Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"dirimu sedingin salju..membeku bila kita berdekatan..sukar untuk aku mencelah di ruang hatimu"
Aku tidak mengerti apa yang sebenarnya berada di dalam hati suamiku itu. Dari sinar matanya, adakala terpancar rasa kasih seorang suami, tapi dengan sikapnya sedingin ais itu, aku tidak mahu meneka dengan lebih dalam. Aku takut untuk kecewa. Aku bimbang aku tertipu dengan pandangannya itu. Di depan keluarga dan teman, aku cuba untuk menyembunyikan segala-galanya, tidak mahu mereka tahu kesedihanku. Cuma, aku tak bisa menyembunyikan kelukaan ini dari razin. Mudah saja dia meneka dari raut wajahku. Katanya ada sesuatu yang aku sembunyikan, tapi aku terus membisu, mengelak dari memberikan jawapan. Aku tidak mahu rahsia rumahtangga kami ada yang tahu. Bukan aku tak percayakan razin, tapi aku harus menjaga nama baik suamiku. Itu tanggungjawabku sebagai isterinya. Mujur juga razin tidak mendesak, katanya, walaupun dia tidak mampu untuk berkongsi masalah denganku tapi dia ingin membuatkan aku ceria semula, bukan semuram ini. Aku tahu ada sesuatu yang membuatkan amir resah dan seterusnya memberikan kesan kepada hubungan kami suami-isteri. Bukan aku tak sedar sewaktu di rumah ibu dulu, beberapa kali dia cuba untuk bemesra denganku tapi ada sesuatu yang menghalangnya. Dan setiap kali itu jugalah, dia akan membelai rambut, dan mengucup dahiku sambil meminta maaf. Perbuatan itu di lakukannya ketika dia yakin aku sedang tidur lena, walaupun sebenarnya aku hanya berpura-pura. Mana mungkin, aku mampu melelapkan mata dengan mudah jika setiap malam hanya keadaan perkahwinan kami yang aku fikirkan. Selepas peristiwa aku, meminta perceraian darinya, sudah hampir seminggu aku tidak bertegur sapa dengannya. Aku menjadi seorang yang pendiam, hanya kadang-kadang mata berbicara. Walaupun begitu, segala tanggungjawabku sebagai isteri tetap aku jalankan, aku tidak pernah lupa untuk menyediakan makanan untuknya, menyiapkan pakaian kerjanya dan juga membangunkannya bila hari bekerja. Aku masih isterinya walau apapun perasaanku. Entahlah, aku sendiri tidak tahu mengapa aku melafazkan kata-kata itu pada pagi itu. Sudah hilang sabarkah aku, sedangkan baru dua bulan usia perkahwinan kami. Tapi jauh di sudut hati, aku mengharapkan perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayatku. Gila agaknya aku kerana berharap begitu sedangkan aku tahu hakikat hubungan kami bagaimana. Untuk tidak membiarkan fikiranku berfikir yang bukan-bukan, aku terus menyibukkan diri dengan kerja, pulang ke rumah apabila malam sudah menjelma. Bukan aku ingin mengelakkan dari masalah tapi aku masih tak bersedia untuk berhadapan dengannya. Untuk makan malamnya, aku telah siapkan awal-awal, hanya tinggal dia panaskan sahaja. Dan malam ini seperti biasa, aku sampai ke rumah tepat pukul 11 malam. Ruang tamu dan biliknya sudah gelap, ku kira suamiku itu sudah tidur. Badanku yang letih, hanya membuatkan aku ingin terus membaringkan diri ke atas katil. "penat?"sapaan itu membuatkan aku tersentak. Hilang serta-merta rasa letih yang ku rasa tadi. Cepat-cepat ku buka suis lampu bilik tidur. "awak?buat apa kat sini?,"bukan main kepalang terkejut aku melihat empunya suara. "Mir nak tidur sini malam ni," jawabnya sambil tersenyum. Ah, senyuman itu langsung tidak dapat membuat aku selesa dengannya. Gila. Dia memang gila malam ini. Entah apa yang merasuknya. "ini bilik saya,"aku masih tidak mahu mengalah. Ingin membuatkan dia tersedar. "Mir tahu. Tapi Mir nak tidur sini malam ini dengan amani, isteri Mir," jawapan itu membuatkan aku terasa ingin menjerit. Bukankah dulu dia yang mengaturkan kami tidur di bilik berasingan dan sekarang semudah itukah dia ingin mengubahnya. Aku bukan boneka dalam rumah ini. Tanpa kata, aku melangkah keluar dari bilik itu. Kalau itu yang dia nak, biarlah dia tidur di situ, tapi bukan bersama aku. Aku berhak ke atas diriku. Cukuplah selama ini, aku hanya mengikut rentaknya. Cukuplah selama ini, aku membutakan mata dan hati, pekakkan telinga kerana ingin menggoda suamiku sendiri. Dan malam ini, air mataku jatuh lagi. Hanya kerana dia, Amir Faiz. "amani,"panggilan itu membuatkan aku mendongak memandangnya. Janganlah lukakan hati saya lagi. Saya tak kuat, amir. Hanya hatiku yang mampu berbicara, dan Cuma berharap dia dapat mengerti. Dia membawaku ke dalam pelukannya, berulangkali dia mengucapkan kata maafnya padaku. Aku tidak menolak segala perbuatannya, dan entah mengapa aku terasa selamat di perlakukan sebegitu. Teringat kata temanku sewaktu di kampus dulu apabila aku bertanyakan bagaimana jika aku ingin tahu siapa dia jodohku. Temanku itu menjawab, jika kau berasa selamat dan di lindungi apabila berada di sampingnya. Dan itulah yang aku rasa sekarang. Dia jodohku? Cepat-cepat aku meleraikan pelukan itu. "amani, maafkan mir,"entah ke berapa kalinya perkataan itu di lafazkannya. Aku mengganggukkan kepala. Walaupun aku tidak tahu perkara apa yang hendak di maafkannya,. Sebabnya, terlalu banyak kesilapannya padaku. Terletus ketawa kecil dari mulutku. Ops, terlepas pula. Dia ku lihat terpinga-pinga. "kenapa?"soalnya. "kesalahan yang mana awak nak saya maafkan?"soalanku membuatkan dia tersenyum. "banyak sangat ke salah mir?"dan aku mengganggukkan kepala, serius. "mir harap amani dapat maafkan mir atas semua salah mir tu," kali ini tanganku di pegangnya. Dia betul-betul membuatkan aku bingung. Terlalu romantik ku rasa. Aku jadi takut. "awak dah makan,"aku cuba untuk mengalih topik perbualan. Walaupun soalanku itu ku rasa tak berapa logik di saat jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. "dah, tapi tak bestlah asyik makan seorang. Amani tak ada,"sejak bila dia seronok makan berdua denganku ni. Bukan ke dulu, makan berdua tapi hanya aku yang bersuara. "amani, kita mulakan hidup baru," kali ini dia kedengarannya agak serius. Wajahnya ku pandang. "maksud awak?"soalanku itu tidak terjawab tapi dia tersenyum penuh makna. Sedar tak sedar tubuhku di cepungnya di bawa ke bilik tidurku. Aku meronta minta di turunkan, tapi dia hanya tergelak. Apabila dia menggugutku untuk membuatkan aku diam dengan ciumannya, terus aku kaku tidak bergerak. "kalau macam inikan senang," dia tergelak lagi. Aku palingkan muka. Benci. Dia memang gila. Sedangkan di hatiku saat ini, terlalu berdebar ku rasa. "langkah pertama, kita tidur satu bilik, satu katil, hm satu bantal pun boleh," ku rasa rona wajahku sudah bertukar menjadi merah mendengar kata-kata itu. "next step, abang akan ajar nanti," dia berbisik perlahan di suaraku. Aku jadi gelisah, apa tidaknya panggilan ’mir’ tadi pun sudah bertukar menjadi abang. Dia meraihku dalam pelukannya "awak, saya..." belum sempat aku bersuara, dia memintas. "abang, amani,"jawabnya tegas. Aduh, bagaimana ni. "a..ab..abang, saya nak mandi,"sejak bila aku jadi gagap ni. "hm, amani takyah mandilah. Abang suka bau amani macam ni. Lagipun dah malam ni, tak elok mandi waktu ni," pelukannya di eratkan. Bagaimana ye nak ku gambar perasaanku tika ini, serasa seperti hendak di timpa gunung agaknya. Boleh ke macam tu? Amani, amani.. Aku kalih pandang pada amir. Dia kulihat sudah pejamkan mata..memikirkan katanya tadi. Suka bau aku? Biar betul. Aku rasa badanku ini sudah masam. Bau peluh. "tidurlah, " dia bersuara,walaupun matanya terpejam. Perlahan aku memejamkan mata dan kali pertama aku tidur tenang sepanjang perkahwinan kami di dalam pelukan seorang suami.
* * * * * *
Bila diingatkan peristiwa malam tadi, rasa malu tiba-tiba datang. Alahai kalaulah aku ada magic seperti david copperfield tu,pasti aku dah hilangkan diri, alangkah bagusnya. Apa tidaknya, dia dari pagi tadi, tak hilang senyumannya. Tahu kenapa? Sebaik saja terbangun dari tidur, tanganku erat memeluknya, siap berbantalkan dadanya yang bidang lagi, memang kami tidur satu bantal saja. Malu. Waktu sarapan pagi tadi, sandwic yang ku buat rasa macam pasir je. Dia pula sampai 5keping dia makan. Baru ku sedar, selera makannya begitu besar. "amani, kita ke rumah aizad hari ni,ye,"aizad? Mengambil masa juga nak mengingatkan empunya nama itu. "kawan abang. Takkan tak ingat. Dia yang jadi pengapit abang hari tu,"terangnya lagi. Dia ke? Kacak. Teringat sepupuku, Ira tempoh hari, katanya pengapit ada iras pelakon Aaron Aziz. Tergelak aku, ingatkan hendak memuji pengantin, rupanya pengapit yang mencuri pandangan matanya. Dan sempat juga dia mengingatkan aku agar nanti di kenalkan putera pengapit itu padanya. Ira, ira pantang melihat lelaki berdahi licin. Eh, ada ke perumpamaan macam tu. Tapi dia memang.. "handsome," entah bagaimana terkeluar pujian yang sepatutnya hanya dalam hatiku itu. "amani,"aku menoleh. Wajahnya agak kelat. "cemburu abang, amani puji dia," dia menarik muka masam. Merajuk? Betullah kata umi anak tunggal lelakinya ini memang manja orangnya. Tapi dengan aku, dia merajuk, biar betul..sedikit sebanyak aku senang dengan perubahannya itu. Dari sedingin ais menjadi semanja ini.Walaupun terlalu mendadak aku kira. "apa salahnya. Abang kena terima kenyataanlah, dia memang hansome," aku berpura-pura tidak mengerti. Sengaja mahu melihat apa tindakannya. Tanpa ku duga, dia mencium pipiku. Aku merenungnya tajam. "hukuman untuk orang yang membuat suami cemburu," balasnya bersahaja. Sukar benar nak menduga tindakannya sekarang, ada sahaja perkara yang aku tak jangka berlaku. Akhirnya aku ke bilik, dengan alasan, mahu bertukar pakaian. Di dalam kereta, dia bercerita tentang aizad. Katanya, aku puji suami orang yang sudah mempunyai dua orang anak. Aku terkedu. Tak sangka, aizad sudah berkeluarga. Penampilan dan karismanya tidak melambangkan itu. Aku meminta amir ke pasaraya berdekatan. Niatku ingin membeli buah tangan untuk mereka. Ah, pertama kali bertemu, pasti lebih manis kalau aku tidak bawa tangan kosong. Amir nampaknya bersetuju. Ada sahaja di cadangkannya padaku. Katanya, si kembar akbar itu pasti suka kalau di hadiahkan kereta remote baru. Pantas sahaja aku capai permainan yang di maksudkannya itu. Amir mengambil sebuah lagi. Aku hairan. Dia menjawab, takut berebut. Aku faham maksudnya itu. Lebih senang jika masing-masing ada. Belum sempat aku menghulurkan kad kredit, dia lebih cepat bertindak. Aku merungut tanda protes. "hadiah amani, hadiah abang juga,kan,"ujarnya serius. Ah, mungkin sahaja kerana egonya. Aku akur, orang nak bayar, aku tak ada ruginya. Aku terus masuk ke sebuah butik berhampiran. Ingin mencari sesuatu buat rin, isteri aizad. Langkahku terhenti pada kain sutera korea berwarna merah jambu. Cantik. Amir setuju dengan pilihanku itu. Aku memanggil jurujual meminta kain itu di bungkuskan. Kami terus ke rumah mereka apabila selesai membeli tali leher untuk aizad. Kedatangan kami di sambut riang oleh mereka. Rin walaupun kali pertama bertemu dengannya,dia begitu ramah, seakan sudah lama mengenaliku. Kata-katanya mesra. Dia membahasakan dirinya akak, biarpun usia kami hanya berbeza dua tahun.Si kembar mereka yang awalnya malu melihat aku terus melompat riang bila di suakan kereta remote. "ini sayang acik mir ni," petah haiqal bersuara. "acik mir je, acik amani tak sayang?"usik amir membuatkan mereka tersipu-sipu malu sambil mengucapkan terima kasih. "ish, budak-budak ni. Mula-mula malulah, nanti bukan main lagi mengusik. Susahkan amani belikan semua ni. Terima kasih,ye,"sampuk rin. Aizad tersenyum apabila aku hulurkan hadiahnya. "kalau pergi honeymoon nanti, beri anak saudara pula ye,"usikan aizad itu aku kira membuatkan wajahku bertukar warna. Hendak memandang amir di sebelah pun ku rasa tak mampu. Suamiku itu pula hanya tergelak. Lelaki. "dahlah tu, kesian amani. Jom makan, perut rin dah lapar ni,"aku bingkas bangun menuruti rin ke dapur, ingin membantu apa yang patut. "pergilah duduk depan. Biar kak rin siapkan,"halang kak rin bila menyedari aku di belakangnya. "tak apalah, lagipun tak selesa duduk dengan diorang. Amani tolong ye,"pintaku dan dia tersenyum. Mengerti mungkin. "Kalau macam tu, amani buatkan air mangga, ye. Kordial ada dalam peti ais tu. Guna jag atas meja sana,"rin tengah memotong puding roti. "amani, alam rumahtangga ni, banyak cabarannya," aku mengangkat muka memandang kak rin. "maksud akak?"mungkinkah dia tahu apa yang berlaku. "akak tak tahu apa yang berlaku, tapi dari wajah keruh amani, akak boleh nampak ada yang tak kena. Mungkin akak pada pandangan mata amani menyibuk. Maafkan akak,ye. Akak sanggup mendengar kalau amani nak berkongsi,"hampir aku menitiskan air mata mendengarnya. "terima kasih,kak. Amani hargai semua tu,"dia menghampiriku dan tanganku di genggamnya. Meminjamkan kekuatan padaku. "patutlah lama, buat drama spektra kat sini. Rin dah jangkitkan amani,ye perangai sensitif tu,"usik aizad sambil mencuit hidung kak rin. Kak rin hanya menjeling tajam dan akbar tergelak sambil memaut bahu kak rin erat. Tidak segan menunjukkan sayangnya pada kak rin walaupun di hadapanku. Ira, melepaslah kau nak dapat putera pengapit ni. Puteri terlalu istimewa di istananya. Kata kak rin, kisah percintaan mereka pun banyak dugaannya. Apabila melihat aku seakan teruja mendengarnya, dia menyambung nak tahu lebih panjang, kena datang selalu. Kalau tak buat macam ni, tentu aku takkan datang dah. Aku menyambut gurauannya, jika dia nak buat puding roti untukku lagi, pasti aku akan datang. Maklumlah puding roti tu makanan kegemaranku. Waktu zaman kanak-kanakku dulu jika ibu yang buat,satu loyang hanyalah untuk aku seorang. Jadi ibu memang kena buat dua loyang, kalau tak orang lain tak dapat makan. Ketawa besar kak rin mendengar cerita kenakalanku itu. Sempat dia berbisik, yang kami boleh sekepala kalau kenal dari kecil. Pecah ketawa kami berdua lagi, sehingga menarik perhatian amir dan aizad yang berada di ruang tamu. Bila di tanya amir, kak rin hanya menjawab rahsia perempuan. Sebelum pulang, sempat kak rin mengingatkan aku datang lagi walaupun bersendirian. Aku hanya tersenyum, tidak mahu berjanji, takut dalam kesibukan rutin harianku membuatkan aku lupa untuk memenuhi permintaannya. Tapi secara peribadi, aku cukup senang berdamping dengannya. Sikap dan tingkahnya persis Farah. Teringat Farah, sahabat baikku yang meninggal dunia selepas majlis konvokesyen kami. Kereta yang di naiki bersama razin, tunangannya waktu itu, di rempuh lori membuatkan arwah meninggal di tempat kejadian. Razin pula koma hampir seminggu lamanya. Apabila tersedar, mendengar berita pemergian tunang tersayang, razin hampir tidak mampu menerima kenyataan. Berbulan-bulan dia kehilangan semangat untuk terus hidup, tenggelam dengan dunia rekaannya dan sering menyalahkan diri atas tragedi yang berlaku. Dan kerana arwah farah jugalah razin masih sendiri, tidak dapat menerima perempuan lain dalam hidupnya. Aku mengerti, aku yang menjadi sahabat baiknya terasa pedih yang amat sangat kerana kehilangannya, inikan pula razin yang menjadi kekasih hatinya yang menunggu masa untuk di satukan. Mengingatkan kenangan yang maha pahit itu, tanpa aku sedari aku menitiskan air mata. "Amani,"panggilan amir membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku memandang sekeliling. Kami dah sampai. Terlalu jauh rupanya aku mengingatkan kenangan lama itu. "Kenapa ni?" soalnya sambil menyapu air mata yang mula agak laju menuruni pipi. Tanpa bersuara, aku memeluknya erat. Mengingatkan semua itu, membuatkan aku takut untuk merasa kehilangan orang yang aku sayang dalam hidupku lagi. Aku sudah tidak kuat untuk merasa kepedihan itu lagi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tau....
nih aizad akbar ngn intan azurin kan...??
erk..ye ke?