Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
kronika dd_chronicle@yahoo.com Sebuah Cerita Fantasi
bayu lembut yang dari tadi membelai lembut pipi-pipi gebu Noor, Ima dan Zaitun semakin lama semakin deras dirasakan mereka. Debu-debu jalanan yang tidak tersapu oleh kontraktor pembersihan mula berpinar-pinar di ruang udara.Begitu juga dengan Pokok-pokok hiasan jalan yang selama ini menjadi warga lanskap Bandar itu mula menggugurkan daunannya kesan dek perubahan kelajuan angin yang semakin lama semakin deras. Awan gelap yang menyelubungi Bandar Metropolitan Sungai Buloh sudah tidak dapat menampung berat titik-titik air yang terkandung di dalamnya. Jatuh satu-persatu ke atas muka bumi. Orang ramai mula meninggalkan kawasan luar bangunan untuk mendapat perlindungan. "Tiba-tiba je jadi macam ni… Kenapa yek? Setahu aku takde amaran ribut atau hujan lebat dikeluarkan oleh kerajaan sehingga sekarang ni." Zaitun bersuara sambil mereka bertiga meneruskan perjalanan ditengah kekalutan angin kencang dan renyai hujan. "Tak payah risau lah…! Bukan selalu ada ribut macam ni. Fenomena ni berlaku sekali-sekala je… Tak perlu risau. Kejap lagi ok lah ni…!" Ima meninggikan suaranya kerana kederasan angin mengganggu pendengaran mereka. Noor hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin dia masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi antara dia dan Sophia. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Noor. Ima dan Zaitun sama-sama memimpin Noor sambil Noor menunjuk arah mana yang harus mereka tuju. Baju seragam sekolah mereka sudah basah kuyup kerana hujan semakin lebat mengikut kelajuan angin. "Jauh lagi ke Noor?!" Jerit Ima betul-betul di depan telinga Noor. Berdesing gegendang telinga dibuatnya. "500 meter!" Jawab Noor dalam jeritannya yang tak kedengaran seperti jeritan. "Kalau macam tu kita berteduh dulu lah...!" Cadang Zaitun. "Kat mana?" Ima mendongakkan kepala ke arah Zaitun. "Tu... Depan simpang tu sebelah kiri ada kedai makan tepi jalan." Noor yang fasih benar selok belok kawasan itu memberi cadangan kepada Ima dan Zaitun. Penglihatan ketika itu terbatas hanya beberapa meter sahaja. Dalam kekalutan mereka mengharungi perjalanan ke tempat teduh, mereka tidak sedar ada sesuatu sedang menanti mereka. Bukan hanya Noor, Ima dan Zaitun, tapi seluruh penduduk bandar metropolitan Sungai Buloh tidak menyedari yang Bandar bersebelahan iaitu Kepong dan sebahagian bandar Elit Damansara sudah ranap di ratah Ribut dan hujan lebat yang mana sekarang ianya sedang mula merentasi badar mereka pula. Mereka hampir ke destinasi yang dituju iaitu kedai makan. Belum pun sempat mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam, tiba-tiba tanpa disengajakan Noor telah mendedahkan sesuatu perkara di luar dugaan yang akan berlaku. Noor menahan tarikan tangan Ima dan Zaitun. "Kekuatan angin akan meningkat 4 kali ganda dengan sekelip mata sepuluh minit lagi!! titisan hujan akan menjadi seperti butiran peluru!! Semua struktur di bandar ini akan tumbang dan runtuh dalam sekelip mata. Tiada tempat untuk berlindung!!" Ima dan Zaitun terkejut mendengar Noor mengeluarkan ramalan sebegitu? Kenapa Noor ni? Macamana dia tahu benda tu? Betul ke tidak apa yang dikatakan Noor? Langkah Ima dan Zaitun untuk memasuki kedai makan yang sudah menutup operasinya pada hari itu terbantut. Jari mereka berdua yang menggenggam pergelangan tangan Noor juga terlepas. Di tengah-tengah ribut dan angin kencang berserta hujan itu mereka bertiga berdiri sambil memandang antara satu sama lain. Ima dan Zaitun yang paling terkejut sekali di saat itu. Kenapa? Noor yang dari tadi mereka papah kerana kondisinya yang lemah kini boleh berdiri teguh dalam ribut yang berkelajuan 150 km sejam sama seperti mereka berdua yang memiliki kuasa luar biasa dan pastinya manusia biasa tidak boleh berbuat demikian. Ditambah lagi dengan ramalan Noor terhadap situasi ketika itu. Ima dan Zaitun serba sedikit mula mengiakan sesuatu yang dulunya mereka tidak percaya tentang Noor. Beberapa orang awam yang sedang berteduh di kedai makan itu berasa hairan dengan ketiga-tiga budak sekolah itu. Mereka yang berada di dalam kedai makan itu pun terpaksa tunduk atau meniarap kerana tolakan angin yang begitu kuat juga berlaku di dalam bangunan. Apa lagi di luar bangunan! "Noor!! Betulkah apa yang kau cakap tadi?!" Zaitun menjerit dari tempat dia berdiri. "Ya..! macamana kau boleh tahu dan macamana kami boleh percaya?" Ima pula menyambung. Noor memandang kedua rakan sekelasnya itu. Dia mengukir sedikit senyuman atas pertanyaan rakannya itu. "Aku rasa aku tak sempat nak jawab soalan korang tu! Yang penting sekarang adalah keselamatan keluarga korang, keselamatan keluarga aku dan keselamatan semua orang di bandar ni!! Korang berdua serta Sophia mungkin boleh terselamat dalam ribut ini. bagaimana dengan yang lain yang tiada kuasa luar biasa seperti kita!!" "Kita?!" Ima dan Zaitun terperanjat besar mendengar perkataan ‘kita’ yang terungkap dari mulut Noor. "Jadi betullah kau yang selamatkan Sophia?" Ima begitu teruja sekali dengan penjelasan Noor. "Aku tak cakap pun... Apa-apa hal tunggu aku balik10 minit lagi, baru aku ceritakan dari alif sampai yaa..ok?! " Noor menjawab selamba sambil mengikat erat tudung sekolah dibahagian lehernya. Hujung kain tudung yang panjang mencecah pinggang itu di juntaikan kebelakang. Baju kurung yang dipakai Noor terpisah dengan mudah dari tubuhnya setelah dia menarik baju itu dari bahagian depan menampakkan lapisan baju berikutnya yang merupakan T-shirt putih berlengan labuh ke siku. Kain pakaian seragam berwarna biru yang melitupi bahagian pinggang ke bawah disentak ke atas di bahagian pinggang. Maka tertanggallah kain biru itu dengan serta merta menampakkan seluar jeans berwarna hitam. Kasut sekolah berwarna hitam yang dipakai oleh Noor mengeluarkan tumit tinggi yang menambah sedikit ketinggian Noor. Akhir sekali Noor menyeluk saku sisi seluar jeansnya dan mengeluarkannya kembali. Kini kedua-dua tangannya sisaluti dengan sarung tangan paras siku bewarna hitam. Ima dan Zaitun kagum melihat transformasi Noor itu. Ditambah dengan keayuan wajah Noor, Cemburu sikit-sikit pun ada.... Noor memandang kearah Ima dan Zaitun sambil tersenyum. "Apa kau nak buat Noor?" Tanya Ima dan Zaitun. "Doakan aku berjaya hentikan ribut ni, ok? Aku pergi dulu... Assalamualaikum!!" Dengan sekali hentakan kaki kanan, Noor sudah berada beberapa ratus kaki diatas mereka berdua. "Hentikan ribut?! betul ke tidak ape yang aku dengar ni?" Ima terus melayan konfiusnya yang baru tercetus sebentar tadi. "Aku rasa Noor juga keturunan Aramus seperti kita." Zaitun bersuara sambil mendongak keatas. Baik kita cari Sophia sekarang!Ima!...Ima!! kau dengar tak?!" Ima masih lagi bingung memikirkan yang seorang lagi rakan sekelasnya boleh terbang seperti mereka. Malah sekarang ini dia cuba nak hentikan ribut... "Keluarkan Handset kau. Call Sophia... Tanya dia kat mana sekarang ni." Zaitun menggoncang bahu Ima yang masih mendongak melihat Noor yang tak tahu kemana tujuannya itu. Zaitun tak sabar dengan kelakuan Ima. Dia sendiri yang mengambil telefon bimbit di dalam beg Ima dan mula mendail mencari Sophia... Ribut semakin kuat. Pokok-pokok mula tumbang, rumah-rumah di sekitar mula bergoyang. Sampah sarap dan semua benda-benda tak kira besar atau kecil mula bergelimpangan. Kereta dan motosikal bergerak tanpa bantuan manusia dan rodanya. Kekuatan angin mula bertambah 2 kali ganda. Sementara itu Sophia pula tidak mehiraukan ribut yang dianggapnya hanya ribut biasa. Lagipun tak mungkin dia boleh menemui ajal dengan mudah sekalipun ribut itu bertukar menjadi ganas. Tiba-tiba Telefon bimbit kalis air yang dipegangnya selepas menelefon ibu bapanya bergetar. Sophia menjawab panggilan. Zaitun rupanya.Lebih kurang satu minit Sophia terdiam sambil mendengar penjelasan Zaitun. Sejurus selepas itu dia mendongak ke atas. Air mata yang keluar tidak sempat mengalir dipukul ribut . Kini dia tahu siapa yang menyelamatkan dirinya. Walaupun orang itu belum mengakuinya, tetapi siapa yang menewaskan Elius pasti sanggup menghentikan ribut yang sedang mengganas ketika ini.... "Terima kasih..Noor" Bisik hati Sophia....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
aku dah agak dah... mesti noor yang selamatkan sophia.....