Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa?" aku meletak kembali cawan keatas meja dihadapanku. Tersedak aku dibuatnya. Macam mana mama boleh terfikir macam ni. Tidak ! tak mungkin aku dapat ikut kehendak mama dan abah kali ini.
" Alah.. betul kata abah kamu tu..kau orang dah kahwin, sampai bila nak tinggal berasingan macam ni?" ujar mama yang baru bersuara.
" No way mama! Kalau mama nak fatin tinggalkan kerjaya fatin..fatin tak setuju!" ujarku tanpa sedar sedikit meninggikan suara. Setelah apa yang aku usahakan dan aku kecapi demi cita cita aku ini..tak mungkin aku akan lepaskan begitu sahaja.
" Kamu sedar sikit yang kamu tu perempuan dan sekarang sudah jadi isteri orang! Apa salahnya kalau kamu lupakan butik kamu tu dan tinggal sahaja bersama Hafez. Dia pun mampu" ujar mama. Suasana menjadi semakin tegang, abah hanya mendiamkan diri, begitu juga Hafez.
* Ish..takkan nak gaduh lagi ni.. Suasana sekarang benar benar mengingatkan aku pada pertengkaran aku dan mama dulu. Pada waktu aku memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan..hasilnya hampir berbulan aku dan mama tidak bercakap. Nampaknya macam tu lah, Okey, kalau mama tetap nak paksa aku..aku pun takkan berganjak dari pendirian aku sekarang. ‘Huh.. ini Fatin la.. dengan kuasa bulan..akan menghukummu!’ ish apa aku merepek ni.
" Ha , kenapa kamu diam?" aku memandang ke arah mama bila disoal begitu.
" Mama.. Fatin akan tetap dengan keputusan fatin.." Aku malas ingin bekata panjang. Lagipun segan rasanya bertengkar begini di depan hafez.
" Kamu tak faham ke cakap mama! Kalau dah mama cakap macam tu..macam tu la! Cakap saja berapa ganti rugi untuk butik kamu tu, mama boleh bagi!" ujar mama turut tidak mahu mengalah. Aku lihat abah cuba menenangkan mama. Bukan duit yang aku mahu..mama tak faham dan tak mungkin akan faham.
"Ma.." belum sempat aku menghabiskan kata kataku, terasa tanganku disentuh hafez. Aku memandang kearahnya.
" Sudah la.. tak payah risau, biar hafez sahaja yang mintak tukar.. kalau susah susah Hafez berhenti pun tak apa" ujar Hafez yang tiba bersuara.
"Ish takkam la sampai macam tu..hmm.." ujar abah serba salah dengan hafez manakala mama terdiam.
" Tak apalah Abah.. Lagipun Hafez memang dah mintak transfer, tapi sampai sekarang tak dapat keputusan..kalau berhenti pun tak apa, sebab hafez ada terima tawaran dari kawan , dia ajak kerja dengan syarikat family dia.." tambah hafez lagi sambil tersenyum.
" Kalau macam tu tak apalah hafez.. tapi malu pula mama dengan fatin ni.. sepatutnya isteri yang kena ikut suami, ini tidak" ujar mama lantas bangun menuju kebilik. Terasa juga aku.. teruk sangatkah aku ni, tapi…
--------------------------------
Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Seram sejuk pula rasa duduk di luar ni. Tak sedar pula berapa lama aku termenung di sini. Terleka dibuatnya berada di tepi kolam ni. Aku melangkah masuk kedalam rumah. Hafez tentu sudah tidur, mungkin letih memandu dari Terengganu.
Tanggapanku meleset bila sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, kelihatan hafez sedang khusyuk di hadapan laptopnya. Aku meneruskan langkahku menuju ke arah bilik air untuk membersih muka. ‘Alah.. kenapalah mamat ni tak tidur lagi..’
"Achik tak nak tidur lagi ke?" ujarku setelah melihat Hafez masih lagi sibuk dengan kerjanya sedangkan aku sudah siap ingin tidur.
" Kenapa? Cerah sangat ke? Nak hafez tutup lampu?" soalnya. Mana ada cerah pun setakat lampu meja yang di pasang.
" Eh, tak adalah.. saja tanya" ujarku lantas menarik selimut. Aku sebenarnya rasa bersalah pula bila tidak langsung mahu mengalah. Beberapa kali aku mengalih posisi namun mataku masih begitu degil. Aku berpaling kearah hafez yang masih sibuk dengan kerjanya.
"Kenapa?" soal Hafez tiba tiba sedangkan matanya masih tertumpu pada laptopnya. Ha? Dia perasan ke aku tengok dia..ish. Dah sah dia ada kuasa sihir ! ahli sihir la katakan.. tak pun sixth sense kot, ahaks! Aku sudah mengarut.
"eh, hmm.. tak adalah..achik betul tak kisah ke?" soalku. Hafez membuka cermin mata yang hanya dipakai sekali sekala lalu diletak atas meja. Entah kenapa aku rasa suka pula melihat dia buat begitu. Macam macho je.. Alamak ..macam mana boleh terfikir macam tu.. , Ala biasa la tu..watak jahat selalu berlagak macho..huhu.
" sudah lah.. tak payah fikir pasal tu, Hafez dah buat keputusan dan itulah yang hafez mahu.." ujarnya sambil memandang ke arahku tapi hanya untuk sementara sebelum kembali menyambung kerjanya.
" Tapi.." aku masih merasa ragu. Itu bukan jawapan yang aku mahukan. Dia kembali berpaling padaku.
" No more ‘tapi’.. Tadi bukan fatin nak tidur dah ke? Tak mengantuk dah ke or.. Nak Hafez temankan baru boleh tidur" Ujarnya tanpaku sangka. Mak aih..!
" Eh, bila fatin cakap tak mengantuk? Hwargh.. mengantuknya.. tak tahan dah ni..betul, mengantuknya.. okey lah.. selamat malam !" ujarku pantas. Wah, pandai tak aku berlakon? Agaknya dia perasan tak aku berlakon tadi..huhu..tak kot.. Tapi macam mana ni? Aku tak mengantuk lagi pun. Alah, pejam saja lah. Aku tak dapat bayangkan! Kalau ahli sihir tu tidur disebelah aku.. apa akan jadi pada aku..mungkin senyap senyap dia akan tikam aku atau menggunakan kuasanya untuk membunuh aku, macam dalam anime yang aku tengok semalam.. Oh tidak..imaginasiku semakin melampau sekarang. Inilah akibatnya dari pengaruh televisyen.
------------------------------
Hafez tersenyum sendiri. Entah kenapa kebelakangan ini dia semakin mudah tersenyum, walaupun kerana perkara yang kecil, Fatin berjaya buat dia tersenyum. Hafez merenung wajah Fatin, dia tahu fatin masih belum tidur. Apa istimewanya fatin.. jika nak di bandingkan dengan marni yang jauh lebih manis dan sopan, tapi dia tahu ada sesuatu dalam diri fatin yang membuatkan dia lain … dia punya sesuatu, sesuatu yang benar ingin diketahui Hafez. Baginya, fatin merupakan perempuan yang biasa tetapi penuh misteri.
miNtak mAaf sume..OrEn minTak maaF sesAngat~ seBab lMbt poSt.. Oren dah PosT aRini~ esOk masuK r tu..sKaLi lG~ sOrRY gUyz~`*
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la cita nie... klu blh....tulis ler pjg2 ek... n upload da next chptr cpt2...x sbr nak tunggu....huhuhuh