Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LOCENG sekolah berbunyi nyaring menandakan kelas akan bermula sebentar lagi. Seperti biasa, para pelajar begitu juga dengan aku, akan menuju ke kelas masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelajar yang akan bermula untuk hari itu. Pagi itu, ntah kenapa fikiran ku masih lagi menjurus kepada pertandingan yang kini hanya tinggal 48 jam sahaja lagi. Aku menoleh ke arah Hanim, Aim dan Anis yang ketika itu menuju ke tempat masing-masing untuk meletakkan bag mereka. Setelah itu mereka bertiga datang untuk menghampiriku lebih dekat lagi.
"Kenapa?" Aku menyoalnya kembali seolah kurang kepercayaan dengan kata-katanya. Bukan apa, kadang-kadang apa yang dikatanya itu bukan boleh diguna pakai kerana sebelum ini dia pernah berkata demikian untuk mengusik ku. Serik!
"Ntah tak tau pulak aku." Dia menjungkit bahu.
"Kau jangan main-main Nis, kalau jadi macam hari tu, aku tak teragak-agak menyula kau karang." Ugutnya separuh bergurau.
"Ya Allah, dia tak percaya cakap aku, Aim?" Ucapnya tertawa lucu.
Kini pandanganku beralih pula kepada Aim untuk meminta kepastian daripadanya. Tidak lama kemudian Aim menganggukkan kepala mengiakan kata-kata Anis tadi. Sementelah Anis pula mempamerkan wajah lagaknya sambil bibir dicebir.
"Untuk apa?" soalku sekali lagi mulai tidak sedap hati.
"Lah... manalah kita orang tau... Kalau tau, dah lama aku cakap tadi." Celah Anis menjuih mulut.
Antara mahu dan tidak, aku terpaksa pergi juga kerana itu adalah arahan daripada cikgu. Lalu aku terus bangkit dari tempat dan mula melangkah keluar daripada kelas. Sepanjang perjalanan kaki ku ke bilik guru, pelbagai andaian yang menerobos masuk ke dalam fikiranku saat itu. Mengapa cikgu Zaifa memanggilku, apa sebabnya?
Sebaik sahaja aku tiba di bilik guru, aku mengetuk pintu kemudian melangkah masuk walau tanpa disuruh. Anak mataku mulai meliar mencari kelibat tempat duduk cikgu Zaifa lalu terus menuju ke arah mejanya. Daripada jauh lagi aku melihat cikgu Zaifa begitu murah dengan senyumannya menghadiahkan kepadaku. Dengan senyumannya itu barulah hatiku berasa lega dan beranggapan tiada apa yang perlu aku risaukan. Namun yang menghairankan aku ketika itu, mengapa Firzan dan Fidie juga turut ada bersamanya sekali? Apa pula yang mereka berdua buat di dalam bilik guru, di waktu-waktu begini?
"Cikgu panggil saya?" Soalku tanpa mengucapkan apa-apa salam.
"Assalamualaikum... " Firzan menegurku saat itu.
Terkebil-kebil mataku seolah tidak tahu apa yang harus aku balas, sedangkan itu perkara asas setiap kali bertemu. Hampeh! Rupa-rupanya Firzan cuba untuk menyindirku di pagi-pagi hari, di hadapan cikgu dan Fidie pulak tu.
"Waa.. waalaikumsalam... " jawabku separuh gugup seraya menjelingnya. Di kala itu aku terpandang beberapa pasang pakaian yang berada di atas meja cikgu Zaifa. Di mana ia telah disarung kemas dengan plastik.
"Nadirah, ini pakaian kamu untuk persembahan tu. Peserta lain semua sudah mengambilnya, cuma tinggal kamu sahaja." Ucap cikgu seraya menghulurkan pakaian itu kepadaku.
Aku mengambilnya daripada tangan cikgu. Tersenyum. Pakaian itu aku belek satu persatu. Cantik juga baju ni. Sesuai dengan watak yang aku lakonkan nanti. Watak yang aku pegang adalah watak sebagai anak orang kenamaan yang sentiasa mengikuti trend remaja zaman kini. Ah rasanya debaranku makin menjadi-jadi pula apabila pakaian tersebut kini telah berada di tanganku.
"Terima kasih, cikgu." ucapku.
Oh ya! Aku hampir terlupa dengan kehadiran Firzan dan Fidie di sini. Melihat apa yang berada di tangan mereka, membuatkan aku mengesyaki sesuatu yang selama ini mungkin aku tidak tahu. Nampaknya seperti baju melayu beserta sampin songket. Inikan baju dikir barat?
"Eh korang masuk dikir barat ya?" Soalku mengukir senyuman.
"A\'ah kenapa, ada masalah ke?" soal Firzan menjengkit kening.
Senyumanku mati serta-merta setelah mendengar nada ayat yang diberikan oleh Firzan bagi menjawab soalanku.
"Just good luck!" Ucapku walau hati rasa terkilan. "Aku pergi dulu." sambungku lagi lalu memulakan langkah.
"Eh, Nadirah!!" Fidie memanggil namaku namun lagi baik aku meneruskan sahaja langkah ku daripada menjadi bahan tontonan cikgu nanti.
"Nad, nantilah dulu!" panggilnya lagi.
Saat aku berada di luar pintu bilik guru barulah aku menghentikan langkahan kaki seraya berpaling. "Apa dia?" soalku.
Fidie mula menyengih kambing kepadaku. "Tolong kirimkan salam aku pada Anis ya?" pesannya tanpa segan silu.
Aku dah agak dah. Kelakar betul aku tengok mamat ni. Kalau sehari tak kirim salam pada awek dia tu, memang tidak sah. Agaknya sewaktu dalam kelas pun tak dapat concerntrate. Namun selama ni pun kalau aku ingat, aku beritahu Anis. Kalau terlupa, aku abaikan saja. Sampai kadang-kadang tu, bila dia orang dah bertemu semula, barulah aku teringat semula dan sampaikan. Aku yang memahami hanya tersenyum mengangguk. Aku tau dia bimbang Anis cari yang lain sebab itu tunjuk sayang lebih sikit.
"Eh Nadirah! Aku pun sama tau... " Celah Firzan tiba-tiba muncul di belakang kami.
Jelas kelihatan Fidie memandang daring padanya. Jelous mungkin. Aku pun hairan, kenapa Firzan begitu gemar menyakat orang malah rakan-rakannya sendiri. Kadang-kadang hati aku dicuit rasa geli hati melihat gelagat makhluk dua orang ni.
Pada mulanya aku agak terkedu. Namun lekas-lekas aku tersedar dari perasaan itu. Kemudian aku melemparkan senyuman kepada mereka. Fidie ku lihat berasa lega mendengar kata-kata Firzan tadi. Maklumlah Firzan jika nak dibandingkan dengan dirinya, anak muda itu jauh lebih kacak daripadanya dan menjadi idapan puteri-puteri di sekolah kami.
Firzan hanya tersenyum lucu dan aku pula terus melangkah pergi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan