarlah…
" Rez, come here." Amirez masih lagi mendiamkan dirinya. Dia hanya mampu menangis. Dia menangis di hadapan Alayna, gadis yang dipujanya siang dan malam. Alayna masih lagi mengulangi perkataan yang sama. Berkali-kali Alayna menyebutnya. Memanggil-manggil nama Amirez dengan lembut dan sayu.
" Aya…" Amirez lantas berjalan menuju ke arah Alayna. Alayna menghulurkan tangan kepada Amirez. Amirez menyambutnya dengan lembut. Tangan Alayna digenggam erat. Amirez duduk di kerusi yang telah disediakan. Mereka bertentangan mata. Tiada permainan kata-kata. Hanya senyuman bermakna yang terukir di bibir masing-masing.
" Bagaimana dengan keadaan Aya sekarang?" Amirez akhirnya mengajukan soalan kepada Alayna selepas sekian lama mereka berdiam diri. Selepas jari-jemari halus Alayna mengesatkan air mata lelakinya dengan tisu penuh rasa kasih dan sayang.
" Aya rasa semakin pulih sekarang." Ujar gadis manis itu lemah tetapi lembut.
" Aya baru saja masuk hospital. Takkan dah pulih kot?" Tanya Amirez cuba berseloroh.
" Betul, Aya dah pulih sejak Rez sudi melawat Aya kat sini." Jawap Alayna kegirangan. Anak matanya bercahaya.
" Aya mesti banyak berehat. Jangan diikutkan hati sangat, okey!" Pujuk Amirez penuh mesra.
" Ya, Rez. Doktor kata Aya dah pulih."
" Bila doktor cakap?"
" Tadi."
" Tadi bila? Setahu Rez, Alayna tak bangun sejak pagi tadi."
" Betul, doktor hati Amirez yang merawat Aya." Gurau Alayna kepada Amirez tiba-tiba. Begitu manja dan mesra. Amirez tersenyum kepada Alayna. Senyuman yang bererti. Bukan senyuman kosong. Tetapi senyuman yang penuh dengan kasih dan sayangnya selama ini kepada Alayna.
" Rez, boleh Aya tanya sesuatu?"
" Boleh."
" Kenapa Rez datang sedangkan Rez pernah katakan dulu yang Rez bencikan Aya?" Amirez jadi teringat memori silam. Dia pernah berkata kepada Alayna bahawa dia bencikan gadis itu pada waktu perpisahan mereka dahulu. Itu sahaja cara yang dapat difikirkannya untuk Alayna membenci dirinya. Hanya itu sahaja jalan baginya untuk melepaskan gadis itu. Ternyata sangkaannya benar. Hanya dengan melafazkan perkataan benci, Alayna akhirnya redha. Gadis itu akur kepada keputusannya untuk berpisah.
" Rez datang nak merawat Aya." Amirez cuba menukar topik perbualan.
" Bila masa Rez rawat Aya?"
" Tadi, Aya sendiri yang cakap." Mereka sama-sama ketawa keriangan. Oh, Tuhan. Alangkah indah senyumannya. Alangkah cantik gelak dan tawanya. Dia rindu pada semua yang sudah lama tidak diintainya dari gadis itu. Kemerduan suara yang sering didambakan. Kini, kembali bermain di gegendang telinganya.
ALAYNA. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Rez mahu membina mahligai cinta bersamamu, Aya. Semoga hidup kita pada kemudian hari akan merakamkan detik-detik kecemerlangan cinta kita. Semoga kita memperolehi anak-anak yang baik untuk menyambung zuriat cinta kita. Semoga kita dikurniakan putera puteri yang soleh dan solehah. Aya, cinta kita ini terlalu agung dan suci. Cinta kita ini akan Membawa kita ke puncak jaya. Biar kita sama-sama menempa kejayaan. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Terbang bersama, melayang berdua. Aya, kali ini biar badai melanda, biar ribut mengamuk. Perahu cinta kita akan tetap Rez layarkan juga. Kita mesti berjaya. Aya, teruslah bersamaku. Setialah kepadaku. Rez akan membalasnya bukan hanya dengan emas, intan dan permata, sayang. Rez akan membayarnya dengan nyawa Rez sendiri.
Amirez menulis dan terus menulis. Dari satu lembar ke satu lembar nota cintanya kepada Alayna. Dia masih tidak puas. Dia rasa tidak mahu berhenti lagi. Dia mahu abadikan Alayna bukan sahaja di hatinya, tetapi juga lukisannya, tulisannya dan di mana-mana sahaja. Alayna! Satu nama merangkul segalanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan