Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dua komputer kaku telah menemukan dua insan di layar chatting.Aku mula mengenali bermacam-macam ragam insan dari seluruh pelosok Negara.Tidak ketinggalan yang tega membohongi sesama sendiri,menyamar itu dan ini.Pernahku fikirkan apa sebenarnya yang mereka cari di dalam ruangan seumpama itu?sangkaku mungkin untuk melepaskan tension setelah selesai study.Mungkin jua untuk mengisi waktu terluang.Namun setelah hampir tiga tahun aku meluncurkan tetikus dan menekan huruf-huruf di dada keyboard.klik itu dan ini.Jangkaanku semakin meleset.Aku mula menyedari alasan asalku ke bahtera chatting mula tersasar.Hingga kini tujuanku yang sebenar masih belum jua ditemui.Segalanya menjadi terlalu unik dan sukar untuk dijelaskan menerusi kata-kata mahupun mata pena.Pergolakan perasaan menjadi semakin kalut tatkala aku mula mengenali Syafizie atau lebih dikenali dengan "FIZIE" anak kelahiran Johor sepertiku jua.Jejaka itu yang mula tertarik untuk mengenaliku sebaliknya aku jua tertarik untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi. Namun aku seorang yang tegas pendirian dan sukar emosiku dibelitkan dengan tipudaya seorang manusia.Aku percaya kepada rentak naluri.Bisikan jiwa dikala itu seakan mendesakku untuk terus mengenali Fizie dengan lebih dekat lagi.Sungguhpun niatku hanya terbatas kepada sebuah persahabatan.Siapa sangka?Siapa menduga?Pertukaran cerita dan masalah telah menimbulkan bibit-bibit kemesraan dalam reaksi dan hati masing-masing.Walaupun ada yang ingin menjadi penawar tika itu tapi aku melupakannya kerana aku tidak mahu lagi ditipu oleh manusia yang tidak kenal erti untuk menghargai sebuah kasih sayang yang benar-benar tulus dan ikhlas.Mungkin aku tidak mahu terus tergelincir atas kesan daripada masa lampauku.Memori dan nostalgia di antara diriku dan Si dia ku jadikan iktibar.Bergantung kepada alat komunikasi semata-mata,akhirnya aku dan Fizie bercinta seperti pasangan kekasih yang lain.Bezanya?kami masih belum pernah bersua muka ,menatap wajahnya dari dekat,mata bertentang mata,renungan berbalas renungan,membicarakan soal kasih sayang dan cinta.walaupun jarak tidak lah menjadi penghalang pertemuan kami cuma kami belum cukup bersedia untuk bersua namun jauh di sudut hati kami masih dapat mengenali hati budi masing-masing.Ia tidak pernah melunturkan hubungan kami.Malah Fizie pandai mengambil hatiku,pelbagai cerita yang menghiburkan hatiku terutamanya mengenai apa yang menjadi minatku jua diminati oleh Fizie iaitu membaca novel.Di zaman globalisasi ini memang sukar untuk bertemu dengan lelaki yang mempunyai minat yang sama dengan sebilangan wanita.Pada mulanya aku hampir tak percaya tapi di sebabkan dia pernah menceritakan keseluruhan cerita di sebalik novel yang bertajuk Sesuci Cinta karangan Aina Emir,novel kegemaranku yang belum habis lagi ku baca tika itu telah membuatkanku betul-betul teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengannya.
Bab 1
Setelah hampir tiga bulan kami berkenalan dan hanya berbual melalui telefon timbul pula rasa untuk bertemu dan suatu hari pada tarikh 4hb Jun 2004 bermulalah detik pertemuan kami.. Kami merancang pertemuan yang agak simple tapi penuh bermakna… Aku tidak bertemu dengannya seorang diri.Aku telah mengajak seorang teman baik yang bertindak sebagai penyelamat ialah First meet kan,apa-apa pun boleh terjadi sama ada baik mahupun buruk..biarlah ada persediaan walaupun Nervous gila..waktu tu rasa macam nak masuk bertanding One In The Millione pula kena berdepan dengan Paul Moss. Sesampainya di tempat yang dijanjikan apa lagi bermulalah adegan tegur-menegur walaupun Fizie tahu yang aku akan datang menemuinya hari itu.
"Assalammualaikum,tumpang tanya boleh?saudara ni Fizie ke?"soalku. "Waalaikumsalam..ye saya Fizie..Awk ni Lieya ye?.."tanyanya sambil memandang tepat ke arah anak mataku.
Boleh tahan juga mamat ni.boleh cair aku di buatnya.Kenapalah baru sekarang kami berjumpa.Padahal sebelum ini bukan tak pernah aku lalu kat tempat ni tapi tak pernah nampak pun batang hidung dia mungkin da jodoh kami kot nak berjumpa hari ini tapi mamat ni berlagak macam cool je..tak macam aku ni bagai nak luruh jantung aku tengok dia..
"Lieya,apa yang kau lamunkan tu?"
Sentakan daripada Iela membuatkanku tersentak dari lamunan.
"Em..sorry..ye,saya Lieya..Dah lama awak tunggu?Maaflah kami terlewat.."kataku memohon maaf di atas kelewatan kami. "tak mengapa..Saya pun baru nak buka kedai ni..Silalah duduk..Maaflah kalau awak tidak selesa al-maklumlah kedai saya ni tak seberapa.."jemput Fizie dan mengambilkan kerusi buat kami. "Terima kasih,sebelum tu saya nak kenalkan ni kawan saya Iela"Iela dan Fizie bersalaman tanda perkenalan. "Saya Fizie..terima kasih sebab susah-susah datang jumpa saya,sepatutnya saya yang datang jumpa Lieya"katanya serba salah. "Apala yang susahnya bukan jauh mana pun..lagipun memang dah janji nak jumpakan..Saya tak mengganggu awak ke ni?.."soalku khuatir sekiranya aku menggangu kerjanya.
"Tak la lagipun awal lagi ni,tak ramai costumer yang datang time-time macam ni"jawapannya itu lantas melegakanku.Kami terdiam seketika dan dia pula ku lihat sedang asyik memotong sayur-sayuran untuk dibuat burger.Peluang itu aku ambil untuk menatap wajahnya..Sememangnya mamat ni cute juga..boleh tergugat iman aku ni.
"Kenapa Lieya tengok saya macam tu,naik meremang bulu roma saya"pertanyaannya itu membuatkanku tersipu-sipu malu.mukaku sudah merona merah.masa bila pula dia perasan aku tengok dia ni.ish..buat malu aku jela..bisikku dalam hati.
"Maafkan saya..saya tak bermaksud nak tenung awak macam tu tadi..Emm..hari tu awak ada beritahu saya yang awak berniaga dengan kawan,mana kawan awak tu…tak nampak pun?"
Aku sengaja mengalih tajuk perbualan kami,mana tidaknya dia asyik tersengih-sengih je padaku mungkin dia rasa yang aku da syok kat dia.Perasanla..siapa yang syok kat dia tapi kalau di beri peluang boleh juga..tawaku dalam hati.
"Oh,kawan saya tu ada tapi mungkin dia lewat hari ini..Eh ada pelanggan datangla,Lieya tunggu sekejap ye"kata Fizie dan berlalu meninggalkan kami.
"Lieya,jomla kita balik lagipun kau dah janjikan nak temankan aku pergi beli buku..kau jangan nak buat-buat lupa pula ye.."ajak Iela.sememangnya aku sudah berjanji untuk menemani Iela membeli buku-buku rujukan kerana peperiksaan pertengahan semester sudah hampir jadi kami harus membuat persiapan rapi.
"Sorryla Iela..aku hampir-hampir terlupa..macam mana ni kita kan baru sampai tak kan nak chow macam tu je..takut mamat ni kecil hati pula"gusarku..
"Mamat tu yang kau risaukan..tula asyik sangat berborak mana tak lupa mentang-mentangla mamat hensem ada kat depan mata lupa semuanya..sampaikan aku kat sebelah kau ni pun kau buat macam tak wujud je kan..pergh..menyirap darah aku ni..Nasib baik tak ada darah tinggi tau"bebel Iela panjang lebar dalam nada merajuk.
"Hai tak kan marah kot Iela..kau kan kawan baik aku kalau tak kau siapa lagi yang nak temankan aku..Yela siapala aku ni kan.."Aku pula yang buat-buat merajuk sambil buat muka seposen.
"Dahla tu tak payah nak buat muka macam tu..kalau mamat tu nampak muka kau macam ni comferm dia reject kau awal-awal..Apa yang kau tercegat lagi tu..pergila bagitau dia da lewat ni nanti tutup pula kedai tu..Lagipun lepas ni kalau kau nak jumpa dia hari-hari pun boleh..bukannya jauh sangat..tak payah ajak aku pun tak apa nanti aku kacau daun pula kan..tadi pun aku da macam body guard kau tau tak.."rungutnya..
"Kau nikan Iela kalau membebel macam mak nenek tau tak..Nanti tak ada siapa yang nak kat kau ..baru padan muka kau.."usikku sambil mentertawakannya.
"Sedap-sedap mulut kau je kata aku macam mak nenek..kalau sehari kau tak mengutuk aku tak boleh ke?"Iela mengetapkan bibirnya tanda geram.
"Hehe..memang tak boleh..Okla daripada aku dengar kau membebel lagi baik aku pergi bagitau dia dulu.."Aku menuju ke arah Fizie yang sedang sibuk melayan pelanggannya.
"Emm..Fizie,Sorry menggangu..saya rasa nak balik dulula..member saya tu ajak pergi kedai buku so saya harap awak tak kecil hati maybe next time kita boleh jumpa lagi" Ala..macam mana pula boleh terkeluar perkataan last tu..buat malu aku je..da la tadi dia gelakkan aku nanti dia fikir aku yang terhegeh-hegeh nak jumpa dia..
"Kenapa cepat sangat nak balik?..saya belum puas lagi berborak dengan Lieya..ok,kalau macam tu malam nanti saya call Lieya..Sebelum tu ambillah ni saya ada buatkan Lieya dan Iela Burger Special tapi tak tahula sedap ke tak ..rasela ye.." Fizie meghulurkan beg plastik yang terdapat dua bungkusan burger di dalamnya kepadaku.. "Terima kasih..buat susah-susah je awak ni"kataku menggambarkan kesegananku ialah tak ada tolong buat apa-apa pun tak pasal-pasal dapat burger free. "Tak ada susahnya..saya ikhlas..ok take care" "Ok Bye,Assalammualaikum" "Waalaikumsalam"
Dari jauh ku lihat dia tersenyum ke padaku dan melambaikan tangannya ke arahku lalu aku membalas lambaiannya semula.Iela disebelahku hanya mampu tersenyum melihat gelagat kami seperti orang tengah angau gamaknya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Story yg simple tp best.