Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku sengaja mengambil cuti hari ini kerana amir akan pulang. Jangkanya selepas waktu maghrib nanti dia sampai. Awal pagi tadi, aku ke pasar untuk membeli bahan masakan. Aku berkira hendak memasak lauk kegemarannya. Pasti dia suka. Hm, kenapa dengan aku ni, sengaja hendak memikat hatinya ke?apa salahnya diakan suamiku, hatiku bersuara nakal. Dan akhirnya, aku tersenyum puas apabila ketam masak lemak cili api, ikan keli goreng berlada, daging masak kicap, kangkung goreng belacan, ikan terubuk bakar dengan air asam sudah terhidang di atas meja. Tak lupa juga puding roti kegemaran kami. Aku menoleh ke arah jam di dinding, sudah pukul 7malam. Bergegas aku ke bilik air untuk mandi, pasti tak lama lagi suamiku itu pulang. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, aku terpaku di depan pintu. Tak menyangka dia sudah berada di situ. Menyedari yang aku hanya berkemban dengan tuala, aku kalut. Tidak pernah dia melihat aku dalam keadaan seperti ini. Dia pula tidak berkelip memandangku. Cepat-cepat aku ke almari, hendak mengambil pakaian. Belum sempat aku ke bilik air semula, langkahku terhalang. Tangannya sudah meraih aku ke dalam pelukan. Aku tergamam. "abang rindu sangat,"leherku di ciumnya sebelum beralih ke bibirku. Dan pertama kali kami sama-sama hanyut dalam dunia sendiri. Aku tersentak, menyedari yang dia mungkin akan bertindak lebih jauh, aku pantas meleraikan pelukan. "dah nak maghrib ni,"raut wajahnya agak kecewa tapi dia cuba melindunginya dengan senyuman. "malam ni boleh ye, honey,"aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Harap dia mengerti isi hatiku ini. Usai solat maghrib, aku terus memanaskan lauk pauk. Melihat dia yang berpakaian baju melayu putih dan berkain pelikat, sangat tampan aku kira. "banyaknya lauk. Semua favourite abangkan?"aku tersenyum dan berbaloi rasanya dengan penat memasak apabila dia memuji keenakan masakanku itu. Hm, balqis amani,kan. Kalau aku yang memasak, papa pun makan sampai licin pinggan. Kata papa, aku mewarisinya dari puan Jasmin. Dan ibu akan tersenyum malu apabila di puji sebegitu oleh papa. Selepas makan, dia terus masuk ke bilik kerjanya manakala aku membasuh pinggan. Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan gelagat amir yang kepedasan tadi. Dia memang tak tahan makan pedas, tapi itulah yang dia suka. Nasi tadi pun bertambah sampai 3 kali. Aku terus ke bilik dan mencapai novel ’bayangan rindu’ karya anis ayuni. Sudah sebulan aku membelinya, tapi sampai sekarang, tak sampai suku aku baca. Sejak bekerja, hobiku ini jarang dapat ku lakukan. Teringat waktu di universiti dulu, setiap kali along atau angah hendak membelanja, pasti koleksi novel yang aku cari dulu. Dan jadinya sudah beratus koleksi novelku sekarang. ah, sayang, semuanya masih ada di rumah ibu. Masih tak berkesempatan untuk membawanya ke sini. "honey,"pembacaanku terhenti. Novel di tanganku di capainya dan meletakkan ke meja sisinya. Aku hairan. Aneh betul sikapnya malam ini. "dah berapa lama kita kahwin?"soalnya sambil bermain dengan tanganku. "lebih kurang 5 bulan,"jawabku ringkas "izinkan abang,"dia mencium dahiku. Dalam pada itu, aku mengerti maksudnya. Sesuatu yang menjadi haknya. Aku mengganggukkan kepala walaupun aku masih ragu dengan penerimaannya dengan perkahwinan kami. Tapi aku juga mahu menjadi isteri yang di redhai suami dan Allah. ----------------------------------
Kebosanan berada di rumah sendirian membuatkan aku ke rumah umi hujung minggu itu. Sekurang-kurangnya boleh juga bertemu anak saudaraku itu. Dah berusia 3 bulan. Kata umi semalam, mereka ada di sana. kak najwa, kalau abang azmer ada penerbangan, pasti pulang ke rumah umi. Tak larat nak menjaga Adam dan Dina sendirian. Soalan pertama apabila sampai di rumahnya ialah mana amir? rindu agaknya dengan anak kesayangannya itu. "abang amir out station ke langkawi, umi"sejak 3 bulan kebelakangan ini, memang dia kerap ke langkawi. Kak rin pun selalu merungut kerana aizad susah nak ada kat rumah lama-lama. Kesian dia, dahlah tengah sarat sekarang. "mana budak-budak tu, kak najwa,"soalku pada kak najwa yang baru muncul dari dapur. "tidur, amani. Lega sikit akak. Kalau tak, nak bernafas pun susah,"rungut kak najwa. "abang azmer fly ke mana kali ini?"aku memandang umi yang sedang asyik dengan koleksi orkidnya. Cantik. "Perth. Kali ini 4 hari pula,"jawabnya bersahaja. Sudah biasa agaknya dengan rutin suaminya itu. Lagipun, bukan ke ada pepatah mengatakan sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak di tangan-tangankan.Dulu kak najwa seorang pramugari, dari situlah pertemuan mereka. Tapi selepas berkahwin, dia berhenti. Jika dua-dua sibuk terbang ke sana-sini, rumahtangga pasti tak terjaga. "umi, jadi ati balik minggu depan?"mendengar soalan kak najwa, aku tertarik. Athirah, adik iparku itu belum pernah bertemu muka. Sebelum ini, aku hanya mendengar cerita dari keluarga ini. Dan kadangkala bertanya khabar melaui emel ataupun telefon. Hanya setakat itu. "Jadi. Selasa depan. Itu yang umi ingat nak buat kenduri malam jumaat . Buat sekali aqiqah untuk budak-budak tu. Azmer cutikan masa tu,"Umi sudah banyak merancang rupanya. "bila mir balik, amani?"soal umi sambil menghampiriku. Mukanya yang putih agak kemerahan di panah matahari. "hari ini, umi. Tadi, dia cakap nak singgah sini, balik dengan amnai sekali nanti,"itulah yang di beritahu amir lewat sms pagi tadi setelah aku meminta izin darinya untuk ke rumah umi. "kalau macam tu, baguslah. lunch kat sini,ye,"cadang umi. "sebenarnya umi nak merasa masakan menantu kesayangan dia ni,"usik kak najwa membuatkan aku tersenyum. hm, bukannya aku tak pernah masak di sini. "pandailah kamu, wa nak mengusik umi. jadi mak budak pun macam tu juga perangai,"cubitan umi singgah di paha kak najwa. Berkerut muka kakak iparku itu menahan sakit Tengahari itu, aku hanya membantu umi di dapur. Mana mungkin aku menandingi skill memasak ibu mertuaku ini. Aku mengacau ketam masak lemak cili api di dalam periuk, masakan kegemaran amir tentunya. Semerbak bau, aku pula yang terliur. "honey,"terasa pinggangku di peluk. "Eh,abang, bila sampai?" tangannya ku cium. Umi yang dari belakang rumah yang mengambil lengkuas tersenyum melihat kami. Jangan tak tahu di belakang rumah umi ini, segala tanaman ada, kunyit, halia, serai, daun kesum, dan macam-macam lagilah. Tak perlu di beli. Kata umi, daripada dia kebosanan, baik dia bercucuk tanam dan ini hasilnya. "suami kamu nikan ahli sihir, amani. Kamu seru je, terpacak terus kat sini,"seloroh umi. Kami sama-sama tergelak. "umi ni, macam-macamlah,"dengan sisa ketawa, amir memeluk dan mencium umi. terselit rasa bangga melihat hubungan erat suami dan ibunya itu. "aizad tak singgah, abang?"bukan aku tidak tahu aizad memang sudah rapat dengan keluarga ini. "tak, dia tergesa-gesa nak balik. Rindu nak jumpa binilah tu," jawab amir sambil tergelak. "mir, jangan lupa selasa depan ni,"suara umi memecah kesunyian antara kami. "Kalau lupa, mahu mir kena sembelih dengan ati tu,"jawab mir. Aku sedia maklum hubungan rapatnya dengan adik bongsunya itu. "abang naik bilik dulu, ye. Ngantuklah. Nanti amani kejutkan abang,"pesannya sebelum hilang di sebalik pintu. "umi gembira tengok amani dan amir baik-baik macam ni,"umi memegang tanganku. Aku tersenyum..umi, umi..tahu sangat apa yang di bimbangkannya. Ibu pun begitu. Cuma papa yang agak rileks sedikit. Rindu pada mereka.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
asalamualaikum bile nak sambung nie lame nye.....