Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
GAMAT suasana kelas 4 Alpha dengan suara sorak-sorai dari Keyol, Dan, Juan dan Am sebaik sahaja Que dan Poji melangkahkan kaki mereka ke dalam kelas. Que mengoyak senyuman evilnya. Poji buat muka ala-ala malu. Terburai tawa mereka berempat yang berada di belakang kelas. Hah! Yang tulah port aku…kalau nak tahulah. Que tersengih.
Langkah kaki diatur ke arah kawan-kawan yang sedia menantikan kehadirannya. Sesekali sempat juga anak matanya melirik ke sudut kanan di mana tempat Acap dan kawan-kawannya akan berkumpul. Musuh tradisi kumpulannya. Di sebelah Acap pula, kelihatan Syasya sedang terliuk lentok meminta dimanjai. Yucks…tolonglah faham! Kat sekolah pun nak menggatal tak tentu hala. Que tersenyum sinis. Syasya membalas dengan jelingan mautnya. Fuyyooo…takutnya. Hehehe…
"Wei…Que. Apa cerita hah? Kau kena lagi ke dengan stonecold tu?" soal Am dengan senyuman. Que menjungkitkan bahunya.
"Jungkit bahu ni tandanya apa?" sela Keyol sambil menggogok air 100 plus yang dibelinya sebelum ke sekolah. Que mengoyak senyuman riak.
"Aku buat dia bengang lagi. Hehehe…"
Terbelalak biji mata mereka berempat mendengarkan ayat dari mulut Que. Que tergelak kecil. Sah, diorang tak percaya. Poji di sebelahnya, sudah pun melabukan ‘sayapnya’ di atas kerusi. Ceh, lupa taiko!
"Gilalah kau Que. Sekali lagi? Dua bulan kau kat sini, aku rasa ni dah err…kali yang…"
"Ke-15 aku buat dia bengang." Selamba tanpa nada Que memotong. Air 100 plus ditangan Keyol diambil lantas di bawa ke bibir, menerusi kerongkongnya. Ah, nikmatnya! Botol yang sudah tinggal suku airnya dipulangkan kembali.
"Heh…siapa suruh dia cari pasal dengan aku?"
"Kau ni…dia tu perempuanlah. Vice head girl pulak tu."
"So, kalau dia vice head girl…boleh sesuka hati kerek dengan orang lainlah?"
"Eh, kau nak tahu tak? Dia tu…kerek dengan kau sorang je tahu tak?" bidas Keyol dengan wajah tak puas hatinya. Que jungkit kening. Ek? Aku sorang? Yeah right! Aku soranglah sangat…
"Korang tak tahu kisah sebenar…" perlahan Que menuturkannya. Beg sandang jenama Adidas kesayangannya diletakkan di atas meja. Kemudian, buku teks Add Math dikeluarkan dari bawah laci mejanya dan diletakkan di atas meja. Bersebelahan dengan begnya itu. Sesekali anak matanya mengerling jam di pergelangan tangannya. 7.45 pagi! Hmm…sekarang waktu…erm…Add Math! Lagi lima minit si vice head girl tu masuk. Lima minit lepas tu Encik Nazar pulak masuk. Spoil betul. Jangan dia buat pop quiz lagi sudah. Memang nak kena bom dengan aku cikgu tu.
"Kisah apa pulak ni?" Keyol menyoal. Que diam. Langsung tiada respons. Tangannya lincah mengeluarkan segala macam ‘khazanah’ dari begnya. Sesekali kedengaran siulan kecil dari celah bibir Que. Mengalunkan irama yang entah apa-apa.
"Que…"
"Hmm?"
"Storylah sikit." Desak Keyol. Tangannya menggoncang-goncangkan tubuh Que yang duduk berhadapan dengannya.
"Entah kau ni. Dengan kitorang pun nak berahsia ke?" sambut Am dengan anggukan daripada member-membernya yang lain. Que mengoyak senyuman tanpa perisa. Buku-buku yang dipunggahnya dari bawah laci mejanya diletakkan di atas meja. Wajah setiap orang membernya dipandang. Dari kiri ke kanan dan berbalik semula ke kiri. Que menghela nafas.
"Macam ni ceritanya…" sengaja Que meleretkan suaranya. Nak tengok jugak kesabaran bebudak ni. Hehehe…
"Wei…terus jelah. Nak buat iklan pulak." Bentak Juan dengan wajah mencuka. Que tersengih-sengih.
"Relax…sabar tu kan separuh daripada iman."
"Banyaklah kau punya iman. Cepatlah…"
"Okay…okay. Tak menyabor-nyabor. Hmm…macam mana aku nak cerita ek? Oklah…pada suatu hari yang indah…"
"Que!" serentak kelima-lima kawannya menjerit. Que tergelak besar. Semua anak mata 4 Alpha terpaku pada gelagat enam sekawan itu. Que merendahkan sedikit volume tawanya. Adoi…sakit perut den! Wajah kelima-lima kawannya sudah berubah masam. Hehehe…sentaplah pulak bebudak ni. Lepuk kang. Sibuk je nak tahu hal orang. Kalah si Syasya tu. Tak pasal-pasal minah tu terbabit sekali. Ekekeke…
"Kau ni…nak cerita, cerita jelah. Tak payahlah nak buat cerita arnab dengan kura-kura pulak."
"Deyh…zaman arnab dengan kura-kura dah lapuk. Sekarang zaman RXZ dengan 125z…"
"Takde class…"
Meleret-leret perdebatan mereka berlima. Que hanya menjadi pemerhati. Hailah…tadi beria-ia nak dengar cerita. Sekarang diorang buat cerita sendiri. Lantak koranglah.
"Syed Ashraf Naqiuddin bin Syed Amir…"
Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil. Ah, sudah! Apa pulak kali ni?
"Ye saya?" Que menyahut. Wajah gadis yang berdiri di hadapan pintu kelasnya dipandang lama. Ish…aku buat salah apa pulak kali ni? Takkan si Izyan Akasyah tu mengadu kat cikgu disiplin pulak…
"Tolong keluar sebentar." Arah gadis itu. Perlahan-lahan Que bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah ke arah pintu. Sesekali telinganya dapat menangkap suara-suara sumbang yang sedang enak lagi lazat mengatanya. Tak cukup dengan itu, dihadiahkan pula jelingan mengejek dari Syasya. Minah ni memanglah…masalah. Takkan sebab kena reject dengan aku, anti sampai macam ni sekali? Spoil betul!
"Yes? May I help you lady?" Que menyoal ramah. Senyuman manis terhias elok pada sepasang bibirnya yang kemerahan. Tak pernah merokok tu…Gadis itu tersenyum nipis. Wajahnya yang putih bersih merona merah. Hehehe…segan ke?
"Erm…well, cikgu Batrisya cari. Petang ni ada rehearsel kat dewan. Macam biasa dan tentang pertandingan tu…ia dah diawalkan seminggu dan hari pertandingan tu…erm…Isnin minggu depan."
"What?" Terbeliak biji mata Que mendengarkan berita yang disampaikan. Jantungnya berdegup kencang sekencang nafas yang dihela. Berkerut-kerut dahinya mendengarkan berita mengejut itu. Seisi kelas 4 Alpha memanjangkan leher mereka. Cuba untuk mengetahui apa yang menyebabkan lelaki yang selalu tampak cool itu tiba-tiba sahaja menjerit macam kena histeria. Que menarik nafas dalam dan perlahan-lahan dihela keluar. Wajah gadis di hadapannya dipandang.
"Cikgu Trisy kat mana?"
"Erm…kat bilik guru. Kalau tak silap sayalah." Ujar gadis itu tergagap-gagap. Que mengangguk.
"Did she tell you when she want to see me?"
"Erm…after recess." Balas gadis itu lagi. Masih dengan nada yang sama. Gugup. Que mengoyak senyuman manis. Semanis madu. Cute!
"Erm…by the way, lady…what’s your name?"
"Khairina. Nur Khairina. Just call me Erin." Ujar Erin dengan senyuman. Que mengangguk kecil.
"Nice name. Sweet! Cute! Macam awak. That name…suits you." Puji Que. Ikhlas. Sepanjang hidupnya, tak pernah sekalipun dia memuji mana-mana perempuan kecuali mama dan adiknya, Qis. Tapi, entah kenapa…hari ni, ringan betul mulutnya hendak memuji gadis yang baru dikenalinya itu. Kenal pun tak sampai lima minit. Erin tersipu-sipu malu mendengarkan pujian itu. Que tergelak kecil. Alahai…comel! Tapi…comel lagi adik aku. Hahaha…
"Erm…oklah. I have to go. Jangan lupa tau apa pesan saya tu. Jumpa cikgu Trisy kat dewan. Macam biasa and please be punctual or you are gonna be a dead meat."
"I will. Thanks, Erin." Erin mengangguk kecil. Langkah kaki terus diatur meninggalkan kelas 4 Alpha. Que tersenyum sendiri di depan pintu kelasnya. Erin…hmm…nice!
"Ehem…nak buat drama Puteri Hang Li Po ke kat depan pintu ni?" tiba-tiba suara yang cukup dibencinya menampar cuping telinga. Cukup sinis dan pedas lagi berapi. Bisa membuatkan sesiapa sahaja panas hati. Que menoleh. Heh! Si stonecold ni.
"Kalau aku buat drama kat sini sekalipun, kau peduli apa. Bukan kau yang bayar cukai pintu." Tukas Que selamba. Wajahnya yang sememangnya selamba ditalakan betul-betul di depan mata Izyan Akasyah. Senyuman sinis terhias di bibirnya. Puas rasanya hati tiap kali dapat buat perempuan di hadapannya itu bengang dengan sikapnya. Hahaha…sure lepas ni dah tak nak cari pasal dengan Syed Ashraf Nqiuddin bin Syed Amir lagi. Izyan Akasyah mengoyak senyuman nipis tanpa perisa.
"Yup. Memanglah bukan aku yang bayar tapi…" sengaja dibiarkan ayatnya tergantung di situ. Que angkat kening sebelah.
"Tapi…"
"Tu…kau rasa bebudak kelas kita nak tengok jugak ke drama sebabak kau tu?" Izyan Akasyah menjuihkan bibirnya ke arah ‘perut’ kelas yang majoritinya, mata mereka betul-betul tertumpu kepada Que. Que tayang muka pelik.
"So? Biarlah. Free. No charge. It’s up to them to watch it or not. Aku tak paksa dan tiada paksaan or…"
"Or what Syed Ashraf Naqiuddin?"
"Or…kau sebenarnya jealous?" Sengihan di bibir Que makin melebar. Terbeliak biji mata Izyan Akasyah mendengarkan kata-kata yang baru meluncur keluar dari celah bibir lelaki di hadapannya. Jealous? Oh, pleaselah. Setakat mamat yang segan hidup mati tak mahu ni, aku lebih rela kena kahwin paksa dengan mak aku. Huh! Takat muka handsome tapi perangai macam nak kena humban dalam lori DBKL nak buat apa? Hamun Izyan Akasyah. Namun, kata-kata itu hanya terlontar di segenap inci hatinya sahaja. Nak luahkan takut menjatuhkan saham mamat di hadapannya pulak.
"So? Kiranya betullah kau jealous? Ala, sayang…you jangan risau. I ni kan pencinta yang setia. Takkan I nak duakan you." Romantis kata-kata Que menerjah gegendang telinga Izyan Akasyah. Yucks…geli tekaknya mendengar. Sengal!
"Oppss…kalau nak menggoda, you got the wrong personlah mister. Tu…Syasya yang tergila-gilakan kau tu. Pergilah goda dia."
"Ek? Goda? Kau perasan ke? Deyh…aku goda tu…Diya. Hai Diya. You cantiklah hari ni. You look different than yesterday." Ujar Que sambil mengenyitkan matanya. Nakal. Diya tersipu-sipu malu. Merona merah wajahnya dek kenyitan mata Que. Que tersengih. Izyan Akasyah tarik muka. Masam. Terus langkah kaki diatur keras, tanda protes, masuk ke dalam kelas tanpa mempedulikan Que yang sedang meraikan kemenangan keduanya untuk hari ini. Hahaha…the strongest always win.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la cite nie..suspen jap rasa yer...huhuhu....great job...