Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Blue tersenyum sambil menghampiri Roswell yang bersandar di sebuah kereta Honda yang di cat putih. Nampaknya rancangannya menjadi. Roswell dengar cakapnya. Ah, alangkah senangnya dia menundukkan si makhluk asing itu.
"Cantik kereta. Mana kau curi?" tanya Blue sedikit memerli. Dia tidak fikir yang kereta itu adalah milik si mata hijau itu. Yelah, setahunya Asraf hidup sebatang kara di kampungnya sebelah. Tiada ibu dan tiada ayah. Hanya yang ada hanyalah rumah sewa yang umpama pondok buruk.
Entahlah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Asraf hidup tanpa sesiapa di sisi. Dari mana dia dapat duit belanja dan dari mana datangnya si Asraf itu. Mungkin dia benar-benar makhluk asing dari Roswell.
"Cantik ke?" tanya Asraf lagi. Kali ini dia tersenyum nipis.
"Memang cantik, tapi aku langsung tak tertarik. Lainlah kalau kau bawa kereta Ferrari ke, BMW ke, barulah aku terharu sikit," Blue berkata dengan riak.
"Perempuan mata duitan betullah kau ni."
Blue tersenyum memerli.
"So, sekarang, bukalah pintu," ujar Luna
"Nak buka pintu apa? Kereta aku mana ada pintu," balas Asraf.
Blue terdiam seketika. Rasanya macam ada yang tidak kena. Asraf pula nampak macam cuba menahan gelak. Sah! Ada sesuatu yang tidak kena!
"Mana kereta kau?" tanya Blue mula mengesyaki sesuatu.
Asraf memberi isyarat tangan di belakang. Blue menjengket-jengket melihat di sebalik kereta Honda yang disandar oleh Asraf tadi. Tiada apa-apa. Kerana tidak puas hati, Blue berlalu ke sebelah kereta Honda.
Bagaikan gunung berapi yang hampiri memuntahkan lavanya ke bumi sebaik sahaja dia melihat sebuah kereta sorong bayi di sebelah kereta Honda itu. Asraf sudah ketawa terbahak-bahak di tepi. Agaknya, mahu dia tergolek-golek di situ.
"Roswell!!!!!!!!"
"Lariiiiiiiii!! Raksasa mata biru dah marah!!!"
Adegan kejar mengejar berlaku selepas itu.
----------
Sakinah dan Dahlila saling berpandangan sebaik sahaja Blue menghampiri mereka dengan nafas kepenatan. Entah kenapa pula dengan kawannya yang seorang ini. Nak kata dikejar anjing… anjing dari Zoo mana yang terlepas di kampung mereka ini? Nak kata di kejar hantu, hantu mana pula yang nak cari nahas takutkan Blue ni?
Masing-masing memberi isyarat. Takut hendak bertanya. Yelah, baru-baru ini emosi Blue memang tak stabil. Macam gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa saja.
"Ehem…," Sakinah berdehem cuba mendapat perhatian Blue tapi langsung tidak diendahkan Blue.
"Err… dengar kata sekolah kita ni akan adakan satu rombongan sambil belajar," Dahlila menyambung.
Blue senyap lagi. Macamlah dia baru saja 1 minggu bersekolah di situ. Memang sudah menjadi tradisi pihak sekolah akan membuat lawatan sambil belajar waktu penggal persekolahan bermula untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil peperiksaan penting akhir tahun ini. Lawatan ini memang sudah menjadi satu tradisi sejak dulu lagi supaya pelajar Tingkatan 3 dan 5 diberi peluang untuk bergembira sebelum menempuhi musim peperiksaan yang sebenar.
"Dan destinasi kali ini adalah Kuala Lumpur," kata Sakinah sedikit bersorak.
‘Hah! Inilah budak kampung! Pantang dengar Kuala Lumpur mesti menggelupur nak pergi ke sana. Di sana bukannya ada apa. Harap bangunan tinggi je. Lepas tu hari-hari dengar bunyi bising. Huh!’
Sakinah dan Dahlila menjeling lagi. Langsung tiada reaksi dari Blue.
‘Memang betul-betul tiada perasaan!’
"Dan dengar kata juga, Natasya dan Hafiz sudah mendaftar nak pergi," kata Sakinah. Dengan serta merta kepala Blue terangkat dan memasang telinganya.
"Kenapa tak beritahu aku?" segera Blue bertanya.
"Rupanya kau masih bernyawa lagi…," Sakinah tersenyum. Senang saja dia hendak buat Blue berkata-kata semula. Dengar saja nama Hafiz dan Natasya terus bersemangat. Entah bagaimana Blue menguat semangatnya untuk menempuhi hidup ini setelah apa yang terjadi sebelum ini.
Kalau perempuan lain pasti dah tangkap nangis dari pagi sampai ke petang. Tapi Blue, memang mereka berdua tabik hormat. Inilah perempuan contoh. Walaupun ditinggalkan, jangan berputus asa untuk mengharungi hidup ini apa yang perlu kita buat adalah balas dendam! Err… tapi kalau nak balas tu biarlah berpada-pada. Tersilap langkah boleh masuk lokap.
Tapi kalau masuk lokap tak pe lagi. Paling beratpun kena hukuman gantung sampai mati.
Blue menjeling tajam. Melihat Natasya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas membuatkan darahnya makin terbuak-buak. Entah kenapa dia benci sangat dengan perempuan melayu terakhir itu. Sejak Natasya mula-mula daftar masuk ke kelas mereka pula tu.
Ah! Dia patut lakukan sesuatu untuk menyingkirkan Natasya yang menjelikan itu! Tidak kiralah dengan tektik apa pun, yang pasti dia mesti menyingkirkan Natasya. Biarlah orang kata Blue jahat ke Blue gila ke, apa yang pasti Natasya mesti dijatuhkan!
"Hai Blue," sapa Natasya tersenyum manis.
"Hai gedik," balas Blue tersenyum manis bercampur masam.
"Kau marahkan aku ke?" tanya Natasya lembut.
"Taklah. Aku cuma hairan saja, sejak bila kau dah jadi perempuan murahan?" balas Blue.
Ah, bagaimanalah dia boleh keluarkan kata-kata begini? Dia tak macam ini selalunya. Tapi setelah dengar nasihat dari Asraf semalam…
"Kalau kau nak singkirkan si Natasya tu, senang saja. Apa yang kau perlu buat, kau anggap dia seperti musuh luar selimut. Bagi dia kata yang pedas-pedas sepedas sambal nasi lemak Mak Cik Leha tu. Tapi kalau boleh biarlah lagi pedas ataupun kau sumbat terus cili api kat Kebun Pak Cik Sudin tu kat mulut dia. Dan lagi jangan buat dia seperti musuh dalam selimut sebab selalunyalahkan, aku tengok dalam cerita korea ataupun Taiwan ataupun cerita kat T.V, watak jahat yang berpura-pura baik depan watak heroin, selalunya kecundang masa akhir cerita. Jadi, aku rasa baik kau tunjukkan saja watak jahat kau tu pada dia supaya dia gerun sikit.
Dan lagi satu kalau boleh jangan bagi muka dengan dia ni. Orang perempuan ni, err… ini kata kakak akulah… kalau bagi muka lagilah naik kepala dari 3 inci kepada 5 inci panjang kepalanya. Lagi satu kakak aku pesan, kalau kita sakit hati dengan orang tu… jangan tanam perasaan benci pada orang tu sebab orang kata, bila dah benci lama-lama boleh menjadi sayang. Susah pula kalau kau dah terjatuh sayang kat Natasya tukan? Dia perempuan dan kau perempuan, habis kalau korang berdua bercinta… kesian dengan si Hafiz tu terpinga-pinga di tepi kolam. Nak terjun kolam tak berani sebab cetek sangat. Nak terjun laut pula, kat sini mana ada laut. Harap air sungai belakang kampung tu saja yang ada. Itu pun aku rasa memang dia tak sanggup terjun sebab dah tercampur dengan pelbagai perisa yang ‘melazatkan’ sehingga tak sanggup menjilat jari. Tapi tak tahulah kalau dia sanggup terjun. Memang aku tabik hormat kat tugu dia nanti," celoteh Asraf semalam membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.
Huh, laju betul makhluk asing dari Roswell tu bercakap. Dia cakap pula, dari 10 point dia bagi, hanya 0.001 point saja yang boleh guna. Yang lain tu bak kata Cikgu Rosnani, yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu ‘Hanyalah bunga-bunga layu saja.’
"Memang mahluk asing," Blue hanya menggeleng tersenyum seorang diri apabila Cikgu Rosnani mula mengajar dihadapan. Sekali lagi dia teringat soalan Asraf semalam.
"Meja Natasya dekat dengan kau ke?" tanya Asraf lagi.
Kali ini Blue tersenyum-senyum seorang diri. Sakinah di sebelahnya sedikit pelik. Mesti kawannya itu pening bila melihatnya tersenyum-senyum seorang diri.
"Blue!" marah Puan Rosnani yang berhenti mengajar apabila melihat Blue tersenyum-senyum seperti kera tak cukup zat vitamin. Semua memandang Blue yang masih tersenyum lagi.
Masing-masing pelik, entah apa yang sedang dimimpikan oleh Blue di siang-siang hari. Mungkin sudah gila sebab ditinggalkan Hafiz.
"Blue! Bangun!" dengan pantas Puan Rosnani mencapai pemadam papan putih dan dibaling ke arah Blue yang masih lagi bermimpi.
PUK!
Tepat terkena dahi. Sakinah terdiam. Dahlila terdiam. Cikgu Rosnani juga terdiam. Semua terdiam sambil memandang dahi Natasya yang hitam terkena pemadam papan putih.
"Err…," Blue berpura-pura terkejut sambil cuba menahan gelaknya.
Dia kemudiannya melepaskan tawanya apabila Hazrul, salah seorang pelajar yang kecoh dalam kelasnya melepaskan tawa ngilai yang tidak boleh ditahan lagi. Serentak itu semua orang ketawa termasuk Cikgu Rosnani yang juga tidak dapat menahan peristiwa lucu itu.
Roswell… Roswell, kau bukan saja makhluk asing tapi makhluk kepada segala mahluk asing! Tak sia-sia aku diketemukan dengan kau. Memang kaulah penyelamat hidup aku hahaha….
-----------------
"Hai, kena berjalan itik satu dataran pun masih tersenyum lagi ke?" sapa Asraf menghampiri Blue yang dari dari asyik tersengih-sengih. Nak kata gila, hisy, memang dah gila agaknya.
Blue tidak perduli. Dia kena berjalan itik ke berjalan angsa ke asalkan dia sudah memalukan Natasya di kelas tadi. Semuanya gara-gara idea Roswell yang semestinya boleh pakai berkurun-kurun lamanya yang tak pernah lekang dek air.
"Hey Roswell,"sapa Blue tersenyum gembira.
"So, macam mana dengan idea aku? Puas?"
"Well, baru aku tahu kenapa pelakon-pelakon drama korea tak suka watak heroin. Senang dibuli," dia ketawa lagi. "Tapi macam mana kau tahu yang Cikgu Rosnani pasti akan baling pemadam tu?"
"Akukan samseng tak bertauliah kat sekolah ni. Selalu tidur dalam kelas. Selalunya bila aku tidur, cikgu Rosnani akan suruh sesiapa kejutkan aku dan lepas aku angkat saja kepala, dia dah lontarkan pemadan papan hitam kat aku tapi aku tak pernah kena pun. Orang belakang aku saja yang selalu kena. Sebab itulah sekarang ni tak de sesiapa yang berani yang duduk di belakang aku," cerita Asraf.
Blue sekali lagi ketawa terbahak-bahak.
"So, kau dah sedia?" tanya Asraf.
"Sedia apa?"
"Bukan ke aku dah tolong kau kenakan Natasya dan sekarang kau kena tolong aku. Umumkan hubungan kita berdua."
rmai lak yg mnat...ep1 rmai yg bgi komen ngtive...mcm2
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
walaupun laen..tapi ttp BaNyak peNgaruH fuLlhouSe~..hmm...isk--