Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sampai sahaja dirumah tak dapat aku bayangkan perasaan ku ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku.Adakah aku telah jatuh hati padanya?Takkanla terlalu cepat ..tak mungkinlah..perasaan aku je kot..Ntah-ntah dia sendiri pun tak terfikirkan aku langsung..buat bengang aku je.. Walaupun aku sedang diet saat ini tapi dek kerana keinginan nak merasa burger pemberian Fizie itu aku bedal juga.Memang sedap dan Marvalous ialah orang kata bila da suka semuanya manis belaka.Namun aku akur ini semua baru permulaan.Aku tidak boleh terlalu mengharap kerana akhirnya aku jua yang akan kecewa..Aku sudah serik di lukai..aku tak kan biarkan parut yang lama kan berdarah kembali..
"ARGHHH!!!!!..jantungku bagai mahu tercabut dengan sapaan mengejut dari adik.Adik ketawa berdekah-dekah melihat reaksiku,lalu melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan denganku.
"Ish..kenapa dengan adik ni buat terkejut angah je..nasib baik angah tak ada heart attack tau" marahku sambil mencubit lengan adik bongsuku yang manja dengan panggilan adik itu. "Aduhh!..sakit tau angah ni..suka sangat cubit-cubit adik" keluh adikku. "Tulah sape suruh adik nakal sangat sergah-sergah angah..Da tak ada kerja lain nak buat la tu" tambahku lagi. "Memang tak ada kerja sebab tu adik kacau angah,dari tadi adik tengok angah tersengih-sengih sorang-sorang tu..kenapa??" Soal Adik. "Sibuk jela adik ni,Angah sengih pun tak kan tak boleh kot" jawapku. "Bukan tak boleh tapi da macam orang tak betul tau tak?" sindir adik. "Sampai hati adik kata angah tak betul eh..angah ni waras lagi tau" kataku dalam nada merajuk. "Yelah adik dok perhatikan dari tadi angah da macam orang angau je..angah tengah bercinta ke??Ahh…dengan siapa la tu..ceritala kat adik" rayu adik sambil beralih duduk disebelahku..nak pancing akula tu..
Adik ni mulalah nak korek rahsia aku.Tapi aku tak kesah sebab adik aku ni seorang yang boleh simpan rahsia walaupun adik lelaki dan masih mentah lagi dalam soal cintan-cintun ni tetapi adikla yang menjadi penghibur kami sekeluarga.Dengan gelagatnya yang agak manja itu membuatkan kami sekeluarga tidak kering gusi namun aku rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menceritakannya memandangkan aku dan Fizie masih dalam peringkat perkenalan.
"Apa yang adik merepek ni..Kecil-kecil lagi da tahu pasal cinta ye.." dalihku berselindung. "Adik da besarlah angah,mestila adik tau" jawap adik dengan confident nya "Ok,kalau gitu ..apa yang adik tau?" tanyaku. "Hehe.." Adik hanya tersengih hingga menampakkan gigi arnabnya. "Kenapa tersengih pula tu...da macam kerang busuk…tak tahula tu kan..dahla tu..pergi masuk tidur da lewat malam ni esok kan adik nak sekolah" arahku kerana aku sudah penat nak melayan soalan-soalan adik yang akhirnya akan menjerat diriku..Adikku bukanlah tidak bijak seboleh-bolehnya dia mahu mengorek rahsiaku. "Yang angah tu kenapa tak tidur?dari tadi adik tengok angah asyik belek-belek handphone tu je..macam tengah tunggu call daripada someone special je?" Adik mengeyit-ngeyitkan matanya. "Hai,takkan angah belek-belek handphone pun salah..dah jangan nak merepek lagi pergi tidur,angah nak tengok tv sekejap lepas tu angah tidurla" jawapku. "Okla..Good Night..jangan sampai tv yang tengok angah sudahla..hehe" sindir adik. "Oh..sindir-sindir angah ye" aku sempat membaling kusyen kearah adik yang sempat mengelak balinganku itu. "Ah…tak kena!!" sorak adik. Aku pun apalagi terus mangambil kusyen-kusyen yang lain dan membalingnya satu persatu kearah adik yang sudah pun berlari lintang pukang masuk ke biliknya.
Macam budak-budak pula aku ni..Kalau mama tengok keadaan yang berselerak ni mesti dia bising.. tak apala asalkan rahsia aku tak bocor…tawaku dalam hati
Setelah menunggu beberapa jam sehinggakan aku sudah beberapa kali terlelap namun aku gagahkan jua diri demi menunggu panggilan daripadanya.Akhirnya penantianku berakhir apabila hampir jam 1:00 pagi barulah Fizie menelefonku.
"Assalammualaikum,Lieya da tidur ke?ataupun sedang ternanti-nanti panggilan daripada saya" soalnya. "Waalaikumsalam,Saya belum tidur lagi kan awak yang suruh saya tunggu panggilan awak so saya kenala tunggu" jawapku. Eh Mamat ni macam tau-tau je aku ternanti-nantikan dia..tak kan la aku nak mengaku kot..buat malu aku je nanti.Detikku dalam hati.
"Maaflah Lieya,lambat call awak..tentu awak dah mengantuk kan tunggu panggilan saya.." ucapnya lembut. "Tak apa saya tak kesah asalkan awak tepati janji sudahla..kalau tak jenuhla saya nak tunggu sampai pagi" kataku… "Sanggup ke awak nak tunggu saya sampai pagi ??" pertanyaannya itu akhirnya menjerit diriku sendiri hingga membuatkan lidahku kelu untuk berbicara. "Lieya kenapa tiba-tiba diam ni,Ahh awak tengah berangan eh??" ish apa aku nak cakap ni.. "Emm..tak ada la..mana ada saya berangan..macam awak nampak je saya berangan" jawapku sepontan. "Yela awak diam je..selalunya orang yang diam ni kuat berangan" katanya rasanya seperti dah terkena batang hidung sendiri. "Merepekla awak ni" dalihku untuk menutup rasa malu yang sedang membuak-buak di dada.Nasib baik dia tak nampak muka aku yang merah sekarang ni. "So macam mana dengan burger special yang saya beri tadi..Ok tak rasanya?" soalnya tiba-tiba nasib la dia yang tukar tajuk kalau tak tidak,tahula apa aku nak cakap lagi. "Ok,boleh tahanla sedap juga pandai awak buat burger.." pujiku. "Yeke..ikhlas ke pujian awak ni atau saja nak menyedapkan hati saya?" tanyanya seperti tak percaya akan kata-kataku tadi. "Betulla..Saya ikhlas..sampaikan kawan saya tadi tu pun puji burger yang awak buat tu sedap.. Memang awak buat special untuk saya ke?" soalku saja untuk memerangkapnya. "Memang saya buat special untuk awak" aduhhh selambanya dia menjawap rasa hendak melambung ke udara bila suaranya menuturkan tiap butir perkataan. "Kan awak pernah kata suka sayur so saya letak banyak sayur biar awak puas makan burger saya.." tambahnya lagi..akhirnya aku yang terkena mentang-mentangla aku kata aku ni vegetarian dia boleh layan letak sayur bertimbun-timbun tu kenapa..hampeh betul. "Patutla saya tengok banyak betul sayur dalam burger tu.Lepas ni boleh ke dapat burger free lagi?" soalku saja untuk mengenakannnya. "Boleh apa salahnya setiap kali awak datang saya bagi free,rajin-rajinla datang lagi lepas ni tau" ajaknya.. "Saya bergurau jela..Kalau asyik makan free je boleh muflislah awak..InsAllah kalau ada masa nanti saya datang lagi..Emm..macam mana perniagaan awak hari ini?" soalku. "Alhamdulillah..boleh tahanla ada sedikit peningkatan dari hari-hari sebelum ni sebab tu saya tutup kedai lambat hari ni..mungkin sebab awak datang kot bawa luck pada bissness saya" jawapnya selamba. "Awak ni ada-ada sajala" jawap ku untuk menepis perasaan malu apabila diperkatakan begitu. "Lieya saya tanya sikit boleh tak?" tanyanya tiba-tiba. "Boleh,apa salahnya..tanyalah?" jawapku. "Setelah awak jumpa saya tadi..apa pendapat awak tentang diri saya?" apa jenis soalanla ni..tak sangka pula dia nak tanya soalan yang macam ni..apa aku nak jawap ni..Ah..cakap jela apa-apa pun. "Em..saya baru je jumpa awak tadi so belum tahu sepenuhnya tentang diri awak tapi dari apa yang saya boleh lihat awak punya character yang menarik" ish..apa yang aku cakap ni entah betul ke tak pun aku tak tau..aku main belasah je. "Menarik!menarik macam mana tu?..saya tak fahamlah" Ah..kan da kena.. dia soal aku balik pula..napa dia tak buat-buat faham je.. "Tu biarla hanya saya sorang je yang tahu" kataku berselindung. "Bagitaula apa yang menariknya..tak bestla kalau nak berahsia dengan saya" Ish mamat ni kenapalah dia tak faham-faham bahasa. "Suatu hari nanti tentu awak akan tahu juga..Okla Fizie saya dah mengantuk ni,saya tidur dulula lagipun awak mesti penat kan berniaga tadi..esok awak nak berkerja" kataku kerana tak mahu untuk memanjangkan cerita. "Tunggu dulu Lieya saya belum habis tanya awak lagi ni" kenapa pula mamat ni apa yang dia nak cakap lagi macam penting je. "Awak nak tanya apa lagi?" tanyaku bingung. "Emm..Sejak jumpa awak siang tadi saya tak dapat lupakan awak..saya mula menyukai awak..boleh tak seandainya kita berkawan dengan lebih rapat lagi maksud saya sudikah awak sekiranya saya menjadi teman istimewa awak..tu pun kalau Lieya sudi menerima Fizie" terperanjat aku mendengar penjelasannya yang panjang lebar itu. "Saya tak tahu la nak cakap macam mana Fizie..saya terkejut bila tiba-tiba awak meluahkan rasa hati awak pada saya dan saya bukan tidak sudi tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk semua tu jadi saya harap kita boleh berkawan seperti biasa dulu dan mengenali hati budi masing-masing sebelum kita pergi lebih jauh lagi..Saya harap Fizie faham" terangku..aku cuba mengawal nada emosiku yang mula tergugat. "Ok saya faham..kita masih ada banyak waktu lagikan untuk saling mengenali hati budi masing-masing…harap Lieya tak menghampakan Fizie" bisiknya lembut kepadaku..suara dia ni aku rasa Gunung Fuji yang puncaknya di selaputi salji tu pun boleh cair. "InsAllah,ok la Fizie..Good Night,Assalammualaikum" ucapku kepadanya. "Good Night Lieya,Waalaikumsalam" jawapnya dan memutuskan talian telefon.
Sungguh tidakku sangka sebegitu cepat Fizie meluahkan perasaannya kepadaku.Walaupun hatiku berdetik untuk menerimanya kerana sejak bertemu dengannya tadi aku sudah mula jatuh hati padanya.aku tak tahu bagaimana perasaan ini boleh datang terlalu cepat kerana yang ku tahu diriku sukar untuk jatuh cinta tetapi kali ini sungguh berbeza..adakah Tuhan sengaja menemukannya untuk diriku??tetapi aku tak nak di katakan terlalu gopoh dalam mengejar cinta bukan tidak pernah aku bercinta malah telah berkali-kali aku di kecewakan namun kali ni aku berharap ia tidak akan berulang lagi.Oleh kerana itulah aku mahu lebih mengenali dirinya tetapi bukan bermaksud untuk kehilangannya.
ceritanya boleh tahan dan saya suka sebab jalan ceritanya menarik.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cita ni ayat skema la..tp blehla