Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Bagitahu lah pa! Bagitahu lah pa! Apa dia?" Rengek Aiman seperti budak kecil."Sakitlah!!" Tiba-tiba Aiman mengaduh. Aliya tersenyum puas, sasarannya tepat akhirnya."Padan muka kau! Buat perangai macam budak kecik lagi." Bisik hati Aliya. Aliya menjelirkan lidahnya ke arah Aiman."Ek eleh, Minah Senget ni." Ejek Aiman sambil mengusap-usap kakinya. Aliya lebih banyak diam. Perasaan malunya masih lagi berbaki lebih-lebih lagi pada Ayriel."Ish kamu berdua ni. Kalau sehari tak bergaduh tak sah. Cuba lah berbaik sikit. Mesti comel." Tegur Dato' Karim. Ayriel tersenyum kerana geli hati dengan teguran Dato' Karim. Aliya dan Aiman bertentangan mata kemudian masing-masing menjeling."Nak dengar atau tidak apa yang papa nak umumkan ni?" Kata Dato' Karim. Aliya dan Aiman terangguk-angguk. "Ok, first of all, papa tak nak kamu berperangai macam budak-budak lagi." Katanya."Kenapa pa?" Tanya Aiman dan Aliya, serentak. Ayriel hanya memerhati gelagat si kembar itu. Sekali sekala dia tersengih sorang-sorang macam orang gila."Sebab..." Kata Dato' Karim."Sebab apa pa!" Kata Aliya dan Aiman secara serentak sekali lagi."Jangan tiru cakap aku boleh tak!" Marah Aiman dan Aliya serentak, buat kali ketiga."Kan papa dah cakap tadi, jangan berperangai macam budak-budak." Kata Dato' Karim."OK!" Kata mereka berdua. Ayriel menggelengkan kepala, pelik dengan gelagat mereka berdua."Semuanya serentak! Sama je. Kelakar juga! Tapi macam manalah diorang boleh tinggal sebumbung ni..Asyik bertekak jer." Fikir Ayriel seorang diri."Papa dah dapatkan kerja untuk kamu berdua." Dato' Karim memberitahu anaknya."Really? Kerja apa pa?" Tanya Aliya. Jelas dia teruja kerana belum pernah merasai pengalaman bekerja sebelum ini. "Jadi waiter dekat Pizza Hut dekat dengan rumah kita tu." Kata Dato' Karim. Aliya menundukkan muka dia kerana hampa. Aiman tergelak."Ingatkan kerja apa lah tadi. Manager ker, apa ke..ni jadi waiter.Waa.." Bebel Aliya seorang diri."Ok apa kerja tu. Papa bukannya sengaja nak bagi kerja tu. Tapi kamu berdua kan muda lagi, elok rasa pengalaman bekerja tu. Kata boring duduk rumah, tunggu keputusan SPM. Eloklah kerja dulu, tak ada lah boring sangat, kan?" Pujuk Dato' Karim."Betul tu papa. Aiman tak kesah, kerja apa pun. Janji dapat duit sendiri." Kata Aiman."Kalau macam tu, kau jadi kuli aku ajer lah!" Sindir Aliya."Aku lagi rela cuci jamban dari jadi kuli kau tau!" Balas Aiman."Pergilah cuci sakarang!" Kata Aliya. Aiman hanya terdiam sambil tersengih. Serangan berbalas Aliya menumpaskan pihak lawan iaitu adik kembarnya dalam perlawanan perang mulut peringkat adik-beradik."Ye lah, aku kalah." Rajuk Aiman dan menjeling Aliya lalu mengangkat pinggannya lantas ke dapur kerana sudah selesai makan. "Liya, tolong kemas meja. Ingat, kamu mula kerja lusa. Bagitau Aiman sekali tau" Kata Dato' Karim."Ayriel, uncle masuk tidur dulu ya! Kamu boleh tidur dekat bilik yang hujung sekali, tingkat 2, sebelah bilik Aiman. Tanyalah Aiman nanti ya!" Pesan Dato' Karim lalu ke biliknya." Ayriel sekadar mengangguk. Kemudian dia mengangkat pinggannya dan ke dapur."Ayriel, kau buat apa tu? Tak payah cuci, kita ada orang gaji.Kan aku cakap tadi, Bibik Aliya kan ada." Kata Aiman."Eh, ingat orang tak dengar ke ha?" Marah Aliya yang sedang mengelap meja makan."Terasa ke kak?" Jerit Aiman dari dapur. Lantas ketawa kedengaran."Ish, budak ni kan!" Geram Aliya seorang diri.
Keesokan harinya......
"Liya! Cepatlah sikit! Kitorang tinggalkan nanti..." Aiman memanggil kakaknya yang sedang terhegeh-hegeh bersiap di dalam bilik. Hari ini mereka akan ke KLCC membawa Ayriel bersiar-siar."Nak siap lah ni. Sikit jer lagi!" Jerit Aliya dari biliknya. Dato' Karim sudah pun ke kerja awal pagi tadi. Sememangnya mereka kurang mendapat perhatian daripada papa kerana papa sudah pun ke kerja apabila mereka bangun. Namun kelakuan Aliya dan Aiman tidak seperti kebanyakan remaja zaman sekarang yang suka menghabiskan masa dengan melepak, merokok, dan melakukan gejala negatif yang lain. Mereka mendapat didikan agama yang cukup daripada nenek mereka yang menjaga mereka semasa kecil sehinggalah mereka berusia 15 tahun. Pada usia mereka 15 tahun, nenek mereka kembali ke rahmatullah dan kini mereka dijaga oleh Mak Cik Piah dan mereka menganggapnya seperti ibu kandung sendiri.
"Ok, dah siap." Kata Aliya setelah selesai bersiap dan ke ruang tamu di mana adiknya dan Ayriel sedang menunggu. Ayriel memandang Aliya tanpa berkelip."Hoi, kenapa tengok Aliya macam tu?" Sindir Aiman."Tak ada apa-apa. Hehe." Jawab Ayriel."Awak cantik bila pakai tudung." Puji Ayriel kepada Aliya."Lah, perempuan memanglah kena pakai tudung. Kenapa, awak tak pernah tengok perempuan pakai tudung ke sebelum ni?" Soal Aliya."Tak adalah, cuma..perempuan suka pakai baju yang ketat-ketat dan sendat-sendat and yang sewaktu dengannya. Awak nampak ayu bila pakai tudung." Jawab Ayriel."Iyer lah tu." Kata Aliya. Dia ingin sorokkan rasa malu dan 'bangga'nya pabila dipuji Ayriel sebegitu."Ewah, Ewaah... Kau ngorat kakak aku ye!" Perli Aiman."Jomlah pergi!" Ajak Ayriel, ingin mengubah topik."Tak nak ngaku lah tu!" Kata Aiman. Ayriel tersengih. "Aiman, cepatlah!" Jerit Aliya yang sudah tercegat berdiri di sebelah kereta milik papanya."Ayriel, kau drive. Kau dah ada lesen kan?" Kata Aiman kepada Ayriel."OK!" Jawab Ayriel.
Setibanya di Suria KLCC mereka membeli-belah dan berkongsi cerita masing-masing. Setelah puas membeli-belah dan berjalan, mereka bertiga makan petang di Restoran Mc Donald`s.
"Aiman nak order apa?" Tanya Aliya kepada adik kembarnya."Order lah apa-apa. Aiman pergi dulu, nak ngorat awek tu. Bye!" Kata Aiman lalu berlalu pergi."Aiman!" Kata Aliya separuh menjerit."Alah, aku kene makan dengan mamat poyo ni.." Rungut Aliya dalam hati."Aliya nak makan apa?" Tanya Ayriel."Cheeseburger jer lah." Jawab Aliya ringkas. Ayriel membuat pesanan dan menyuruh Aliya menunggu di meja makan."Ok, Cheeseburger for you, BigMac for me. Ni air awak, and french fries." Kata Ayriel sambil menghulurkan burger kepada Aliya."Yang tu untuk siapa?" Tanya Aliya apabila dia melihat ada satu lagi set makanan di atas dulang."Lar, untuk Aiman lah.." Jawab Ayriel."Kenapa, awak nak ke?" Usik Ayriel."Tak ada lah. Saje je tanya. Ingatkan awak punya." Balas Aliya."Tak ada lah." Jawab Ayriel sambil tersengih."Ayriel, saya lupa lah nak tanya, umur awak berapa ya?" Soal Aliya."21." Jawab Ayriel, selamba. Air yang sedang diminum Aliya tersembur ke muka Ayriel yang berwarna kuning langsat dan tampan itu. Aliya segera mencapai tisu dan mengelap muka Ayriel."Maaf ye awak. Saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf." Kata Aliya yang kelam-kabut mengelap muka Ayriel kerana malu dengan perbuatannya tadi."Tak apalah." Jawab Ayriel. Dia mengambil tisu yang dipegang Aliya dan mengelap mukanya sendiri."Alamak, dia marah ker dengan aku?" Soal Aliya dalam hatinya. Tiba-tiba Aliya menitiskan air mata."Ya Allah, yang awak menangis ni kenapa? Saya tak marah awak pun. Sepatutnya saya yang menangis." Pujuk Ayriel pabila dia melihat Aliya menitiskan air mata."Saya tak menangis lah." Kata Aliya lantas dia mengesat air matanya. Namun Ayriel menepis tangan Aliya lalu Ayriel mengelap air mata Aiya menggunakan tisu."Dah, awak ni sensitif sangat lah." Kata Ayriel. "Saya tak marah pun. Awak jangan lah macam ni ya!" Tambahnya."Saya mana ada menangis" Kata Aliya."Habis tu?" Sooal Ayriel."Saya ingat awak marah lah. And..saya malu, hehe.." Jawab Aliya sambil tersengih.
"Ooo.. Ini kerja korang ye. Bagitau papa.." Perli Aiman yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka."Kerja apa?" Tanya Aliya buat-buat pelik."Eleh, buat-buat tak tahu pula." Kata Aiman."Ha, Aiman! Dah habis ngorat anak dara orang satu McD ni? Mak Cik cleaner tu kau dah ngorat belum?" Tanya Ayriel."Aku ngoratkan Mak Cik Cleaner tu untuk kau la. Tapi memandangkan.. kau dah ada ehem-ehem ni, Mak Cik tu aku buat spare part la.." Jawab Aiman lalu dia tergelak."Eh, kau jangan fikir yang bukan-bukan. Aku mana ada apa-apa dengan kakak kau ni." Kata Ayriel yang malu dengan Aliya."Ye ke, abis tu sampai lap-mengelap ni. Siap nangis lagi tu. Isk, sedih betul lah. Bagi tisu tu, nak lap mulut. Kahkah." Sindir Aiman sambil menjamah BigMac yang dibeli Ayriel."Pandai kau ambil kesempatan ye Ayriel. Sambil menyelam, mati lemas! Ahaks!" Usik Aiman lagi."Wei, slow lah sikit makan tu." Marah Aliya kepada Aiman apabila die tersedak kerana makan dengan begitu lahap."Lapar sangat ke?" Soal Aliya. "Eh, mestilah. Dah ngorat awek satu McD ni. Pas tu tertengok pulak Drama Samarinda adegan lap-mengelap muka ni. Lapar giler!" Sindir Aiman."Nanti kau ye, Aiman!" Geram Aliya dalam hati.
"Kau tahu tak Ayriel ni umur dia 21?" Bisik Aliya kepada adik kembarnya. Lantas minuman yang diminum Aiman tersembur ke muka Ayriel, sekali lagi."Astagha kenapa dengan kau ni Aiman?" Soal Ayriel."Sorry bro, nah." Kata Aiman sambil menghulurkan tisu kepada Ayriel. Ayriel mengelap mukanya."Umur abang 21 eh. Tak bagitahu pun." Kata Aiman."Yang tiba-tiba panggil aku abang kenapa? Buang tabiat eh?" Tanya Ayriel, pelik."Iyerlah, aku ingat kau sama umur macam kitorang. Fizikal pun sama macam kita. Muka pun macam remaja lagi." Jawab Aiman."Biasalah, awet muda. Hehe.." Balas Ayriel sambil tersengih."Tapi korang ni kalau kembar tu kembar lah jugak. Perangai sama je. Suka sembur air dekat muka orang." Tambahnya."Kitorang tergezut jer lah!" Kata Aliya dan Aiman. Ayriel menggelengkan kepala.
Keesokan harinya.....
"Uncle mana?" Soal Ayriel sebaik sahaja dia tiba di meja makan untuk menikmati sarapan pagi."Dah pergi kerja." Jawab Aiman."Ayriel nak pergi mana hari ni?" Tanya Aliya."Ikut korang berdua lah. Nak pergi mana lagi?" Jawab Ayriel."Larr, kitorang pergi kerja lah. Takkanlah kau nak ikut kot. Apa kau kata kau gi larr jalan-jalan cari awek ker." Cadang Aiman. Ayriel sekadar tersenyum.
Tiba-tiba bau yang kurang menyenangkan singgah di hidung masing-masing."Aiman!" Marah Aliya kepada Aiman sambil melontarkan pandangan yang sinis tanda menuduh Aimanlah yang 'menyebabkan' bau itu."Apa? Aku kenal lah bau kentut aku. Si Ayriel ni kot.." Aiman cuba berselindung padahal dia lah yang menjadi 'pengeluar' bau itu."Eh, jangan nak tuduh aku eh. Aku takkan keluarkan angin masa makan tau!" Kata Ayriel yang cuba mempertahankan dirinya."Habis tu, kalau tak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?" Perli Aliya."Kak, jomlah pergi. Dah lambat ni." Kata Aiman."Ok, jom. Ayriel, jaga diri tau." Kata Aliya."Fuh, lega. Nasib baik tak terkantoi tadi." Bisik hati Aiman. Ayriel hanya tersenyum. Mereka ke Restoran Pizza Hut menaiki kereta yang dipandu oleh driver papa mereka.
skt perut thn gelak kalu gelk kuat kuat nnti org ckp gile hu3 best thp babun cite nie!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besh2..cpt smbung ye... hihi
-cik Mazs