gUrLz'pG@ShaZie
gurlzpg@yahoo.com
Bab 18
Sebulan telah berlalu..Cuti semester telah berakhir.Aku sudah masuk ke kolej semula tapi kali ini ia amat berbeza aku tidak seceria seperti dahulu…Sejak kejadian itu aku tidak pernah berjumpa Fizie lagi malah Fizie jua tidak pernah menghubungiku atau menhantar sms lagi kepadaku cuma selepas beberapa hari aku melafazkan kata-kata perpisahan kepadanya..Dia tidak putus-putus menghubungi dan memberi mesej kepadaku supaya aku menerimanya kembali tapi aku tidak dapat merealisasikan permintaannya itu..Selepas itu tiada lagi kata-kata rayuan daripadanya dan akhirnya senyap begitu sahaja.Mungkinkah dia sudah berputus asa atau membenciku..tapi semua yang terjadi adalah kehendakku..Kehidupanku tidak lagi terurus..Iela amat khuatir akan keadaanku yang murung sejak kebelakangan ini.Aku jua tidak dapat memberikan sepenuh perhatianku terhadap pelajaran..Aku selalu sahaja ponteng kuliah kerana tiada mood hendak pergi ke kolej dan asyik berkurung diri didalam bilik…sampaikan aku langsung tidak menghiraukan makan dan minum.Walaupun aku cuba untuk tenangkan diri tetapi perasaanku tidak boleh menipu..Aku terlalu merindui Fizie sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi..Fizie,apakah Fizie tak merasai perasaan yang sama seperti yang Lieya alami kini..aku rasa menyesal kerana melepaskan Fizie..sememangnya aku tak dapat hidup tanpa Fizie di sisiku..Tiada lagi kata-kata sayang yang selalu diucapkannya..Aku tidak lagi keluar berjalan dan makan bersamanya..aku amat merindui detik itu..dan apabila aku kenangkan semula banyak kenangan manis yang aku lalui bersamanya..Dia jarang sekali menyakiti hatiku tapi kenapa aku yang menyakiti hati nya..Kadang-kadang bila aku lihat pasangan lain yang bahagia di sisi kekasih masing-masing..aku amat cemburu dan sedih…Mungkin inikah balasan untukku kerana tidak menghargai perasaannya yang tulus ikhlas mencintaiku.Fizie di mana Fizie sekarang Lieya tak tahu bagaimana nak hidup tanpa Fizie..
Mama..tidak perasan akan keadaanku ketika ini kerana sewaktu dia balik dari pejabat aku berada di dalam bilik..mungkin dia fikir aku sudah tidur dan keadaanku baik-baik sahaja..Sejak kejadian mama mengetahui perhubunganku dengan Fizie dia mula tidak mengambil berat akan diriku..Pagi pergi kerja lewat malam baru mama pulang…Aku masih ingat pernah sekali mama masuk ke bilik ku beberapa hari selepas aku pulang dari Pulau Langkawi..mama memberi amaran kepadaku agar memutuskan hubungan ku dengan Fizie secepat mungkin kerana sekiranya aku masih berhubung dengannya..Mama tidak akan menganggap aku ni anak dia..sampaikan macam tu sekali mama menghukumku..sampai hati mama buat aku macam ni..aku ni kan anak mama ..kenapa kerana perkara yang begitu kecil mama memperbesar-besarkan..Mungkin kalau aku mati dalam bilik ni pun mama tak akan perasan kerana sibuk dengan kerjanya..kadang-kadang sampai macam tu aku fikir..Aku tidak berdendam dengan mama..walaubagaimana pun dia tetap mama aku tapi aku cuma terkilan dengan sikap mama yang menghalang perhubunganku dengan Fizie..Salah ke sekiranya aku berkawan dengannya..Dia lelaki yang baik..Aku tidak pernah melakukan sesuatu yang salah atau memalukan keluarga..tetapi kenapa tega-teganya mama menghalang perhubungan kami tanpa menyelami apa sebenarnya yang tersirat di sebalik hati seorang anak yang menagih pengertian ,belaian dan kemesraan daripada ibunya…
------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari Iela datang melawatku di rumah kerana telah beberapa hari aku tidak ke kolej.Aku merasa tidak sedap badan dan mengambil Medical Check up untuk berehat dirumah..tiada sesiapa yang tahu melainkan Iela.
“Macam mana keadaan kau hari ini..?”tanya Iela.
“Macam biasalah..kau jangan la risau esok lusa baikla”balasku.
“Kau janganla macam ni,aku tahu kau masih tak dapat lupakan Fizie lagi tapi kau tak boleh seksa diri kau sampai macam ni sekali..Aku tengok kau da tak macam dulu lagi,aku rindukan Lieya yang ceria dan Happy go Lucky”nasihat Iela tidak putus-putus kepadaku tapi apakan daya aku tidak dapat mengawal perasaanku tika ini..
“Masa da berubah Iela..semuanya dah berakhir..Aku akan cuba untuk melupakan dia walaupun hati aku ni masih terkenangkan dia”luahku..
“Aku faham perasaan kau Lieya..tapi kau tak boleh terus macam ni nanti kau juga yang susah..Kau nak aku bagitau Fizie tak perkara yang sebenarnya..”soalnya.
“Jangan Iela..aku tak nak dia tahu”balasku mengaharapkan pengertian daripadanya.
“Kenapa kau tak nak dia tahu?aku dah tak sanggup lagi tengok keadaan kau macam ni”katanya.
“Aku ok..kau janganla risau sangat..esok aku pergi kolej”jawapku acuh tak acuh…
“Kalau kau tak sehat lagi jangan pergi la..aku takut jadi apa-apa pada kau nanti”pesannya.
“Kau ni Iela aku bukan budak-budak lagi..aku tahu jaga diri aku..”balasku.
“Kau ni Lieya.. degil lah…Suka hati kaula,aku balik dulu jangan lupa makan ubat tu”pesannya lagi…
“Baik Doktor”usikku..Iela hanya tersenyum dan meninggalkanku sendirian tanpa teman untuk berbicara..Sesungguhnya sejak ketiadaan Fizie aku berasa sangat kesepian tidak seperti dulu dengan adanya Fizie dia selalu menceriakan hidupku..Membuatkan hidupku cukup sempurna dan bermakna..Aku melihat semula semua barang pemberiaannya.Ia mengingatkanku kepada memori kami berdua..Fizie seorang yang bermurah hati..terlalu banyak barang-barang pemberiaannya yang masih ku simpan rapi sebagai tanda untuk memperingatinya..Satu persatu ku belek semula tapi yang paling bermakna buatku adalah Teddy bear Pooh dan bantal yang tertulis perkataan I love u yang dihadiahkannya kepadaku tika hari lahirku tahun ini..bantal dan teddy Bear itulah yang menjadi pengubat rinduku terhadap Fizie..dan yang paling aku sayangi ialah Fiona,kucing pemberiannya..bila Fiona mengiau-ngiau kepadaku..aku sangat sedih..Dia seperti tahu apa yang sedang aku alami sekarang dan sejak kebelakangan ini dia sering menemaniku di dalam bilik dan kurang makan sepertiku..tidak seperti dulu makanannya cepat sahaja habis..Aku amat gembira melihat perkembangannya tapi kini badannya juga semakin susut..mungkin dia juga turut sama bimbang dengan keadaan ku..
Seharian itu aku hanya memerap di dalam bilik..Setelah makan ubat..Aku cuba untuk melelapkan mata..Aku sudah bertekad akan ke kolej esok dan cuba menghiburkan diriku..panas badanku juga mulai turun..Namun hampir jam 2 pagi aku masih tidak dapat melelapkan mata.Perasaan sedih ku mula menguasai diri..lalu aku mencapai diariku dan mata pena untuk menulis sesuatu di dalam diari..Aku sering meluahkan perasaanku di dalam diari ..apa saja.. sama ada suka mahupun duka..bagi ku diari adalah teman yang paling setia ketika aku dirundung masalah..walaupun masalah ku tidak selesai tetapi sekurang-kurangnya aku lega kerana dapat mencoretkan segala yang terpendam di lubuk hatiku ini. Malah di dalam diari inilah terlalu banyak aku coretkan mengenai kenangan-kenangan ku bersama Fizie dari saat pertama perkenalan kami sehinggalah di saat-saat perpisahan kami.Aku mula mencoretkan sebuah puisi yang di tujukan khas buat Fizie.
Sayang..
Kau di mana?
Tidak dapat ku lafazkan dengan kata-kata
betapa rindunya aku saat ini padamu..
Bukan niatku untuk menlafazkan kata-kata perpisahan itu
Namun jauh di sudut hatiku ini..
Aku tetap akan menyayangimu sayang sampai akhir waktu..
Tiada sesiapa pun yang bakal mengantikan tempatmu
di hatiku sayang….
Ku rasakan kau tak pernah jauh daripadaku..
Kau kan sentiasa berada di hatiku..
Sayang..
Sekiranya kau telah di takdirkan menjadi milikku..
Akanku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu..
Akanku jahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu..
Akanku ambil bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu
Sayang..
Hanya satu yang perlu kau tahu..
Kau kan tetap di hatiku...
Kerana kau lah yang Aku Cintai untuk Selamanya..
Aku menangis sendirian mengenangkan apa yang telah aku lakukan terhadap Fizie..kiranya dia berada di sisiku saat ini akanku dakap dirinya dengan sepenuh perasaan tetapi di saat perpisahan ini hanya kesabaran yang menghalangku untuk terus mengikut kata hati…Sememangnya aku amat merindui Fizie tapi apa yang boleh aku lakukan..mengharapkan dia kembali ke pangkuanku semula..Adakah dia akan menerimaku kembali setelah apa yang telah aku lakukan kepadanya…Adakah dia akan memaafkan ku?
Aku mula rasa mengantuk mungkin kerana kesan ubat yang ku makan itu sudah mula meresap ke seluruh tubuhku..Aku tidak dapat melawannya lagi dan terlena sambil ditemani oleh Fiona yang berada di sisiku…
sedihnye... mama lieya tuu jhat sngt...bencinye...tp kisah nie mmang sedih.. huhuhu
BalasPadamsedihnye... mama lieya tuu jhat sngt...bencinye...tp kisah nie mmang sedih.. huhuhu
BalasPadamsedihnye... mama lieya tuu jhat sngt...bencinye...tp kisah nie mmang sedih.. huhuhu
BalasPadam