Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu dingin seperti biasa. Amirez keluar mengambil angin pagi. Peristiwa seminggu lepas masih lagi menghantui fikirannya. Tergamak Ekashah bertindak sebegitu terhadap dirinya? Tumbukan Ekashah masih lagi terasa sakitnya. Tak sangka. Walaupun tangan masih berbalut, namun dayanya masih kuat seperti biasa. Ah… Buat apa dikenangkan peristiwa semalam. Hari cuti macam ini, melepak dekat shopping kompleks baru best. Tapi nak pergi dengan siapa? Ekashah masih lagi tidak mahu menegurnya. Adiknya pula akan memberikan pelbagai alasan untuk menolak ajakannya. " Mak, posmen dah hantar surat ke belum?" Tanya Amirez pada Mak Limah yang sedang menyiram pokok bunga yang menghiasi taman mini mamanya. " Belum lagi, Rez." Amirez mengeluh. Surat yang ditunggunya saban hari masih tidak kunjung tiba. Surat daripada syarikat komik gergasi di Malaysia. Apalah jawapan yang akan diberikan oleh Syarikat Frantic Limited kepadanya nanti. Apalah nasib karya yang telah dihantarnya itu. Entah terima entahkan tidak karya itu kepada syarikat berkenaan. Karya yang merupakan lukisan karikatur ciptaan dia serta Alayna. Lukisan karikatur yang bertemakan cinta mereka. Disulami dengan coretan cinta yang telah dilhamkannya ketika masih bersama dengan gadis itu. Pahit manis percintaan mereka. Asam garam dunia cinta mereka. Harap-harap terimalah, desis Amirez sendiri. " Bang, surat untuk Abang!" Laungan adiknya, Ammar memutuskan khayalan. " Surat?" Soal Amirez bagaikan tidak percaya. " Yup. Baru tadi pakcik posmen tu hantar." " Meh sini." " Ada dua untuk abang. Yang lain semuanya untuk mama dan papa." " Dua?" Tanya Amirez kehairanan. " Yup. Yang satu tu, ada cop urusan rasmi. And yang lagi satu, tulisannya macam girl. Awek abang ke?" Ammar membuat andaiannya sendiri. Sambil itu tangannya pantas menyerahkan dua pucuk surat kepada abangnya. " Pandailah kau. Dah, pergi main jauh-jauh." " Eleh, berlagak. Mentang-mentang awek ada kasi surat. Adik beritahu mak." Ammar mengejek. " Beritahulah kalau kau berani." " Mak, awek abang kasi surat!" Jerit Ammar nyaring. Amirez pura-pura mengejar. Ammar lari bertempiaran menuju ke arah Mak Limah. Di kesempatan itu, Amirez berjalan sendirian menuju ke arah buaian. Dibeleknya satu-persatu surat yang diterima. Sah! Salah satu daripada surat itu datangnya daripada Syarikat Frantic. Hatinya berbunga keriangan. Dia berjaya akhirnya. Ternyata usaha dan penantiannya selama ini tidak sia-sia. Jawapan itu yang sering ditunggu-tunggunya. Mereka menerima hasil karyanya untuk dimuatkan ke dalam Komik Frantic yang menjadi pilihan remaja masa kini. Aya, kita berjaya! Dan yang sepucuk lagi, siapa pengirimnya? Hati Amirez tertanya-tanya. Saat riangnya bagaikan diragut apabila menatap sampul surat yang kedua. Pengirimnya memilih untuk menghantar melalui pos laju. Pasti ianya berkenaan sesuatu yang penting. Dengan berhati-hati sampul surat itu dibuka. Ditariknya dengan perlahan. Sepucuk surat yang datangnya daripada Sharifah Sophia Dato’ Syed Ghani meresahkan hatinya.
10.30 malam. Bedroom. 10 September, 2003.
Dear Tengku Mukhlis Amirez, To whom I may fallen in love a thousand times… You memang hebat, Rez. Terlalu hebat. You hebat dalam menipu perasaan you demi menjaga kepentingan orang lain. You bijak menutup pembohongan yang you lakukan bersama Alayna selama setahun lamanya. Kenapa Rez? Kenapa? Kenapa you membohongi diri I Kenapa you membohongi Alayna? Kenapa you membohongi satu-satunya sahabat baik you? And kenapa you sanggup membohongi diri you sendiri? Rez, cukuplah setakat itu pembohongan dan permainan perasaan ini! Kuburkan sahaja! Pasti you tertanya-tanya bagaimana I boleh dapat tahu semua ini. Shah! Ekashah yang beritahu I. Di luar pengetahuan you dan Alayna, Shah dengan I telah bersama-sama mengaturkan pertemuan untuk menyelesaikan kerumitan ini. Memang I terkejut besar sebaik sahaja Ekashah meluahkan perkara yang sebenar. I tidak dapat menerima kenyataan ini pada mulanya. Namun I sedar, kata-kata Shah ada kebenarannya, dan I tak mampu nafikan. You masih ingat pertemuan sewaktu kita mula-mula menjadi kekasih dulu? Kita bersama-sama Alayna dan Ekashah meraikannya. Dan pada waktu itu I lihat you sering merenung tajam ke arah Alayna yang asyik berkepit dengan Ekashah. I sedar ianya bukan sekadar renungan kosong. Ia penuh dengan api cemburu. Dan I tak mampu sangkalkan yang Alayna juga begitu. I tak buta, Rez. I boleh nampak raut wajah you yang kusam waktu itu. Tapi I sengaja buat-buat tak tahu demi cinta I pada you. I terlalu sayangkan you. I tak ingin kehilangan you. Namun kini, I telah bersedia. I rela berpisah dengan you, Rez. Untuk itu, I tuliskan surat ini adalah untuk meminta maaf daripada you, Rez. Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. I tak mampu untuk berhadapan dengan you lagi. I betul-betul rasa bersalah terhadap you. Bersalah terhadap Alayna. I kesal dengan apa yang telah terjadi. Maafkan I kerana telah merampas you daripada Alayna. I tak sengaja, Rez. Sumpah, I tak sengaja! Oh, sebelum I terlupa. Ada satu berita yang perlu you tahu. Mengenai Alayna. Dia tak berapa sihat sekarang. Dia menghidap ulser. Dia ada di Hospital Fatimah di Ipoh. Kalau you senang, rajin-rajinkanlah diri you melawat dia. Kasihan dia. Dulu menderita kerana cinta, kini terseksa kerana sakit pula. Bahagiakanlah dia, Rez. Walau tak pernah dia luahkan pada I, tapi I tahu dia masih lagi menyintai diri you. Sayangilah dia seperti mana you sayangi diri you sendiri. Jangan biarkan dia menderita dan terseksa kerana cinta lagi. Jangan biarkan dia patah hati. Sudah cukup rasanya semua itu untuk dia hadapi. Akhir kata, maafkanlah diri Sophia, Rez. Maafkanlah I setulus hati you. Ia amat penting bagi I. Semoga perhubungan you dan Alayna akan berkekalan selamanya. Biarlah I memendamkan rasa duka dan lara sendirian.
Ikhlas daripada bekas kekasihmu, Sharifah Sophia Dato’ Syed Ghani.
Amirez menutup kembali surat itu dengan cermat. Surat itu disimpan ke dalam kocek seluarnya. Dia rasa terharu. Terima kasih di atas pengorbananmu itu, Sophia!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok citer ni..
best gak