Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 4 "jawapan pada soalan sudah terjawab. Kuatkah aku berdepan dengan kenyataan yang menyakitkan"
Sudah dua hari aku bercuti, membuat persiapan terakhir untuk perkahwinanku. Sejak pertemuan malam itu, aku tidak lagi bertemu dengan amir. Bukan tiada ajakan darinya untuk keluar tapi aku menolak. Masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan dirinya selepas pengakuan jujurnya tempoh hari. Aku betul-betul jauh hati. Salahkah aku kerana menerima permintaan papa. Waktu papa menyatakan hasratnya, hampir seminggu aku merajuk, mengasingkan diri dari papa dan ibu. Tersinggung kerana masa depanku di jadikan janji untuk mengeratkan persahabatan. Tapi rajukku tak lama, dan seperti biasa hanya angah dan razin yang mampu membuatkan aku mengalah. Dan kerana pujukan merekalah, maka esok aku akan bergelar isteri kepada amir faiz. 'Aku tak setuju. Aku dah ada pilihan hati sendiri.Aku sayang dia' kata-kata itu selalu terngiang-ngiang di telingaku. Pedih bila mengingatkan semua itu. Mampukah perkahwinan ini bertahan. Dan tak semena-mena terasa air mata mengalir di pipiku. Kenapa mudah sangat air mata ini jatuh kerana lelaki itu. "kak, abang razin datang tu," beritahu fahrin. Cepat-cepat air mata ku seka, mujur adikku itu tidak perasan keadaanku tadi "qis, kenapa ni?,"razin melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku diam, hanya melontarkan pandangan pada kolam ikan di hadapanku. Melihat ikan riang berenang membuatkan aku sedikit rasa cemburu. "qis," panggilnya lagi lembut. "aku selalu susahkan kau, kan zin,"air mata yang ingin keluar aku cuba tahan. "apa ni, qis..kau kan kawan aku. Aku anggap kau ni macam adik aku sendiri. Keluarga kau dah macam keluarga aku juga," jawab razin "aku takut, zin. Aku takut kalau perkahwinan kami tak seperti yang di harapkan," kalaulah, amir seperti razin, tentu aku tidak segentar ini. Razin memegang erat tanganku seakan memberi semangat. "yakinkan diri kau qis,"aku tahu dia mengerti kenapa aku begini. Malam itu, orang pertama yang aku cari ialah razin. Pada temanku ini, aku luahkan segala kesedihan. "ha,kau bila nak ikut jejak langkah aku,"aku cuba mengalih topik perbualan, cuba untuk membuat suasana kembali ceria. Dia tersengih. Tahu sangat jawapannya nanti. Tak jumpa calon yang berkenan. Alasan lapuk betullah kawan aku ni. Itulah memilih sangat. Ops, amani suka sangat mengutuk,ye..tak sedar diri betul. "takde calonlah, sayang,"ha,kan aku dah cakap. "itulah, anje..lambat sangat datang pinang sayang, kan dah melepas," balasku nakal. Dia mencebik mendengar usikanku itu. "kau ni, kat rumah mak berleter, takkan kat sini kau nak gantikan mak. Kau pun tahukan qis kenapa aku masih sendiri," aku terdiam. Bukan niatku untuk mengungkit kisah silamnya itu. Cuma aku teringin untuk melihat temanku ini mempunyai teman seperti lelaki lain. "zin, maafkan aku, ye," rasa bersalah mula bersarang di hatiku.
-----------------------------
Tubuhku sudah tersarung baju kebaya berwarna putih untuk majlis pernikahanku. Aku melihat sekeliling bilikku yang sudah terhias indah. Padanan warna hijau lumut dan putih memang serasi. Rekaannya walaupun ringkas tapi tetap memukau pandangan. Kreatif betul auntie kamariah. Hm, kalau tidak kreatif, masakan bisa membuka butik pengantinkan. Malam tadi, aku menjadi mangsa usikan sepupu-sepupuku yang ramai itu. Apa tidaknya, antara sepupu perempuan, aku yang mendahului mereka menjadi isteri orang, sedangkan aku yang paling liat untuk berbicara tentang lelaki. Diam-diam berisi, kata mereka. "surprise," tiba-tiba terpacul wajah rini di pintu bilikku. “rini, aku ingat kau tak datang. Eh, kaukan sepatutnya kat johor lagi,"hampir saja aku nak melompat keriangan melihat teman baikku itu berada di depan mata. Tapi mengenangkan aku yang bergelar pengantin hari ini, terpaksalah aku berlagak ayu. "eh, kau kahwin, takkan aku tak balik, tapi sori sangat-sangat aku tak tolong kau buat persiapan,"dia ku lihat mengerling sekilas ke arah deretan barang hantaran yang tersusun di sudut bilikku itu. Mungkin dia sedikit terkilan, kerana selalunya bila ada perkahwinan teman-teman kami, dia yang sukarela untuk menawarkan diri menggubah hantaran perkahwinan. Tapi tidak pada perkahwinanku ini. "it's ok. Aku faham kau sibuk, kau ada sekarang, aku dah happy sangat, tau. Thanks, rini," dia ku peluk erat. Bertuah rasanya memilik teman seperti dia dan razin. Tak pernah meninggalkan aku di kala aku memerlukan mereka. “cantik kau hari ini, amani. Teringin pula aku nak kahwin,"dia tergelak kecil. Aku mencebik. Bukan aku tak tahu tunang angah ini selalu mengelat bila di ajak kahwin. Katanya ingin melihat adik-adiknya berjaya terlebih dulu. Dah lebih setahun, mereka mengikat tali pertunangan. "kau dah jumpa belum angah?"perkenalan yang bermula dengan pergaduhan. Awal perkenalan, mereka pantang berjumpa, pasti bertekak. Apatah lagi dengan sikap angah yang kuat mengusik. "naz yang jemput aku tadi," terdengar suara riuh di luar mematikan perbualan kami. Rini menghampiri tingkap, melihat apa yang berlaku. Rasa gelisah yang hilang tadi muncul kembali apabila rini memberitahu rombongan pihak lelaki telah sampai. Selepas itu, aku seperti di dunia lain, tidak menyedari apa yang berlaku, apa yang aku tahu, aku di datangi papa bertanyakan persetujuanku, dan apabila aku kembali di alam nyata, hanya terdengar beberapa orang menyatakan 'sah, sah'. Aku terkedu, amir faiz sudah sah menjadi suamiku. Dia menghampiriku, menyarungkan cincin ke jari manisku, dan sama sekali tak ku duga satu ciuman di hadiahkan pada dahiku. Secara spontan, aku menyalami tangannya dan ku cium. Detik itu, aku berjanji untuk menjadi isteri yang setia pada dirinya. Janji yang aku tak mampu untuk luahkan pada kata-kata kerana aku masih meragui keikhlasannya untuk menerimaku sebagai isteri.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best citer ni plz cpt sambung yer