Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Syah melangkah laju meninggalkan perpustakaan sekolah setelah hampir dua jam dia bertapa di dalamnya. Sengaja dia balik lewat hari itu. Kononnya nak belajar. Tapi, malang betul! Satu apa pun tak masuk dalam kepala otaknya. Kata-kata Sofea pagi tadi masih terngiang-ngiang jelas di telinganya.
"Hari-hari kau bergaduh dengan Que. Kau tak takut ke?" soal Sofea sambil membetulkan rambutnya yang serabai akibat ditiup angin. Syah menjungkitkan keningnya.
"Takut? Why should I?" Syah tayang muka pelik. Sofea menarik nafas dalam.
"Yelah. Orang kata, kalau selalu gaduh, lama-lama boleh jatuh sayang. Cinta." Selamba Sofea menuturkannya. Tersedak Syah mendengarkan ayat yang meluncur keluar dari celah bibir Sofea. What? Sayang? Cinta? Melawak apa budak ni?
"Kau nak buat lawak ke, Ya? Eee…tak nak aku. Perangai dah macam hape je. Tu…tinggal nak kena humban dalam lori DBKL je." balas Syah dengan nada meninggi. Entah apa-apa punya soalan. Macam tak tahu pulak betapa menyampah, anti, benci dan sewaktu dengannya aku dekat manusia bernama Syed Ashraf Naqiuddin. Macamlah baru hari ni dia kenal aku. Masalah!
"Takdelah. Aku cakap je. Hari-hari aku tengok kau lawan mulut dengan dia. Korang tak penat ke?"
"Hmm…dahlah. Drop the subject. Jomlah. Aku nak makan laksa hari ni."
"Ok"
Mengingati semula perbualannya dengan Sofea seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahannya terhadap lelaki itu. Syah mengeluh kasar. Apa punya soalan? Sayang? Cinta? Yucks…Macam takde mamat lain kat sekolah ni. Syed Ashraf Naqiuddin? Hmm…boleh bla! Baik aku couple je dengan adik dia tu. Comel pun comel. Perangai pun okay. Takdelah menyakitkan hati macam mamat tu. Syah terus mengomel di dalam hati. Semakin hari, perasaan tidak puas hatinya terhadap Que makin menggunung. Kalah Gunung Everest.
Langkah kaki yang diatur makin lama makin perlahan. Otaknya ligat berfikir tentang masalah yang melanda dirinya dan Que. Entah kenapa mereka berdua langsung tak boleh berjumpa. Senang cerita langsung tak boleh ngam. Macam ada jurang yang memisahkan mereka berdua. Tapi, apa ek? Tiap kali tengok muka dia je, mesti temperature kemarahan aku naik sampai ke kepala. Masalah! Boleh sakit jiwa aku macam ni.
Syah membetulkan lipatan tudungnya. Sesekali anak matanya melilau ke arah sekeliling landskap sekolah itu. Cantik! Pujinya. Sejuk mata memandang. Kurang sikit bebanan yang ditanggung dek otaknya. Persoalan yang sedari tadi berlegar-legar di ruang kepalanya terus lenyap di bawa ketenangan landskap sekolahnya. Selaku vice head girl di sekolah, dia langsung tak punya masa untuk bergelak tawa dengan rakan-rakannya. Busy memanjang. Kadang-kadang tu, ingin sahaja dia melepaskan jawatan yang dipegangnya. Namun, memikirkan tentang harapan cikgu yang telah memberinya jawatan itu, terus niatnya itu dilupuskan. Tak guna dia mengeluh.
Sebaik sahaja langkah kakinya menghampiri satu kawasan yang agak tersorok, terdengar gelak tawa sekumpulan pelajar lelaki dari celah rimbunan pokok yang ada. Timbul perasaan ingin tahu di benaknya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri rimbunan pokok itu. Dia memasang telinga.
"Wei, kau ni…sorok-soroklah sikit."
"Aku tahulah. Gilalah kau! Stok untuk sebulan ke ni?" ujar satu suara dengan nada gembira. Syah jungkit kening. Macam kenal je suara ni.
"Kau bayar, aku belikan. Hahaha…tengok oranglah beb!" sela satu suara lagi. Sekali lagi kening Syah terangkat. Erk…suara ni, bukan ke suara…Syah melangkah setapak lagi. Cuba untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan mereka. Berhati-hati dia melangkah. Prakkk! Bunyi ranting patah jelas menampar cuping telinganya. Syah menepuk dahi. Masalah!
"Que…ada orang."
"What? Shit? Bla…" arah Que tergesa-gesa. Cepat-cepat plastik hitam yang terletak elok di atas tanah dicapai. Kelam-kabut Que cuba melarikan diri. Spoil! Syah yang masih berdiri terpaku di situ cepat-cepat membuka langkah. Cuba untuk mengejar. Tapi…wargh! Kenapa mesti time urgent macam ni takde PJ? Senang aku nak kejar dengan seluar. Koyak jugaklah kain baju kurung aku ni. Ah, gasaklah! Mana boleh biarkan dia macam tu je.
Berlakulah insiden kejar-mengejar di taman mini sekolah itu. Termengah-mengah Syah mengejar. Cuba untuk menyaingi langkah Que di hadapannya. Mamat yang sorang lagi entah ke mana lesapnya. Syah malas nak ambil tahu. Yang paling penting sekarang ni, taiko besar kena tangkap dulu. Baru tangkap konco-konconya.
"Syed Ashraf Naqiuddin. I said stop." Laung Syah dari arah belakang. Que mendengus kasar.
"For what? Supaya senang kau tangkap aku and hantar kat cikgu Ainon? Hahaha…you wish!" balas Que dengan nada mengejek. Syah mengetap bibirnya. Kuat. Geram.
"Que…I said stop or…" sengaja dia meleretkan ayatnya. Que menghentikan langkahnya. Tubuhnya dipalingkan ke belakang. Menghadap Syah yang tercungap-cungap mengawal pernafasannya yang berombak. Syah tersenyum nipis.
"Haa…kan senang macam ni. Tak payah susah-susah aku nak kejar." Sinis Syah menuturkannya. Que tergelak besar.
"Yup. Amat senang." Balas Que dengan senyuman sinis bergayut di bibirnya. Langsung tiada riak takut atau cuak atau yang seumpamanya pada wajahnya itu.
"Apa dalam plastik tu?" Syah menjuihkan bibirnya ke arah plastik yang dipegang oleh Que. Que angkat kening.
"Ni?" plastik itu diunjukkan di hadapan Syah. Syah mengangguk.
"Erm…just a man stuff. Kenapa?" Que tayang muka innocent. Syah jungkit kening. Man stuff heh?
"Can I see it?"
"Huh? See what?"
"Tu…that plastic bag. Can I?" pinta Syah dengan muka selamba ciku. Que sengih.
"Sure…tengoklah." Plastik hitam ditangannya dihulurkan kepada Syah. Syah mencapainya. Beg plastik bertukar tangan. Perlahan-lahan Syah membukanya dan…
"What is this?" Terbelalak biji mata Syah melihatkan isi di dalam beg plastik itu. Que tergelak besar. Lawak…lawak…Syah panggung kepala. Anak matanya tajam menikam sepasang anak mata Que yang hitam memikat. Que menyengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Que! Is this some kind of jokes?" jerkah Syah dengan biji matanya terjegil memandang Que. Que masih lagi dengan tawanya. Hahaha…1-0. Syah mendengus keras. Que senyum kambing.
"Kau yang nak tengok sangat. Aku tak paksa." Selamba Que membalas. Betul-betul takde perasaan. Syah mengigit bibir. Perasaan marahnya yang sudah hilang, kembali marak melihatkan keselambaan yang ditayangkan.
"Take it back. You such a…"
"Hmm?"
"Urgh…dahlah. Get lost!" bentak Syah dengan nada meninggi. Que menjungkitkan bahunya. Beg plastik, bertukar tangan. Que tayang gigi. Mukanya still maintain selamba. Syah bertambah bengang.
Dengan sisa tawanya, Que melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Sebelum berpaling, sempat dia bersuara. Menambahkan lagi gelodak kemarahan di hati Syah.
"Lain kali cik Izyan Akasyah. Jangan asyik nak mencari kesalahan aku je. See…sekarang kau sendiri yang malu. Erm, by the way…nak aku belikan choki choki untuk kau jugak ke?" Terbahak-bahak Que mentertawakan Syah. Dia terus mengorak langkah tanpa mempedulikan Syah yang sedang menahan amarah yang semakin meluap-luap. Wajah kuning langsat Syah merona merah menahan malu. Tak guna kau, Que!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sedapnya...
PLIZZ..
Sambung cpt sket...