Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
5 tahun sudah berlalu, hidupku kini berubah. Kini, aku sudah bekerja di salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia. Aku merupakan antara orang penting di dalam bank itu walaupun aku baru sahaja menceburi bidang kerja ini. Mahupun begitu, aku masih lagi hidup bersendirian, tanpa teman hidup selepas pemergian ibuku. Kawan-kawanku semuanya sudah berjaya dalam hidup masing-masing.
Kerja, kerja, kerja. Begitulah rutin harian ku setiap hari. Celik mata sahaja, kerja. Tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersosial. Sering kali juga kawan sepejabat menanyakan aku bila masanya untuk mendirikan rumah tangga. Tapi bagiku, belum masanya lagi. Aku hanya menumpukan kerjaya aku sahaja. Lagipun, masih belum lagi menjumpai pasangan yang sesuai bagiku.
Setelah penat lelah aku bekerja, akhirnya, aku dinaikkan pangkat sebagai penolong pengurus syarikat bank itu. Aku agak terkejut kerana pada usia yang sangat muda, aku sudah berjaya memegang jawatan yang sebegitu besar. Tanggungjawabku semakin besar untukku tanggung.
Pada malam itu, rakan sekerjaku berpakat untuk membelanjaku di salah sebuah hotel bertaraf 3 bintang. "wah!! Tahniah Farid" ujar Rizwan, rakan sekerjaku. "terima kasih, aku pun terkejut aku dinaikkan pangkat setinggi ini dalam usia semuda ini" "hmm, kau memang layak pun untuk memegang jawatan sebegitu, kau pun bekerja keras untuk ke tahap ini kan" "bolehlah lepas ini kau belanja kita semua makankan" gurau seorang lagi rakan sekerjaku, Chris. "jadi, apa rancangan kau selepas ni?" tanya Aiman, juga rakan sekerjaku. "tak tahulah, aku mungkin concentrate kerjaya aku dahululah" "nak concentrate apa lagi? Kerjaya kau tu dah kukuh dah, carilah pasangan hidup," celah Rizwan memintas kata-kataku. Aku terdiam sebentar. "cari pasangan hidup? Siapalah nak kat aku ni kan. Tak sekacak mana pun. Tak ada siapa pun nak kat aku ni," jawab aku merendah diri. "haiya.. jangan merendah diri sangatlah bro, kau kan sekarang penolong pengurus syarikat bank kita itu. Kaya maaa. Kau muda pula tu. Mesti ramai awek minat kat kau," keluh Chris menyakinkanku. Aku terdiam sekali lagi, kali ini aku tidak mampu berkata-kata untuk menjawab ujaran Chris itu. "ok, ok. Dah jangan nak gaduh lagi. Malam ini, malam untuk kita celebrate sempena Farid naik pangkat. Mari kita enjoy!! hahaha" kata Rizwan dengan nada kegembiraan.
Sedang aku dan rakan-rakanku bergembira menikmati hidangan yang lazat dan dendangan lagu-lagu live performance, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Ada orang misscall. Aku tidak mengenali nombor telefon yang misscall aku sebentar tadi itu. Aku tanya kawan-kawanku untuk mengenal pasti siapa pemilik nombor telefon itu. Malangnya, mereka juga tidak mengenali nombor telefon itu. Sebaik sahaja aku ingin menelefon nombor itu, aku terpaku memandang ke arah stage persembahan. Aku seperti mengenali artis yang baru sahaja naik ke pentas itu. Aku mendekati pentas itu untuk melihat dengan lebih dekat artis itu. Dia sangat cantik. Ramai terpegun dengan persembahan artis itu. Penonton tepuk gemuruh dan menjerit-jerit nama artis itu sebaik sahaja artis yang bernama Asyikin itu habis membuat persembahan. Ternyata, bukan aku sahaja yang terpukau dengan persembahannya itu, malah 1 ball room hotel itu memberikan berdiri memberikan "standing ovation" kepada artis itu.
Setelah penat bergembira, aku pulang ke rumah. Selepas mandi, aku duduk keseorang didalam bilik seperti rutin harian aku di hari-hari yang lain. Aku baring termenung jauh. Persembahan artis tadi masih segar diingatanku. Matanya yang berwarna coklat itu seperti mengingatkan kembali aku kepada seseorang yang pernah aku kenali dahulu. Tiba-tiba, aku teringat kembali, gadis yang memakai pakaian serba hitam yang hadir di majlis pengebumian ibuku dahulu. Aku masih tertanya-tanya, siapakah gadis itu. Aku ambil surat pemberian kawannya itu, dan baca berulang kali. Aku masih tidak faham maksud tersirat yang cuba diketengahkan dalam surat itu.
Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi, aku membaca surat khabar yang diedarakan setiap hari secara percuma ke rumahku. Aku selak sehelai demi sehelai, mencari berita yang menarik. Namun, tiada berita yang bagus untukku baca. Kemudian aku baca ruangan artis Malaysia, headline "artis baru memukau VIP" menarik perhatianku. Kelihatan jelas itulah artis yang menghiburkan aku dan kawan-kawanku semalam. Aku membaca ruangan itu sampai habis. Gerak hatiku seperti mahu mengenali artis itu dengan lebih dekat.
Pada hari itu juga, ketika aku memandu ke pejabatku, aku menerima panggilan dari secretaryku, menyatakan bahawa hari ini aku ada perjumpaan bersama pengurus artis yang bernama Asyikin itu untuk menjadikan artis itu sebagai duta syarikat aku. Aku sangat teruja untuk berjumpa artis itu. Aku tidak sabar menanti untuk menandatangi kontrak bersama artis itu.
Tengahhari itu, tepat pukul 12 tengahhari, seperti yang dijanjikan, aku pergi berjumpa dengan pengurus artis itu. Aku sangat terkejut, pengurus artis itu, adalah Shima, adik kepada Hanis, kawan baikku dahulu. Shima kini sudah besar dan cantik seperti kakaknya dahulu. Dia hadir bersama 3 orang rakan sekerjanya sebagai saksi rundingan kami berdua. Aku ternyata hampa Asyikin tidak dapat hadir kerana ada kerja perlu diselesaikan di Muar, Johor. Setelah aku dan Shima sudah mencapai kata setuju, kami menandatangani kontrak. Kini sah penyanyi yang bernama Asyikin itu menjadi duta syarikat aku untuk 3 tahun mendatang. Selepas rundingan itu selesai, aku mengajak Shima untuk makan tengahhari bersama. Shima terima dengan hati terbuka. "wah abang sekarang semakin kacaklah. Jadi jutawan muda pula tu, mesti ramai awekkan" kata Shima sebagai pembuka bicara. Aku terharu walaupun sudah lama tidak jumpa, Shima masih menggelarkan aku "abang". "eh, mana ada jutawan, biasa saja, kau ni ada-ada ajalah. Kau sekarang buat apa?" "Shima jadi pengurus artis sajalah abang. Cukuplah sekadar untuk mencari makan." "owh, kakak kau apa khabar? Sihat tak?" "akak sihat, dia gembira dengan hidup dia sekarang. Abang ni baikkan, walaupun dah putus hubungan dengan akak, masih nak tanya pasal dia kan." "ye la, dia tu kan kawan baik abang dulu. abang masih sayang dia sebagai kawan walaupun sekarang dah putus silaturrahim." Perbualan kami terhenti seketika apabila waiter datang menghidangkan makanan. "Asyikin ni masih single lagi ke?" kata aku sejurus waiter itu beredar. Shima terdiam sebentar selepas mendengar soalan itu. "hmmm, dia masih single lagi, kenapa?" jawab Shima. "biar betul, secantik dia dan seglamor dia pun boyfriends dia pun tak ada ke?" "betul, dia single lagi, boyfriends pun tak ada. Dulu dia ada pernah suka dekat seorang kawan dia ni, tapi dah lama lost contact, dia tidak pasti kawan dia tu masih ingat lagi kat dia ke tak," "wah, ada chance ni. Hihihi," tawa aku. Aku mula gembira selepas mendengar jawapan dari Shima itu. "abang, Asyikin ada konsert hujung minggu ni, abang nak pergi tak konsert dia?" tanya Shima. "eh, mestilah nak. Kenapa Shima tanya? Shima ada tiket dia ke?" "mestilah ada, Shima kan pengurus dia. Ni hah," jelas Shima sambil menghulurkan 5 keping tiket ke konsert artis baru itu. "eh, kenapa banyak sangat, abang nak bagi kat siapa ni?" "ala, ajak je la siapa-siapa pun. Kawan abang ke, girlfriends abang ke, romantik sikit." "eh, Shima ni, pandai-pandai je, abang pun single lagi, belum berpunya." "kalau abang ajak akak Shima sekali, Shima rasa dia nak tak?" sambung aku lagi. "akak? Errr, dia..." kata Shima tergagap- gagap. Tiba-tiba bunyi handphone Shima berbunyi. "sebentar ye abang, ada call lah" Shima angkat panggilan itu sambil beredar dari meja kami.
Selepas beberapa minit, Shima pulang ke meja makan itu. "maaf ye abang. Shima kena jawab panggilan tadi, hal kerja" "tak apa, ah, jemputlah makan, nanti sejuk pula makanan itu ye" Kami berdua menikmati makanan itu tanpa sebarang perbualan. Selepas makan, kami beredar ke pejabat masing-masing.
Sekembalinya aku di pejabat, aku call kawan baik aku dahulu, Amirul, Aizat, Farhan, dan Hariz untuk mengajak mereka menyaksikan konsert Asyikin itu. mereka setuju untuk menemani aku ke konsert itu.
Pada malam sabtu itu, aku pergi menyaksikan konsert itu bersama-sama kawan baikku. Konsert yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil itu dipenuhi sejak pagi lagi. Tiket konsert itu sudah habis dijual sejak seminggu yang lepas. Aku berase amat bertuah sekali kerana dapat tiket VIP. Aku dapat menyaksikan pentas dengan jelas tanpa gangguan. Bukan aku sahaja, malah semua penonton yang memenuhi stadium itu, tidak sabar utk menyaksikan persembahan Asyikin. Tepat jam 8.30malam, Asyikin tampil membuat persembahan. Penonton bersorak seperti menyaksikan pertandingan bola sepak apabila melihat Asyikin mempersembahkan lagu-lagunya itu. Asyikin mendendangkan 14 lagu-lagunya yang sering berkumandang di stesen-stesen radio tempatan seperti "kembali rindu", "masih ada cinta", "dendanganku" dan lain-lain. Penonton nyata terpaku dan terdiam menyaksikan persembahan Asyikin ketika dia menyanyikan lagu "Bukan diriku" nyanyian asal kumpulan dari seberang, Samson dan "Mentari Muncul lagi" dendangan asal kumpulan Slam. Aku sebak apabila Asyikin menyanyikan 2 buah lagu itu yang disusun semula atas kemampuan vokalnya yang tinggi itu. Aku dapat merasa seolah-olah Asyikin pernah melalui pengalaman seperti lagu itu.
Selepas habis konsert Asyikin itu, jam menunjukkan pukul 12 tengahmalam, aku dan kawan-kawanku pergi makan dan lepak di kedai makan berdekatan. Kami berborak sakan kerana sudah lama tidak berjumpa. Kami saling tanya khabar dan cerita terbaru masing-masing. Mereka semua sudah mendirikan rumahtangga kecuali aku yang selalu sibuk dengan kerjayaku. Mungkin, sudah masanya untukku mendirikan rumah tangga, penyanyi muda yang mempunyai bakat yang besat, Asyikin, merupakan calon utamaku. Sedang kami rancak berborak, tiba-tiba, "Hanis sekarang apa cerita hah?" soalan itu tiba-tiba muncul dikepalaku. Semua terdiam memandangku. "aku dah lama tak dengar cerita dia," jelasku lagi. "dia ok saja," jawab Farhan seolah-olah tidak mahu menceritakan cerita sebenar. "ala, cerita sajalah cerita sebenar benar-benar mahu tahu cerita pasal dia," Kawan-kawan aku semua pandang antara satu sama lain seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. "kau orang ni kenapa?" tanya aku kehairanan. "betul kau nak tahu?" tanya Aizat menambahkan lagi kehairananku. "betullah aku nak tahu, kenapa?" tegas aku. "Aku rasa, dah tiba masanya kau tau hal yang sebenarnya," kata Farhan. "sebenar nya... sebenarnya..." ujar Hariz tergagap-gagap. "sebenarnya apa?!" celah aku. "hal ini dah lama kami semua rahsiakan dari kau. Aku harap, kau jangan marah kita orang pula, ada tujuannya kami merahsiakan hal ini dari kau," ujar Aizat pula. "beritahulah, aku tak marahnya kalau tak ada apa-apa yang buat aku marah." Tegas aku lagi sekali. "sebenarnya, Hanis dari kecil lagi dia suka dekat kau. Dia tidak pernah sayang sesiapa macam dia sayang kau. Dia sayang kau lebih dari kawan. Sebab itulah dia tidak pernah layan lain-lain lelaki yang ingin mengorat dia. Dia tunggu kau." ujar Amirul. Aku terpinga. "betul tu Farid, kita tak tipu. Dia sangat berkecil hati bila kau tak kenal dia masa majlis keduri cikgu Heslinda kita dahulu tu. "jelas Hariz pula. "kau orang ni biar betul, jangan gurau-gurau. Dia tu lawa, cantik, ramai laki lagi kacak dari aku nak kat dia, tak kan dia nak kat aku kot?" jawab aku masih dalam kehairanan. "betul, kita orang tak tipu. Kita orang rahsia dari kau sebab tak nak hubungan kawan kita terputus. Kita kenal kau, kau tak kan nya percaya sebab kau hanya anggap dia macam adik kau saja kan? Dan kalau kau nak tahu, dia hadir majlis pengebumian ibu kau tu" tegas Farhan. "dia datang ke? Aku tak nampak pun dia," "gadis yang memakai pakaian serba hitam yang sering kau tanyakan itu, itulah hanis,"jawab Farhan lagi. "habis tu, kalau betul apa kau orang cakap, aku nak jumpa dia. Dia kat mana sekarang?" tanya aku mendapatkan kepastian. "kita baru sahaja jumpa dia tadi," jawab Amirul. Aku lagi kehairanan. "hah!! Kau biar betul, janganlah buat lawak masa-masa macam ini," aku lagi kehairanan selepas mendengar jawapan tadi. "artis kesayangan kau tu, Asyikin, dia itulah Hanis yang kau cari selama ini," jawab Amirul sambil memandang tepat ke arah mataku. "betullah, namanya Norasyikin Hanis. Macam mana boleh aku tidak perasan selama ini?" perbualan terdiam seketika. Aku bangun, bayar bil makanan, dan terus pulang ke rumah.
Malam itu, aku tidak tenang. Mindaku kusut memikirkan tentang Hanis. Pagi keesokkan harinya, aku bangun dan terus menghubungi Shima, adik Hanis, untuk menguruskan untuk berjumpa dengan Hanis. Aku tahu agak sukar bagiku untuk berjumpa dengan artis yang terkenal itu secara privasi. Tambahan pula, apabila dalam keadaan aku dan dia sudah putus silaturrahim sebagai kawan. Tetapi, aku agak terkejut, apabila mengetahui Hanis sudi berjumpa denganku tetapi dengan syarat Tasik Titiwangsa yang telah menjadi saksi utama aku dan Hanis putus silaturrahim sabagai tempat pertemuan.
Seminggu berlalu, tibalah hari perjumpaan dengan Hanis setelah sekian lama tidak berjumpa. Tepat jam 5 ptg, seperti dijanjikan, aku tiba di Tasik Titwangsa. Dari jauh aku nampak Hanis duduk dibangku coklat sebelah kolam ikan itu. Entah mengapa, perasaan aku jadi tidak menentu, aku sangat takut untuk berhadapan dengannya. Yelah, takut perkara buruk dahulu berulang kembali. Lama aku lihat Hanis dari jauh. Aku tidak tahu sama ada ingin berjumpa atau tidak. Aku lihat Hanis kelihatan resah menanti kedatangan aku. Nak atau tidak, aku kuatkan diri untuk berhadapan dengannya. Berjalan perlahan mendekatinya dari belakang. "hanis," aku memanggilnya. Hanis diam. "Hanis, ni I ni, Farid," aku mengulanginya sekali lagi. Hanis masih berdiam, memandang tepat ke arah mataku dengan wajah yang sayu. "Hanis, kenapa ni?" aku tanya kehairanan. Hanis tersenyum. Aku terdiam sementara sambil memandang riak wajahnya itu. "I tak ada apa-apa. I ok je, Cuma terharu, ye la, tak sangkakan, I dah putuskan silaturrahim kita, tapi U masih nak jumpa I kan." Hanis akhirnya membuka mulut. "mestilah I nak jumpa, U kan member baik I dulu. I harap, kita boleh berkawan seperti dulu, boleh?" "I minta maaf sangat-sangat sebab memutuskan hubungan kita dahulu. I terlalu emosional sangat masa tu," Hanis mula menitiskan air mata. "tak apa, I faham. U janganlah nangis. I ada dengar cerita pasal U, betul ke cerita tu? I nak dengar dari mulut U," "cerita yang mana satu?" tanya Hanis mendapatkan kepastian. "ala, cerita pasal your feelings kat I" ujar aku sambil tersenyum. "U rasa?" ujar Hanis pula sambil senyum tanda setuju.
Selepas pertemuan itu, aku dan Hanis rapat semula. 3 bulan telah berlalu, aku melangsungkan perkahwinan dengan Hanis. Perkahwinan kami menjadi ‘wedding of the year’. Ramai VIP dan rakan-rakan baikku dahulu mahupun rakan sekerja aku dan Hanis datang menghadirkan diri. Alangkah bahagianya jikalau ibuku dapat menyaksikan hari bahagia aku ini.
Ingatlah, Dalam dunia ini, Semua yang terjadi bersebab, Pokok tidak akan bergoyang, Jika tidak ada mengoyangkannya.
Sebaliknya, setiap yang terjadi, Pasti ada hikmahnya, Sama ada baik, Mahupun yang buruk.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan